IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

Profil
Foto Personal
Bintang
 
Pilihan
Pilihan
Pernyataan Personal
Otaipr buat masa ini tidak mempunyai sebarang pernyataan personal.
Maklumat Personal
Otaipr
Percubaan
Umur tidak diketahui
Lelaki
Planet Pluto
Tarikh lahir tidak diketahui
Minat
Tiada Info
Statistik
Sertai: 9-September 08
Profil Dilihat: 565*
Kemunculan Terakhir: 22nd September 2008 - 04:59 PM
Masa: Apr 19 2024, 09:16 PM
8 kiriman (0 per hari)
Maklumat Perhubungan
AIM Tiada Info
Yahoo Tiada Info
ICQ Tiada Info
MSN Tiada Info
Contact Sulit
* Paparan profil terkemaskini setiap jam

Otaipr

Member Rasmi


Topik
Kiriman
Komen
Kawan
setakat ini..
22 Sep 2008
Silap tajuk la. Bukan prihatin tapi paling tak peduli di dunia rasanya. Baru nak bincang turunkan harga minyak. Belum turun lagi. Bincang punya bincang, sudahnya turun 15 sen je. Lagi sakit hati.

Nak bincang apa lagi. Harga minyak dunia sekarang bawah 100 dolar setong. Maknanya harga minyak kita sekurang2nya RM 2.00 seliter. Dengan mengekalkan harga sekarang iaitu RM 2.55 seliter, bermakna rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 55 sen seliter.
Malang betul rakyat Malaysia dapat kerajaan yang macam ni.

Ada sape2 yang tak setuju ke dengan saya?


QUOTE
Turunkan harga minyak tidak lama lagi
22/09/2008 1:28pm


PUTRAJAYA 22 Sept. - Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan membuat keputusan itu (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
12 Sep 2008
Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen. dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suasana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15tahun pengalamannya".

ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN juga.masalah dihadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir.

Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan dalam sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan iaitu sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa perlu setiua usaha agung Umno duduk bersama dalam sidang media kepada orang yang sudah dijatuhkan hukuman? apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan.

Ingat siapapun mungkin tidak menyangka Mahathir antara watak utama dalam isu Perkauman yang ditimbulkan akhir akhir ini, taktik Dr Mahathir sama dengan taktiknya dahulu menjatuhkan PM pertama Tengku Abdul rahman, ketika dia dipecat Umno dia membuat pelbagai fitnah keatas Tg Abdul Rahman dan akhirnya menimbulkan semangat perkauman untuk survival politiknya. itulah dahulu Dr Mahathir dikenali sebagai Ultra Melayu, kini dia membuat dengan cara yang sama. namun apa yang Dr Mahathir lupa zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. tindakan kamu akan cepat dihidu.Dr mahathir , Tg Adnan, Khir Toyo bersama Ahmad Ismail memerangkap Umno pulau Pinang dan Paklah kerana mahu mendesak Paklah meletakkan jawatan dengan kadar segera. apa pun caranya termasuk mengapi apikan semangat perkauaman matlamat mereka adalah satu, mereka mahu Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Dr Mahathir telah berjaya memaksa parti Komponen BN mendesak Paklah meletak jawatan.itulah sebabnya Paklah tidak mampu menjawab soalan wartawan semalam kerana dia sudah mengetahui isu perkauman ini dirancang dari kem Dr mahathir untuk memerangkap dirinya.

Paklah akan serah kuasa pada Anwar?
Kini team Dr Mahathir hampir pasti dapat menggulingkan Paklah, Paklah tidak lagi selamat bersama anak dan menantunya. jika orang Mahathir berjaya menggulingkan Paklah, nasib Paklah dan Khairy akan teruk dibuatnya oleh orang Dr mahathir yang selama ini menyimpan dendam kesumat kepada Paklah terutama menantunya Khairy jamaluddin. Paklah sendiri tahu betapa kejamnya dr mahathir andai dia menyimpan dendam, lihat saja apa yang dilakukan Dr Mahathir ketas Anwar, sudah tentu Paklah dan Khairy memahami apa nasib yang bakal diterima mereka andai Paklah kehilangan kuasa.

Satu cara paling selamat adalah dengan berunding dengan Anwar! sudah tentu adegan Khairy menyerahkan Pasport kerumah Anwar melalui pintu dapur akan kembali berulang.kini mungkin Khairy akan menyerahkan surat serah kuasa kepada Anwar, dengan syarat Paklah dan menantunya tidak diganggu selepas Pakatan rakyat berkuasa. dengan cara itu sahaja Paklah dan menantunya akan selamat. tidak ada seorangpun dalam Umno boleh memberikan jaminan Politik, kerana tidak pernah diantara mereka berpegang pada janji, lihat sahajalah Muhyidin Yasin yang pada awalnya bersetuju dengan peralihan kuasa 2010 akhirnya mendesak Paklah berundur. yang lebih dahsyatnya kali ini Muhyidin bersama Dr mahathir & gang menyerang hendap Paklah dibulan puasa. Umno pasti bergolak menjelang pemilihan bahagian Oktober ini.

Hanya satu pilihan buat Paklah, Berunding dengan Anwar!! kerana hanya Anwar mampu memberikan jaminan Politik kepada Paklah andainya Anwar menjadi Perdana Menteri. bermula minggu hadapan kita akan saksikan drama politik yang lebih menarik, kawan akan menjadi musuh dan musuh akan menjadi kawan. dan kini Anwar hanya menunggu waktu untuk melakukan "Checkmate" dalam percaturan poliknya.

Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda
9 Sep 2008
Pertelingkahan antara Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Koon bukan perkara baru dalam arena politik negeri ini bahkan telah lama, cuma ia disembunyikan bimbang berlaku keretakan dalam komponen Be End

Bila kenyataan Ahmad di ceramahnya sempena Pilihan raya Kecil Permatang Pauh ramai masyarakat terutamanya di bahagian Bukit Bendera tidak hairan beliau bertindak begitu kerana beliau memang celupar ketika melepaskan kata-kata.

Di bahagiannya sendiri ramai tidak suka terhadap sikapnya namun tidak berani melafazkan kata-kata sebab bimbang diperhatikan oleh geng-geng tertentu apatah lagi penduduk setempat lagi takut mengatakan bantahan terhadap projek yang nyata tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Ketika mengadakan tinjauan ke perumahan mewah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kebun Bunga sekitar tahun 1998 bersama Allahyarham Salim Hashim aktivis masyarakat yang dikenali ramai, asyik diperhatikan dari jauh oleh tiga orang pemuda yang bermotosikal.

Kami diberitahu oleh salah seorang penduduk tempatan yang mengenali mereka bahawa penduduk yang tinggal selama enam tahun di rumah sementara takut memberikan maklumat lanjut.

Lebih menyedihkan ada yang tutup pintu serta-merta bimbang mereka diapa-apakan oleh orang suruhan Ahmad.

Jadi, bukan perkara baru jika Ahmad secara tiba-tiba mengatakan kaum Cina merupakan bangsa pendatang yang tidak harus diberikan keistimewaan di negara ini sehingga membuatkan seteru politiknya melenting dan cerita terbaru Gerakan cuba menggugut akan keluar BN seandainya persengketaan itu tidak dituruti permohonan maaf oleh Ahmad.

Pernah program pemberian anak kunci rumah tsunami berhampiran Masjid Terapung, Tanjung Bunga tidak jadi gara-gara suara Ahmad yang melarang Koh Tsu Koon datang ke majlis berkenaan walaupun Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Tabung Bencana Alam Negara, Dato' Seri Najib Razak dijangka hadir merasmikan majlis tersebut.

Akhirnya kerusi dan khemah yang dipasang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sehari sebelum itu dirobohkan kembali dan digantikan dengan hari lain.

Beberapa kejadian itu jelas membuktikan persengketaan antara Ahmad dan Koh bukan perkara baru malahan berlarutan bertahun-tahun sejak Koh dilantik menerajui negeri.

Mungkin Ahmad memarahi Koh disebabkan tidak membelanya ketika dipecat daripada Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ataupun perkara lain yang ramai orang tidak tahu.

Pelik juga kes ini kerana orang yang melafazkan kata-kata kesat itu tidak peduli untuk memohon maaf tambahan lagi ia mendapat sokongan padu Umno Negeri di bawah kelolaan Timbalan Pengerusinya, Dato' Abdul Rashid Abdullah.

Tidak semena-mena Najib yang baru menerima malu kerana mengalami kekalahan di Permatang Pauh tersipu-sipu pohon maaf bagi pihak Umno sedangkan Ahmad berbangga mempertahankan ucapannya tempohari.

Bagi Presiden Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Harakahdaily bertemunya dalam majlis penyerahan bantuan banjir di surau Permatang Rawa beliau berpendapat, semua itu mainan Umno untuk menimbulkan kekacauan yang boleh mengwujudkan 'perintah berkurung' di Malaysia semata-mata menyekat kemaraan pembentukkan Malaysia Baru pada 16 September ini.

Apa pun, hari ini Ahmad dipanggil Perdana Menteri selaku Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Putrajaya bagi mendengar sendiri hal itu bagi mencari jalan mengembalikan kejernihan dalam komponen BN

Dendam seorang mamak yang mengaku Melayu...Chiiett!... Poodah... padahal dia nie selama nie bersekongkol pujuk orang Melayu Penang jual tanah pusaka bangsa demi kemajuan kononnya...

Muktamadnya... MELAYU sudah kehilangan hak keatas Penang nie selama umnoi memerintah... Melayu Bang sat yang bersenkongkol dgn puaka puaka bermata harta menggadaikan hak Mutlak Melayu sedikit demi sedikit...

Aku benar benar anti MAMAK PADIYAPPA yappai nie... sebab hebat mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan Melayu itu sendiri... Razz
Pelawat terakhir


15 Sep 2008 - 2:46

Komen
Ahli lain tidak buat sebarang komen untuk Otaipr.

Kawan
Tiada kawan untuk dipaparkan.
Versi Ringkas Masa sekarang: 19th April 2024 - 09:16 PM