IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Perpindahan penuh bersejarah - Ronaldo, Kosmo
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 13 2009, 01:34 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menganggap perpindahannya ke Real Madrid adalah sesuatu yang cukup bersejarah.

Kelmarin, United telah bersetuju untuk melepaskan Ronaldo selepas menerima tawaran berjumlah £80 juta (RM464.3 juta) daripada Real.

"Saya telah meluangkan banyak masa saya bersama United. Ini masanya untuk melihat ke hadapan dan £80 juta (RM464.3 juta) hanyalah sejumlah wang.

"Perpindahan ini satu yang bersejarah," kata Ronaldo.

Meskipun meraikan perpindahannya itu di Los Angeles kelmarin, Ronaldo, 24, telah dianggap sebagai talam dua muka ekoran pendedahan daripada individu yang merancang perhijrahannya ke Santiago Bernabeu.

Bekas Presiden Real, Ramon Calderon mendakwa perjanjian dengan Ronaldo itu sebenarnya sudah dibuat lebih enam bulan lalu.

Pendedahan Calderon itu pastinya memalukan Ronaldo kerana dia sebelum ini menyatakan mahu kekal di Old Trafford musim depan.

"Ia mudah saja. Kami telah bersetuju segalanya dan dia telah membuat keputusan untuk datang ke Real.

"United pun sudah tahu tentang semua perbincangan itu dan sepatutnya biarlah ia diselesaikan sebagai persetujuan yang terbuka," dedah Calderon.

Ronaldo mengetahui berita tentang perpindahannya ke Real telah disahkan selepas dia keluar dari sebuah kelab malam di Los Angeles sewaktu dia menghabiskan percutiannya ketika ini.

Bercakap dari bilik hotelnya, Ronaldo berkata: "Ia sesuatu yang hebat apabila dua kelab utama di dunia mahu kamu bermain dengan mereka."

"Sekarang saya perlu memandang ke hadapan bersama Real dan ia peringkat baru dalam karier saya," jelas Ronaldo yang tidak perlu menjalani pembedahan ekoran kecederaan hernia. - Agensi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 17 2009, 07:17 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



iye la tu..mak dia nak gf lame dia rujuk blk kat ronaldo...
ronaldo ni nampak aje yg cantik. terus g pikat. maklum la..popular kan.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th April 2024 - 01:52 AM