IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Mengimabu Sejarah, Pendedahan Metro Yang Menggemparkan
Razif
kiriman Sep 12 2008, 02:46 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!

Kali ni aku bukan nak share cerita mengenai pengalaman aku macam yg sudah, tapi lebih kepada misteri yang sentiasa berlegar2 kat kpala otak aku dr dulu sampailah sekarang ni, ianya mengenai peristiwa yg pernah mengegarkan Malaysia sekitar pertengahan 90-an dulu.. aku dah try cari info mengenai cerita ni, tp aku hampa sebab x jumpa walaupun dah selak semua page dan search kat forum ni..

Ianya adalah mengenai pendedahan surat khabar metro pada sekitar tahun 1996, seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Wanita tersebut kononnya berumur dalam lingkungan 20-an, dan kononnya juga adalah seorang penuntut ipta di sekitar lembah klang.. juga kononnya berasal dari negeri pantai timur.. info mengenai yg lain aku dah lupa, tp yg aku masih ingat (maaf kalau tersilap) yg mak si wanita tersebut ada membuat pengakuan di metro yang kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk.. akibatnya mukanya menjadi hodoh dan mengerikan, dan wanita tersebut kononnya lagi sedang mencari ikhtiar untuk memulihkan mukanya yang hodoh tu..

Bagaimanakah caranya?, kononnya caranya hanyalah dengan meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.. cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu..

Maka hebohlah kat sekolah2 waktu tu, hinggakan menjadikan pelajar perempuan yg duk di asrama kecut perut jadinya, aku rasa semua sekolah berasrama terkesan dengan cerita ni walaupun kebenarannya x pasti.. yg lebih membingungkan, kononnya si wanita tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar2 keluaran di negeri2 ini yg menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yg mempunyai anak2 gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaje.. di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ni..

Aku x tau apa penyudah cerita ni sebenarnya, tiba2 kisah ni terus lenyap dan terhenti macam tu aje selepas keluar kenyataan dari seseorang dr pihak kerajaan rasanya (x ingat dan x pasti).. tapi aku ada dengar jugak yg kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yg saja direka oleh pihak2 tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro untuk mencari keuntungan.. tujuan mereka buat macam tu adalah untuk menakut2kan para remaja terutamanya anak2 gadis pada masa tu, pada masa ni isu bohsia dan bohjan menjadi2 dan sangat teruk hinggakan x dapat di kawal lagi.. kononnya..

So sapa2 ada pengalaman or cerita mengenai kisah ni bolehlah sharekan.. kalau dah ada thread pasal ni, boleh mergekan je ye.. aku terpaksa mengatakan kononnya kerana aku sendiri x pasti dengan cerita ini dan aku teragak2 untuk publish thread ni sebenarnya, sebab tu la aku banyak gunakan perkataan kononnya supaya x mengundang kemarahan forumer lain yg menganggap cerita ni murahan dan mengarut.. adakah cerita ni betul ataupun palsu, aku berbelah bagi..!


share la sini..... nak tau gak... unsure.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 17th May 2024 - 08:17 AM