IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Kes kematian Teo, Terjatuh atau dicampak?
Punca kematian Teo
Apakah punca yang menyebabkan Teo terjatuh?
Dia tergelincir sendiri lalu terjatuh [ 0 ] ** [0.00%]
Dia sengaja lompat untuk bunuh diri [ 2 ] ** [33.33%]
Dia dicampak oleh pihak tertentu [ 4 ] ** [66.67%]
Jumlah Undi: 6
Tetamu tidak boleh undi 
mat.g™
kiriman Jul 17 2009, 10:41 PM
Kiriman #1


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4





Kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini menimbulkan tanda tanya.

Menurut laporan awal, Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu. Persoalan disini adakah dia tergelincir sendiri atau sengaja terjun bunuh diri atau dicampak oleh pihak tertentu??


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 18 2009, 06:46 AM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



QUOTE
Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal "The writing was already on the wall so long ago" oleh Raja Petra.)
-Posted by Topeng Perak® Unmasked at 5:54 PM


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 18 2009, 09:19 PM
Kiriman #3


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



kenapa seluar dia koyak kat punggung?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
cargas
kiriman Jul 20 2009, 08:13 PM
Kiriman #4


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 93
Sertai: 24-October 08
Daripada: balakong,SELANGOR
No. Ahli: 136



Dia main kejar-kejar ngan pegawai SPRM kot.....kahkakah........ 24.gif 24.gif rclxm9.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 20 2009, 10:15 PM
Kiriman #5


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



ya... kena kejo sama sprm, sampai kat tingkap, tak boleh lari, masih main sergah, member naik tepi bendul tingkap, gertak lagi!, acah lagi!, buat lawak main bukak tingkap, member ketaq lutut, menggigil... tiba2 tergelincir, seluar dia tersangkut kat penyelak tingkap, tetiba rabak, trus jatuh! itu pasal la penyelak tingkap ada kat mayat. Polis patut siasat dengan segera pasal penyelak pintu tu! Kalo lambat dan orang baiki ganti lak!!!! Kena panggil ahli KOMIA.....



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 20 2009, 11:04 PM
Kiriman #6


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



tapi.... mayat tak bersepai? tak de darah bersembur? Tiada luka luaran? Seluar koyak kat bontot, dan ada penyelak pintu tingkap!. Tingkat tinggi mana? Atau memang dia dah mati sebelum ni kut? Sakit jantung ka asma ka.... gabra jadi aksi jatuh ah??? Poning!!!!! kena rileks tengok citer MAT BOND 2, 3, round!!!





--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 22 2009, 08:42 PM
Kiriman #7


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



point penting skang kes ni, adalah penyelak tingkap yg dijumpai kat mayat. So, polis kena periksa gila2 penyelak yg patah tu mari kat mana regu dia. Kalau diperhati model tingkap kompleks, ia jenis tolak penyelak dari kedudukan rata, 90 derjah, tolak tingkap terbuka dari sebelah bawah hala ke atas.

kata 'interview abis sblum kul 4 pagi, sblum balik nak ambik angin kat atas, tapi tak tau lak nak bunuh sendiri?' Senangnyer cakap!!!! Ada tingkap ke last skali atas bumbung?

Atau lum sampai atas? Sayang tak de CC tv line koridor....

Kalau diperhati bentuk koyakan pada seluar, boleh dikata secara cincai la... boleh jadi penyelak tingkap ni pada kedudukan rata sama aras dengan kocek belakang, katakan pintu tingkap masih lagi dalam keadan terselak semasa mangsa berada kedudukan membelakangkan tingkap,bersandar, bergesel, penyelak yang sama aras dengan poket belakang yg ada wallet, masuk melurut lam poket, tertolak, jadi tertuil, tertolak tingkap, terbuka tingkap, asal tersangkut, trus tergelongsor jatuh! penyelak tingkap patah daa...!

kalau penyelak tingkap yg patah berasal dari bilik interview, memang parah lah kena!!!!. kalo dari kat toilet, tak lojik lah main panjat2! kalo kat koridor, terkelelap mata sambil menyandor, kira kes termalang tak berbaulah! kalo dari atas bumbung, tingkap mana pulak dibuka sampai patah jatuh bawah?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jul 29 2009, 01:45 PM
Kiriman #8


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



QUOTE
Dua sampel DNA manusia dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam ........ untuk membantu inkues kematiannya. - malaysiakini


doh.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 12:08 PM