Anang ceraikan Krisdayanti talak tiga, KosmoOnline |
Anang ceraikan Krisdayanti talak tiga, KosmoOnline |
Sep 2 2009, 09:10 AM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
KUALA LUMPUR - Suami artis popular Indonesia, Krisdayanti, 34, telah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran Ramadan. Anang Hermansyah, 40 tahun, mengaku beliau telah melafaz cerai kepada penyanyi lagu Menghitung Hari itu setelah mempercayai penyanyi yang mesra dipanggil KD telah memiliki 'pujaan hati' yang lain. "Secara Islam, perceraian itu sudah sah tetapi kami masih dalam proses dengan jabatan agama," ujar Anang kepada beberapa media Indonesia seperti disiarkan. Menurut Anang, bagi menghormati bulan Ramadan, proses perceraian akan diselesaikan sepenuhnya selepas Aidilfitri ini. Beberapa media Indonesia juga menulis Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Anang mendakwa, perceraian itu dibuat atas persetujuan anak-anak mereka selain diminta oleh isterinya sendiri. |
|
|
Sep 2 2009, 10:49 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Ye la, anak2 diorang cerita yang maknya (KD), ajak boyfriend masuk bilik, "romen" le kot, mau tak Anang ceraikan .. huh .. ganazz betul.
|
|
|
Sep 2 2009, 10:51 PM
Kiriman
#3
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,231 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
-------------------- |
|
|
Sep 2 2009, 10:57 PM
Kiriman
#4
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Hahaha .. .. sori, salah eja ..
|
|
|
Sep 3 2009, 12:20 AM
Kiriman
#5
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
-------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Sep 4 2009, 02:20 PM
Kiriman
#6
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,231 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
kes cam gini memang parah la....
-------------------- |
|
|
Sep 6 2009, 04:16 AM
Kiriman
#7
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Memang patut la Anang cerai terus talak 3
Takkan nak sabar lg benda mcm tu -------------------- |
|
|
Sep 11 2009, 09:49 AM
Kiriman
#8
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,231 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
CODE Susunan Norhadiani Baharom
MENURUT lelaki berusia 40 tahun itu, semuanya sudah selesai termasuk pembahagian harta serta hak penjagaan anak. "Saya memang sudah bercerai secara sah dengan KD tiga hari sebelum puasa," katanya. Mengakui mereka sudah tidak sehaluan, namun ramai percaya berdasarkan kenyataan anak kepada pasangan ini, Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah, Anang menceraikan KD selepas mendapati isterinya yang jelita itu berlaku curang di belakangnya. Malahan, KD melonjak namanya di Malaysia menerusi lagu Menghitung Hari itu pernah memperkenalkan teman lelakinya kepada anak-anaknya itu. Tatania, anak sulung KD sendiri membuat pengakuan berhubung kecurangan ibunya selain menjadi saksi di mahkamah bagi menyokong tindakan bapanya menceraikan KD. "Mimi (panggilan nama KD dikalangan keluarga) ajak pak cik masuk ke bilik. Sementara, kami sedang berenang di kolam," katanya dalam rancangan Kasak Kusuk SCTV yang disiarkan kelmarin. Siapakah jejaka yang menjadi orang ketiga dan bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga penyanyi I'm Sorry Good Bye ini? Masih menurut anak-anak KD, lelaki itu adalah pengusaha kaya berasal Timor Leste. Adik kepada penyanyi genit Yuni Shara ini kerap memanggil teman lelakinya itu dengan panggilan Amor atau maksudnya cinta. "Mimi sudah berbohong kepada papa," Aurelie berkata dengan nada sebak. Beberapa kenyataan lain yang dikeluarkan anaknya terutama Azriel membayangkan teman baik KD seperti Titi DJ dan Ruth Sahanaya terbabit bersubahat kerana merahsiakan kecurangan KD dari pengetahuan Anang. "Saya berasa marah dengan Mimi dan teman-temannya yang memburuk-burukkan papa," kata Azriel. Sudah sebulan lalu, Anang dan kedua-dua anaknya tinggal di sebuah ruko di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan yang turut menjadi lokasi studio rakaman KD Production, manakala KD tinggal di rumah. Dari perbincangan eksklusif dengan program Kasak Kusuk SCTV, terlihat raut penyesalan dan kecewa di wajah Anang. Bapa penyayang ini cuba menutupi luka yang tercalar di hatinya dengan ungkapan bijak. "Sehingga kini, saya dan anak-anak cuba untuk kuatkan semangat menghadapi saat getir ini," katanya. Difahamkan, ini bukanlah perceraian pertama mereka. Sebelum ini KD pernah diceraikan Anang ekoran masalah yang masih berkisarkan kecurangan KD. Mungkin, emosi KD tidak begitu terkesan dengan penceraian itu sebagaimana Anang dan anak-anaknya kerana dia memang mahu 'dibebaskan.' Malah, wanita yang pernah membintangi beberapa filem itu seakan tidak peduli dengan perasaan keluarganya. Dia kini berada di Timor Leste untuk mengadakan persembahan, walaupun dua anaknya menganggap itu cuma alasan diberikan KD untuk bertemu dengan kekasih hati. Ramai yang meramalkan, kerjaya, masa depan dan kehidupan KD akan musnah jika hal ini dibiarkan. KD dan Anang mendirikan rumah tangga 13 tahun lalu. Namun pada April 2003, perkahwinan mereka bergolak seketika apabila Krisdayanti digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan gitaris Tohpati. Kemudian pada Ogos 2005, muncul pula berita kononnya Aurelie adalah anak dari hasil hubungannya dengan Ari Sigit. Manakala, pada Mei 2007 muncul satu lagi gosip apabila Krisdayanti ditemui peminat sedang menikmati makan tengah hari dengan seorang pengusaha di Jalan Orchard, Singapura. Selain, dia pernah dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Dicky Wahyudi. Sekadar imbasan, kakak kepada penyanyi bersuara lantang ini, Yuni Shara, juga bercerai bercerai dengan suaminya Henry Siahan, sekitar Jun lalu. -------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 13th May 2024 - 04:01 PM |