IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Dipukul minta baki upah kerja tak senonoh, myMetro
♦محمد أفيق♦
kiriman Apr 24 2010, 12:42 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



KUALA LUMPUR: Kerana meminta baki upah RM3 selepas melakukan seks oral dengan pelanggannya, seorang pelacur berusia awal 30-an dipukul lelaki terbabit.
Tidak cukup dibelasah, wanita itu turut dibogelkan suspek yang enggan menjelaskan baki dari RM10 bayaran dipersetujui kedua-dua mereka untuk melakukan seks oral.


Bertambah malang, apabila lelaki terbabit menahan anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan sebelum memfitnahnya mencuri duit.


Bagaimanapun, polis yang memeriksa wanita itu tidak menjumpai wang yang didakwa dicuri menyebabkan kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Jalan Bandar di sini.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi di Jalan Bukit Bintang di sini.


Menurut sumber, pelacur wanita itu memberitahu harga kepada khidmat seks oral yang dimahukan pelanggannya itu akan dicaj RM10.


Bagaimanapun, pelanggannya itu hanya membayar RM7 menyebabkan pelacur terbabit berang sebelum memarahinya.


Sumber berkata, kemarahan pelacur itu mengundang padah apabila dia diserang lelaki terbabit.


“Suspek menahan kereta peronda di kawasan berkenaan sebelum memberitahu anggota bertugas wang RM70 miliknya dicuri wanita itu,” katanya.

Sumber berkata, dua anggota polis berkenaan memeriksa wanita itu namun wang lelaki berkenaan tidak ditemui.


Sehubungan itu, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Jalan Bandar di sini, bagi memudahkan siasatan.


Difahamkan, lelaki terbabit kini ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan manakala wanita berkenaan dibebaskan.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th April 2024 - 05:03 PM