IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

2 Mukasurat V   1 2 >

Razif
Posted on: May 10 2009, 02:23 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


buku teks nie...
  Forum: Cakap Kedai Kopi · Post Preview: #13431 · Replies: 119 · Views: 110,786

Razif
Posted on: Sep 18 2008, 06:37 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Tawaran Harga Promo Ramadhan Telah Tamat.
Kini ianya bernilai RM30 untuk 150 artikel berkualiti dalam bidang kewangan.

Harap Maklum.
  Forum: Cakap Pelaburan & Pengurusan Kewangan · Post Preview: #554 · Replies: 6 · Views: 8,840

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:50 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Jadi belajarlah kita dari asas-asasnya...


10 syarat jadi imam


SOALAN: Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN: Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Massud, "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh."

Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.

Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran.

Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.

Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.

Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:

i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.

ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.

iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.

Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.

Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.

Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.

Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.

Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.

Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.
  Forum: Cakap Keluarga & Rumahtangga · Post Preview: #266 · Replies: 7 · Views: 8,234

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:42 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Salam,

Ingin berkongsi, kes rasukan sekarang terus menjadi-jadi,
lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah. Erm... Sedikit ilmu untuk panduan...

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya,
"Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"

Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"

Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu,

"Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar
aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu,
"Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.


===

Kesabaran amat penting dalam hal ini...

Erm.. aku dengar selalu yang jadi camni bila sesuatu tempat itu merupakan pertemuan dua dimensi..
Contoh: laut dan sungai, musim sejuk dan musim panas, utara dan barat...
  Forum: Cakap Misteri & Mistik · Post Preview: #265 · Replies: 18 · Views: 22,847

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:34 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

SELAMAT BERPUASA WARGA CAKAP.NET tongue.gif
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #264 · Replies: 1 · Views: 3,136

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:30 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


itu la aku cakap... aku kat utara... so senang2 la gak gi langkawi nie...

ada sikit info lagi...


Info bajet.... wink.gif


Penginapan

single bed motel : RM65 per day ni kat CD Motel Tanjung Mali ( dekat water world), motel lain pun dalam RM50-70 single bed
Family room (double bed) : RM 90 -RM120 per day muat untuk 4 orang
Sewa kereta : RM 50 - 70 ( kancil - proton wira ) sehari
Sewa motor : RM 20 sehari
Jalan kaki : free...
Tambang feri Kuala Perlis - Langkawi : RM18 sehala (dewasa).. kanak2 RM15 kot...
Tambang teksi ke Chenang dari jeti : RM24 satu teksi

Lain-lain:

Kain batik : RM11 - RM 15 kain cantik
Kain pelikat : RM 12 - RM 24
Batik lepas : RM 13 - RM15
Pinggan mangkuk : rega ikut set & brand, kalau brand chokia puluh2 ringgit leh dapat
Coklat : M & M 400g - RM 14, Hershey 300-340gm RM10 - RM13, Cadbury 250gm - RM8.90

tempat2 menarik yang perlu dilawati:

- gerai jual kain
- Kedai Coklat Ismail Group ( 2 pintu khusus untuk jual coklat)


Itu je!!! Simple!!!
  Forum: Cakap Pelancongan & Percutian · Post Preview: #263 · Replies: 16 · Views: 21,769

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:49 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.


Pemegang saham terdiri daripada:

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tanjung Malim, Perak

Sejarah Proton
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahu 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Garis masa
7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Anda pengguna proton??? rolleyes.gif
  Forum: Cakap Dunia Automotif · Post Preview: #207 · Replies: 1 · Views: 10,502

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:46 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!

Kali ni aku bukan nak share cerita mengenai pengalaman aku macam yg sudah, tapi lebih kepada misteri yang sentiasa berlegar2 kat kpala otak aku dr dulu sampailah sekarang ni, ianya mengenai peristiwa yg pernah mengegarkan Malaysia sekitar pertengahan 90-an dulu.. aku dah try cari info mengenai cerita ni, tp aku hampa sebab x jumpa walaupun dah selak semua page dan search kat forum ni..

Ianya adalah mengenai pendedahan surat khabar metro pada sekitar tahun 1996, seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Wanita tersebut kononnya berumur dalam lingkungan 20-an, dan kononnya juga adalah seorang penuntut ipta di sekitar lembah klang.. juga kononnya berasal dari negeri pantai timur.. info mengenai yg lain aku dah lupa, tp yg aku masih ingat (maaf kalau tersilap) yg mak si wanita tersebut ada membuat pengakuan di metro yang kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk.. akibatnya mukanya menjadi hodoh dan mengerikan, dan wanita tersebut kononnya lagi sedang mencari ikhtiar untuk memulihkan mukanya yang hodoh tu..

Bagaimanakah caranya?, kononnya caranya hanyalah dengan meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.. cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu..

Maka hebohlah kat sekolah2 waktu tu, hinggakan menjadikan pelajar perempuan yg duk di asrama kecut perut jadinya, aku rasa semua sekolah berasrama terkesan dengan cerita ni walaupun kebenarannya x pasti.. yg lebih membingungkan, kononnya si wanita tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar2 keluaran di negeri2 ini yg menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yg mempunyai anak2 gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaje.. di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ni..

Aku x tau apa penyudah cerita ni sebenarnya, tiba2 kisah ni terus lenyap dan terhenti macam tu aje selepas keluar kenyataan dari seseorang dr pihak kerajaan rasanya (x ingat dan x pasti).. tapi aku ada dengar jugak yg kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yg saja direka oleh pihak2 tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro untuk mencari keuntungan.. tujuan mereka buat macam tu adalah untuk menakut2kan para remaja terutamanya anak2 gadis pada masa tu, pada masa ni isu bohsia dan bohjan menjadi2 dan sangat teruk hinggakan x dapat di kawal lagi.. kononnya..

So sapa2 ada pengalaman or cerita mengenai kisah ni bolehlah sharekan.. kalau dah ada thread pasal ni, boleh mergekan je ye.. aku terpaksa mengatakan kononnya kerana aku sendiri x pasti dengan cerita ini dan aku teragak2 untuk publish thread ni sebenarnya, sebab tu la aku banyak gunakan perkataan kononnya supaya x mengundang kemarahan forumer lain yg menganggap cerita ni murahan dan mengarut.. adakah cerita ni betul ataupun palsu, aku berbelah bagi..!


share la sini..... nak tau gak... unsure.gif
  Forum: Cakap Misteri & Mistik · Post Preview: #206 · Replies: 5 · Views: 7,508

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:42 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Antara Mitos Di Pulau Perhentian,

Risau gak aku dengar... rolleyes.gif

Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.

Kuatkan la diri... Sekarang dah moden....
  Forum: Cakap Pelancongan & Percutian · Post Preview: #205 · Replies: 10 · Views: 34,358

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:36 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Dari sebua blog, mungkin ada betulnya juga kata-katanya....
Kaji bersama!!! tongue.gif


1. Lin Dan no 1 world player - lee choong wei no 2.

2. Lin Dan main dekat kampung dia… kampung lee chong wei kat penang.

3. sorakkan untuk lin dan lagi kuat kat stadium dari sorakan untuk chong wei. tapi most malaysian memang dok depan tv sokong chong wei.

4. kalau tgk baju lin dan die pakai sleeveless shirt - chong wei asik betulkan sleeve die jek. cam mane nk focus.

5. sometimes kaler boleh membuatkan kita bertenaga tgk baju lin dan kaler gold and red - lee chong wei kaler itam cam gi funeral.

6. kalau tgk badan lee chong wei kurus jek… tak macam atlit.. - lin dan tgk lengan pon tau die work out.

7. kat tengkuk lee chong wei penuh ngan rantai… jari ade cincin… lin dan ade satu rantai jek… byk sgt maybe macam azimat kut tapi kalau dah byk macam mengganggu jek.

8. kalau tgk muke lee chong wei, macam tak hepi jek… die patut more relaks sebab dah comfirm dpt satu medal.

9. maybe die asik teringat dpt RM300k, die nk buat ape ngan duit tuh… blom dpt RM1 juta lagi.

10.ala dapat silver medal pon boleh dpt pangkat datuk.. buat pe susah susahkan


Camne??? Betul ke???
  Forum: Cakap Sukan & Rekreasi · Post Preview: #204 · Replies: 13 · Views: 17,457

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:30 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Semua gadis cantik sangat gemarkan warna yang cantik-cantik. mereka gemar menghias,meilih kain yang berbunga-bunga,bercorak,ada gambar binatang atau pun cartoon kegemaran atau pun rama-rama.Anda boleh,lekatkan bunga-buangaan plastik mahupun hiasan replika rama-rama di dinding yang sudah di cat dengan warna accent yang pastinya padan dengan kertas dinding dan fabrik yg telah anda pilih. jangan lupa pula dengan langsir.

Tema Lautan


kalau anda tinggal berhampiran pantai anda boleh gunakan tema lautan dalam menghias,gunakan warna biru laut untuk dinding, warna pasir untuk lantai, dan warna seakan awan di siling. pilihlah kertas dinding bertemakan lautan, potrait dan lukisan,atau perabot yang warna-warni. wow..mesti anda boleh terbayang-bayang bayu yang bertiup dan bunyian ombak.


Tema Bintang-Bintang.

Tema bintang 2 satu pilihan yg bagus dan kira favauritelah. Senang kalau nak cari wall paper,perabot dan fabric yg berbintang-bintang ni.Sebenarnya budak lelaki pun boleh guna tema bintang.Warna yag boleh di pilih juga banyak terutama bright dan pastel color.anda boleh menghias bintang-bintang di dinding dan siling.Pilihlah perabot yg bersesuaian.


Tema Cahaya bulan.


Cuba ciptakan suasana kelembutan cahaya bulan . warna siling pilih warna midnight blue dan lukiskan bulan dan bintang kecil-kecil mengelilinginya. Gunakan pelekat yang boleh bersinar dalam gelap tu...Gunakan perabot berwarna cream vannila atau pun putih.Letakkan hisan gambar pelangi untuk menyeri dinding .Gunakan langsir yang ada gambar bulan dan bintang di atanya..wah pasti menarikkan.


Tema Bunga-bungaan.

warna oren,kuning,hijau ,dan pink,adalah warna yang sesuai dengan tema bunga-bungaan. Jadi anda boleh pilih fabrik berbunga yang mempunyai warna-warna begini..Anda boleh juga pilih wall paper yang menonjolkan bunga-bungaan dan hiasan ini amat mudah di dapati dikedai.


Tema Sinaran mentari.

Cuba anda buat mural di dinding, gambar matahari sedang terbit. gunakan warna kuning matahari untuk bedsheet dan langsir.Gunakan karpet berwarna hijau rumput dan cat siling berwarna biru langit cerah.selalunya,kanak-kanak akan rasa lebih bersemangat bila bangun tidur di waktu pagi.

So , cuba anda cuba untuk bilik anak anda. semoga berjaya.

  Forum: Cakap Anjung Seri & Dekorasi · Post Preview: #203 · Replies: 1 · Views: 10,268

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:23 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Diambil dari info rakan di sebarang....
Semoga bermanfaat!!!

Fotografi adalah seni atau suatu proses penghasilan gambar dan cahaya yang dipantulkan oleh objek masuk ke lensa kemudian diteruskan ke bidang film, sehingga menghasilkan gambar.
Mengenal Kamera dan bagian-bagiannya

Kamera
Ada beberapa jenis kamera seperti:
1.View finder kamera
2.View kamera
3.Twin lens camera (Box)
4.S.L / Single Lens Refflex
5.Instamatic camera
6.Palaraid kamera
7.Kamera digital


Bagian-bagian kamera

Lensa
Menurut macamnya dikenal lensa normal sudut lebar, lensa dan lensa tele. Lensa normal adalah lensa yang sudut pandangnya serupa mata kita. Jarak antara lensa dengan film normal (50 mm). Sudut lebar adalah lensa yang panjang fokalnya lebih kecil dari normal. Dan lensa tele adalah lensa yang panjang fokalnya lebih besar dari normal.
Gabungan dari ke tiga lensa disebut lensa zoom (zoom lens).
Selain itu masih ada lensa tambahan seperti lensa makro, lensa C.U dan lain-lain

Diafragma
Diafragma adalah sejumlah lempengan-lempengan baja yang dapat diatur, sehingga lubang menjadi besar atau kecil. Bilangan diafragma disebut stop biasanya disingkat F.
contohnya : F4 ,F5, F8 dan seterusnya.
Diafragma bisa diatur dengan merubah angka skala diafragmanya yang terdapat pada gelang yang melingkar pada lensa dengan angka-angka 1,4. 2,8 . 4,5 . 6,8. 1,1. 16.

Kecepatan /rana /shutter speed
Rana adalah sejenis tirai yang dapat dibuka selama waktu tertentu, misalnya 1/60 detik
Fungsi rana atau kecepatan adalah sebagai alat pembuka dan penutup masuknya cahaya kebidang film serta untuk melindungi film dari cahaya.
Rana pada kamera ada dua macam menurut gerakannya: Rana pusat dan Rana celah.
Biasanya angka kecepatan pada kamera tertulis T.B, 1.2, 4, 8, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 700, 1000, dan sebagainya. Angka-angka 1.2, 4, 8,15 menunjukkan lamanya waktu membuka kecepatan 1 detik, 1/4 detik, 1/8 detik, 1/15 detik dan seterusnya.

T: time, bila tombol kecepatan ditekan akan membuka dan kalau ditekan lagi akan menutup.
B: Blub, bila tombol kecepatan ditekan akan membuka dan jika dilepas akan menutup.
T dan B : dipergunakan untuk pencahayaan lebih dari 1 detik.

Fokus (Pengatur Jarak)
Fokus adalah pengaturan lensa yang tepat untuk jarak tertentu.
Untuk menajamkan gambar pada bidang film kita perlu mengatur jarak atau focus pada kamera dengan cara memutarnya lalu melihatnya pada jendela bidik.
Untuk memfocuskan gambar pada kamera ada beberapa macam: kaca buram, gambar geser, gambar rangka, micro prisma.

Skala tajam (ruang tajam)
Ada tiga faktor yang menentukan ruang tajam yaitu:
Lensa, masing-masing lensa menghasilkan ruang tajam yang berbeda.
Jarak pemotretan, makin jauh objek yang kita fokuskan, makin luas ruang tajamnya.
Diafragma, makin kecil lubang diafragma, makin luas ruang tajamnya. Makin besar lubang diafragma, ruang tajamnya semakin sempit.

Film
Film yang dijual dipasaran ada dua macam yaitu: film negatif dan film positif.
Film negatif terbagi dua: film negatif B/W dan negatif color dan film positif pun terbagi dua B/W dan color.

Masing-masing pabrik mengeluarkan standar kepekaan film umpamanya ASA Amerika , JIS jepang dan DIN Jerman.
Film yang ber ASA tinggi berbutir kasar dan film yag ber ASA rendah berbutir halus.
Hal-hal yang penting diperhatikan waktu membeli film baik film negatif atau positif yaitu pada masa kadaluarsa film, bahan prosessing, tempat menjual film kena terik matahari atau terlindung.
Setting Kamera Untuk Melakukan Pemotretan
Siapkan Kamera yang akan dipergunakan
Bersihkan body kamera dari debu menggunakan brower atau kain planel.
Bersihkan lensa kamera dengan lens cleaner (pembersih lensa).
Pasang lensa ke body kamera. Perhatikan titik yang ada di lensa dan yang
dibody kamera harus saling ketemu kemudian putarlah lensa berlawanan arah jarum jam sampai tertedangar bunyi klik.
Pasang batu baterei kamera.
Pasang pegangan lensa seperti filter dan sun cup
Mengisi film
Cabutlah engkol kombinasi penggulung film ke atas sampai punggung kamera terbuka secara otomatis.
Masukkan film ke dalam kamera jepit film dengan baik dan forforator film harus masuk di gigi pembawa film.
Film yang mengandung emulsi menghadap ke lensa kamera.
Kemudian tutup punggung kamera dan tekan sampai terdengar klik.
Untuk mengetes apakah film sudah terpasang baik atau tidak, kokanglah kamera apa bila engkol penggulung film berputar ke arah yang berlawanan dengan arah panah penggulung film, berarti film sudah terpasang dengan benar.
Menyetel kecepatan ASA film dan kecepatan rana
Pastikan ASA yang digunakan dan sesuaikan kecepatan rana dengan kemampuan anda.
Hindari menggunakan kecepatan rendah, karena gambar akan kabur bila anda memotretnya kurang mampu, gunakan kaki tiga bila anda terpaksa menggunakan kecepatan rendah.
Peganglah kamera dengan tangan kiri,
posisi kaki kuda-kuda dan mata mengintip di jendela pengamat.
Memfokuskan lensa,
Intiplah kedalam lubang pengamat dan arahkan kamera, sehingga objek utama tampak ditengah
lingkaran kecil poros mikroprisma.
Cara memfokus gambar patah (split image),
Putarlah gelang fokus sampai bagian atas dan bawah dari split image dalam lingkaran poros mikroprisma bertemu membentuk objek yang utuh.
Cara fokus mikroprisma
Putarlah gelang fokus sampai objek dalam lingkaran poros mikroprisma
tampak terang.
Kalau anda kesulitan dengan cara diatas waktu memfokuskan, gunakannlah seluruh bidang kaca sekeliling lingkaran poros mikroprisma, cara ini biasa digunakan pada pemotretan malam hari.
Atur komposisi sesuai dengan storyboard (rancangan gambar).
LS: long shoot, FS: fokus shoot, MS: medium shoot, CU:clouse up

Membuat tulisan dengan latar belakang pemandangan
Dengan cara mounting
Tulisan langsung dibuat diatas kertas foto atau gambar lain sesuai selera anda.
Membuat tulisan diatas plastik transparan lalu ditumpuk dengan gambar yang anda inginkan.
Lakukanlah pemotretan menggunakan lensa CU atau Macro lens.

Multi Expose
Membuat tulisan dulu diatas kertas hitam pekat usahakan tulisan warnanya kontras.
Lakukan pengambilan gambar tulisan tadi dengan diafragma kamera naik 2 stop dari posisi pencahayaan normal.
Tekan tombol perewin film untuk kamera yang tidak dilengkapi dengan multi expose. Kemudian kamera dikokang kembali.
Lakukan pengambilan gambar diluar sesuai dengan selera anda dengan pencahayaan naik ½ stop dari pencahayaan normal.

Super Infus
Membuat tulisan dahulu diatas kertas putih tulisan hitam.
Potret tulisan tersebut menggunakan film artho/high contras for slide title dan proses film tersebut. Maka akan diperoleh tulisa negatif hitam putih, kemudian klise negatif tersebut di kontek ke film artho dan proses maka akan diperoleh klise positif hitam putih.
Siapkan slide color yang akan dijadikan background.
Sekarang tumpuklah ketiga film tersebut dengan urutan sebagai berikut:
1.Film negatif high contras /ortho
2.Film positif high contras / ortho
3.Film slide color untuk backgroundnya
Lakukan pemotretan film no.2 dan no.3 di atas kotak lampu dan lampunya dalam posisi menyala.

Tekan multi expose kamera kemudian kamera dikokang kembali.
Cabut film no.2 dan no.3 dan lakukan pemotretan ke film no.1.
Kalau ingin tulisannya berwarna pasanglah filter warna di depan lensa kamera anda.
Prinsip-prinsip Komposisi Fotografi
Komposisi adalah cara mengatur/menyusun bagian-bagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah dimengerti. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan efektifitas gambar. “Perlihatkan apa yang ingin

Anda perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.
1.Subjek
Tampilkan suatu subjek utama dalam sebuah gambar. Kesampingkan bagian-bagian lain dan pisahkan hal-hal yang tidak perlu ada dalam foto.

2.Penempatan subjek utama
a.Bayangkanlah Anda sedang membagi gambar dengan garis bayangan mendatar dan tegak lurus menjadi 3 bagian yang sama besar. Titik temu dari garis-garis tersebut adalah tempat dimana Anda dapat meletakan subjek utama dan elemen-elemen pelengkap.
b.Jika menggunakan garis mendatar sebagai subjek utama, misalnya garis batas (cakrawala) antara udara dan lahan pertanian, aturlah agar bagian yang satu lebih besar dari bagian lainnya.
c.Posisi subjek tidak harus selalu berada di tengah-tengah agar komposisi nampak lebih menarik. Dan hindari penempatan subjek pada posisi yang gelap.

3.Titik pandang
Pilihlah posisi kamera yang paling tepat saat mengambil gambar, sehingga hal-hal yang ingin Anda perlihatkan menjadi lebih jelas.

4.Sediakan lebih banyak ruang untuk garis pandang dan garis gerak.
Beri ruang di depan subjek untuk mengesankan subjek Anda sedang bergerak atau melihat sesuatu.

5.Batas antar bagian gambar sebaiknya digunakan untuk mempertegas hal apa yang ingin Anda komunikasikan.
Namun, perhatikan dengan seksama agar objek yang ditonjolkan tersebut tidak membingungkan atau merusak komposisi.

6.Cahaya dan bayangan.
Gunakan pencahayaan yang menyebar agar gambar nampak jelas dan usahakan agar subjek anda menghadap sumber cahaya.

7.Lakukan pengambilan gambar secara bervariasi agar gambar lebih menarik.
Gunakan jarak yang berbeda antara kamera dan subjek dalam setiap pengambilan.

tongue.gif
  Forum: Cakap Fotografi & Lensa · Post Preview: #201 · Replies: 2 · Views: 7,353

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:18 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Pulau Langkawi




Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.

Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.

Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.


Maklumat boleh dapatkan disini: Pulau Langkawi
  Forum: Cakap Pelancongan & Percutian · Post Preview: #200 · Replies: 16 · Views: 21,769

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:13 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki atau di panggil baju layang atau baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera. Sebelum ini di Malaysia

kaftan hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini. Siapa sangka fesyen terkini telah merubah perspektif kita terhadap fesyen kaftan ini dari kamar tidur sahaja dahulunya ke alam penuh glamor dengan pelbagai pilihan di pasaran kini.



Fesyen terkini kaftan ini bukan sahaja di gemari di Malaysia malah telah menular ke serata dunia. Perubahan Fesyen terkini telah membawa kaftan dengan pelbagai rekaan baru yang lebih menepati trend semasa. Kaftan kini direka dengan pelbagai jenis fabrik dan corak seperti sifon dan sebagainya mengikut permintaan fesyen terkini. Corak kaftan jugak tidak lagi bermotifkan batik semata, ia boleh digayakan sebagai pakaian luar atau digayakan bersama aksesori tali pinggang dan rantai manik yang labuh.

Kemunculan kaftan di arena fesyen antarabangsa telah menjadi satu fesyen terkini yang begitu mewah dan bergaya. Bagi muslimah pula mengayakan kaftan merupakan pilihan yang terbaik kini di samping ia merupakan pilihan fesyen terkini ia juga amat sopan dan melambangkan ciri-ciri wanita muslimah. Dengan perkembangan fesyen semasa juga memberi banyak pilihan kepada kita untuk memilih pelbagai jenis fabrik yang terbaik juga corak kaftan yang beraneka jenis. Kaftan tidak lagi kuno dengan corak batik, terkini kaftan telah banyak di hasilkan bercorak bunga, geometri dan ada juga di hiaskan dengan sulaman emas atau manik-manik yang pastinya lebih membawa kepada kepada kemewahan gaya si pemakai.
  Forum: Cakap Fesyen & Gaya · Post Preview: #199 · Replies: 0 · Views: 5,738

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:07 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Berkongsi pengalaman seorang teman....


firstly bkn mslh sendiri tp pepagi td salah sorang dr kawan aku jmp n cerita mslh dia..
dia ajak temankan dia gi pejabat agama..aku pun setuju..aku bkn berat sblh tapi dari dulu aku mmg
tak setuju kawan aku dgn jantan nih..
prob dia :

kes 1: (masa bercinta)
pernah kantoi bawa perempuan keluar mlm dgn kwn2 (group laki pompuan)
sb dirakam dgn handycam dan awek dia dpt handycam tu. xde lucah2 okeh..
xtau la sengaja rakam kwn2 dia atau x..(aku kenal pompuan tu..sorry 2 say tp pompuan tu mmg bohsia)
penyelesaian: lps tgk gbr tu dia suh bf dia bw jmp salah sorang kwn yg ada dlm hcam dan tny direct
knp bf dia dgn pompuan lain..kwn dia mintak maaf sb babitkan bf dia..pastu kawan aku ni dtg umah aku mlm tu jgk
tdo kat umah aku then esok ikut aku gi jb (masa tu aku ada hal 1weeks kat sana).kiranya dia nak tenangkan fikiran la kot..
lps seminggu balik bf dia pujuk gila2..siap sumpah2 dpn aku nak jg awek dia elok2..konon syg la..
slps sbln aku tgk derang dah ok...pastu hp bf dia kwn aku control..

kes 2: (masa bertunang)
masa bertunang kawan aku suh tunang dia pakai sim baru..hp pun dah xkisah sgt..yelah dah bertunang..kira secure sikit.
tunang dia jemput sorang pompuan (A) diam2..konon regular customer..(tunang dia buat bisnes). tp kwn aku pernah tgk msj pompuan ni ngadu kat tunang dia tu psl bf dia selalu pukul dia....tunang dia ckp dah org nak cerita mslh takkan nak mrh org tu..dgr aje la..kwn aku pun terima alasan xkonkrit tunang dia tu!!

kes 3(dah berkahwin)
baru dpt tau yang laki dia ni masa derang bertunang gi lepak kat umah si A. ngamuk sakan kawan aku..
tapi mcm biasa jantan ni secara automatiknya ada je jwpnnya..katanya mak bapak Si A yang jemput..
hormat la jemputan org...pastu dapat pulak tau dari adik ipar dia yg laki dia bkn p terawih tp lepak kat umah si A...
apa korang ingat kalo dah menipu bini gi terawih tp gi melencong umah pompuan..ntah betul ke tak mak bapak
pompuan tu ada atau derang berdua-duaan...wa'allahualam...
penyelesaian:BELUM ADA


so..mlm td derang dah gaduh besar sampai kawan aku ni nak pi pejabat agama..kaunseling or bercerai aku xtau la..
mmg tak guna ada laki cam gitu..
Firstly...dia mungkin janji..
secondly....dia ada pompuan lain...

korang setuju tak yang derang mmg xsesuai bersama..kawan aku tu dah mengandung 3mgu..
boleh sakit jiwa kalo kawin tapi hari2 makan ati...!!


komen pls!!! unsure.gif
  Forum: Cakap Keluarga & Rumahtangga · Post Preview: #197 · Replies: 12 · Views: 13,523

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 02:00 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
“Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”


Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian
murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.
Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,
“Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″,


Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”.
Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu
tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”,
ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanitasecara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk
siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya
untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu
Murni.
Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan
oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan
datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris,
okay?
Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #196 · Replies: 5 · Views: 6,217

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:57 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Terbaru ~ Garmin GMXT 4.20.00 utk Symbian60 update

Untuk mereka2 yg guna Garmin GMXT untuk Gps kat handphone ni dah ada update dari versi 4.10.80 ke versi 4.20.00

antara perubahan dalam versi terbaru~

QUOTE
Changes made from version 4.10.80 to 4.20.00:

* Improve address search in Russian.
* Improve GPS status to correctly display for Samsung S60 devices with built-in GPS receiver.
* Improve copyright display in the Settings->About->Content page.
* Improve ability to select the 'No' button to disable recalculations.
* Improve highlight on the Garmin Online page



Untuk update sila ke link berikut ~ https://buy.garmin.com/shop/store/downloads...139&pID=420

Sesuatu yang menarik bagi kaki GPS!!! Jom!!! Layan GPS weh...
Best!!! tongue.gif
  Forum: Cakap Produk Elektrik, Elektronik & Digital · Post Preview: #195 · Replies: 3 · Views: 5,981

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:52 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


BUBUR LAMBUK QUAKER OATS

Bahan
375 gm Quaker Oats
4 cawan air
100 gm daging cincang
1 batang kecil carrot [[potong dadu kecil]
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mayang
2 s/b minyak
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] hiiris
garam
bawang goreng..untuk hiasan

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan air, daging, carrot dan quaker oats. Biarkan sehingga mendideh.
3. Masukkan garam dan kacau rata. Biarkan reneh sehingga pekat.
4. Angkat dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

====

Selamat Berbuka!!! laugh.gif
  Forum: Cakap Resepi & Masakan · Post Preview: #194 · Replies: 0 · Views: 6,841

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:48 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


KUE TEAW KERANG

Bahan-bahannya:

- Bawang putih
- 3 sudu besar cili kering
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu cili sos
- Kerang satu mangkuk
- Tauge
- Kucai

Cara Menyediakannya:

1. Tumis bawang putih, cili giling, bawang besar. Setelah kekuningan,
masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.

2. Campurkan kerang dan tauge. Setelah didih, pecahkan satu biji telur dan
masukkan kue teow. Goreng sampai masak lalu dihidangkan.

=============================


Char Keow Teow Goreng Ala Penang

Bahan:
120g koew teow
40g taugeh
10g daun kucai
20g minyak masak
30g udang basah
20g isi kerang
20g sotong basah
1 biji telur
1 sudu kicap hitam (pekat)
1 sudu kicap cair
1 1/2 sudu cili boh
sedikit garam dan lada sulah

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, keow teow dan telur. Masukkan udang, sotong dan isi kerang.
2. Goreng sehingga masak. Campurkan sedikit cili boh, kicap cair dan kicap pekat.
3. Akhir sekali masukkan taugeh bersama daun kucai.

==========================
Cubalah!!! tongue.gif
  Forum: Cakap Resepi & Masakan · Post Preview: #193 · Replies: 0 · Views: 2,453

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:44 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Salam,

Petua yang amat berguna bagi ibubapa...

Bagaimana merancang jantina?


Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:


Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:



Merancang anak lelaki


1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha... tongue.gif
  Forum: Cakap Kesihatan & Petua · Post Preview: #192 · Replies: 13 · Views: 29,403

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:40 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Ini adalah berita terbaru...

QUOTE
Tarikh tubuh kerajaan baru mungkin dilewatkan
11/09/2008 11:19pm

KUALA LUMPUR 11 Sept. — Pakatan Rakyat hari ini mendakwa tarikh penubuhan kerajaan baru terpaksa dilewatkan berikutan beberapa sebab, termasuk lawatan 49 anggota parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat yakin mereka tetap akan menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi, kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memetik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehuddin Hashim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.

- Bernama


Adakah anda yakin dengan Pakatan Rakyat? Atau beranggapan ianya hanya omong kosong???
Media memang memainkan peranan yang amata penting buat masa ini.
Isu ini tak dapat lari dari hari ke hari...???
Ada komen???
Luahkan disini... unsure.gif
  Forum: Cakap Politik · Post Preview: #191 · Replies: 25 · Views: 24,939

Razif
Posted on: Sep 12 2008, 01:27 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Salam,

Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.

Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.

Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!

Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :

Percuma :
http://portableapps.com/

http://www.portablefreeware.com/

http://www.pendriveapps.com/

http://www.myportables.info/

Ini berbayar :
http://www.smarthumb.com/product/index.html

Mudah bukan??? Segalanya hanya didalam poket anda!!! laugh.gif
  Forum: Cakap Dunia ICT Terkini · Post Preview: #189 · Replies: 3 · Views: 5,400

Razif
Posted on: Sep 9 2008, 11:07 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Salam,

Hanya ingin berkongsi 3 web yang dibuat tanpa sebarang modal...
Segala maklumat yang dirasakan penting untuk dikongsi dengan semua...
Jenguk-jenguk lah yer.. laugh.gif



Laman Web: http://doit-info.blogspot.com/
Deskripsi: ::: Just Do-It ::: (Erti Kewangan)
Pusat Pengumpulan Maklumat Kewangan yang merangkumi tentang strategi, teknik serta kaedah berkesan mengatur serta mengurus kewangan peribadi disamping kaedah menambah pendapatan dan harta kekayaan untuk golongan yang bergelar Bumiputera. Ianya merupakan pandangan serta pengalaman peribadi bukanlah dari penasihat kewangan yang bertauliah.


Laman Web: http://www.razifyusof.co.cc/
Deskripsi: Blog: Maklumat Produk Digital 2008
Kebanyakannya adalah produk digital percuma


Laman Web Jualan: http://www.pintarkewangan.tl.my
Deskripsi: Web mini bagi mempromosikan 150 artikel kewangan yang bermanfaat dalam pengurusan kewangan di Malaysia.
Adakah anda mempunyai kemusykilan atau pertanyaan tentang masalah kewangan yang anda hadapi? Masalah hutang? Atau hanya ingin tahu cara dan kaedah paling berkesan merancang serta mengurus kewangan anda? Mahu tahu teknik bagaimana untuk menyimpan 100% dari pendapatan anda? Apa sahaja kemusykilan anda berkenaan kewangan,
Disinilah Jawapannya!!!



Jumpa Di Sana Ya!!! laugh.gif

  Forum: Cakap Laman Web Terpilih · Post Preview: #146 · Replies: 1 · Views: 3,187

Razif
Posted on: Sep 9 2008, 06:36 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Salam,

Pengurusan kewangan...? Siapa yang tidak tahu menggunakan wang? Tapi sebenarnya tak ramai yang tahu uruskan wang....
Ianya juga seperti penggunaan kad kredit, semua tahu menggunakannya... Tapi? Mengapa ramai yang muflis akibat hutang kad kredit...

Belajarlah demi masa depan kewangan kita!!!

Kata Hikmat
QUOTE
"Apa yang penting adalah berapa banyak yang dapat disimpan setiap bulan,
bukan berapa banyak pendapatan setiap bulan"


Sedikit perkongsian artikel dari PintarKewangan

URUSINSAN BERCAKAP TENTANG PELABURAN

Pelaburan terpenting adalah melabur pada diri anda. Jangan jadi seperti kebanyakan orang lain (90% hingga 95% rakyat Malaysia) yang cakap tak serupa bikin. Cuba anda fikirkan, kita semua tahu bersenam baik untuk kesihatan. Takda seorang pun akan kata bersenam tidak baik untuk kesihatan, semua orang tahu ianya adalah satu amalan mulia. Tapi persoalannya kenapa tak semua orang buat kalau dah semua orang tahu?

Kalau saya tanya disini sapa tak nak jadi kaya? semua orang nak jadi kaya dan semua orang nak hidup senang, tapi dah tahu nak kaya, hidup senang dan sebagainya, kenapa ramai yang suka menyusahkan diri sendiri? anda rasa dengan menyusahkan diri sendiri anda akan senang kemudian hari?

Semua orang tahu kalau makan gula berlebihan akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit, tak payah sebut penyakit apa, semua orang tahu. Tapi makan juga gula banyak-banyak. Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan tapi kenapa merokok juga?

Kalau anda tanya saya apa kena mengena semua ini dengan thread pelaburan, jawapannya mudah. Semua pelaburan adalah baik, mana ada pelaburan yg tak baik, selagi ianya mendatangkan keuntungan halal dan tidak menyusahkan anda kemudahan hari, ia pastinya satu pelaburan yang baik. Cuma ada satu masalah dalam "equation" atau percaturan ini.

Semua orang sibuk nak melabur, tapi benda yg depan mata taknak selesaikan dulu. Dengan hutang yang banyak, belum tahu mengurus kewangan dengan betul, konsep pengurusan kewangan pun tak reti tapi sibuk nak melabur. kena pulak ada yang mempunyai masalah dalaman (JIWA) yang belum diubati dengan mengeluarkan kenyataan tak serupa bikin seperti …

"Terima kasih diatas usaha / tunjuk ajar dll tentang teknik pengurusan kewangan, tapi saya tak buat lagi" atau "macam mana nak dapat rumah FREE yg En. Zaidi ceritakan tu" atau " macam mana boleh dapat kereta free, saya dah puas fikir, apa yg cik zaidi cerita tak masuk akal".

Nak menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan pun tak reti, hutang yang melambak pun tak setel2 lagi, sibuk nak tahu benda yg anda sendiri belum sampai atau orang puteh kata "cannot comprehent". Adakah generasi melayu hari ini adalah generasi cakap tak serupa bikin? pergi bank mintak turunkan interest rate pun takut, ada hutanng pun lari-lari tak nak mengaku kat pegawai bank kata tak boleh hutang pun malu, bila buat hutang tak malu.

Sebelum sibuk nak buat pelaburan, labur pada diri anda dulu, cari ilmu dan belajar mengurus diri dan hidup, selesaikan perkara terpenting, selesaikan hutang secepat mungkin, berterus terang dengan diri sendiri, mengaku kebengapan anda dan belajar, buat ..jangan hanya cakap tak serupa bikin, bila dah labur pada diri anda, lepas tu baru belajar macam mana nak melabur untuk meningkatkan harta anda.

Salam
Zaidi Ismail

FORUM KEWANGAN
www.urusinsan.net

Pintar Kewangan: Bina Minda Jutawan!
  Forum: Cakap Pelaburan & Pengurusan Kewangan · Post Preview: #137 · Replies: 6 · Views: 8,840

Razif
Posted on: Sep 9 2008, 06:14 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14


Apa yang dijanjikan 16 September... Sehingga ke hari ini DSAI terus menyatakan segalanya akan berlaku..
Dan kini Malaysia memang menghadapi keadaan ketidak tentuan... Agaknya ini yang dirancang oleh beliau...

Walaubagaimanapun, kini tidak ada tanda-tanda akan wujudnya lompat parti,
dan secara peribadi saya menyatakan adalah tidak adil jika ahli parlimen melompat parti dan terus menubuhkan
kerajaan baru. Sebaiknya diadakan pilihanraya bagi yang melompat kerana ianya adalah mandar rakyat...
Jika ternyata apa yang dipilih rakyat adalah calon dan bukannya parti... Pastinya PKR akan terus di hati rakyat dan mampu menawan
bumi Malaysia...

Kini ahli parlimen dari BN pula meninggalkan negara untuk mengadakan lawatan sambil belajar...
Erm.. BN memang memerlukan perubahan besar untuk terus revelan..

~just my 2 cents! dry.gif
  Forum: Cakap Politik · Post Preview: #136 · Replies: 12 · Views: 11,919

2 Mukasurat V   1 2 >

New Posts  Susulan baru
No New Posts  Tiada susulan baru
Hot topic  Topik panas (Baru)
No new  Topik panas (Tiada baru)
Poll  Undian (Baru)
No new votes  Undian (Tiada Baru)
Closed  Topik dikunci
Moved  Topik dipindah
 

Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 02:59 AM