Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Produk Elektrik, Elektronik & Digital _ "SIM Card Registration Failed"

Posted by: sH@m Sep 16 2009, 02:36 AM

Assalamualaikum ..

Kelmarin aku buka handphone, cadang nak hantar SMS, aku pun taip la mesej tu dan send .. tup2, "Send failed" katanya, apasal lak? .. check2 tengok, uihhh .. tak de coverage, satu bar pun tak naik .. aku keluar dari rumah, pusing sana pusing sini masih tak de signal .. ehhh, apasal pulak??

Pastu aku restart handphone ... nah terus aje keluar "SIM Card Registration Failed" .. SIM card dah kena terminate !!!! .. huhuhu, sedihnya aku, dalam tu ada balance RM111 lagi, banyak tu .. Waaaaaa

Sebenarnya, aku jarang buat panggilan, CELCOM selalu bagi free SMS bulanan, jadi aku SMS je la walaupun akaun tu tak aktif (tak top-up @ tarikh "mati" @ expired), masih boleh SMS.

Dah cam tu, jadi terlupa lak nak top-up tarikh, dah lebih 3 bulan tak top-up, terlupa sungguh .................... Iskhhh3.

Camana nak buat err ??? Boleh aktifkan balik tak ??? RM111 tuuuu ...... dan nombor tu memang dah lama guna, dah ramai kenalan guna nombor tu .... Hmmmm.

Aku ada tanya geng2 kedai telefon, kebanyakan cakap ... BUNGKUS !!!! .. sebab data nombor tu dah didelete dalam database CELCOM .. betul ke??

Aku belum lagi rujuk ngan CELCOM, aku nak tanya korang dulu, kot2 korang ada pengalaman dalam hal ni .. tapi kan, kebanyakan jawapan yang aku dapat ... "HANG BELI LAIN LA SIM CARD TU, MEMANG DAH KENA TERMINATE, TAK LEH BUAT APA2 DAH" .... cry.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Sep 19 2009, 04:59 AM

Ko kena gi sendiri kat pejabat besar celcom, bawak IC.

Confirm ko akan dapat balik no tu, pastikan tak recyle lg no tu sebelum 3 bulan rasanya biggrin.gif

Itupun kalau ko sayanglah no tu.

cuba ko try call no ni , 0199999999 , perempuan angkat beb, aku rasa dia ni orang kerabat diraja takpun orang dalam celcom 24.gif cv.gif



Posted by: ♦محم Sep 19 2009, 11:40 PM

QUOTE (WebZone-_-Attack @ Sep 19 2009, 04:59 AM) *
cuba ko try call no ni , 0199999999 , perempuan angkat beb, aku rasa dia ni orang kerabat diraja takpun orang dalam celcom 24.gif cv.gif

perempuan mane???tak berkenalan ke WA

Posted by: B@zSh™ Sep 25 2009, 12:52 PM

Bro try la pi Celcom Center
Kot2 still boleh recover

Posted by: sH@m Sep 25 2009, 07:16 PM

Hubungi Customer Service katanya kena ikut T&C .. selepas 100 hari "grace period", akaun akan dihentikan sepenuhnya .. aku kata pulak ... Aaaaaaaaaaa .. habis citer.

Sekarang ambik "BLUE" pulak .. topup RM50, daftar untuk expired 2 tahun .. hmmm, ambik ko.

Posted by: B@zSh™ Sep 27 2009, 05:26 AM

QUOTE (sH@m @ Sep 25 2009, 07:16 PM) *
Hubungi Customer Service katanya kena ikut T&C .. selepas 100 hari "grace period", akaun akan dihentikan sepenuhnya .. aku kata pulak ... Aaaaaaaaaaa .. habis citer.

Sekarang ambik "BLUE" pulak .. topup RM50, daftar untuk expired 2 tahun .. hmmm, ambik ko.

Kalo awk nak jimat Sh@m
Guna Hotlink Youth Club
Rate sangat murah & boleh jimat
Saya bole adjust even umuq dah >25 smile.gif

Posted by: sH@m Sep 28 2009, 10:01 AM

TQ Doc. ..
Tak pe lah .. aku pun bukan "sibuk" sangat ngan handphone ni, bukannya buat bisnes pun, bila penting je guna ..
lagipun dah ambik nombor baru ..

Ya, aku dah baca rate Hotlink Youth Club tu, boleh tahan gak, 4 years validity ..
Kalau kaki "gayut" tu bagus gak ambik ni ..

Youth under 25 tapi aku dah way way over 25, takkan youth lagi kot .. tak syok la kalau "cheat" akaun tu tongue.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)