IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Rakyat tetap sokong walau tidak buat apa-apa :: Nik Aziz
padaiyappa©
kiriman Jan 23 2009, 10:42 AM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Rakyat tetap sokong walau tidak buat apa-apa :: Nik Aziz

KUALA TERENGGANU - Rakyat ternyata tetap menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan memenangkan calon Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu walaupun parti ini didakwa ‘tidak melakukan apa-apa’.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kehairanan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan Pas semakin bertambah apabila kaum lain seperti Cina dan India turut menyokong Pas.

“Kata Pas tak buat apa, tapi peliknya orang beri undi kepada Pas juga, orang Cina dan India semua sokong Pas, bukan yang miskin saja (malah) kaum Cina dan India yang kaya semuanya sokong Pas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap dalam satu ceramah perdana sempena kemenangan PR pada pilihan raya umum Parlimen Kuala Terengganu di Kampung Tanjung malam semalam.

Selain itu, Nik Abdul Aziz turut meminta semua pihak tidak terlalu ghairah menyebut ketuanan Melayu sebaliknya menggunakan perkataan ketuanan Islam kerana negara ini mempunyai pelbagai bangsa.

”Selagi sebut Ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana? Tapi kalau sebut ketuanan Islam ada juga Cina yang Islam ada juga India yang Islam,” katanya.

P/S - Berdasarkan daripada kenyataan TGNA, nampaklah bahawanya rakyat malaysia (bukan Pencacai BN) sudah mula bosan dengan barisan nasional dengn kebengongkan menteri-menterinya ....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 16th September 2019 - 08:54 PM