IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Mangsa sembelih
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 09:17 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



PUCHONG: Bagaikan dirasuk, seorang pengusaha kedai barangan logam disyaki dengan rakus meragut nyawa isteri dan pembantu rumahnya menggunakan sebilah pisau di Taman Wawasan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek gagal mengawal kemarahan selepas berselisih faham dengan pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Siti Patonah, 20-an.

Mulanya, lelaki berusia 47 tahun itu disyaki mengelar leher pembantu rumah terbabit dengan sebilah pisau di dapur rumahnya.

Isteri suspek, Ang Sook Foon, 37, yang terkejut dengan kejadian berkenaan cuba mententeramkan suaminya tetapi, dia turut menerima nasib sama apabila lehernya dikelar dan mati di tempat kejadian.


Selepas mengelar leher isteri dan pembantu rumahnya, suspek yang seolah-olah tersedar daripada dirasuk meratapi kematian isterinya.

Dia ditemui duduk bersebelahan tubuh isteri di atas sofa di ruang tamu sehingga kedatangan polis.

Polis kemudian menahannya bagi membantu siasatan kes kematian kedua-dua wanita berkenaan.

Ang ditemui dengan kesan kelar di leher di ruang tamu, manakala Siti Patonah di dapur rumah teres dua tingkat yang didiami suspek bersama keluarganya.

Difahamkan, pasangan yang mempunyai tiga anak itu mengusahakan sebuah kedai menjual barangan logam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid, berkata polis menerima maklumat daripada jiran mangsa mengenai pergaduhan yang berlaku di rumah wanita itu.

“Sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, polis menemui mayat seorang wanita di ruang tamu manakala seorang lagi di dapur dengan kedua-duanya mempunyai kesan kelar di leher,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis menahan seorang lelaki dalam rumah berkenaan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah ibu suspek serta tiga anaknya yang berusia empat bulan hingga enam tahun.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan antara mangsa dengan suspek.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar suspek bertindak sedemikian,” katanya.

Difahamkan, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di rumah berkenaan.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penyiasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Sep 26 2008, 01:30 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Eeeeeee. seram si, takut deh Dalam berita cakap,Lelaki ni memang tak siuman.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
exinco
kiriman Oct 2 2008, 03:37 AM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 44
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 11



kejam ni. saya pasti ini semua ada kaitan dengan tekanan hidup. sepatutnya ada pihak yang mengalah agar pertumpahan darah tidak berlaku. kalau kedua2 pun asyik nak menang maka begitulah kesudahannya.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 05:05 AM