IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Ani Tak Kisah Bercerai Lagi
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 10:21 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, kehidupan pejuang irama tradisional dan etnik Malaysia, Noraniza Idris sentiasa diintai masyarakat.

Semuanya bermula dengan konflik peribadi iaitu rumah tangganya dengan penyanyi Fareez yang berhadapan dengan keretakan sehingga membawa kepada kehancuran.

Berlarutan daripada kegagalan mempertahankan mahligainya bersama Fareez yang terbina selama 18 tahun, mereka akhirnya berpisah pada Mei 2006.

Sejak itu hidup penyanyi yang popular dengan lagu Awallah Dondang ini terus diburu kontroversi.

Terbaru, Noraniza sekali lagi menjadi perhatian dan buruan media selepas tersebar berita perceraian kali keduanya dengan seorang ahli perniagaan dari utara berusia awal 50-an.

Pada peringkat awalnya, Noraniza dan suami keduanya itu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan umum.

Namun, kalau sudah namanya selebriti, Noraniza atau mesra di kalangan wartawan dengan panggilan Ani tidak mampu menyembunyikan berita gembira itu.

Bagaikan tiada kesudahan, kisah rumah tangganya terus diperkatakan kerana enggan mendedahkan identiti sebenar suami yang dinikahinya pada awal Februari lalu.

Sehinggalah Ahad lalu, perkahwinan kedua Noraniza itu dilaporkan musnah.

Pada satu pertemuan dengan media pada Majlis Perjanjian Persefahaman antara syarikat miliknya, Noraniza Idris Production (NIP) dan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd. (Pro Sinar), Selasa lalu (9 September), penyanyi itu menjawab panjang lebar tentang kisah perceraiannya.

Memulakan bicara, Noraniza berkata, sebelum keputusan bercerai diambil, dia melakukan solat hajat memohon bantuan daripada Allah agar diberikan petunjuk terbaik terhadap sebarang keputusan yang bakal diambilnya.

“Saya melakukan solat hajat terlebih dahulu memohon petunjuk, kalau baik ditunjukkan keikhlasan dan kalau tidak ditunjukkan keputusan sebaliknya.

“Setelah sembilan hari sembahyang hajat untuk mendapatkan kata putus, akhirnya pada malam Jumaat pukul 9.15 malam, saya mendapat keputusannya,” katanya.

Enggan bercerita lanjut berhubung petunjuk yang diterimanya, kata Noraniza, perceraian kali kedua itu sedikit sebanyak menjadikan dirinya lebih tabah dan kuat mengharungi kehidupannya kelak.

“Kalau dahulu, perceraian kali pertama memang saya rasa sedih sangat, lama nak hilangkan kesedihan itu tetapi kali ini tidak terasa sangat, mungkin sebab saya sudah mendapat kekuatan daripada pengalaman lalu,” kata penyanyi berusia 40 tahun itu.

Ditanya tentang tarikh sebenar berakhirnya perkahwinan itu, kata Noraniza: “Cukuplah jika saya kata, saya sudah habis tempoh idah.

“Sekarang ini, saya dan bekas suami masih berkawan dan berurusan secara baik. Walaupun berat, saya rasa ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami.

“Lagipun, pada peringkat awalnya memang saya tidak mahu berkongsi (bermadu), tapi nak buat macam mana terjadi juga.

“Mungkin, Tuhan nak tengok sejauh mana tahap kesabaran dan kekuatan saya. Tak apalah, asalkan dia bahagia,” luah Noraniza jujur dari hatinya.

Menjalani kehidupan solo, kata Noraniza kini dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat dan kedua-dua anaknya iaitu Mohd. Aliff Haiqal, 19, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 15 serta kerjaya nyanyiannya.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 14 2008, 06:02 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



laaaa..ape bende sembahyang hajat pulak nak mintak petunjuk..orang nak mintak petunjuk sembahyang istikharah (betul ke eja melayu camni)..pastu petunjuk yang dia dapat tu betul ke petunjuk dari Allah?? takut petunjuk hasil ego, panas baran, sakit hati, cemburu, marah, dan yang penting sekali hasutan syaitan..yerlah, kalau betul2 dia sembahyang mintak petunjuk, xkn 9 hari baru jumpe? macam2lah artis ni..dah naik x reti aku dibuatnya.. cakap ikut suka hati dan wat keputusan ikut perasaan banyaknya aku tengok..macam2..semoga jauh kita dari benda2 macam ni


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Sep 19 2008, 10:12 PM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Melayu mudah lupa bro. Dah jodh dia sampai kat situ,dah nak uat cm mana dah kan. Redha je la.jodoh pertemuan di tangan tuhan…
semuga kak anie bertemu jodoh yang lebih baik…
insyaallah…



masak pengat di atas api
api membakar terasa hangat....

Aduh aku dah lupa dah nak habiskan pantun ni. ohmy.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Pendekar☺M...
kiriman Oct 15 2008, 01:52 PM
Kiriman #4


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 29
Sertai: 15-October 08
Daripada: Belakang Umah Bapak Ko
No. Ahli: 125



Memangla dia tak kisah, sebab dia dah ada pengalaman untuk kali pertama. Jadi utk kali kedua, bagi dia biasa je la mega_shok.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 06:01 AM