IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Seram sejuk tanda didekati hantu, tanda-tanda awal
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 11 2009, 10:40 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Kuala Lumpur : Anda berada di kawasan usang, jauh daripada orang ramai dalam kegelapan malam, tiba-tiba bulu roma meremang dan badan rasa seram sejuk serta debaran mengiringi kelajuan degupan jantung.
Awas, itu adalah antara tanda diri seseorang itu mungkin dihampiri sesuatu entiti asing yanng tidak dapat dikesan pacaindera manusia dan entiti asing itu lebih dikenali di kalanngan masyarakat sebagai hantu.

Pengkaji Paranormal Scene Investigator (PSI) Syarifah Ruqaiyah Syed Abdullah berkata, pada ketika itu tanpa sebarang faktor, tahap kestabilan struktur biologi tubuh akan berubah dan diri akan dihantui perasaan takut tanpa sebab yang jelas.

Beliau berkata, keadaan itu disebabkan apabila entiti asing itu berada terlalu hampir dengan manusia, suhu kawasan berkenaan akan berubah secara mendadak.

“Ada kes menunjukkan suhu meningkat apabila berlaku kehadiran entiti asing, tetapi dalam banyak kajian yang kami lakukan, suhu akan menurun daripada suhu bilik iaitu sekitar 28 darjah Celcius. Ada kes suhu menurun sehingga 11 darjah Celcius dan kemungkinan entiti itu berada terlalu hampir dengan diri seseorang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kehadiran entiti itu bukanlah faktor tunggal menyebabkan keadaan diri seseorang itu menjadi seram sejuk dan takut, kerana dalam kebanyakkan kes ia berlaku akibat perasaan seseorang itu dipengaruhi minda mereka.

“Jika mereka terlalu memikirkan mengenai hantu, minda mereka akan bertindak balas mempengaruhi diri dan akhirnya mengakibatkan mereka menjadi takut dan seram,” katanya.

Dalam kehidupan masyarakat di negara ini, hantu adalah topik yang paling diminati, ramai yang ingin tahu mengenai hantu tetapi tidak ramai yang sanggup keseorangan di suatu kawasan usang yang jauh daripada orang ramai mengenai kegelapan menyelubungi malam.

“Mengapa perlu takut kepada hantu? Kita sepatutnya lebih takut kepada pencipta segala mahkluk Allah SWT, minda masyarakat kita sudah terlalu lama ditanamkan dengan kenyataan bahawa hantu itu sesuatu yang perlu ditakuti, ia diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

“Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sebenarnya ada juga hantu yang takut kepada manusia. Kalau kita berani hantu takut, tetapi jika kita takut hantu berani,” jelas beliau lagi.


Mingguan Warta Perdana
07-10-2007
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Feb 12 2009, 10:40 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



suhu badan saya pun berubah bila didekati oleh entiti yang seksi


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 12 2009, 11:26 AM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (Padaiyappa @ Feb 12 2009, 10:40 AM) *
suhu badan saya pun berubah bila didekati oleh entiti yang seksi

iye ke??
suhu berubah kepada sejuk dan urat saraf akan menegang..akan menimbulkan kesengsaraan
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Feb 12 2009, 11:30 AM
Kiriman #4


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



kawe biasa akan meremang bulu tengkak... pastu keluar peluh jantan.. tp kawe biasa akan azan kat situ jugak... itu senjata kawe selain ayat Qursi.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 12 2009, 11:34 AM
Kiriman #5


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Feb 12 2009, 11:30 AM) *
kawe biasa akan meremang bulu tengkak... pastu keluar peluh jantan.. tp kawe biasa akan azan kat situ jugak... itu senjata kawe selain ayat Qursi.

itu tanda dia nak dtg...ade mase lagi nak buat ape yg patut...
tapi kalau dah kuar mengejut depan mate..nak melatah pon tak sempat...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Feb 12 2009, 11:36 AM
Kiriman #6


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (qifa_87 @ Feb 12 2009, 11:34 AM) *
itu tanda dia nak dtg...ade mase lagi nak buat ape yg patut...
tapi kalau dah kuar mengejut depan mate..nak melatah pon tak sempat...

kawe pernah didatangi makhluk jahat yg dihantar oleh seseorg semasa kawe tido.... nanti kawe cerita korak.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 12 2009, 11:40 AM
Kiriman #7


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Feb 12 2009, 11:36 AM) *
kawe pernah didatangi makhluk jahat yg dihantar oleh seseorg semasa kawe tido.... nanti kawe cerita korak.gif

ape lagi..ruang pengalaman dah dibuka....kongsi sana...
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 30th April 2024 - 07:33 PM