IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> PKR Parti Bagus - Ini BUKTI-nya
padaiyappaİ
kiriman Dec 1 2008, 11:39 AM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Assalamualaikum,

Semalam saya berkesempatan menghadiri Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, Selangor. Sengaja saya hadir bagi melihat sendiri mentaliti penyokong dan pemimpin PKR, rakan sekutu rapat PAS.

Saya berkesempatan mendengar ucapan pemimpin tertinggi PKR iaitu kesemua Naib Presiden PKR :

1. Y.B Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, Selangor

2. Y.B Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

3. Y.B Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang

4. Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Disamping itu juga, saya berkesempatan juga mendengar ucapan bersemangat Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan akhir sekali buat pertama kali selepas 10 tahun, saya mendengar ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim secara 'live'.

Ikrar Mengejutkan daripada Y.B Sivarasa Rasiah

Ucapan malam ini menarik minat saya apabila Ahli Parlimen Subang, YB Sivarasa Rasiah telah membuka dan membacakan Perlembagaan PKR. Beliau dengan tegas menyatakan komitmen PKR bagi memelihara dan mendaulatkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping meminta orang Melayu menghormati masyarakat bukan Islam dan ini benar-benar memeranjatkan saya.

Saya tidak pernah mendengar ucapan daripada pemimpin bukan beragama Islam yang secara terangan menyatakan komitmen untuk mendaulatkan agama Islam dan bahasa Melayu di Malaysia. Ini sesuatu yang baru dan menarik dalam politik Malaysia.

Kesan Dakwah Daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim?

Kawan saya memberi pandangan mungkin ini adalah kesan halus dakwah DSAI kepada ahli PKR yang bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Agama Islam dan Bahasa Melayu. Mungkin ada benarnya.

Jadi kita telah tersilap sangka kepada PKR selama ini. Saya sendiri ingatkan PKR ini sekular tapi rupa-rupanya ia hanyalah sebuah parti yang mahukan perpaduan di Malaysia. Pilihan PAS untuk bekerjasama dengan PKR adalah satu pilihan tepat cuma PAS perlu memantau agar perjuangan PKR sentiasa pada landasan yang betul dan memberi nasihat kepada PKR mana yang silap.

** sedutan daripada http://marul77.blogspot.com


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th April 2024 - 01:51 PM