IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> 6 perkara sempurna puasa
wanmus
kiriman Sep 9 2008, 03:26 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1.Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dandibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang bolehmengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2.Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedahseperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyakberdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahandaripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini keranasetiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar.Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haramseperti firman-Nya bermaksud:

-Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.(al-Maidah:42)

4.Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangandan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripadaperkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasasekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbukadengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka denganmakanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini keranatidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuhdengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkankeinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbukadia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepasketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaantakut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama adapuasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjayaatau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orangcelaka.

Wallahualam..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ijamidayu
kiriman Sep 12 2008, 09:27 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



Satu perkongsian yg amat bagus pada kita untuk diamalkan sepanjang hidup kita berpose..

Nice tips bro.. Harap anda mendapat PAHALA dari ALLAH diatas perkongsian ilmu ini..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
fid
kiriman Sep 12 2008, 03:40 PM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 15
Sertai: 12-September 08
No. Ahli: 32



satu pengisian rohani yg perlu bagi seorang muslim pada bulan yang mulia ini. Laksanakan rukun islam ini dengan penuh sempurna hendaknya.barula best nak raya nanti smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 12 2008, 09:51 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



satu lagi tambahan untuk kita di bulan puasa ni..

iaitu sembahyang sunata tarawikh...mungkin kita rasa ringan je kan ibadat ni? tapi kenapa hanya ada di bulan ramadhan jer? tentulah banyak manfaatnya..antaranya ialah:

  1. Supaya mengajar kita rajin beribadat di waktu malam walaupun selepas bulan puasa sebab kalau x mula di bulan ramadhan, xtaulah bila akan start.
  2. Mengajak kita mengenal masjid dan surau berdekatan kita walaupun x pernah kenal sebelum ni.
  3. Mengajar kita bersembahyang jemaah.
  4. Satu exercise lepas makan macam2 waktu berbuka tadi.
  5. Membuang angin yang masuk semasa kita sedang berpuasa atau ketika berbuka. (tu ramai bersendawa semasa tarawikh)
  6. Memberi peluang kita memohon kemaafan dari Allah di bulan yang berkat ini. Mungkin kita doa sorang kurang dimakbulkan, insyallah jika berdoa ramai mudah sikit nak makbul.


Jika kawan2 ada lagi kelebihan tarawikh yang ingin di masukkan, silakan..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 23rd April 2024 - 04:58 PM