Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Keluarga & Rumahtangga _ TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA

Posted by: missnariza Dec 27 2008, 08:31 AM

Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.

Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.

Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.

Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.

Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.

JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.

Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.

Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.

Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.

SUMBER- respekss. blogspot. com

Ape pendapat korang ??? rolleyes.gif

Posted by: Cisqo87 Dec 27 2008, 12:31 PM

pendapat saya..betul jugak tu..kalau kita suke kat seseorang..luahkan la dengan beradab..tak kira la lelaki dan perempuan..kadang2 perempuan ni malu nak ckp yg dia suke kat seseorang lelaki tu. segan kot.mane la tahu kot tak diterima.tapi..lelaki ni plak..kadang2 tak tahu malu ckp yang dia suke kat pompuan tu. dengan cara yang tak betul..buat perempuan tu rase menyampah.elok2 'cinta mu untuk ku' terus jadi 'cinta mu tidak ingin oleh ku'..

walau ape2 pon..kita kena la beradab..org melayu trekenal dengan adab sopannya..kalau dengan cara yang betul.
mane la tahu kot kita ni diterima..kalau baru mula nak bercinta tu..pilihlah cinta yang ikhlas..bukan cinta yang lain2 tu..tak boleh kekal..
aku pilih cinta ikhlas...insyallah kekal...yeeeehaaaaaa...... hface.gif

Posted by: missnariza Dec 30 2008, 08:28 AM

QUOTE (missnariza @ Dec 27 2008, 08:31 AM) *
Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan.


ini...yang kekadang susah skit, almaklum la klu dah ada kenangan2 indah...
dan klu kawan tu dah ada pasangan lain.... dash.gif
mesti menyiksa perasaan juga...kan bye.gif

Posted by: mat.g Dec 30 2008, 09:06 AM

saya setuju dgn artikel ni, zaman skng dah tak sesuai istilah 'perigi cari timba' sbb lelaki dan perempuan sama2 berkerjaya, sama2 boleh buat apa saja, lelaki pandai masak.. urus rumah tangga, perempuan pon ramai yg jadi boss, hobi lelaki pompuan sama sakng ni.. rock climbing.. etc...

lelaki pon ramai yg lebih pemalu drp perempuan, mcm ada minat pada seseorg atau suka sama suka tetapi si lelaki malu nak luahkan... jadi why not perempuan yg luahkan perasaan.. so setel leh tutup kes.

spt artikel ni cakap, leh guna media yg mudah dan praktikal spt SMS dan guna pihak ketiga yg boleh dipercayai.. so kpd perempuan2 diluar sana.. anda kena ingat 'perigi' dan 'timba' ada yg perempuan dan lelaki sakng ini... friends.gif

Posted by: biey_ila Dec 30 2008, 09:29 AM

QUOTE (mat.g @ Dec 30 2008, 09:06 AM) *
saya setuju dgn artikel ni, zaman skng dah tak sesuai istilah 'perigi cari timba' sbb lelaki dan perempuan sama2 berkerjaya, sama2 boleh buat apa saja, lelaki pandai masak.. urus rumah tangga, perempuan pon ramai yg jadi boss, hobi lelaki pompuan sama sakng ni.. rock climbing.. etc...

lelaki pon ramai yg lebih pemalu drp perempuan, mcm ada minat pada seseorg atau suka sama suka tetapi si lelaki malu nak luahkan... jadi why not perempuan yg luahkan perasaan.. so setel leh tutup kes.

spt artikel ni cakap, leh guna media yg mudah dan praktikal spt SMS dan guna pihak ketiga yg boleh dipercayai.. so kpd perempuan2 diluar sana.. anda kena ingat 'perigi' dan 'timba' ada yg perempuan dan lelaki sakng ini... friends.gif



eemmm... kena tambah topik mencari jodoh niee... hehehhehehe.... hface.gif

Posted by: B@zSh Jan 4 2009, 06:08 PM

Aku setuju ngan artikel ni
Skang kan ramai ANDARTU...so jangan la malu nak luahkan perasaan
Mungkin lelaki tu pun minat tp disebabkan kurang 'gentle man' so maybe dia malu nak luahkan
So kena la salah sorang mulakan dulu

Posted by: missnariza Jan 9 2009, 10:32 AM

QUOTE (missnariza @ Dec 27 2008, 08:31 AM) *
Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.


lelaki macam nie...memang ada..
tapinya susah nak cari la..... unsure.gif


Posted by: mat.g Jan 9 2009, 10:47 AM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 10:32 AM) *
lelaki macam nie...memang ada..
tapinya susah nak cari la..... unsure.gif

nape, missnariza tgh cari2 ka? rolleye0012.gif

Posted by: missnariza Jan 9 2009, 11:16 AM

QUOTE (mat.g @ Jan 9 2009, 10:47 AM) *
nape, missnariza tgh cari2 ka? rolleye0012.gif


mmm...tgh tercari2 la...
105.gif

Posted by: mat.g Jan 9 2009, 11:23 AM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 11:16 AM) *
mmm...tgh tercari2 la...
105.gif

Cisqo kan ada ni... dia pon tgh cari gak... friends.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 9 2009, 11:56 AM

QUOTE (mat.g @ Jan 9 2009, 11:23 AM) *
Cisqo kan ada ni... dia pon tgh cari gak... friends.gif

ehem..ehem..huk.huk..tersedak plak..
siapa la yg sebut2 name hamba ni 105.gif

Posted by: missnariza Jan 9 2009, 11:59 AM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 9 2009, 11:56 AM) *
ehem..ehem..huk.huk..tersedak plak..
siapa la yg sebut2 name hamba ni 105.gif


ala....buat2 je tersedak tu....
malu2 kucing kot... 24.gif

Posted by: mat.g Jan 9 2009, 12:05 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 11:59 AM) *
ala....buat2 je tersedak tu....
malu2 kucing kot... 24.gif

Cisqo nak tapi malu2 tu... apa kata miss yg mulakan dulu seperti fokus dlm topik kita ni kan.... hehe


Posted by: missnariza Jan 9 2009, 12:06 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 9 2009, 11:23 AM) *
Cisqo kan ada ni... dia pon tgh cari gak... friends.gif

mat g. hang ni pepandai...je...
jgn la camtu....segan la aku... secret.gif




Posted by: missnariza Jan 9 2009, 12:08 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 9 2009, 12:05 PM) *
Cisqo nak tapi malu2 tu... apa kata miss yg mulakan dulu seperti fokus dlm topik kita ni kan.... hehe

aduh.... dah terkena la...plak...
mmm....ckp kat cisco nanti la....aku tak sedia nak mulakan lagi...
cv.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 9 2009, 12:39 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 12:06 PM) *
mat g. hang ni pepandai...je...
jgn la camtu....segan la aku... secret.gif

ehem..ehem... rolleye0012.gif
npe segan plak..

Posted by: Cisqo87 Jan 9 2009, 12:40 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 12:08 PM) *
aduh.... dah terkena la...plak...
mmm....ckp kat cisco nanti la....aku tak sedia nak mulakan lagi...
cv.gif

meh sini meh...meh den mulokan ..
apo bondo eyh...

Posted by: missnariza Jan 9 2009, 12:54 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 9 2009, 12:40 PM) *
meh sini meh...meh den mulokan ..
apo bondo eyh...


mmm...mana la aku...tau...
tanya la mat g. tongue0011.gif
member hang tu...


Posted by: Cisqo87 Jan 9 2009, 12:57 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 12:54 PM) *
mmm...mana la aku...tau...
tanya la mat g. tongue0011.gif
member hang tu...

mat ....oooo mat...
nak tanya ape kat dia???

Posted by: missnariza Jan 9 2009, 01:15 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 9 2009, 12:57 PM) *
mat ....oooo mat...
nak tanya ape kat dia???

ala Cisqo, camni la,
mat g. kata hang dok tgh mencari2...
Sruh la dia carikan....
aku nie... sape la....kan blink.gif

Posted by: biey_ila Jan 9 2009, 03:45 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 01:15 PM) *
ala Cisqo, camni la,
mat g. kata hang dok tgh mencari2...
Sruh la dia carikan....
aku nie... sape la....kan blink.gif


buke topik cr jodoh... hahahhahaha... gedik.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 9 2009, 08:14 PM

QUOTE (biey_ila @ Jan 9 2009, 03:45 PM) *
buke topik cr jodoh... hahahhahaha... gedik.gif

mmg la masih mencari..erm..
siapa yang berminat??boleh aku bukak topik cari jodoh rolleyes.gif

Posted by: Lady Jan 13 2009, 11:14 AM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 9 2009, 08:14 PM) *
mmg la masih mencari..erm..
siapa yang berminat??boleh aku bukak topik cari jodoh rolleyes.gif


Topik cari jodoh?
nanti ada member2 betemu jodoh kat cakap.net ni gedik.gif gedik.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 13 2009, 12:38 PM

QUOTE (Lady @ Jan 13 2009, 11:14 AM) *
Topik cari jodoh?
nanti ada member2 betemu jodoh kat cakap.net ni gedik.gif gedik.gif

kalau dah jodoh..nak buat lagu mana...
biaq pi la mereka....
mat nak cari jodoh ke???

Posted by: mat.g Jan 13 2009, 12:46 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 13 2009, 12:38 PM) *
kalau dah jodoh..nak buat lagu mana...
biaq pi la mereka....
mat nak cari jodoh ke???

aku setuju je diadakan ruang carik jodoh ni... tambah berkat lagi cakap.net ni nanti.. tak gitu Cisqo 105.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 13 2009, 12:56 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 13 2009, 12:46 PM) *
aku setuju je diadakan ruang carik jodoh ni... tambah berkat lagi cakap.net ni nanti.. tak gitu Cisqo 105.gif

betul tu...mengikut daripada undian yang telah dibuat..kita patut diadekan..
bile dah jumpe jodoh..close topic... hface.gif

Posted by: Lady Jan 13 2009, 03:41 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 13 2009, 12:56 PM) *
betul tu...mengikut daripada undian yang telah dibuat..kita patut diadekan..
bile dah jumpe jodoh..close topic... hface.gif


aha,best juga...
nanti kita tgk sapa pasangan 1st ckap.net nih hface.gif

Posted by: mat.g Jan 13 2009, 03:44 PM

QUOTE (Lady @ Jan 13 2009, 03:41 PM) *
aha,best juga...
nanti kita tgk sapa pasangan 1st ckap.net nih hface.gif

saya vote for Cisqo vs missnariza sbg 1st pasangan kelahiran cakap.net.. apa kata surveyy...... hehe jangan mare

Posted by: Cisqo87 Jan 13 2009, 03:46 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 13 2009, 03:44 PM) *
saya vote for Cisqo vs missnariza sbg 1st pasangan kelahiran cakap.net.. apa kata surveyy...... hehe jangan mare

tak marah la...
xpe..pas ni kita buat padaiyappa ngan lady plak..
mat ngan mami...ok???

Posted by: missnariza Jan 13 2009, 05:53 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 13 2009, 03:44 PM) *
saya vote for Cisqo vs missnariza sbg 1st pasangan kelahiran cakap.net.. apa kata surveyy...... hehe jangan mare


Ehemmm... mana ada mare pun....
suke ada la....
kan Cisqo....kan...
bq.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 13 2009, 08:46 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 13 2009, 05:53 PM) *
Ehemmm... mana ada mare pun....
suke ada la....
kan Cisqo....kan...
bq.gif

no komen... wub.gif
xpe..nanti kita ade kan ruangan tu...

Posted by: aina_sara Jan 13 2009, 09:03 PM

ehem..ehem.. aku.. aku...ngan sape woi...aku pun nak gak woi.. kelip.gif

Posted by: Cisqo87 Jan 13 2009, 09:06 PM

QUOTE (aina_sara @ Jan 13 2009, 09:03 PM) *
ehem..ehem.. aku.. aku...ngan sape woi...aku pun nak gak woi.. kelip.gif

topik ini sudah menjadi semakin hangat aq.gif
aina ngan bk la..dia pon lame tak nampak...

Posted by: biey_ila Jan 15 2009, 08:24 AM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 13 2009, 09:06 PM) *
topik ini sudah menjadi semakin hangat aq.gif
aina ngan bk la..dia pon lame tak nampak...


hface.gif makin hangat nmpak.....

Posted by: mat.g Jan 15 2009, 08:38 AM

QUOTE (biey_ila @ Jan 15 2009, 08:24 AM) *
hface.gif makin hangat nmpak.....

biey_ila kita mau gossip sama sape qisc ?? sama JJ ok... JJ jangan mare naa.... hehe

cabbutttttt... tomato.gif

Posted by: Cisqo Jan 15 2009, 10:32 AM

QUOTE (mat.g @ Jan 15 2009, 08:38 AM) *
biey_ila kita mau gossip sama sape qisc ?? sama JJ ok... JJ jangan mare naa.... hehe

cabbutttttt... tomato.gif

mmg hangat...dah leh lagi cakap panas.net...
semua dah ade pasangan masing2....
meriah sungguh....

Posted by: Lady Jan 15 2009, 04:30 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 13 2009, 03:46 PM) *
tak marah la...
xpe..pas ni kita buat padaiyappa ngan lady plak..
mat ngan mami...ok???



wah,apasal plak nama Lady tlibat sama nih,

Posted by: Cisqo Jan 15 2009, 07:58 PM

QUOTE (Lady @ Jan 15 2009, 04:30 PM) *
wah,apasal plak nama Lady tlibat sama nih,

jgn marah..kita gurau2 aje..
ala..luaran marah..dlm hati siapa tahu... 105.gif

Posted by: e_sentinel Jan 15 2009, 08:30 PM

Heheheh ... ada yang menyamar ni , dah kawin pun ada ph34r.gif

Posted by: Cisqo Jan 15 2009, 11:03 PM

QUOTE (e_sentinel @ Jan 15 2009, 08:30 PM) *
Heheheh ... ada yang menyamar ni , dah kawin pun ada ph34r.gif

ha..siapa dah kawin???
sila angkat tangan.... icon_idea.gif

Posted by: Lady Jan 16 2009, 12:01 PM

QUOTE (Cisqo @ Jan 15 2009, 07:58 PM) *
jgn marah..kita gurau2 aje..
ala..luaran marah..dlm hati siapa tahu... 105.gif


huahuahau, x marah la.....
hface.gif hface.gif

Posted by: biey_ila Jan 16 2009, 12:41 PM

QUOTE (mat.g @ Jan 15 2009, 08:38 AM) *
biey_ila kita mau gossip sama sape qisc ?? sama JJ ok... JJ jangan mare naa.... hehe

cabbutttttt... tomato.gif



amboiiiii.... sk la erk????

Posted by: biey_ila Jan 16 2009, 12:43 PM

QUOTE (Cisqo @ Jan 15 2009, 10:32 AM) *
mmg hangat...dah leh lagi cakap panas.net...
semua dah ade pasangan masing2....
meriah sungguh....


nnt ramai2 pakat g kenduri lak... hehehhehe

Posted by: aina_sara Jan 16 2009, 01:59 PM

QUOTE (Cisqo87 @ Jan 13 2009, 10:06 PM) *
topik ini sudah menjadi semakin hangat aq.gif
aina ngan bk la..dia pon lame tak nampak...


alaahaii.. ngan bk?? bk tu x silap aku baru 12 taun maa.... jenuh la aku menunggu 12 taun lagi..102.gif

Posted by: Cisqo Jan 16 2009, 03:09 PM

QUOTE (aina_sara @ Jan 16 2009, 01:59 PM) *
alaahaii.. ngan bk?? bk tu x silap aku baru 12 taun maa.... jenuh la aku menunggu 12 taun lagi..102.gif

amboi...memilih..
pilih sendiri la senang...yg berkenan kat hati..
dah de pilihan bagitahu kt sini...kami semua berdebar2 menanti...

Posted by: Carool_87 Feb 1 2009, 11:23 PM

QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 01:15 PM) *
ala Cisqo, camni la,
mat g. kata hang dok tgh mencari2...
Sruh la dia carikan....
aku nie... sape la....kan blink.gif



Salam..rendah dri knon..mau ckp mau..hehehehe cv.gif
cisqo pun pndai idup laaaaa..... bq.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Mar 4 2009, 05:36 PM

Lambat betul perigi bertemu dgn timba ni blink.gif

Harap2 perigi yg menemukan timba ni, perigi berkilau mcm MUTIARA lah rolleye0012.gif

Posted by: ganazz Mar 7 2009, 07:30 AM

QUOTE (WebZone-_-Attack @ Mar 4 2009, 05:36 PM) *
Lambat betul perigi bertemu dgn timba ni blink.gif

Harap2 perigi yg menemukan timba ni, perigi berkilau mcm MUTIARA lah rolleye0012.gif


camner tak lambat, dah tukaq! PAIP CARI BALDI!

Posted by: Carool_87 Mar 25 2009, 02:04 AM

QUOTE (ganazz @ Mar 7 2009, 07:30 AM) *
camner tak lambat, dah tukaq! PAIP CARI BALDI!



bukan ke sekrg gurl cr boy?...cz skg nisbah boy n gurl 1:10..
so bg pluang gurl kt sni cr spe yg dorg berkenan...
bt undian..

1 cisqo

2 mat.g

3. adoi..spe boy kt snie korg msukan laa erk..byk nau lak..

ok..undian pertama?... 105.gif

Posted by: cisqo87 Mar 25 2009, 11:27 AM

QUOTE (Carool_87 @ Mar 25 2009, 02:04 AM) *
bukan ke sekrg gurl cr boy?...cz skg nisbah boy n gurl 1:10..
so bg pluang gurl kt sni cr spe yg dorg berkenan...
bt undian..

1 cisqo

2 mat.g

3. adoi..spe boy kt snie korg msukan laa erk..byk nau lak..

ok..undian pertama?... 105.gif

npe tak buh name ko???kelass tau...juara carta lagi name tu...

Posted by: rizputra7 Mar 25 2009, 11:41 AM

QUOTE (Carool_87 @ Mar 25 2009, 02:04 AM) *
bukan ke sekrg gurl cr boy?...cz skg nisbah boy n gurl 1:10..
so bg pluang gurl kt sni cr spe yg dorg berkenan...
bt undian..

1 cisqo

2 mat.g

3. adoi..spe boy kt snie korg msukan laa erk..byk nau lak..

ok..undian pertama?... 105.gif


nama aku tak ada ker?????

Posted by: Carool_87 Mar 25 2009, 08:57 PM

QUOTE (cisqo87 @ Mar 25 2009, 11:27 AM) *
npe tak buh name ko???kelass tau...juara carta lagi name tu...


den jz pengadil pertndingan zOOm jodoh..xmsuk...hehehe..
bley la rizputra7...den xkn nk snraikan nme smua..pnt den la type nt..

Ok undian mna? mad.gif ....yg gurl dah ilg ker.. flex.gif

Posted by: bizonedrop Apr 15 2009, 01:24 AM

Tak Salah Perigi Cari Timba...
aku setuju...

Posted by: biey_ila Apr 15 2009, 08:09 AM

QUOTE (bizonedrop @ Apr 15 2009, 01:24 AM) *
Tak Salah Perigi Cari Timba...
aku setuju...


sy pun stuju.... hface.gif

Posted by: ctz Apr 15 2009, 09:02 AM

takut nk g cari..

Posted by: ♦محم Apr 15 2009, 09:22 AM

kenapa takut plak...sebagai lelaki sejati kita kena berani....baru nampak macho..

Posted by: bizonedrop Apr 15 2009, 10:55 AM

QUOTE (♦محم @ Apr 15 2009, 09:22 AM) *
kenapa takut plak...sebagai lelaki sejati kita kena berani....baru nampak macho..


hehe..aku rasa perigi = pompuan...timba= lelaki...

dulu2 ye la...lelaki yg cari pompuan..
tapi zaman ni..bak kata sorang ustazah tu...harus bagi pompuan untuk cari/pilih lelaki..

Posted by: jasmanjunid Apr 15 2009, 11:20 AM

Pada pendapat JJ. Lelaki dah kurang sekarang ni so siapa cepat buat pilihan dapatlah lelaki yang terbaik pada pandangan masing-masing. Lagipun lelaki laa ni dah susah nak buat pilihan sebab terlalu banyak pilihan yang rata-ratanya terbaik bagi pandangan mereka.

Lagipun tak rugipun jika pempuan yang buat pilihan sendiri tapi jangan sampai bagi duit kat lelaki suruh masuk meminang dahleee.

Posted by: WebZone-_-Attack Apr 16 2009, 02:44 AM

Perigi yang mencari timba,

Kira bertuahlah timba tu kan ? tul ?

Sebabnyea, jarang perigi mencari timba.

Jgn pulak perigi yg dah berkarat baru terhegeh-hegeh nak cari timba. faham maksud ku ? tul ?

Tak kisah la sape cari sape, asalkan jodoh tu berpanjangan, itu kan yg pasangan mau ?
Tak salah pun asalkan xlanggar batas2 adat dan agama.



Hidup kita xselalunya indah dengan pelangi...kdng2 Allah akan turunkan juga ribut petir utk kita..
Tp disebalik ribut petir tu, ada kebahagaian yg sedia menanti kita, insyAllah~

Apa-apa pun ~ Jodoh rezeki tak dtg bergolek.

Kalau dia datang bergolek, cepat2 lah tangkap, kah kah

Posted by: aina_sara Apr 16 2009, 11:05 AM

x salah perigi cari timba.. tp jgn pakai tangkap muat je.. ph34r.gif menyesal dikemudian hari..
kalu perigi dah berkarat pun, timba pun berkarat lagi berlumut, baik tak payah kawin pun takper.. biar lah perigi tu berkarat smpi bila2, asalkan hidup bahagia hingga ke akhirnya..

*ehh..apa aku merepek ni.. belasah lah labu..*

Posted by: biey_ila Apr 16 2009, 11:26 AM

QUOTE (jasmanjunid @ Apr 15 2009, 11:20 AM) *
Pada pendapat JJ. Lelaki dah kurang sekarang ni so siapa cepat buat pilihan dapatlah lelaki yang terbaik pada pandangan masing-masing. Lagipun lelaki laa ni dah susah nak buat pilihan sebab terlalu banyak pilihan yang rata-ratanya terbaik bagi pandangan mereka.

Lagipun tak rugipun jika pempuan yang buat pilihan sendiri tapi jangan sampai bagi duit kat lelaki suruh masuk meminang dahleee.


betul betul betul!!!! hface.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Apr 16 2009, 02:35 PM

QUOTE (aina_sara @ Apr 16 2009, 11:05 AM) *
x salah perigi cari timba.. tp jgn pakai tangkap muat je.. ph34r.gif menyesal dikemudian hari..
kalu perigi dah berkarat pun, timba pun berkarat lagi berlumut, baik tak payah kawin pun takper.. biar lah perigi tu berkarat smpi bila2, asalkan hidup bahagia hingga ke akhirnya..

*ehh..apa aku merepek ni.. belasah lah labu..*



Alamak, ini orang tak faham ni,kata yang tiada pendirian ini,lain orang lain rasa. Dah berkarat baru menyesal kemudian hari.

Tapi,

Ada juga yang menerima perigi yang masih berkarat .........

berkarat ? ------------> tidak untuk me

Posted by: aEiN Apr 16 2009, 05:01 PM

berkarat nper??

ape mksd nyer 2??


Posted by: WebZone-_-Attack Apr 17 2009, 02:44 AM

QUOTE (aEiN @ Apr 16 2009, 05:01 PM) *
berkarat nper??

ape mksd nyer 2??


Kanak2 kecil susah sikit nak faham............

Posted by: rizputra7 Apr 17 2009, 02:35 PM

QUOTE (aEiN @ Apr 16 2009, 05:01 PM) *
berkarat nper??

ape mksd nyer 2??


bagi aku maksudnya.....senang cerita..dah kena tebuk ngan tupai...

Posted by: ♦محم Apr 17 2009, 02:51 PM

bagi ayat direct kan senang..tak payah nak karat2..ahhai..
ade plak org berkarat...

Posted by: WebZone-_-Attack Apr 17 2009, 03:34 PM

QUOTE (♦محم @ Apr 17 2009, 02:51 PM) *
bagi ayat direct kan senang..tak payah nak karat2..ahhai..
ade plak org berkarat...


Ayat mcm tu kita kena cover sikit, lain orang lain cara.

Bg aku sendiri, berkarat tu banyak maksud, bukan orang dimaksudkan KARAT tu.

Sebab orang tak faham tu aku rasa kelakar, sebab takleh fikir, kalau digabungkan dengan tajuk topik ni,
antara timba dengan perigi, confirm dpt jawapan, dari isi ayat tu.

Takkan perigi, aku nak sama kan dengan tebuk tupai kan ?

mestilah sesuatu kaitan dengan perigi.

Lainlah tajuk ni, tak salah perempuan cari lelaki, baru aku direct Ayat tu

Posted by: WebZone-_-Attack Apr 17 2009, 03:35 PM

QUOTE (♦محم @ Apr 15 2009, 09:22 AM) *
kenapa takut plak...sebagai lelaki sejati kita kena berani....baru nampak macho..


Alamak..............

KO sendiri pun tak faham tajuk topik ni,

patutla........

24.gif 24.gif 24.gif

Posted by: Carool_87 Apr 17 2009, 05:15 PM

QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 17 2009, 03:35 PM) *
Alamak..............

KO sendiri pun tak faham tajuk topik ni,

patutla........

24.gif 24.gif 24.gif



hahaha..prigi2x..timba2x...
skg org pki pam la..hahaha

Posted by: ♦محم Apr 17 2009, 08:17 PM

entah la..men cakap aje....kita kan berada di cakap.net...cakap aje la
timba..perigi...timba ...perigi

Posted by: Carool_87 Apr 18 2009, 08:33 PM

QUOTE (♦محم @ Apr 17 2009, 08:17 PM) *
entah la..men cakap aje....kita kan berada di cakap.net...cakap aje la
timba..perigi...timba ...perigi



kt dlm nie der sjrh x jmpe psngan kt dlm nie...
nk tau gk spe?..
dah ijb kbul ke...huhu 105.gif

Posted by: aEiN Apr 20 2009, 12:31 AM

owhh korang mmg pndai ckp kan,,

mcm2 korg ckp,,,

Posted by: rizputra7 Apr 20 2009, 12:44 PM

kitaorang memang pandai cakap pun..... blink.gif

Posted by: aEiN Apr 20 2009, 05:56 PM

eleh riz 2 nth ye nth x 2,,,

hahaha,,,


Posted by: rizputra7 Apr 23 2009, 07:23 PM

eh... ye ler....tak caya kita jumpa..nak ker aein??

Posted by: aEiN Apr 23 2009, 08:49 PM

jpe????

ade branie ker???

hahaha,,,,

riz dok mner????

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)