IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Yoga secara sistematik adalah haram, Majlis Fatwa
mat.g™
kiriman Nov 24 2008, 09:06 PM
Kiriman #1


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4





Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Nov 24 2008, 10:10 PM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,256
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



macam meditasi ke jugaknya nie... proses nak bagi roh kluar pi jalan2. kalo roh sesat tak leh balik, mampui!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 25 2008, 01:04 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



bnyk lg senaman lain leh wt...mmm knpa nak plh yg ni gak...


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Nov 25 2008, 04:30 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Solat 5 waktu tu pun senaman yang sempurna ... nak buat apa dengan YOGA nie ...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Nov 25 2008, 09:58 PM
Kiriman #5


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Aku tengok sesetengah skill Yoga cam ni ..





Boleh halalkan ke ? jangan pulak kata kebetulan , Yoga ni datang dari situ ..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Nov 26 2008, 09:48 AM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



dah bape ramai org Islam terpesong akidahnya (tanpa disedari) disebabkan amalan senaman yoga ni. Cara hidup org bandar skrg ni sukakan senaman jenis ni. Siap bayar yuran amik kelas yoga lg.


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Nov 26 2008, 12:33 PM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



sebenarnya tiap hari orang islam buat syirik kepada ALLAH yakni syirik kecil ...

QUOTE
Syirik kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, tetapi ia mengurangi tauhid dan merupakan wasilah (perantara) kepada syirik besar.


Syirik Kecil Ada Dua Macam.
[a]. Syirik Zhahir (Nyata), yaitu syirik kecil yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan.
[b]. Syirik Khafi (Tersembunyi), yaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti riya' (ingin dipuji orang) dan sum'ah (ingin didengar orang) dan lainnya.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Nov 26 2008, 02:11 PM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Benda yang dah ada dalam Islam mcm solat & berzikir x nak buat
Benda ni pulak yang dicari...sepatutnya dari dulu lg benda ni haramkan


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
munger
kiriman Nov 27 2008, 01:56 AM
Kiriman #9


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: not at my desk
No. Ahli: 271



QUOTE (B@zSh @ Nov 26 2008, 02:11 PM) *
Benda yang dah ada dalam Islam mcm solat & berzikir x nak buat
Benda ni pulak yang dicari...sepatutnya dari dulu lg benda ni haramkan

maybe sbb dorg xharamkan dari dlu kerana amalan yoga nih xmeluas lg kat m'sia..sejak 4-5 tahun kebelakangan nih yg naik mendadak..pusat2 yoga bagaikan cendawan tumbuh slps hujan bak kata org kita..pulak tu ramai sgt org melayu islam yg join senaman nih terutama perempuan.


--------------------
budak2 men kotak..men kotak tepi sungai..oi bahaya tuh

Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 5th June 2024 - 04:58 AM