IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

4 Mukasurat V  < 1 2 3 4 >  
Reply to this topicStart new topic
> Masih ingat mona fendi
Pernilaian 5 V
WebZone-_-Attack
kiriman Jun 25 2009, 08:57 PM
Kiriman #21


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 9


KISAH buah zakar Datuk Mazlan Idris hilang mendapat
perhatian ramai baik di dalam atau luar mahkamah. Aku ingat
lagi bagaimana orang ramai berminat dengar kisah ini.
Tahu ajelah - yang hilang itu benda sulit. Pelbagai persoalan
ditimbulkan. Ke mana perginya, apa hendak dibuat dengan
benda tu.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Dr Abdul
Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan
Forensik Hospital Kuala Lumpur, berkata kedua-dua buah zakar
pada jasad yang ditemui dalam lubang di sebuah rumah tidak
bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22

Julai 1993, didapati hilang.



Dr Abdul Rahman membuat keterangan hasil pemeriksaan dan
bedah siasat terhadap jasad yang kemudian dicam sebagai
bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk
Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap jasad itu, mendapati
sistem saluran kencing si mati adalah baik dan tidak mempunyai
kelainan.

"Semua organ dalam sistem itu diperiksa dan saya mendapati
tiada kelainan.

"Kelenjar prostate tidak membesar, keadaan kemaluan adalah
baik dan bersunat serta kedua-dua buah zakar sudah
hilang," katanya.

Dr Abdul Rahman juga mendapati bahagian kulit betis
kedua-dua bahagian kiri dan kanan, serta otot-otot lengan
kanan si mati hilang.

"Saya juga mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen
jasad itu telah tiada.

"Saya juga mendapati hepar (hati), pundi hempedu, buah
pinggang dan usus pada jasad itu dalam proses
pembusukan," katanya.

Dr Abdul Rahman juga memberitahu mahkamah bahawa jasad
itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima
bahagian ketulan daging.

Katanya, bahagian kepala telah dipisahkan daripada bahagian
badan pada leher.

Sementara, bahagian badan tercerai daripada kedua-dua
tangan pada bahagian ketiak, serta kedua-dua kaki pula tercerai
pada pangkal paha.

Menurutnya, bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga
bahagian iaitu pada pergelangan tangan dan siku, sementara
tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian pada bahagian
siku.

Katanya, kaki kiri dan kanan jasad itu terputus kepada tiga
bahagian iaitu pada pangkal paha, lutut dan buku lali.
Aku rasa lepas habis baca cerita ni, ramai tak 'jumpa' kisah pasal
buah zakar tu.
Aku terangkan sikit, mana tahu ada yang 'confuse' - yang hilang
tu buah zakar. Dalam bahasa mudah telurnya, batangnya
masih ada.
Aku pun nak tahu ke mana perginya buah zakar tu. Siapa yang
mengambilnya, untuk apa. Hingga selesai keterangan dan kes
ini tamat, aku sendiri tak menemui jawapannya.
Akun ingat engkau orang fikirkan sendiri apa yang boleh
dilakukan dengan buah zakar tu.
Eh, cerita aku ni belum habis lagi. Engkau orang tunggu aku
sambung lagi. Kali ini cerita macam mana jasad Datuk Mazlan
disembunyikan.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Jun 27 2009, 01:07 AM
Kiriman #22


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Misteri & Mistik VIEWS ------> 1,016

Ramai yang minat kisah MONA FENDI RUPANYA blink.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 16 2009, 02:04 AM
Kiriman #23


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (WebZone-_-Attack @ Jun 27 2009, 01:07 AM) *
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Misteri & Mistik VIEWS ------> 1,016

Ramai yang minat kisah MONA FENDI RUPANYA blink.gif



Aku tak sangka skrng yg dah view thread mona fendi ni = 2,108.

Kalah thread yg lain..

Nanti aku UPDATE lg kisah mona fendi sampai akhir...

Skrng tgh save gambar , di tempat kejadian semua episod...

Di tunggu update yg mendebarkan lg ...


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 09:52 PM
Kiriman #24


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



~UPDATE LAGI~


MONA FANDEY EPISOD 10



Kemesraan Mona Fandey dan suaminya, Affendy dalam mahkamah.

KERATAN bahagian-bahagian jasad bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri kawasan Batu Talam, Mohd Idros @ Mohd Mazlan Idris, ditemui
dalam empat lapisan tanah selepas digali sedalam kira-kira 1.6 meter.

Bahagian-bahagian itu ditemui dalam lubang seluas 1.2 kali 1.3 meter di
sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai

1993.

Perkara itu diberitahu oleh saksi kelapan, Ketua Jabatan Forensik

Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof, ketika memberi keterangan

perbicaraan pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail
atau Mona Fandey serta pembantu mereka Juraimi Husin di Mahkamah
Tinggi pada 1993.

Dr Rahman berkata ketika ke tempat kejadian, lubang itu sudah digali
sedalam 1.5 meter oleh pasukan polis hutan.
Menurutnya, pada kedalaman kira-kira 1.6 meter, kelihatan bahagian
belakang satu jasad manusia dalam lubang itu.

Katanya, di sebelah kanan hujung jasad itu pula, ada bahagian atas
kepala manusia yang terpisah.

"Jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki,"
katanya.

Beliau berkata, jasad itu kemudian dikeluarkan dan proses menggali
Lubang diteruskan.

Menurutnya, pada lapisan kedua, ada bahagian-bahagian paha dan ketulan
daging.

Katanya, pada lapisan ketiga pula, mereka menjumpai tulang betis dan
tulang paha serta tangan kiri.

Dr Rahman berkata, pada lapisan keempat, mereka menjumpai bahagian
tangan kanan yang terputus serta kedua-dua kaki kiri dan kanan yang
terpotong di bahagian buku lali.

"Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai, termasuk bahagian
kepala, dada, badan, bahagian-bahagian kaki dan tangan serta beberapa
ketulan daging," katanya.

Menurutnya, beliau telah menyusun jasad itu mengikut keadaan semula
jadinya.

Katanya, semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan keadaan semula
jadi dan bentuk tulang itu menyamai satu tubuh atau jasad manusia.

Dr Rahman berkata, jasad itu kemudian dihantar ke Hospital Raub untuk
dibedah siasat.

Menurutnya, jasad itu dicam sebagai (Datuk) Mazlan oleh balu
Allahyarham, Datin Faridah Zainuddin, dan sepupu Mohd Mazlan, Zainal
Abidin Ibrahim.

"Saya bersihkan jasad itu dan susun mengikut keadaan semula jadinya
serta menutupnya dengan kain putih.

"Mula-mula saya buka bahagian kepala dan (Datin) Faridah berkata, ia

mempunyai misai dan rambut yang dicam olehnya. Kemudian ditunjukkan
pula bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki.

"Pada ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut kata

(Datin) Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya," katanya.

Mayat Datuk Idros @ Mazlan Idris dicam oleh isterinya, Datin Faridah
Zainuddin berdasarkan tanda-tanda pada badan Mazlan.

Tanda-tanda itu adalah kaki yang penuh, jari kaki yang panjang, tanda

hitam pada kuku ibu jari kaki kanan, gigi bahagian atas yang bertampal,

misai nipis, dahi yang luas serta rambut yang ikal.
Faridah memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh semua tanda-tanda
membolehkannya cam mayat suaminya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, Faridah berkata
sesi cam itu dijalankan di Hospital Daerah Raub pada awal pagi
22 Julai 1993 dengan disaksikan oleh Dr Abdul Rahman Yusof.
Cerita aku selepas ini lepas suspen. Bukan apa ia lebih terperinci.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 09:58 PM
Kiriman #25


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 11


RAMAI yang ingin tahu lagi mengenai keadaan jasad Datuk
Mazlan Idris yang ditemui di sebuah rumah belum siap
di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993.
Ada yang pandai buat andaian sendiri. Macam penyiasat
persendirian.
Aku tak mahu cerita panjang kerana keterangan dalam
mahkamah tidak boleh dimanupulasi. Ia mesti tepat supaya
tidak menimbulkan kekeliruan pada orang awam.
Nak cerita panjang lebar, takut tersilap fakta pula. Jadi aku
turunkan petikan keterangan Dr Abduk Rahman Yusof yang
ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Kuala
Lumpur.
Dr Abdul Rahman disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria
Sam





ZAKARIA: Pada 22 Julai 1993,
kira-kira jam 3.20 pagi adakah
Dr terima panggilan daripada
polis?

DR RAHMAN: Ada.

HAKIM: Daripada siapa?

DR RAHMAN: (Timbalan
Penguasa) TPP Takbir (Ahmad
Nazim Mohamad).

ZAKARIA: Apa pesanannya?

DR RAHMAN: Dia memberitahu
supaya bertolak ke Balai Polis
Raub dan seterusnya ke tempat
kejadian (rumah tak bernombor,
Kampung Peruas, Ulu Dong,
Raub), di mana satu jasad
ditemui.

ZAKARIA: Pukul berapa
bertolak ke Raub?

DR RAHMAN: Bertolak kira-kira
jam 6 pagi dan tiba kira-kira
7.20 pagi.

(Dr Abdul Rahman kemudian
meminta hakim untuk membuat
rujukan catatannya.)

ZAKARIA: Apa yang dibuat di tempat kejadian?

DR RAHMAN: Saya bertemu dengan TPP Takbir (Ahmad Nazim
Mohamad); Pegawai Penyiasat Ketua Inspektor (ketika itu
Penolong Penguasa) Mahpop Jaafar; Datuk Zaman Khan dan
Datuk Ragib Salleh. Saya ditunjukkan satu lubang yang

siap digali di rumah tidak siap. Saya melihat lubang itu telah
digali dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter dengan
keluasan 1.2 meter kali 1.3 meter.
Ketika tiba di tempat kejadian, kerja-kerja menggali sudah

dihentikan.

ZAKARIA: Setelah tiba, kerja-kerja menggali di sambung
semula?

DR RAHMAN: Kerja disambung semula kira-kira jam 8 hingga
10 pagi.

ZAKARIA: Apa yang Dr saksikan?

DR RAHMAN: Kerja menggali dilakukan oleh pasukan polis
hutan. Pada kedalaman kira-kira 1.6 meter jelas kelihatan dalam
lubang itu bahagian belakang satu jasad manusia dan satu
bahagian dari penjuru kanan ada bahagian atas kepala manusia.
Saya telah turun dalam lubang itu untuk membuat anggaran
kedudukan tangan dan kaki jasad itu. Proses menggali

diteruskan dan saya mendapati bahawa jasad itu tidak
mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki.
Maksudnya terpisah. Selepas gambar diambil oleh jurugambar
polis, bahagian yang terpisah itu dikeluarkan.






ZAKARIA: Siapa yang keluarkan?

DR RAHMAN: Saya sendiri yang angkat. Pada masa itu saya
dapat melihat ada kesan luka, kesan tetakan pada leher.
Kemudian saya meminta bantuan anggota polis yang masih
berada di bawah untuk mengeluarkan jasad itu.

Bahagian badan itu terpisah akibat proses pemotongan bahagian
lengan dan pangkal paha. Dan jelas bahagian tengah abdomen
ada kesan luka yang panjang. Selepas jasad dikeluarkan, proses
menggali diteruskan.
Pada lapisan kedua, ada bahagian paha dan ketulan daging.
Pada lapisan ketiga ada tulang betis dan tulang paha serta
tangan kiri.
Pada lapisan keempat ada bahagian tangan kanan yang putus.
Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai antaranya
bahagian kepala, dada, badan, bahagian kaki dan tangan

serta beberapa ketul daging. Saya telah susun jasad itu
mengikut keadaan semula jadinya. Semua bahagian itu
bersesuaian, berdasarkan bentuk semula jadinya dan bentuk
tulang, terdiri daripada satu tubuh atau satu jasad

manusia.
Selepas gambar (jasad) diambil, bahagian tubuh itu dihantar
ke Hospital Raub untuk saya jalankan bedah siasat.

Zakaria kemudian meminta izin hakim untuk menunjukkan
gambar-gambar bahagian jasad Mazlan untuk pengecaman.
Hakim juga meminta supaya gambar-gambar itu diberikan
kepada juri. Dr Abdul Rahman kemudian mengesahkan

gambar-gambar itu.

ZAKARIA: Di hospital (Raub) adakah (bekas isteri Mohd Mazlan)
Datin Faridah (Zainuddin) datang membuat pengecaman
mayat?

DR RAHMAN: Untuk justifikasi jasad si mati, saya mendapat
keterangan dengan membawa isteri untuk mengecam mayat
yang dipercayai Datuk Mazlan dan sepupunya (Mohd Mazlan),
Zainal Abidin Ibrahim untuk membuat pengecaman.

ZAKARIA: Bolehkan Datin Faridah dan Zainal Abidin
mengecamnya?

DR RAHMAN: Boleh.

(Faridah dan Zainal Abidin kemudian dibawa masuk ke bilik
mahkamah untuk pengecaman oleh Dr Abdul Rahman.
Beliau kemudian meneruskan keterangan).

DR RAHMAN: Datin Faridah tiba dulu dan kemudian Zainal
Abidin. Datin Faridah ditemani oleh Menteri Besar Pahang
ketika itu, Tan Sri (kini Tun) Mohd Khalil Yaakob, memasuki
ruang pembedahan.
Saya kemudian tunjukkan jasad yang telah dibersihkan. Saya
susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya dan

tutup dengan kain putih. Mula-mula saya membuka bahagian
kepala dan Datin Faridah berkata ia mempunyai misai dan
rambutnya yang telah dicam oleh beliau.
Kemudian saya tunjukkan bahagian jari tangan dan seterusnya

bahagian kaki. Ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk
kaki mengikut Datin Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya.

ZAKARIA: Boleh beritahu mahkamah letak tanda itu?

DR RAHMAN: Pada hujung ibu jari kanan.

ZAKARIA: Adakah Zainal Abidin cam jasad itu?

DR RAHMAN: Ya.

ZAKARIA: Dr kata tadi, sebelum pengecaman mayat dibersihkan
. Apakah pendapat Dr sebagai pakar, jasad itu boleh dicam oleh
orang yang biasa melihatnya?

DR RAHMAN: Ya.

Selepas itu ditanya bagaimana keadaan mayat. Ceritanya agak
terperinci. Potong kat mana. Apa yang ada. Apa yang hilang.
Malas nak cerita panjang, kau orang tunggu aje.





--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:02 PM
Kiriman #26


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 12


KETERANGAN Dr Abdul Rahman Yusif memang panjang - sampai
tiga jam. Aku masih ingat kami dapat rehat sebentar aje.
Masa rehat pun perbicaraan diteruskan. Lenguh juga tangan aku
buat catatan. Hasilnya yang anda semua baca ni. Sebutir sebutir
cakap dia aku kena tulis.
Pendekkan cerita aku teruskan catatan keterangan dia.

ZAKARIA: Apakah penemuan bedah siasat?

DR RAHMAN: Pada pemeriksaan luaran, saya menjalankan
pemeriksaan pada satu jasad yang telah dipisah-pisahkan
kepada 18 bahagian.
Saya juga menyediakan satu salinan carta untuk rujukan.
Pertama bahagian kepala yang telah terpisah daripada bahagian
badan pada bahagian leher.
Kedua, bahagian badan yang telah tercerai dengan kedua-dua
tangan pada bahagian ketiak dan tercerai kedua-dua kaki pada
pangkal paha.
Ketiga, bahagian tangan kanan telah terpisah kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pergelangan tangan dan bahagian siku.
Keempat, bahagian tangan kiri terpisah kepada dua bahagian
pada bahagian siku.

DR RAHMAN: Kelima, kedua-dua bahagian kaki, kiri dan kanan
telah terputus kepada tiga bahagian iaitu pangkal paha, lutut
dan buku lali.

Keenam, lima ketulan daging telah dikeluarkan daripada tulang
panjang iaitu daripada tulang lengan, tulang tangan kanan dan
dua daripada tulang paha.
Saya juga mendapati bahagian kulit yang telah hilang iaitu kulit,

betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan serta otot-otot lengan
kanan.

Semua bahagian yang saya periksa ini dalam proses pembusukan
dan tidak ada sebarang ulat hasil proses itu. Ada tahi lalat
pada pipi kiri. Keadaan mata telah kecut, keadaan lidah juga
kecut. Keadaan abdomen tidak bengkak disebabkan ada luka
hiris di bahagian hadapan yang telah mendedahkan usus-

usus dari tali usus yang sedang bengkak.
Anggaran ketinggian jasad itu kira-kira 1.65 meter. Saya
mendapati pada bahagian kepala jelas keseluruhan dengan tiga
kesan tetakan pada paras tulang keempat (tulang leher).
Keadaan pemotongan ini adalah potongan bersih dan licin
(clean cut) merintangi bahagian hadapan leher terus
ke belakang dengan memotong badan keempat dan ada kesan
pendarahan di sekeliling badan keempat.
Lukis hiris itu memotong keseluruhan struktur bahagian leher
daripada kulit, otot-otot, saluran darah, tulang bahagian alat
pernafasan dan saraf tunjang yang putus keseluruhannya.
Dari bahagian bawah dagu terus ke belakang, luka hiris ini
bertembung atau bersambung dengan luka hiris atau

tetakan pada bahagian sebelah kiri kepala dan leher.
Luka pertama telah memotong sebahagian daripada bawah
cuping telinga kiri terus mengarah ke belakang dan ke bawah
menembusi tulang kepala bahagian belakang. Dan ini

menyebabkan satu ruang akibat tetakan yang telah
mendedahkan bahagian dalam tempurung kepala.
Satu lagi luka berkaitan luka potong pada bahagian bawah,
luka ini adalah luka hiris dan telah menyebabkan terpotongnya

tulang belakang kepala berukuran 11 kali 2 sentimenter.




Bahagian badan telah
terpisah pada bahagian
atas iaitu bahagian
kepala, kedua-dua

bahagian ketiak dan
bahagian pangkal paha.
Luka hiris pada bahu
kanan adalah luka
potong dan bentuk
luka itu adalah terdiri
daripada tiga kali

hiris atau potong dengan
setiap satu panjangnya 13 sentimenter. Selain itu, tangan kanan
yang terputus di bahagian bahu dan juga siku mengandungi

hanya sebahagian kecil tisu atau otot-otot.
Lengan kanan yang telah terputus di bahagian siku dan
pergelangan tangan menunjukkan disebabkan hiris bersih.
Sebahagian besar tisu iaitu otot-otot telah ditanggalkan

daripada tulang belakang. Tangan kanan telah terpisah pada
pergelangan tangan dengan luka hirisan bersih.
Bentuk tangan masih boleh dapat dilihat dengan baik,
walaupun proses pembusukan dalam keadaan berat (advance

decomposition).
Kuku-kuku jari tangan kanan telah tercabut. Tangan kiri

telah dipisahkan pada bahagian bahu dan siku, iaitu dengan
luka hiris bersih pada paras kepala siku dan kepala tulang
radius.
Keadaan otot-otot adalah dalam proses pembusukan. Kaki kanan
putus akibat potongan cara luka hiris pada pangkal paha. Ini
menyebabkan kepala tulang paha masih melekat pada tulang
punggung.


Paha kiri juga telah terputus pada
bahagian pangkal paha dan
seterusnya pada bahagian tulang.
Kaki kiri terputus pada bahagian

tengah kepala lutut iaitu pada
kawasan tengah. Bahagian kaki
kedua-duanya

terputus akibat luka hirisan pada
paras buku lali dan sebahagian besar

kuku telah tertanggal melainkan kuku
ibu jari kaki kanan. Saya juga

melihat perubahan selepas
pembedahan. Selain proses
pembusukan, bahagian

lapisan luar kulit mudah tercerai
dan begitu juga dengan rambut
yang mudah

tertanggal.

ZAKARIA: Apakah hasil pemeriksaan lanjut?

DR RAHMAN: Saya teruskan dengan pemeriksaan dalam. Saya
akan terangkan mengikut sistem. Pertama, sistem saraf.
Keadaan otak adalah dalam proses pembusukan iaitu otak telah
cair. Saya tidak mendapati ada kesan patalogi yang jelas selain
terputusnya saraf terutama saraf tunjang. Sebagaimana

dinyatakan sebelum ini, sistem jantung dan saluran darah utama
telah terputus akibat daripada luka hiran pada bahagian
bersesuaian pada kecederaan luaran, terutama pada bahagian
leher yang telah memutuskan saluran darah utama ke kepala.
Bagi bahagian bahu dan pangkal paha, salur nadi utama adalah
baik tetapi ada sedikit tompokan lemak. Keadaan jantung

adalah biasa dengan beratnya kira-kira 300 gram dan mengalami
proses pembusukan, di mana ada rongga-rongga udara di dalam
otot jantung.




Saluran darah koronori ke
jantung adalah baik,
melainkan cabang sebelah
kanan ada sedikit tompokan
lemak. Tidak ada parut atau
kesan fibrosis pada otot

jantung. Kedua, sistem
pernafasan. Rangka dada
adalah baik dan ada

perlekatan di antara
paru-paru dengan kulit dada pada bahagian kanan.

Saluran pernafasan putus pada paras tulang leher atas bahagian
halkum dan juga di atas hiaod. Ada kesan pendarahan
di sekitar tisu leher pada kawasan luka hiris.
Kedua-dua paru-paru adalah kecut dan berada dalam pembusukan
yang berat. Tiada kelainan atau perubahan patalogi atau

penyakit pada paru-paru itu. Ketiga sistem GET.
Abdomen menunjukkan ada luka hiris di bahagian hadapan dan
luka ini adalah luka hiris menembusi keseluruhan dalam kulit
abdomen.
Saya mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen, telah
tiada. Organ lain yang saya periksa satu persatu termasuk

hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang, gester dan usus,
kesemuanya dalam proses pembusukan.
Selain gester kosong atau tiada makanan, tiada kelainan atau
penyakit. Berikutnya, sistem RES iaitu sum-sum tulang, tidak

menunjukkan kelainan selain mengalmai proses pembusukan


Sistem limpa juga adalah baik dan tidak menunjukkan
pembesaran. Sistem saluran kencing pula, semua organ
diperiksa dan didapati tiada kelainan, kelanjar prostat tidak

membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat, serta
kedua-dua buah zakar didapati hilang.
Sistem tulang, selain kesan luka pada tulang kepala, tulang
vetebra keempat terputus sama sekali. Begitu juga tulang

kedua-dua bahagian bahu, tulang tangan pada bahagian siku
pergelangan tangan kanan. Kemudian kedua-dua tulang
pangkal paha, diikuti kedua-dua tulang bahagian sambungan
lutut dan buku lali. Sistem lain, selepas

diperiksa semuanya mengalami proses pembusukan dan tidak
didapati kecederaan lain yang bermakna.
Ada lagi ceritanya. Ada bertanya macamana keadaan Datuk Mazlan
ketika dibunuh. Sedar ke atau tidak. kena tunggu lagi


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:04 PM
Kiriman #27


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 13






AKU sambung lagi cerita bedah siasat jasad Datuk Mazlan Idris. Pada masa ini (1995/94) kaedahnya tidaklah secanggih sekarang.
Macam cerita CSI dengan segala bantuan sains dan teknologi sekarang mereka dapat selesaikan semua masalah.
Tapi apabila aku dengar keterangan Dr Abdul Rahman Yusof aku
tabik pada dia. Orang kita pun tak kurang hebatnya. Keterangannya sukar dicabar terutama dari segi teknikal. Biasanya peguambela pandai putarbelitkan soal teknikal nak
lepaskan anak guam mereka.
Ke lain pula aku. Aku sambung balik keterangan Dr Abdul rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.

ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau
sebab kematian?

DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki
ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yang
menunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan
patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya.
Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah

dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian
ketulan daging. Luka hiris pada bahagian leher adalah luka
utama menyebabkan kematian dengan terputusnya
struktur-struktur leher. Ini juga dikenali dengan istilah
`decapitation of head'.
Berdasarkan kepada bentuk kecederaan di mana tidak ada luka
tangkisan (defensive wound). Luka di bahagian leher adalah
luka hiris atau satu tetakan menggunakan senjata yang tajam
dan berat. Dan luka ini menyebabkan kematian yang serta-merta,

iaitu terhentinya sistem denyutan jantung atau pernafasan,
terputusnya saluran saraf tunjang dan terputus saluran-saluran
darah utama yang menyebabkan pendarahan.
Dengan ini saya mengesahkan bahawa kematian dalam kes ini
adalah disebabkan "decapitation of head due to sharp and
cutting heavy weapon". (terputusnya kepala disebabkan tetakan
senjata tajam dan berat).



ZAKARIA: Ada lima ketulan daging, adalah ia tercerai cara
semula jadi?

DR RAHMAN: Bukan sebab semula jadi tetapi diceraikan.

HAKIM: Bagaimana diceraikan?

DR RAHMAN: Paha dipotong terlebih dahulu dan dipisahkan
daripada tulang.

HAKIM: Dengan senjata?

ZAKARIA: Boleh doktor jelaskan kedudukan jasad ketika leher
terputus, dipancung?

DR RAHMAN: Kalau menurut bentuk kecederaan sebagaimana
yang saya sebut tadi, saya tidak lihat luka tangkis atau
defensive wound. Luka yang menyebabkan kematian ada pada
leher. Tetakan ini adalah bersesuaian dengan tetakan daripada
hadapan ke belakang di mana tetakan ini menyebabkan

tulang dari depan ke bekalang dipotong, dalam keadaan
melentang bukan terbaring atau tertunduk.

ZAKARIA: Boleh doktor beritahu mahkamah jangka waktu
kematian?

DR RAHMAN: Ya. Masa kematian yang pasti tidak mungkin.
Anggaran masa berdasarkan kepada keadaan mayat dan
perubahan selepas kematian.

Sebagaimana anggaran ini, mayat ini mati lebih daripada dua
minggu tapi tidak melebihi empat minggu (iaitu ketika ditemui

pada 22 Julai 1993).

Ada orang tanya ketika dibunuh bagaimana keadaan Datuk
Mazlan - dia sedar atau tidak.
Berdasarkan bedah siasat Datuk Mazlan idris dipercayai tidak
melawan ketika kepalanya dipancung.

Dr Abdul Rahman membuat andaian itu berdasarkan ketiadaan
luka tangkis pada jasad Mohd Mazlan selepas pemeriksaan dan
bedah siasat.

"Jika mengikut bentuk kecederaannya, saya tidak lihat luka
tangkis. Saya juga dapati tiada kesan tumbukan atau tikaman
pada jasad itu.

"Berdasarkan pemeriksaan juga, saya percaya tidak berlaku
pergaduhan sebelum kepalanya dipisahkan daripada leher," katanya.

Dia juga percaya Mohd Mazlan masih hidup dan berada dalam
kedudukanmenelentang dengan mukanya ke atas ketika
dipancung.

Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa Mohd Mazlan
tidak mungkin berdiri atau membongkok ketika kematiannya.

Selain itu, katanya, luka yang menyebabkan kematian adalah
pada leher.

Menurutnya, tetakan itu adalah bersesuaian daripada hadapan
ke belakang menyebabkan tulang dari dagu ke belakang dipotong.

Katanya, adalah jelas bahawa kepala itu terputus
keseluruhannya dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang
belakang leher.

"Keadaan potongan itu adalah potongan bersih dan licin
merintangi bahagian hadapan terus ke belakang," katanya.
Selepas ini kita dengar pula keterangan Juraimi bagaimana Datuk
Mazlan ditetak.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:05 PM
Kiriman #28


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 14



ADA orang tanya cerita apa ni. Apa tidaknya, ada yang baru membaca catatan ini. Ada yang tak baca daripada awal.
Aku nak jelaskan buat sekian kalinya bahawa apa yang aku ceritakan ini adalah liputan perbicaraan kes Mona Fandey pada 1994 dan 1995.
Kes ini pada masa tu memang cukup famous - aku cakap orang putih sikit. Budak kecil pun aku agak tahu Mona Fandey tu.
Ada tiga watak penting dalam kes ini - tertuduh pertama Juraimi Husin; tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan tertuduh ketiga, Maznah ismail atau Mona Fandey.
Affandi dan Mona kerap dirujuk seebagai pasangan bomoh dan Juraimi pula pembantu mereka.
Ah ada lagi orang tanya berapa Juraimi dapat. Mengikut keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, dia hanya diberi RM180 atas tugasnya - menetak leher Datuk Mazlan Idris.
Aku teruskan lagi cerita ini.


Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai
melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi,
melapah kulit dan daging serta menanam jasad Datuk
Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Dia memberitahu mahkamah Affandi memberinya wang
sebanyak itu setelah semua tugasnya selesai.

"Affandi memberi wang itu sebelum dia, Mona (Maznah Ismail)
dan anak mereka, Mazdiana Affendy ke Kuala Lumpur.

"Dia (Affandi) beritahu hendak ke KL (Kuala Lumpur) dan
seminggu lagi akan balik," katanya ketika disoal peguambelanya,
Karam Singh Bahl.

Juraimi mendakwa melaksanakan pembunuhan itu atas
rancangan dan arahan Affandi serta Mona pada malam 2 Julai
1993 di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub.

Menurutnya, seminggu sebelum pembunuhan itu, dia diarah
untuk melakukan beberapa persiapan, termasuk menyediakan
lubang, parang, kayu dan tayar serta mengasah kapak yang
digunakan untuk menetak leher Mazlan.

Katanya, Mona dan Affandi masing-masing mengasah satu
parang. "Rancangan itu dilakukan oleh Mona dan Affandi.
Saya hanya mengikut arahan tanpa mengetahui perkara
sebenarnya," katanya.
Itu bayaran yang dinyatakan Juraimi di mahkamah. Isisis
sikitnya - kata bebudak sekarang ciput.
Ada orang tanya lain macam mana dia tetak Datuk Mazlan.
Terus mati ke?
Juraimi dalam keterangannya di mahkamah
berkata, dia menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak
sehingga tiga kali.


Ini kerana kepala Datuk Mazlan tidak putus dari badannya selepas tetakan pertama dan kedua.
"Saya tetak leher Datuk Mazlan sebanyak tiga kali. Kali pertama tidak putus, kali kedua pun tidak putus dan kali ketiga baru putus.
"Bagaimanpun, saya sendiri tidak tahu sama ada tetakan kali ketiga itu untuk memastikan Datuk Mazlan sudah mati," katanya.
Menurutnya, Affandi ada memberitahunya supaya menetak leher Mazlan dengan tepat.
Juraimi juga mengulangi kenyataannya bahawa dia melakukan pembunuhan terhadap Mazlan atas arahan Mona dan Affandi.
Selepas ada yang nak tahu lagi mengapa Juraimi seorang buat semua kerja. Ada juga tanya mengapa mesti dikerat-kerat.
Susah juga nak ceritakan kerana bukan aku yang buat kerja itu.
Tapi kalau nak tahu juga baca cerita ini sampai habis.
Dalam keterangannya juraimi berkata, kerja mengerat badan Datuk Mazlan selepas dibunuh pada malam 2 Julai 1993 sepatutnya dilakukan oleh dia, Mona dan Affandi seperti dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, Juraimi berkata, selepas kejadian itu hanya dia seorang yang melakukan kerja itu.

"Pada peringkat awal (mengikut rancangan) saya, Mona dan Affandi akan kerat bersama badan Datuk Mazlan.
"Saya sendiri tidak tahu mengapa Mona dan Affandi tidak mengerat sama badan Datuk Mazlan," katanya.
Menurutnya, dia juga tidak mengetahui mengapa dan siapa yang arahkan dada hingga ke perut Mazlan dibelah selepas pembunuhan itu.
Juraimi berkata Mona dan Affandi yang mencadangkan supaya badan Mazlan dikerat selepas dibunuh.
Ditanya mengapa bahagian-bahagian badan Mazlan yang telah kerat perlu dibakar, katanya: "Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mayat itu perlu dikerat dan dibakar."
Tertuduh pertama juga berkata, Mona dan Affandi yang memilih supaya lubang digali dalam stor di rumah tak bernombor Kampung Peruas, Ulu Dong,Raub untuk menamam mayat Mazlan.
Menurutnya, dia mengambil masa lebih sehari untuk menggali lubang itu.
Apa cerita selepas ni. Ada orang nak tahu betulkah mereka ini bomoh dan pandai main ayat-ayat.
Nak tahu nanti aku cerita lagi.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:07 PM
Kiriman #29


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 15


AKU nak sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994.
Cerita ini ada aku ceritakan dalam posting yang lalu. Tetapi yang ini lebih terperinci. Aku kena buat transkrip percakapan mereka dalam mahkamah.
Bayangkan berapa panjang mereka cakap. Kalau terlaju cakap terkial-kial aku nak 'figure out' apa benda dia cakap. Kalau salah catat, pembaca pun dapat maklumat salah.
Tapi aku ada cara sendiri, minta rujukan catatan peguambela atau pendakwa raya. Kadang kala mereka pun kelabu asap. Pinjam nota aku.
Cara terakhir minta rujukan nota hakim. Part ni selalunya berat sikit - kena tahan telinga dan tebalkan muka - dengar 'syrahan' hakim dulu. Dah kerja nak buat macam mana.

Bukan itu aja perbuatan dan riak wajah mereka pun kita kena perhatikan. Dia senyum ke, menangis ke, ketawa ke, marah ke - semua kena 'dirakamkan'. Nampak macam real sebab pembaca tak tahu apa yang berlaku dalam mahkamah.

Berikut adalah petikan keterangan dalam kes pembelaan diri tertuduh ketiks disoal peguambelanya, Karam Singh Bahl (dia ni tak ada kena mengena dengan Karam Singh Wariar - betul ke eja nama dia. Juraimi dalam keterangan di mahkamah menceritakan dari mula dia mengenali pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hingga kepada pembunuhan Mazlan.














KARAM: Pada Hari Raya Puasa tahun lalu (25 Mac 1993),
bolehkah Juraimi beritahu apa yang berlaku?

JURAIMI: Raya ke berapa?

KARAM: Raya keempat.

JURAIMI: Kami (termasuk Affandi, Mona dan anak mereka,
Mazdiana Affandey) berpindah ke (Kampung Peruas), Ulu Dong,
Raub.

KARAM: Dari Tanjung Lumpur, Kuantan ke Ulu Dong?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Siapa yang rancang perpindahan itu?

JURAIMI: Rancangan Affandi.

KARAM: Ada Affandi bincang mengenai rancangan itu dengan
Juraimi?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi kata hendak pindah dari Tanjung Lumpur
ke Ulu Dong.

KARAM: Affandi beritahu atau berbincang dengan Juraimi?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa sebab hendak pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Untuk beramal.

KARAM: Beramal untuk siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang cadang pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Affandi yang cadang untuk berpindah ke Ulu Dong.
Dia hendak cari tempat sesuai untuk beramal kepada Datuk
(Mazlan).

KARAM: Siapa yang pilih Ulu Dong? Mengapa tidak pilih tempat
lain?

JURAIMI: Tempat itu sesuai.

KARAM: Untuk siapa?

JURAIMI: Untuk Affandi (pada jawapan ini Mona yang diam
sejak Juraimi memberi keterangan mulai jam 9.54 pagi
tersenyum).

KARAM: Tahukah Juraimi, tanah di Ulu Dong tanah siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Bagaimana tahu?

JURAIMI: Datuk Mazlan yang beritahu sendiri.

KARAM: Kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi.

KARAM: Adakah Datuk rancang apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya ikut saja.

KARAM: Juraimi ikut siapa?

JURAIMI: Saya ikut Affandi, dia kata pindah, saya pindahlah.

KARAM: Ketika berpindah ke Ulu Dong, ada rumah di situ?

JURAIMI: Langsung tiada rumah.

KARAM: Pada mulanya, tiada rumah, hidup mana-mana?

JURAIMI: Kami tinggal dalam khemah.

KARAM: Semua keempat-empat orang tinggal dalam khemah?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Berapa lama tinggal dalam
khemah?

JURAIMI: Sebulan lebih.

KARAM: Selepas sebulan apa berlaku?

JURAIMI: Saya buat sebiji (sebuah)
rumah.

KARAM: Bahan binaan untuk
mendirikan rumah, siapa yang beli?

JURAIMI: Affandi dan Mona.

KARAM: Siapa yang keluarkan duit
untuk membeli bahan-bahan
itu?

JURAIMI: Di antara dua, kalau tak
Affandi, Monalah.

KARAM: Ketika rumah itu dibina, ada Datuk Mazlan datang
tengok?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan tengok Juraimi mendirikan rumah,
ada dia bercakap apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia hanya cakap dengan Affandi dan Mona.

KARAM: Setiap kali Datuk Mazlan datang ke situ, dia cakap
dengan siapa?

JURAIMI: Cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Setiap kali Datuk datang ke situ, ada cakap dengan
Juraimi?

JURAIMI: Ada juga (ketika ini kedengaran Mona terbatuk).

KARAM: Sila beritahu mahkamah, apa yang Datuk Mazlan
cakapkan kepada Juraimi?

JURAIMI: Datuk bertanya bila rumah nak siap.

KARAM: Selain itu ada Datuk Mazlan merancang dan berbincang
apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia bincang dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Ada Juraimi terbabit dalam perbincangan itu?

JURAIMI: Tiada, saya sibuk dengan kerja saya.

KARAM: Ada Datuk Mazlan tolong Juraimi mendirikan rumah itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Mona dan Affandi ada tolong?

JURAIMI: Tolong naikkan siling rumah.

KARAM: Berapa lama bahagian dinding, lantai dan bumbung
siap?

JURAIMI: Satu bulan lebih.

KARAM: Apabila rumah siap, ada Datuk Mazlan datang. Apabila
datang dia cakap dengan siapa?

JURAIMI: Ada, Datuk cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Biasanya berapa kali Datuk
Mazlan datang ke rumah itu?

JURAIMI: Setiap minggu datang
ke rumah itu.

KARAM: Hari apa Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Kadang-kadang pada hari
minggu (Ahad) atau Sabtu.

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang,
dia cakap dengan Mona dan Affandi.

Adakah pada bila-bila masa, Juraimi
mendengar perbualan mereka?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu tujuan Datuk
Mazlan ke rumah itu?

JURAIMI: Tujuan Datuk ke rumah itu, saya tak tahu.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan meminta ubat daripada mereka?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ubat apa, terangkan kepada mahkamah.

JURAIMI: Ubat dia macam serbuk.

KARAM: Mengapa Datuk meminta ubat itu, ada Juraimi tahu?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Berkenaan dengan pendawaian, nama dalam bil
cagaran untuk mendapatkan bekalan elektrik atas nama siapa?

JURAIMI: Atas nama saya.

KARAM: Siapa yang bagi wang untuk membayar cagaran itu?

JURAIMI: Mona bagi.

KARAM: Dari mana Mona mendapat duit itu?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ketika di rumah di Ulu Dong, ada Juraimi dengar
sesiapa minta

wang daripada Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Siapa?

JURAIMI: Mona meminta wang
daripada Datuk.

KARAM: Ada dengar berapa banyak?

JURAIMI: RM5,000.

(Peguambela Mona dan Affandi,
Ghulam Mustaffa Nadar Ali
Khan, bangun untuk membuat
teguran).

GHULAM: Jika boleh saya berharap
Encik Karam tidak
membimbing saksi untuk menjawab
soalan.

HAKIM: Saya tidak nampak begitu.
Ada soalan yang tidak
difahami saksi dan perlu diterangkan
oleh peguambela.

KARAM: Ada Juraimi nampak
sesiapa memberi wang kepada
Mona?

JURAIMI: Ada, arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Ada Juraimi tahu, berapa
banyak?

JURAIMI: Tahu, RM5,000.

(Juraimi kemudian ditunjukkan bil cagaran mendapatkan
bekalan elektrik).

KARAM: Bil ini adalah bil Tenaga Nasional Berhad untuk
bayaran cagaran mendapatkan bekalan elektrik. Nampak berapa
jumlah yang dicatatkan di situ?

JURAIMI: RM200.

KARAM: Duit RM200 itu, adakah Juraimi minta daripada Datuk
Mazlan?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Siapa yang bagi duit itu kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona.

KARAM: Selepas Mona terima RM5,000, lebih kurang dua
minggu selepas itu, apa yang berlaku?

JURAIMI: (Juraimi terdiam seketika seolah-olah berfikir sesuatu
dan menjawab)...selepas terima wang, Datuk ada datang
pada 1 hari bulan malam (1 Julai 1993).

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan ke rumah itu, ada apa-apa
berlaku di rumah itu. (Juraimi hanya berdiam dan tidak menjawab
soalan itu, dan Karam kemudian menyoal lagi).

KARAM: Lebih kurang seminggu sebelum Datuk Mazlan datang
ke rumah itu, ada apa-apa persiapan dibuat di rumah itu?

JURAIMI: Ada.

(Ghulam bangun sekali lagi membantah cara Karam menyoal
Juraimi kerana menyifatkan peguambela itu membimbing tertuduh
pertama untuk memberi jawapan).

HAKIM: Saya faham maksud Encik Ghulam, tapi saksi tak faham
soalan itu.

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan untuk kejadian itu (pembunuhan Datuk
Mazlan).

(Juraimi kemudian memberitahu mahkamah bahawa Datuk
Mazlan datang ke rumah pada 2 Julai 1993 bukan 1 Julai 1993
seperti yang diberitahunya sebelum ini).

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan seperti lubang,
stor...

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Kapak, parang, kayu, tayar.

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Cukup.

KARAM: Persiapan itu dibuat atas
arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Persiapan itu atas cadangan
siapa?

JURAIMI: Cadangan Affandi dan Mona.

KARAM: Ada kamu mengambil
bahagian dalam perbincangan mengenai persiapan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada mereka berbincang dengan Juraimi untuk
menjayakan rancangan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada Juraimi tahu apa yang akan berlaku?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ada Juraimi korek lubang?

JURAIMI: Ada, atas arahan Mona.

KARAM: Ikat batu pada dinding, arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Ada arahan lain daripada Affandi?

JURAIMI: Affandi suruh saya asah kapak.

KARAM: Tahu siapa asah parang?

JURAIMI: Ada dua parang, satu Mona asah dan satu lagi Affandi
asah.

KARAM: Selepas kapak dan parang diasah, ada rancangan dibuat
bersama Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya mengikut arahan Affandi.

KARAM: Apa arahannya?

JURAIMI: Seperti semua tadi, korek lubang, sediakan kayu,
kapak, tayar.

KARAM: Berkenaan Datuk Mazlan, ada arahan untuk dia?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi suruh saya tunggu Datuk datang.

KARAM: Ada Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Ada pada 2 hari bulan tujuh (2 Julai 1993).

KARAM: Apa jadi pada Datuk Mazlan pada malam itu?

JURAIMI: Pada lebih kurang jam 10 malam lebih, Datuk tiba
di rumah itu dengan Affandi.

KARAM: Mereka datang dengan apa?

JURAIMI: Dengan kereta Datuk.

KARAM: Pada masa itu, di rumah ada berapa orang?

JURAIMI: Ada tiga orang.

HAKIM: Siapa?

JURAIMI: Saya, Mona dan Mazdiana.

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan datang, ada sesiapa memberi
arahan kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona arahkan saya supaya standby (siap sedia)
sebelum Datuk datang.

KARAM: Standby untuk apa?

JURAIMI: Untuk kejadian.

KARAM: Kejadian apa?

JURAIMI: Satu pembunuhan
(ketika Juraimi memberikan jawapan
ini jam di dinding mahkamah
menunjukkan jam 12.08 tengah hari).

KARAM: Ketika Datuk Mazlan
datang ke rumah itu dengan Affandi,
siapa yang masuk dahulu ke dalam
rumah?

JURAIMI: Apabila mereka tiba,
saya buka pintu pagar.

KARAM: Siapa yang memandu
kereta itu?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang masuk dahulu
dalam rumah?

JURAIMI: Affandi.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

KARAM: Apa Datuk Mazlan buat?

JURAIMI: Apabila Datuk masuk,
Mona kata kepadanya: "Abang
(Affandi) ada menunggu dalam
bilik itu"

KARAM: Ada Datuk Mazlan bawa
apa-apa?

JURAIMI: Satu briefcase.

KARAM: Ada nampak dia beri
briefcase itu kepada siapa?

JURAIMI: Tidak nampak.

KARAM: Ada Datuk Mazlan beri
briefcase itu kepada Juraimi atau
Juraimi memintanya daripada
Datuk Mazlan.

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu apa Affandi
buat dalam bilik itu?

JURAIMI: Sebab dia nak buat ibu
duit, ilmu duit (Affandi yang
duduk di kandang tertuduh dan tekun
mendengar keterangan
Juraimi tersenyum).

KARAM: Ketika Mona berkata: "Abang ada menunggu dalam
bilik,"
Juraimi ada dengar?

JURAIMI: Dengar.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

JURAIMI: Datuk masuk dalam bilik Affandi.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan pernah masuk bilik itu?

JURAIMI: Tak pernah.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan masuk bilik itu, Juraimi ada
di mana?

JURAIMI: Di bahagian dapur.

KARAM: Berapa jauh dapur dengan bilik air?

JURAIMI: Tidak jauh.

KARAM: Boleh Juraimi dengar perbualan dalam bilik itu (Affandi
dan Mazlan berada)?

JURAIMI: Tak boleh dengar.

KARAM: Dari tempat Juraimi berdiri, boleh nampak mereka?

JURAIMI: Tak nampak sebab ada pintu.

KARAM: Ada nampak mereka berdua keluar?

JURAIMI: Affandi keluar dahulu, kemudian Datuk.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Mona ada bertanya kepada Datuk sama ada dia ada
membawa kain atau tidak. Datuk jawab, ada bawa kain, ada
dalam kereta.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar selepas itu?

JURAIMI: Datuk Mazlan kemudian keluar untuk mengambil kain.

KARAM: Apa jadi kemudian?

JURAIMI: Selepas itu Affandi membuka baju dan terus pakai
kain.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Affandi terus mengambil satu blanket (selimut) terus
masuk bilik air dan membawa dua biji bantal (Affandi sekali lagi
kelihatan tersenyum mendengar keterangan ini).

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang ke rumah, apa dia buat?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk, dia memetik bunga orkid
di luar rumah.

KARAM: Datuk Mazlan bagi pada siapa?

JURAIMI: Datuk pegang dan kemudian beri pada Mona.

KARAM: Apa berlaku seterusnya?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk bilik air, Mona suruh buka baju
dan seluar dan pakai kain saja...kecuali seluar dalam. (Mereka
yang berada dalam mahkamah ketawa berderai).

KARAM: Ada sesiapa yang suruh Datuk Mazlan masuk bilik air?

JURAIMI: Mona suruh.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Saya bangun ke dapur.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar dari bilik air?

JURAIMI: Tidak.

HAKIM: Bilik air mana?

JURAIMI: Bilik air yang Datuk masuk.

HAKIM: Ketika itu Affandi di mana?

JURAIMI: Dalam bilik air.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Selepas itu, Mona, Affandi dan Datuk ada dalam bilik
air.

KARAM: Ada dengar apa-apa?

JURAIMI: Saya mendengar Affandi berkata kepada Datuk...
(terdiam).

KARAM: Cerita depan Yang Arif.

JURAIMI: (Affandi kata) Datuk baring, nanti ada suara ghaib
berkata, duit sebanyak ini jatuh. (Mona tersenyum mendengar
cerita Juraimi).

KARAM: Apa jadi.

JURAIMI: Sebelum baring, Datuk ada cakap: "Saya tidak boleh
tahan dongak lama-lama."

KARAM: Datuk cakap kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi dan Affandi menjawab: "Sekejap aje."

KARAM: Jadi Datuk Mazlan terus baring?

JURAIMI: Datuk terus baring.

KARAM: Ada lampu pada masa itu?

JURAIMI: Lampu elektrik dipasang di bilik air. Ada lilin.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Datuk sudah baring, Mona ada meletakkan bunga
pada dahi Datuk. Affandi duduk sebelah Mona dan ketika duduk
Affandi menutup mata Datuk dengan tangannya. Selepas ditutup,
Affandi nampak lampu cerah dan tutup.

Kemudian nyalakan lilin. Setelah lampu padam dan lilin
dinyalakan, Affandi duduk balik di sebelah Mona. Setelah itu,
Affandi menutup semula mata Datuk dengan tangan dan
memanggil saya dengan isyarat tangan. Ketika saya masuk,
anaknya, Mazdiana terjaga dari tidur.

Selepas itu, saya keluar balik. Affandi terus bangun
mendapatkan anaknya dan selepas anaknya tidur, Affandi
berjumpa saya.

Ketika berjumpa saya, Affandi berkata: "Rong (singkatan
panggilan Gondrong), kalau tetak biar kena tepat, jangan salah
tempat. Kalau tidak habis kita."

KARAM: Ketika Affandi keluar untuk menjaga anaknya, Mona
di mana?

JURAIMI: Ada di situ bersama Datuk.

KARAM: Apabila Affandi balik ke bilik air itu apa dia buat?

JURAIMI: Affandi terus duduk di tempat asal dan menutup
semula mata Datuk. Affandi panggil saya dengan isyarat tangan
dan saya terus masuk ke bilik itu dan tetak bahagian leher.

KARAM: Dengan apa (menetak kepala Datuk Mazlan)?

JURAIMI: Kapak.


(Pada masa ini, jurubahasa mahkamah mengeluarkan kapak
yang dikemukakan di mahkamah selepas mendapat arahan
Karam. Ghulam kemudian bangun).

HAKIM: Saya tahu Encik Ghulam. Tak perlu keluarkan (kapak)
dahulu, tunggu arahan peguambela. Jangan tunjukkan dulu
pada saksi. Takut juga Encik Ghulam, juri pun takut juga.
(Bilik mahkamah sekali lagi berderai dengan ketawa).

KARAM: Ini kapak yang digunakan? (menunjukkan kapak itu
yang diletakkan di atas meja peguambela dan pendakwaraya).

JURAIMI: Ya, ini kapak yang digunakan.

KARAM: Siapa yang memiliki kapak ini?
JURAIMI: Ini kira, Affandi yang beli.

KARAM: Selepas tetak bahagian leher, apa jadi kepada Affandi
dan Mona?

JURAIMI: Saya tetak tiga kali, selepas itu baru kepala putus.

HAKIM: Kepala siapa?

JURAIMI: Kepala Datuk (jawapan itu membuatkan mereka yang
berada dalam mahkamah sekali lagi ketawa kerana jawapan itu
mungkin juga merujuk kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.
Menyedari itu Juraimi terus menjawab Datuk Mazlan).

JURAIMI: Affandi dan Mona pun bangun. Affandi terus
mengarahkan saya potong bahagian sendi-sendi. Affandi suruh
lapah sekali dan selepas lapah, Affandi terus keluar ke bilik air
lain.

KARAM: Ada sesiapa masuk bilik air itu?

JURAIMI: Selepas itu tiada. Selepas itu Affandi terus masuk
bilik amal dia. Affandi kemudian keluar dan membawa keluar
satu sampul surat. Dia kepit sampul surat itu.

KARAM: Apa ada dalam sampul surat itu?

JURAIMI: Saya tidak nampak.

KARAM: Ada Juraimi terima apa-apa arahan selepas itu?

JURAIMI: Saya ada bertanya kepada Affandi: "Macam mana
dengan mayat itu?" Affandi jawab: "Tanya ibu (Mona) dulu."
Affandi kemudian bertemu Mona dan datang balik serta
berkata: "Ibu (Mona) kata suruh tanam saja."

KARAM: Ada beri apa-apa?

JURAIMI: Affandi beri duit sebanyak RM180 dan berkata: "Bapak
(Affandi) hendak ke KL (Kuala Lumpur). Seminggu lagi bapak
akan balik."

KARAM: Dia pergi dengan siapa?

JURAIMI: Affandi pergi dengan Mona dan anak mereka. Apabila
mereka keluar dari rumah, saya keluar dari bilik itu dan kunci
pintu depan.

KARAM: Mereka pergi dengan apa?

JURAIMI: Kereta Datuk, nombornya CAA 5115.

KARAM: Juraimi terus tinggal di rumah itu?

JURAIMI: Ya, seorang diri.

KARAM: Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?
Nak tahu kena tunggu lagi..


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:08 PM
Kiriman #30


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 16



AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri dalam perbicaraan kes peembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi temerloh pada 1994.
Pada posting sebelum ini, Juraimi bercerita panjang lebar mengenai pembabitannya dalam pembunuhan Mazlan.
Juraimi disoal peguambelanya Karam Singh Bahl :Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?

JURAIMI: Selepas kunci rumah, saya masuk ke bilik air dan
ambil satu basin. Saya kemudian kumpulkan tulang dan daging
(jasad Datuk Mazlan) dalam basin itu.

KARAM: Boleh ingat berapa keping?

JURAIMI: Ketika itu tak ingat berapa keping.

KARAM: Apa buat dengan tulang dan daging dalam basin itu?

JURAIMI: Saya ke belakang, ke bilik stor dan terus curahkan
tulang dan daging itu ke dalam lubang (yang sudah siap digali).

KARAM: Ada Juraimi tutup lubang itu (selepas masukkan tulang
dan daging)?

JURAIMI: Ada, saya kambus balik.

KARAM: Apa Juraimi buat selepas itu?

JURAIMI: Saya kemudian masuk bilik air itu dan ambil kain,
blanket, bantal dan pakaian Datuk yang mempunyai kesan darah
Saya kemudian terus ke belakang rumah dan membakarnya.
Selepas itu, saya cuci bilik air dan apabila semuanya siap saya
mandi.

KARAM: Bila Juraimi simen lubang itu?

JURAIMI: Pada keesokan harinya (3 Julai 1993).

KARAM: Kejadian dalam rumah itu habis jam berapa?

JURAIMI: Apabila saya hendak tidur, saya lihat jam pukul
1.30 pagi.
Pendek aje cerita kali ini. Penat menaip. Nanti aku
sambung cerita lagi....


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:12 PM
Kiriman #31


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 17






AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994.
Dalam keterangannya, tertuduh pertama ini memberitahu dia tidak berniat membunuh Datuk Mazlan Idris.
Tapi kenapa dia bunuh juga. Adakah dia kesal dengan perbuatannya. Aku tak mahu ceritakan, tapi baca cerita ini sampai habis.
Peguambela Juraimi, Karam Singh Bahl ketika menyoal Juraimi ingin tahu apa yang berlaku seminggu selepas pembunuhaan Datuk Mazlan.
JURAIMI: Sepupu Datuk Mazlan datang ke rumah itu (tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub)?

KARAM: Apa dia buat?

JURAIMI: Dia (sepupu Mazlan) ada cakap dengan saya dan
bertanya adakah Datuk datang ke situ?

KARAM: Tahu siapa nama sepupu Datuk Mazlan itu?

JURAIMI: Namanya tidak tahu.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu dia sepupu Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dia yang perkenalkan dirinya.

KARAM: Apa Juraimi cakap pada dia?

JURAIMI: Saya jawab: Biasanya Datuk datang seminggu sekali,
tapi dah dua minggu dia tak datang.

KARAM: Dia datang sebelah pagi atau petang?

JURAIMI: Pagi.

KARAM: Sebelah petang apa jadi?

JURAIMI: Petang itu, selepas sepupu Datuk balik, saya terus
ambil kapak dan parang dan tanam.

KARAM: Masa itu Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan
Mona (Maznah Ismail atau Mona Fandey) ada?

JURAIMI: Tiada, mereka ke Kuala Lumpur.

KARAM: Ada Affandi dan Mona balik ke rumah di Kampung
Peruas?

JURAIMI: Ada pada 7 atau 8 hari bulan (Julai 1993).

KARAM: Adakah itu kali pertama mereka pulang ke rumah
selepas kejadian itu?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Mereka datang seorang atau ada orang lain?

JURAIMI: Seorang itu Tengku Yahya (Abdullah, abang tiri Mona),
seorang Cina (pemandu limosin, Tan Teck Seng) dan anak
mereka (Mazdiana Affendy). Mereka kemudian masuk dalam
rumah.

KARAM: Apa berlaku dalam rumah?

JURAIMI: Affandi terus masuk dalam bilik dia. Mona kemudian
panggil saya dan kenalkan dengan Tengku Yahya. Selepas itu,
Mona panggil saya ke belakang dan bagi duit. Mula-mula dia
beri RM1,000. Kemudian Mona tanya:

"Ada orang datang ke?" Saya jawab: "Ada sepupu Datuk Mazlan."
Selepas itu, Mona tanya: "Kau jawab apa?" Saya jawab: "Saya
tak tahu dan kata mereka pergi KL." Selepas itu Mona
tanya: "Mana kapak, parang dan pistol." Saya jawab: "Saya dah
tanam." Kemudian Affandi keluar dari bilik dia dan bertanya
kepada saya: "Berapa ibu (Mona) kasi (beri) duit berapa?"
Selepas itu Affandi berkata kepada Mona: "Yang (Sayang,
panggilan mesra Mona) beri lagi RM500." Selepas itu Mona
kata: "RM500 untuk makan dan RM1,000 untuk beri makan itik."

KARAM: Adakah mereka tinggal di rumah itu pada hari itu?

JURAIMI: Mereka terus balik pada tengah hari itu.

KARAM: Kesemua lima orang?

JURAIMI: Semua lima orang.

KARAM: Juraimi tinggal seorang?

JURAIMI: Betul. Sebelum pergi Affandi ada kata pada saya. Dia
kata: "Bapak nak ke KL. Bapak nak uruskan hand phone.
Seminggu lagi bapak balik."

KARAM: Juraimi ada keluar rumah ketika tinggal seorang diri?

JURAIMI: Pada 12 hari bulan (12 Julai 1993), ketika saya keluar
untuk beli makanan burung, saya bertemu sepupu Datuk Mazlan.
Dia tanya: "Affandi dah balik?" Saya jawab: "Belum." Sepupu
Datuk Mazlan kemudian berkata lagi: "Saya ada jumpa bomoh
di Kuantan. Dia (bomoh) kata Datuk ada bersama Affandi.
"Saya hendak jumpa Affandi untuk tengok di mana Datuk berada.

"Saya nak report (buat laporan) polis, nanti buat awak susah saja."

Selepas itu saya jawab: "Nak report, reportlah, saya tak kisah."
Kemudian sepupu Datuk Mazlan kata: "Saya bagi tempoh, kalau
Khamis atau Jumaat, Datuk tak balik, saya terpaksa report."

Saya terus ke kedai itu. Selepas itu saya mengambil keputusan
untuk ke Kuala Lumpur pada hari itu juga.

KARAM: Ada Juraimi ke Kuala Lumpur?

JURAIMI: Ada, saya hendak cari Affandi di KL (Kuala Lumpur).
Saya ke KL lebih kurang jam 3 petang pada 12 Julai 1993. Saya
cari Affandi sampai jam 11 malam, tapi tak jumpa.

KARAM: Di mana cari Affandi?

JURAIMI: Di kawasan KL. Selepas 11 malam saya
ke hotel...hotel apa. (berfikir) Tin Mine Hotel Hilton. Saya ke situ
sebab kalau sebelah malam, Affandi biasanya ke situ.
Pada 11 malam tak ada, saya ke Klang dan tidur di rumah kawan.

KARAM: Pada esoknya (13 Julai 1993), apa jadi?

JURAIMI: Pada esoknya, saya balik ke Raub direct (terus
ke Raub).

Apabila saya balik ke rumah, saya tengok ada orang di rumah
dalam satu kereta.

KARAM: Ada berapa orang dalam kereta itu?

JURAIMI: Tiga orang. Saya masuk saja, sepupu Datuk Mazlan
pun bertanya: "Mana Datuk?" Saya jawab: "Tak tahu, saya baru
balik cari Affandi di KL."

Baru saya hendak releks, sepupu Datuk Mazlan cakap: "Ini adik
dia (Mazlan) baru sampai dari KL." Saya cakap: "Saya tak
tahulah." Kemudian, ada satu land rover polis datang, tiga
anggota polis terus masuk dalam kawasan halaman rumah.
Anggota polis itu bertanya: "Mana Datuk pergi?" Saya jawab:

"Saya tak tahu." Anggota polis itu kemudian meminta
IC (kad pengenalan) saya, dan saya pun beri IC.

Kemudian anggota polis itu berkata, tak apalah kita cerita
dekat balai. Kami pun pergi ke Balai Polis Dong. Di balai, polis
tanya lagi, mana Datuk? Saya cakap, tak tahu. Apabila sudah
cerita, dia suruh balik kerana pegawai tak ada dan minta saya
datang jam 7 malam. Saya balik lebih kurang 3.30 petang.
Saya balik ke rumah dan beri makan itik dan pada masa itu

sudah jam 7 malam lebih.

Saya kemudian mencari pondok telefon awam dan menelefon
Balai Polis Dong memberitahu terlewat tapi anggota di situ
memberitahu supaya saya datang juga.

Di Balai Polis Dong, ada seorang datuk Sarjan, namanya saya
tak tahu.

(Karam kemudian memanggil Ketua Balai Polis Dong, Sarjan
Masara Yuasap dan Juraimi mengecamnya). Dia (Masara) tanya
mana Datuk, saya kata saya tak tahu. Kemudian dia menelefon
Balai Polis Raub. Kemudian ada dua anggota polis datang dan
bawa saya ke Balai Polis Raub.
Dalam perjalanan ada seorang Sarjan berkata: "Tak apalah, kita
buat kes dadah. "Saya tahu awak tak hisap dadah. Dari muka,
saya tahu awak tak hisap dadah."
Di Balai Polis Raub, saya masuk lokap. Di lokap, air kencing saya
pun tak ambil.

KARAM: Masa di lokap Balai Polis Raub, ada Juraimi disoal-
siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab: "Tak tahu. Saya main tak tahu aje."

KARAM: Berapa lama ditahan di Balai Polis Raub?

JURAIMI: Dari 13 hingga 23 Julai 1993. Mengenai kes dadah.

KARAM: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, ada jumpa Affandi.

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bila jumpa?

JURAIMI: Di Balai Polis Raub, pada malam 21 Julai
menjelang 22 Julai 1993, ada jumpa Affandi.

KARAM: Ada disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dalam lokap, saya bangun tidur dan Din
Mamak (Detektif Lans Koperal Nordin Sadakathullah) ambil saya
berjumpa Tuan Mahpop (Penolong Penguasa Mahpop Jaafar).

KARAM: Ada dia soal-siasat kamu?

JURAIMI: Mahpop tanya: "Mana kamu tahan Datuk Mazlan?"

KARAM: Apa jawabnya?

JURAIMI: Mahpop kata: "Saya tahu, semuanya. Affandi pun dah
kena tangkap, Mona pun dah kena tangkap. Affandi pun dah ada
kereta, Mona dah pakai barang kemas. Mereka mahu menganiaya
awak. Baik awak cerita."

(Selepas memberi keterangan ini dan sementara menunggu
soalan lanjut Karam, Juraimi memandang jam di dinding
ahkamah berhampiran kandang saksi. Pada waktu itu jam
menunjukkan pukul 10.43 pagi.
Juraimi tersenyum memberi sesuatu isyarat kepada Karam.)

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab tak tahu. Kemudian (bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah) Datuk Zaman Khan dan Takbir (Timbalan
Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd) masuk ke bilik.
Datuk Zaman Khan pun tanya: "Mana kau tahan Datuk

Mazlan?" Saya jawab: "Saya pun tak tahu." Takbir kemudian
terus menampar saya dan keluar dari bilik itu. Lima minit
kemudian Takbir masuk balik bersama Affandi. Apabila berjumpa,
Affandi berdiri di belakang saya dan memegang bahu dan
berkata: "Rong (Gondrong) ini bapak (Affandi). Kau ceritalah,
bapak dah cerita segala-galanya.

"Ibu (Mona) pun, dah kena tangkap, adik pun dah kena tangkap.
" Saya pun berdiam diri. Apabila Affandi keluar, baru saya
teringat apa yang berlaku semuanya. Selepas itu, saya dan
Affandi dibawa ke rumah di Ulu Dong pada malam itu
juga (menjelang 22 Julai 1993).

(Ketika di rumah itu, polis ditunjukkan lubang, tempat jasad
Mazlan serta pistol, kapak dan parang ditanam. Juraimi juga
menunjukkan pelurun yang dibuang dalam lubang tangki najis


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:13 PM
Kiriman #32


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 18


AKU sambung lagi keterangan membela diri Mohd Juraimi Husin
di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dia disoal peguambelanya
Karam Singh Bahl dalam perbicaraan kes membunuh Datuk Mazlan
Idris.
Salam keterangan kali ini dia menceritakan perasaannya ketika
melakukan pembunuhan terhadap Mazlan
Pendekkan cerita kau orang bacalah keterangannya.
KARAM: Sepanjang tinggal dengan Mona selama satu tahun
lapan bulan, adakah Juraimi tidak teringat untuk pulang
ke kampung?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Tolong cerita dengan mahkamah, mengapa tak balik?

JURAIMI: Ikut hati nak balik, tapi tak berdaya hendak balik
kerana Affandi control (kawal) semua. Dia tak kasi (beri) saya
balik, saya nak telefon kampung pun tak kasi.
Saya ikut arahan dia, dia tak kasi balik, saya tak baliklah.

KARAM: Apakah hubungan Datuk Mazlan dengan Mona dan
Affandi. Apa istimewanya mereka hingga Datuk Mazlan sanggup
berjumpa mereka?

JURAIMI: Datuk jumpa Affandi supaya dia (Mazlan) dijadikan
Menteri.

KARAM: Mengapa hendak jumpa Affandi jadi Menteri, dia bukan
orang politik?

JURAIMI: Affandi dan Mona memang bukan orang politik, tapi
dia seorang bomoh.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu?

JURAIMI: Saya tahu, Affandi ada satu bilik. Dalam bilik itu ada
banyak barang pemujaan.

KARAM: Di mana bilik itu?

JURAIMI: Di setiap rumah yang Affandi dan Mona tinggal, ada
bilik pemujaan.

KARAM: Bagaimana, Juraimi tahu?

JURAIMI: Masa itu di Kijal, Terengganu, dia ada ubatkan orang
sakit.

KARAM: Adakah Juraimi seorang bomoh.

JURAIMI: Saya tidak.

KARAM: Ada belajar jadi bomoh?

JURAIMI: Ada juga dia ajar sikit-sikit jadi bomoh.

KARAM: Cara macam mana?

JURAIMI: Macam pemujaan. Ada ayat yang mesti dihafal.

KARAM: Ada Juraimi tahu cara mandi bunga?

JURAIMI: Cara mandi bunga dan bacaannya saya tak tahu.

KARAM: Cara mandi ubat?

JURAIMI: Itu pun saya tak tahu.

KARAM: Ada Mona dan Affandi berbincang dengan Juraimi apa
yang hendak dibuat terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bincang atau beritahu?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa niat mereka terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Mereka beritahu: Tunggu Datuk datang bawa duit,
baru kita bunuh.

KARAM: Ada niat untuk tarik daripada terbabit dengan
rancangan itu?

JURAIMI: Ada, tapi tak berdaya.

(Mona yang duduk bersebelahan Affandi di kandang tertuduh
ketawa dan berbisik sesuatu kepada suaminya).

KARAM: Ada niat nak bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Saya memang tiada niat nak bunuh Datuk kerana saya
dengan Datuk biasa saja.

KARAM: Jika pada hari kejadian, kamu seorang diri tanpa Mona
dan Affandi ada di situ, adakah kamu akan bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Kemungkinan besar tidak.

KARAM: Apa yang menyebabkan Juraimi lakukan pembunuhan
itu?

JURAIMI: Saya kira, tidak ada perasaan, hilang akal.

(Mona dan Affandi sekali lagi tersenyum mendengar ayat yang
terkeluar dari mulut Juraimi itu. Ikmal Hisham (seorang lagi
peguambela Juraimi) kemudian bangun dan menyoal Juraimi).


IKMAL: Kamu kata tadi, sejak ikut Mona dan Affandi ada niat
untuk melarikan diri, tapi tak berdaya. Mengapa?

JURAIMI: Ada terfikir untuk balik ke kampung, tapi tak terdaya.
Affandi halang saya.

IKMAL: Halang macam mana?

JURAIMI: Affandi bagi tahu, tak boleh balik, sebab takut semua
rahsia terbongkar. Semua rahsia ada dalam tangan saya.

IKMAL: Ada peluang untuk lari?

JURAIMI: Memang ada.

IKMAL: Mengapa tak lari?

JURAIMI: Apabila nak lari, nak melangkah, macam ada orang
halang.

(Mona dan Affandi yang berdiam diri kelihatan berbisik-bisik
dan kemudian kedua-duanya ketawa).

IKMAL: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, Juraimi ada
disoal-siasat.

JURAIMI: Memang saya tak tahu apa yang berlaku.
Mereka (polis) pukul macam mana pun saya tak tahu.

IKMAL: Adakah Juraimi mahu melindungi Mona dan Affandi
atau tak tahu?

JURAIMI: Memang benar saya tak tahu, bukan untuk melindungi
mereka.

IKMAL: Juraimi ada kata pada malam menjelang 22 Julai 1993
selepas Affandi memegang bahu baru teringat semua. Mengapa?

JURAIMI: Selepas malam menjelang 22 Julai 1993 dan selepas
Affandi pegang bahu, baru saya boleh ceritakan segalanya.
Baru saya tersedar dan boleh ceritakan.
Perasaan saya dah seperti biasa, dah normal seperti apa

yang saya ceritakan di mahkamah sekarang.

IKMAL: Juraimi tak menyesal dengan perbuatan itu
(pembunuhan)?

JURAIMI: Menyesal memang ada.

IKMAL: Menyesal macam mana?

JURAIMI: Menyesal bunuh orang.
Dalam siri ke-19 aku akan ceritakan kehandalan pasangan bomoh
ini buat tangkal, azimat dan tongkat sakti. Apa yang aku hairan
ada orang percaya dan beli dengan harga mahal.
Isyk isyk isyk.... susah nak percaya.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:14 PM
Kiriman #33


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 19



NAMPAKNYA cerita aku ni tak boleh ditutup pada siri ke-20. Ada
banyak lagi yang engkau orang nak tahu. Yahlah, tu baru cerita
Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes oembunuhan Datuk
Mazlan Idris.
Engkau orang nak tahu juga cerita Mohd Affandi Abdul Rahman
dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey - tertuduh
kedua dan ketiga.
Mesti mereka ada cerita sendiri untuk membela diri.
Aku tak boleh ceritakan panjang lebar. Hanya yang relevan - kata
orang Melayu.
Paling penting cerita pada malam pembunuhan itu. Inilah
keterangan Affandi.
Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris

ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga di rumah tidak
bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub,
pada 2 Julai 1993.

Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas
Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi.

Affandi berkata lilin itu dipasang sebelum dia memadamkan
lampu di bilik itu.

"Pemasangan lilin itu adalah amalan biasa dalam upacara
mandi bunga yang saya amalkan," katanya di perbicaraan kes
bunuh Mazlan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Kes
ini berlarutan hingga awal 1995.

Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher
Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya
lilin.

Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan
Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam.

Affandi berkata, dia hanya nampak kapak pada halkum Mazlan
ketika itu dan tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya tiba-tiba mendengar bunyi `rupp' dan kapak sudah
berada pada halkum Datuk Mazlan.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu itu bunyi apa dan tidak pasti
dari mana ia datang," katanya ketika disoal balas peguambela
Juraimi, Karam Singh Bhal.

Menjawab soalan Karam, Affandi berkata, dia tidak dapat
menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan pada kali
kedua kerana tergamam.

Lagipun, katanya, dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti
orang hilang pedoman.

Tertuduh kedua juga mengaku tidak memeriksa sama ada
Mazlan hidup atau mati selepas Juraimi menetak leher bekas
Adun Batu Talam itu.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya,
Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh
Juraimi supaya berbuat demikian.
Bagaimana keadaan Mazlan ketika ditetak. Nak tahu kena tunggu
lagi. Aku sambung ceritanya.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:15 PM
Kiriman #34


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 20


CERITA pasal Mona Fandey sepatutnya ditamatkan riwayatnya
pada episod ini - 20. Tapi, atas permintaan engkau orang aku
sambung lagi. Macam sinetron dan telenovela pulak
Kali ini aku sambung lagi keterangan membela diri Mohd Affandi
Abdul Rahman, tertuduh kedua perbicaraan kes pembunuhan
Datuk Mazlan Idris.
Dalam keterangannya, Affandi memberitahu Mahkamah Tinggi
Temerloh bahawa darah terpancut ke atas dan percikannya
kemudian membuak-buak dengan banyak ke kiri dan kanan ketika
leher Datuk Mazlan Idris ditetak dua kali oleh Juraimi Husin pada
malam 2 Julai 1993.

Affandi yang duduk di bahagian atas kepala Mazlan sambil
meratakan air ke muka bekas Adun Batu Talam itu.
Katamya, pada masa itu kepala Mazlan terkulai dalam besen
air bunga pada tetakan kali kedua dan darah keluar dengan
banyak.

Menurutnya, pada ketika itu dia tergamam dan tidak dapat
menahan Juraimi daripada melakukan pembunuhan di bilik air
rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub itu.

"Juraimi menetak dengan pantas, sekali tetak, terlekat pada
halkum dan tetak sekali lagi.

"Saya tidak nampak Juraimi datang dan hanya nampak kapak
sudah berada di halkum Datuk Mazlan," katanya ketika disoal

balas peguambela Juraimi Husin, Ikmal Hisam Idris.

Affandi berkata sebagai bomoh dan guru silat, dia tidak mampu
menahan Juraimi daripada melakukan perkara itu kerana
tergamam.

Lagipun, katanya, dia tidak nampak Juraimi datang ke bilik itu
pada masa kejadian.

Tertuduh kedua juga berkata, dia nampak kapak yang digunakan
Juraimi kena pada halkum Mazlan dan bukan tempat lain,
walaupun gambar jasad Mazlan yang ditunjukkan kepadanya
menunjukkan bekas tetakan di bawah dagu mangsa.

Affandi masih mahu menggunakan perkataan halkum dan tidak
bersetuju dengan Ikmal bahawa bahagian yang putus itu adalah
leher.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian terpaksa menerangkan
makna halkum dan leher dengan menunjukkan lehernya sendiri
untuk memastikan bahagian mana yang dimaksudkan oleh
tertuduh kedua.

Bagaimanapun, Affandi tetap mengatakan halkum walaupun
dua keping gambar yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan
tetakan itu di bawah dagu.
Bagaimana keadaan Datuk Mazlan ketika mandi bunga.
Affandi menerangkan badan melentang dengan tengkuk dialas
dengan batu dan di bawah kepala pula diletakkan besen berisi
air serta senjata seperti keris dan kapak kecil.

Ini adalah antara peramalan mandi bunga bomoh Affandi

dan cara itu juga dibuat ketika dia menjalankan upacara mandi
bunga ke atas Datuk Mazlan.


Affandi berkata, mengikut amalannya dia tidak menjalankan
upacara mandi bunga dengan orang yang akan dimandikan duduk
di atas bangku atau lantai.

Katanya, dia tidak tahu cara orang lain mandi bunga, tetapi
mengikut caranya orang yang hendak dimandikan perlu
berkedudukan badan melentang dengan tengkok dialas dengan
batu.

Affandi berkata demikian ketika menjawab soalan balas Ikmal

Hisam.

Ikmal: Encik Affandi, bolehkah mandi bunga dilakukan secara
duduk?

Affandi: Cara orang lain, saya tak tahu, cara saya macam itu.

Ikmal: Seseorang yang hendak mandi bunga, boleh duduk atas
kerusi atau lantai dan dijirus ke atasnya.

Affandi: Itu bukan cara saya.

Mengikut Ikmal, cara yang diamalkan oleh Affandi dengan
kedudukan Mazlan seperti itu pada malam itu bagi memudahkan
leher Mazlan dipancung.

Bagaimanapun, Affandi menafikannya dengan berkata dengan
kedudukan begitu akan memudahkannya mandikan Mazlan.

Bomoh itu dalam keterangan sebelum ini juga berkata Juraimi
mematuhi arahannya supaya mengangkat besen dan membuang
air di dalamnya pada malam itu.

Katanya, Juraimi juga berkeadaan normal pada ketika itu.

Affandi juga tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak
nampak Juraimi datang menetak leher Mazlan pada malam itu
ketika ditanya sekali lagi oleh Ikmal.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:17 PM
Kiriman #35


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 21


CERITA perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah
Tinggi Temerloh pada 1995 aku teruskan lagi. Kali ini aku nak
bawakan keterangan mengenai tongkat sakti dan songkok
hikmat.
Ada bertanya apa pentingnya kedua-dua benda itu dalam kes ini.
Tentulah penting. Jika tidak, takkan dibawa ke mahkamah.
Aku malas nak cerita panjang lebar pasal benda itu. Kalau dah
cerita tak syok nak baca nanti.





Tongkat sakti dan songkok hikmat yang diambil dari rumah tidak
bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, tempat jasad
Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris ditemui pada Julai 1994,
tidak boleh dipisahkan. Tongkat dan songkok yang ditemui di rumah pasangan bomoh,
Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey,
yang dikatakan bernilai lebih RM2.5 juta itu mesti dipakai
bersama. Perkara itu diberitahu oleh peguambela, Mona dan Affandi,
Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan, ketika memeriksa balas saksi
pendakwa ke-56, Penolong Penguasa Mahpop Jaafar. Ghulam Mustaffa juga berkata, tongkat yang kononnya milik
Presiden Sukarno itu dibawa dari Indonesia. Tongkat hitam yang panjangnya kira-kira satu meter dengan
hulu dan pangkalnya disalut perak serta songkok hitam lipat itu
kemudian dikemukakan di mahkamah dan diterima sebagai
barang kes. Mahpop dalam keterangannya berkata, tongkat dan songkok itu
diambil oleh Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Ahmad
di rumah berkenaan pada 22 Julai 1993. Menurutnya, dia juga pernah melihat kedua-dua barang itu
ketika menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan
pada 19 Julai 1993. "Saya mendengar cerita tongkat dan songkok itu telah dijual
kepada Allahyarham Datuk Mazlan dan saya tidak tahu
nilainya," katanya. Ghulam Mustaffa ketika memeriksa balas Mahpop mengenai
tongkat dan songkok itu antara lain bertanyakan soalan berikut: Ghulam: Pada 19 Julai 1993, ketika memeriksa rumah tidak
bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, adakah
Encik Mahpop menjumpai satu tongkat. (Ghulam kemudian meminta izin Hakim Mokhtar Sidin untuk
bertanya sesuatu kepada Affandi). Tongkat itu panjangnya kira-kira satu meter, kedua-dua
hujungnya disalut perak. Mahpop: Saya ada nampak. Ghulam: Tahukah Encik Mahpop, bahawa tongkat itu...
(Ghulam terhenti seketika untuk memikirkan perkataan sesuai
untuk menunjukkan kepentingan tongkat itu. Pada ketika ini,
hakim mencelah). Hakim: Tongkat hikmat... Ghulam: Satu tongkat sakti yang tidak dapat dimiliki dengan
wang ringgit. Bilakah Takbir ambil tongkat itu? Mahpop: Pada 22 Julai 1993. Ghulam: Tongkat sakti... (belum sempat Ghulam meneruskan
ayat itu hakim sekali lagi mencelah). Hakim: Saya catatkan tongkat saja, saktinya sudah hilang. Ghulam: Ada satu lagi barang berharga. Adakah Encik Mahpop
nampak satu songkok? Mahpop: Ada. Ghulam: Apa warnanya. Mahpop: Hitam. Ghulam: Songkok itu berlipat? Mahpop: Jenis lipat. Ghulam: Tahukah Encik Mahpop, itu adalah songkok hikmat
dan songkok sakti seperti yang dikatakan oleh hakim? Hakim: Saya tak kata. Mahpop: Bagi saya, ia adalah songkok biasa. Sehingga hari ini,
saya tidak tahu hikmatnya. Begitu juga dengan tongkat itu. Ghulam: Tadi kata tahu. Mahpop: Saya hanya dengar cerita. Ghulam: Tahukah Encik Mahpop, tongkat dan songkok itu tidak
boleh dipisahkan. Mesti pakai bersama-sama. Mahpop: Ya. Ghulam: Adakah Encik Mahpop pegang dan belek tongkat itu? Mahpop: Ada, tapi biasa saja.


Tongkat sakti itu juga dikatakan mengandungi dua besi hikmat.

Besi kuning dan aji dalam tongkat hitam sepanjang kira-kira
satu meter dengan hulu dan pangkalnya disalut perak itu
juga dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ghulam Mustaffa memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa

kedua-dua besi hikmat itu yang disimpan di hulu tongkat itu

sudah hilang.

"Tongkat ini sudah dibuka," katanya sambil membuka dan
menunjukkan hulu tongkat itu.

Peguambela itu memberitahu demikian ketika menyoal
balas saksi pendakwa ke-57, Timbalan Penguasa Takbir Ahmad
Nazir Mohd.

Takbir juga menafikan kenyataan Ghulam bahawa dia telah
berbuat sesuatu kepada tongkat itu, termasuk membuka hulu
dan melihat isi kandungannya.

Bagaimanapun, pegawai polis itu mengaku ada membelek-belek
songkok hikmat hitam yang ditemui di tempat yang sama,
tetapi tidak nampak ayat-ayat ikal seperti yang dinyatakan oleh
Ghulam Mustaffa.

Ditanya oleh Ghulam Mustaffa sama ada dia mengetahui
keistimewaan tongkat dan songkok itu katanya: "Saya tidak
nampak apa-apa keistimewaan pada tongkat dan songkok itu."

Takbir juga berkata, dia diberitahu oleh Penolong Penguasa
Mahpop Jaafar, bahawa tongkat itu milik Mazlan.

Pegawai polis itu mengambil tongkat dan songkok berkenaan
pada 22 Julai 1993 selepas diberitahu mengenainya oleh
tertuduh kedua.

Kedua-dua barang itu kemudian disimpan di pejabatnya
di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur sehingga
diserahkan kepada Mahpop pada 11 Ogos 1993.
Cerita ini tak habis lagi. dalam siri seterusnya akan dipaparkan
gambar Datuk Mazlan - atas permintaan ramai.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:19 PM
Kiriman #36


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 22


RAMAI yang ingin menetap wajah Datuk Mazlan Idris (gambar bawah). Puas mencarinya. Dalam internet tak jumpa. Nasib baik dalam keratan akhbar lama ada satu saja gambarnya. Itu pun hitam putih. Teringat album Hitam Putih Kehidupan yang dirip dan sudah diupkan dalam laman sezali.






Oklah aku sambung lagi cerita pasal tongkat dan songkok yang
dikatakan mempunyai sakti. Pasti ada bertanya mengapa
kedua-dua benda itu dikatakan begitu berharga.
Tertuduh kedua kes pembunuhan Datuk Mazlan, Mohd Affandi
Abdul Rahman memperolehi tongkat dan songkok yang

dikatakan peninggalan Presiden Sukarno, Indonesia kerana
rapat dengan ahli pondok dan kiai di Jawa Barat, Indonesia.

Menurutnya, dia juga pemegang amanah Dana Aliran Wang
Bantuan di tiga pesantren (pondok) di kawasan itu.

"Saya selalu membantu pesantren. Dari situlah saya mencari
wang membantu pesantren seperti membina atau membesarkan
musolah (masjid) serta untuk kegunaan pasentren.

"Saya juga murid kiai di tiga-tiga pesantren," katanya.

Affandi berkata, dia memberitahu demikian ketika Datuk
Mazlan ke rumahnya di Tanjung Lumpur, Kuantan pada 1993
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan songkok
dan tongkat itu.

Menurutnya, dia juga memberitahu Mazlan, harga songkok dan
tongkat serta azimat itu ialah
RM2.5 juta.

Katanya, barang-barang itu pernah
ditawarkan kepada seorang
kerabat diraja Negeri Sembilan,
Tengku Hishamuddin Tengku
Laksaman Nasir tetapi tiada jawapan
mengenainya.

"Saya juga memberitahu Datuk
Mazlan, dia perlu membayar
cengkeram RM500,000 jika mahu
barang-barang itu," katanya.

Affandi berkata, Mazlan hendak
sangat barang-barang itu
kerana telah lama mendengar
mengenai keberkesanannya.

Katanya, Mazlan mempercayai
akan keistimewaan azimat,
tongkat dan songkok itu selepas mencubanya sendiri.
itu cerita songkok dan tongkat berharga RM2.5 juta. Orang
banyak duit aje yang mampu membeli benda itu.
Kalau tongkat dan songkok - kena beli kedua-duanya - beli satu,
ilmu tak jadi - mahal, pasangan bomoh Affandi dan isterinya,
Maznah Ismail atau Mona Fandey ada jual azimat.
Yang ini taklah sampai juta-juta ringgit tapi, hampir
RM10,000 juga.
Dalam keteranganny, Affandi memberitahu mahkamah
harganya RM7,000 saja. Itulah harga yang diletakkan oleh
mereka kepada sesiapa yang ingin mendapatkan satu azimat.

Harga itu juga dikenakan oleh mereka untuk memasukkan
susuk emas kepada sesiapa yang menghendakinya.

Affandi berkata, lebih 700 orang kebanyakannya orang politik
`membeli' azimat itu daripadanya ketika mereka tinggal
di Teluk Gong, Klang pada 1991.

Menurutnya, azimat itu antara lain boleh menjadikan orang
yang memilikinya kebal dan tidak lut dengan senjata tajam.

Selain itu, tertuduh kedua mengenakan bayaran mengikut umur
kepada mereka yang ingin belajar silat.

"Jika seseorang itu berusia 17 tahun bayarannya ialah RM17,
begitulah jika berusia 30 tahun, bayarannya adalah RM30.

"Saya mempunyai lebih 5,000 ahli silat sejak tinggal
di Kampung Perajurit hingga
Kampung Nelayan, Teluk
Gong," katanya.

Affandi juga berkata, ketika
di Teluk Gong dia membuka tiga
gelanggang silat iaitu di Kampung
Perajurit, Kampung Hamid
Tuah dan Kampung Nelayan.

Menurutnya, tertuduh pertama,
Juraimi Husin akan mengajar
silat ketika ketiadaannya.

Affandi mengakui dia dan isteri
seorang bomoh ketika tinggal
di Teluk Gong.

Katanya, ketika tinggal
di Kampung Nelayan, dia mengajar
Juraimi membuat minyak burung
serta mengenali bahan membuat ubat.

Affandi berkata, dia juga ada membeli rumah di Tanjung
Lumpur, Kuantan, untuk menamatkan ilmu `kullhu' yang
dituntut oleh Juraimi.

Affandi memberitahu mahkamah dengan mengamalkan
lmu `kullhu', Juraimi menjadi kebal hingga boleh makan kaca,

kalis asid, kalis senjata dan boleh menidurkan benda bernyawa.

Datuk Mazlan dikatakan memiliki tongkat sakti dan songkok
hikmat, tetapi mengapa boleh cedera dan mati dengan kapak?
Bak tahu ceritanya, tunggu siri ke-23.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ctz
kiriman Aug 25 2009, 12:23 PM
Kiriman #37


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 71
Sertai: 8-April 09
Daripada: k.Nerang
No. Ahli: 858



huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan sampai terbawa2 ,terngiang2 dlm otak
ces!
tapi nk tau gak apa motif sehingga diperlakukan sedemikian rupa..
teruskan WA..
anda mempunyai pembaca setia di sini..
tq


--------------------
QUOTE
Aman for Peace!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ctz
kiriman Aug 25 2009, 12:24 PM
Kiriman #38


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 71
Sertai: 8-April 09
Daripada: k.Nerang
No. Ahli: 858



huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan sampai terbawa2 ,terngiang2 dlm otak
ces!
tapi nk tau gak apa motif sehingga diperlakukan sedemikian rupa..
teruskan WA..
anda mempunyai pembaca setia di sini..
tq


--------------------
QUOTE
Aman for Peace!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
seliparas
kiriman Oct 11 2009, 11:19 AM
Kiriman #39


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 1
Sertai: 12-September 09
No. Ahli: 1,837



dah xde ke sambungan die...huhu
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Oct 12 2009, 09:28 PM
Kiriman #40


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



^^^^^

ada2, aku saje je, buat lambat2 kan, saje nak tgk feedback.

aku tau ramai yg minat dgn mona fendi, tgk yg view thread ni dah la. kalah thread yg lain. keh keh keh.

Kita habiskan, kita bongkarkan..

biggrin.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

4 Mukasurat V  < 1 2 3 4 >
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 11:30 AM