IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Maestro Bungkus
sHäm
kiriman Mar 29 2009, 01:59 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Maestro tutup kedai

KOSMO 28 Mac 2009


KAKITANGAN Maestro mengosongkan pejabat syarikat itu di Damansara, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai operasi syarikat rakaman dan pengurusan artis terkenal Maestro Talent Management Sdn. Bhd. (Maestro) akan dihentikan pada 1 April ini bakal menjadi kenyataan.

Walaupun Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez (gambar) dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status operasi syarikat itu, namun pejabatnya di Bukit Damansara di sini sudah bersiap untuk ditutup.

Tinjauan Kosmo! di pejabat Maestro semalam mendapati semua kakitangan syarikat itu sibuk mengemas barang-barang untuk meninggalkan pejabat mereka.

Kosmo! turut difahamkan, semua 19 kakitangannya juga telah menandatangani surat berhenti kerja yang berkuat kuasa 31 Mac ini atas alasan syarikat mengalami masalah kewangan.

Freddie bersama Zainir juga dilihat hadir ke pejabat berkenaan sekitar pukul 4.30 petang dan mereka dikatakan menemui setiap pekerja secara individu untuk memberi penjelasan serta surat berhenti kerja dan meminta mereka mengosongkan premis itu.

Zainir yang keluar dari pejabat Maestro kira-kira pukul 7.25 malam bagaimanapun enggan mengulas mengenai penutupan operasi syarikat itu.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Buat masa ini saya tidak boleh beri sebarang kenyataan,'' kata Zainir yang terkejut melihat kehadiran wartawan di pejabat itu.

Maestro ialah sebuah syarikat bersekutu milik Astro yang ditubuhkan pada 24 Julai 2003 dan kini menaungi lebih 40 orang artis, kebanyakannya bekas peserta program Akademi Fantasia dan Raja lawak.

Dalam pada itu, Freddie turut enggan mengulas mengenai perkara itu dengan alasan semuanya akan diuruskan oleh pihak Astro.

"Saya memohon maaf dan harap anda faham bahawa saya tidak boleh komen,'' kata Freddie.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 29 2009, 02:48 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Apa akan jadi ngan artis2 bawah Maestro ni?
Huhu...kena cari syarikat lain la gamaknya
Dan.....mcmn ngan bekas pelajar2 AF7 nnt?
Maybe akan dilelong kepada syarikat yang berminat


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 29 2009, 11:28 AM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



cam mane la boleh bungkus ni..
jualan tak laku ke...kurang dpt show..
cam mane la artis2 bawah naungan maestro tu..
kena la cari mkn lain..
jadi artis pon susah..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Mar 29 2009, 12:00 PM
Kiriman #4


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Dari temubual KOSMO dengan beberapa artis Maestro, mereka akan diletakkan bawah naungan Astro sendiri .. Jika Astro bungkus pula, abis semua balik kampung tanam jagung
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 29 2009, 12:12 PM
Kiriman #5


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



kalau bawah astro ok sikit..
sebab astro ni pon cam kukuh aje kewangan nya..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 29 2009, 08:24 PM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



"Periuk Nasi" Terjamin

QUOTE
KUALA LUMPUR – ‘Periuk nasi’ semua artis yang sebelum ini bernaung di bawah kendalian Maestro Talent Sdn. Bhd. (Maestro) mungkin tidak akan terjejas walaupun syarikat itu ditutup kerana mereka akan diserapkan ke Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) berkuat kuasa 1 April ini.

Pengarah Eksekutif AESB, Zainir Aminullah berkata, mulai tarikh tersebut, syarikat itu akan mengambil alih tugas menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing.

Katanya, segala perjanjian yang telah termaktub di dalam kontrak sebelum ini tidak akan terjejas berikutan perubahan tersebut, cuma ia akan diuruskan oleh AESB.

Berita itu tentunya memberikan khabar gembira kepada lebih 40 artis yang sebelum ini dikendalikan syarikat tersebut termasuk Mawi, Dafi, Mila, Stacy, Zahid, Nubhan, Farah dan kumpulan Sepah daripada program Raja Lawak untuk meneruskan karier seni mereka.


SOURCE



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 29 2009, 08:31 PM
Kiriman #7


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



artis2 af tu mungkin boleh survive lagi..mereka dah ade pengalaman..
lagi pon dah lame tinggalkan af...mane2 pon boleh pergi..
kumpulan sepah ni yang kesian..beberapa minggu join dah bungkus..
entah2 kerani syarikat tu pon belum dpt kenal lagi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 29 2009, 10:30 PM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Huhu...Sepah
Aku agak suka ngan kumpulan ni
Antara yang betul2 boleh wat lawak tongue.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Mar 30 2009, 09:54 AM
Kiriman #9


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Inilah penangan krisis ekonomi sekarang ni. artis2 pun terkena gak, huhu...
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 09:06 PM