Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Bola Sepak _ Paris hamil lepas jumpa Ronaldo?

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 09:02 AM



LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mencetuskan khabar angin terbaru berhubung kehamilannya setelah dia dilihat mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Paris menemui seorang pakar perubatan kurang seminggu dia menghabiskan masa intimnya bersama bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, 24.

Bekas pelakon siri realiti The Simple Life itu cuba menyembunyikan dirinya dengan hanya memakai pakaian sukan, topi dan kaca mata gelap.

Namun sekumpulan jurugambar berjaya merakamkan aksi Paris ketika dia berbual dengan menggunakan telefon.

"Kami cuba mengenali antara satu sama lain. Itu sahaja. Ronaldo dan saya berkawan baik, kawan sangat baik," kata Paris, 28.

Ronaldo dan Paris dirakamkan bergembira di sebuah kelab malam di sini pada minggu lalu ketika bekas pemain Manchester United itu meraikan perpindahannya ke Real Madrid.

Selepas parti yang menelan kos £10,000 (RM57,884) itu tamat, Ronaldo dan Paris menghabiskan masa beberapa jam di sebuah rumah.

"Ronaldo benar-benar terpesona terhadap Paris," katanya.

Kedua-dua pasangan itu pernah berjumpa setahun lalu di Los Angeles ketika Paris cuba memikat Ronaldo di sebuah bar tetapi pelawaan itu ditolak.

- Agensi

Posted by: mat.g™ Jun 18 2009, 09:18 AM

biasalah ronaldo tu byk pitis, muda lagi... depa jumpa pasti main nya.. dan paris cubalah ambik kesempatan... hehe gossip dipagi khamis

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 09:20 AM

dia ni akan jadi macam beckham dulu.
keluar aje berita nak pergi real madrid.
macam2 kontroversi keluar. serupa macam beckham. bezanya beckham tu ade bini..

Posted by: ganazz Jun 18 2009, 09:44 AM

mek parih nie lagi la banyak pitih! MEGA XXX punya icon!

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 11:00 AM

itu yg popular...anak org kaya plak tu..

Posted by: B@zSh™ Jun 18 2009, 12:11 PM

Paris ni kaya bukan sebab hasil usaha dia
Semua harta warisan bapak dia
Tp harta banyak mana sekalipun...kalo x pandai nak urus lama2 kot2 dikebas orang sikit2

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 12:12 PM

harta BAPAK dia pon dia anggap harta dia...
budak pompuan ni liau la..susah nak tambat...

Posted by: B@zSh™ Jun 18 2009, 12:15 PM

Orang yang x berapa ber'uang' rapat ngan Paris ni sebab nak rasa tempias
Dia ni jenis orang yang enjoy manjang...
Bape banyak dia habiskan untuk pi ke kelab2 ekslusif tu setiap kali pi eh?

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 12:18 PM

kalau yg mlm dengan ronaldo tu..
ronaldo belanjakan lebih kurang 85k..
byk nau!!!!...1 malam sampai 85k..

ape istimewanya club cam gitu..
kalau kita 85k tu setahun kot..

Posted by: ganazz Jun 18 2009, 11:11 PM

klab tanpa baju kot!

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 11:16 PM

hohoho...si ronald ni pon..kalau nak ehem2..pakai la firewall..ok punya nanti..

lagi 1..xkan la baru jumpe semalam dah hamil..cepat nau jadinya..

Posted by: ganazz Jun 18 2009, 11:37 PM

sengaja bunting, dah lama tackle, dapat je kira jadi trus la... Jenis manusia cam gini, bunting pun dikira satu pelaburan.

Posted by: ♦محم Jun 19 2009, 12:35 AM

oo..begitu plak. macm2 hal. kawin la ape lagi. jgn tunggu lame2...

Posted by: ganazz Jun 19 2009, 02:54 PM

org banyak duit ni, bila rasa tadak baka, bikin oda zuriat.... cam mikail jeksen, 3 anak A.I kontrak bunting! Gitu juga cerita satu awek tua yg kaya raya kat britain, sanggup pi bayo juta2 nak suruh kasi bunting dapat anak. Bila kawin plak, akan cari alasan nak bercerai... pasal harta siap kena bagi dua.

tapi minah saleh si paris nie....tengok idung dia sama lip dia yg sebelah atas tu.... eeee....dasat!!!!

Posted by: B@zSh™ Jun 21 2009, 08:30 AM

Persoalannya..betul ke tu zuriat Ronaldo
Atau saje2 nak cari publisiti tongue.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)