Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Kedai Kopi _ Ucapan selamat berpuasa

Posted by: WebZone-_-Attack Aug 22 2009, 06:13 PM

Sy disini sebagai moderator dan ahli cakap.net ingin mengucapkan Selamat Berpuasa @ Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2009 kepada semua umat islam di seluruh dunia, tidak kira dimana jua mana anda berada..

Terutama sekali kepada Admin ,Moderator, dan ahli2 cakap.net yang tidak penah jemu memeriahkan forum komuniti sensasi berinformasi cakap.net ini..

Moga kita semua mendapat ganjaran dan manafaat dari ibadah puasa ini.

Jgn lupa selalu gi terawih... hehe.

Kalau budak2 selalu suka kata <----ambik kuih wat lari....... 24.gif



Wishing U All
.............





[font="Georgia"][/font]

Posted by: B@zSh™ Aug 23 2009, 04:36 AM

Saya pun nak tumpang sekaki...
SELAMAT BERPUASA untuk semua warga CDN wink.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Aug 23 2009, 04:37 PM

QUOTE (B@zSh™ @ Aug 23 2009, 04:36 AM) *
Saya pun nak tumpang sekaki...
SELAMAT BERPUASA untuk semua warga CDN wink.gif


Lewat post, tnggu bersahur ni..


CDN mcm nama produk lak

Selamat menyambut bulan ramadan al mubarak bro.....

Posted by: WaKenaBeb Aug 23 2009, 06:12 PM

aku pon... slmt berpuasa buat warga Cakap.Net semua. moga tahun ni dapat berpuasa penuh bg yg x penah dapat. smile.gif

Posted by: mat.g™ Aug 23 2009, 10:29 PM

Kawe pon nak ucapkn Selamat Berpuasa untuk semua..


Posted by: ctz Aug 24 2009, 03:44 PM

sy pun nk wish gak..

..kalau nk buat jahat tanya lah iman dulu, pasti iman akan melarang. Tapi kalau ty aiman, pasti aiman cakap "aiman x kisah". tongue.gif
Selamat berjaya menempoh ujian Ramadhan. semoga kita semua memperoleh kejayaan. Selamat beramal.

Posted by: Geekspro Aug 24 2009, 05:03 PM

Selamat Berpuasa Kepada Semua Warga Cakap.Net
Sempena dengan bulan puasa ini saya ingin berkongsi kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Usrah IPGM-KPI

RAMADAN MODUL LATIHAN MENJANA TAKWA

Oleh : Mohd Amzari Iberahim

www.tintadaie.blogspot.com

Sila download dan sebarkan kertas kerja ini untuk kita sama-sama beroleh manfaat sempena bulan Ramadan kali ini. Berikut adalah sedikit kandungan kertas kerja “ Ramadan Modul Latihan Menjana Takwa” yang telah saya tulis hasil daripada tazkirah Ust Long B Kechik. Untuk keseluruhan kandungan sila download pada link yang disediakan di bawah.


Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah 2:183)

Ayat di atas merupakan suatu perintah Allah kepada semua umat Islam untuk melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan supaya dengan ibadah puasa yang kita laksanakan ini akan mencapai darjat orang yang bertakwa di sisi Allah Taala.

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA


Puasa ditakrifkan sebagai menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa mulai dari naik fajar sodiq hingga jatuh matahari berserta ada niat[i]

2. OBJEKTIF PUASA

Objektif yang telah digariskan oleh Allah Taala ialah setelah menjalani puasa selama 30 hari manusia akan meraih takwa kepada Allah Taala. Takwa adalah matlamat utama yang ingin dicapai semasa menjalani ibadah puasa maka untuk mengukur sejauh mana ia dapat dicapai ataupun tidak ia bergantung pada sejauh mana kualiti puasa kita kepada Allah Taala. Tujuan utama puasa ialah mendidik manusia menjadi hamba bertakwa. Dengan kata lain, Puasa adalah alat untuk mencapai, memperkasakan dan menambah takwa kepada Allah.

3. RAMADAN SEBAGAI TRAINING CENTER

Ramadan adalah Training Center yang melatih kita menjana takwa kepada Allah melalui modul-modul yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebelum kita mencapai objektif takwa dari training center ini kita perlu kepada suasana. Atas maksud itulah Allah terlebih dahulu mewujudkan suasana kepada kita untuk meraih takwa selepas berpuasa dalam bulan Ramadan, buktinya ialah:

1. Seluruh syaitan ditangkap

Apabila syaitan telah ditangkap dan dibelenggu oleh Allah maka kita sudah tidak boleh menyalahkan syaitan sekiranya dalam bulan Ramadan ini kita tidak dapat meraih takwa yang telah Allah tetapkan.

2. Nafsu siap untuk dididik dalam bulan Ramadan supaya akur kepada Allah

Manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu roh, akal dan juga nafsu. Di antara tiga unsur ini nafsu adalah yang paling sukar untuk ditundukkan supaya selari dengan kehendak Allah atas maksud itulah Allah mendatangkan puasa supaya nafsu dapat dikembalikan kepada fitrah asalnya untuk taat dan akur kepada perintah Allah.

Untuk Kertas Kerja Lengkap Download Di Sini ==> : http://www.mediafire.com/?mry3qfzngzk

Posted by: D0T. Aug 25 2009, 12:16 AM

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga CAKAP.. sama2 lah kita memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Posted by: WebZone-_-Attack Aug 25 2009, 02:11 AM

Dapat dari email, dari admin cakap.net



Perkataan yang cantik "ALLAH",
Lagu yg merdu "AZAN",
Novel yang menarik "AL-QURAN",
Senaman yang baik "SOLAT",
Diet yang mujarab "PUASA",
Selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak.



Posted by: ctz Aug 25 2009, 10:31 AM

kawan-kawan, ramadhan al-mubarak dah datang. 105.gif

bersedia untuk SETTING niat,
UPGRADE iman
DOWNLOAD sabar
UPLOAD usaha
DELETE dosa
UPDATE doa dan
TOP-UP ilmu
agar dapat REDEEM pahala

Selamat berpuasa.... happy.gif

Posted by: ganazz Sep 14 2009, 04:53 AM

jom stat ucap raya la pulooook weh.... dah nak raye......


Posted by: ganazz Sep 14 2009, 05:10 AM

nak raya dah nie....


Posted by: B@zSh™ Sep 14 2009, 02:25 PM

QUOTE (ctz @ Aug 25 2009, 10:31 AM) *
kawan-kawan, ramadhan al-mubarak dah datang. 105.gif

bersedia untuk SETTING niat,
UPGRADE iman
DOWNLOAD sabar
UPLOAD usaha
DELETE dosa
UPDATE doa dan
TOP-UP ilmu
agar dapat REDEEM pahala

Selamat berpuasa.... happy.gif

Hehe...ni la IT dalam ISLAM
Selamat berusaha mendapatkan Malam Lailatulqadar semua smile.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Sep 14 2009, 04:23 PM

QUOTE (ctz @ Aug 25 2009, 10:31 AM) *
kawan-kawan, ramadhan al-mubarak dah datang. 105.gif

bersedia untuk SETTING niat,
UPGRADE iman
DOWNLOAD sabar
UPLOAD usaha
DELETE dosa
UPDATE doa dan
TOP-UP ilmu
agar dapat REDEEM pahala

Selamat berpuasa.... happy.gif


Ni ko buat sendiri ke ?

respect ......... rolleye0012.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)