IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Tanda-tanda Kiamat
wings
kiriman Sep 23 2008, 07:59 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 70
Sertai: 19-September 08
No. Ahli: 55



aku tengak belom ada lagi topic kat sini.biar aku start la dulu.
aku nak kongsi sikit infomasi yang mungkin orang dah lupa disebabkan kesibukan harian sekarang..

cuba renung-renungkan...aku paste je ilmu yang ada dalam pc aku ni.

Renungkanlah keadaan skrg ni macam mana...




Tanda-2 Kiamat


Assalamu'alaikum wrt. wbh.

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam
kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan
dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan
fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA - TANDA
KIAMAT, di antaranya :


1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan
Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),
Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan
pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5. Cukai ditinggikan.

6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti
Siplis, Aids dan lain - lain.

8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna
alat perancang keluarga.

9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.

10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli
jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.

11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan, menguasai
rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain - lain
lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk
dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi
Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa, isteri
tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan
sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa
pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)

20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.



***** peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan
menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra).


Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa
peristiwa iaitu:


1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.

3. Orang jahat jadi pemimpin.

4. tidak amanah dan zalim.

5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

6. perkara haram dihalalkan.

7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqudah
Ahlussunnah Waljama'ah.

8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

9. orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

10. alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

11. arak jadi minuman seharian (rasmi).


Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan
difikirkan


sources : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam
oleh : Prof. Muhammad As Soqhir






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
CekDet
kiriman Sep 28 2008, 10:26 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Yang nyata, semua tanda2 yang disebutkan dah berlaku sekarang ni..
maknanya kiamat betul2 dah dekat dengan kita...
...dan kita ni memang golongan akhir zaman sebagaimana yang disebutkan oleh nabi s.a.w..
Saya bimbang dalam kita sibuk mengejar urusan dunia sampai kita lupa yang kiamat dah begitu hampir..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 14th May 2024 - 04:07 AM