Khasiat Mahkota Dewa
Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)
Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.
Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa
a. Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.
Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.
b. Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.
Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.
Kekerapan Meminum
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
Penyimpanan
Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.
Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus
1. Diabetes Mellitus
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)
2. Kanser dan Tumor
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih,
10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
3. Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.
4. Rheumatik dan Asam urat (gout)
Pengubatan: Minum air rebusan
Cara membuat:
1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.
Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa
1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak leh tahan.
Peringatan
1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena sabar la...
macam mana rupa buah mahkota dewa tu
tak pernah tengok la...
pokok mahkota dewa
buah mahkota dewa
buah mahkota dewa kering
buku berkaitan mahkota dewa
asal dari Papua tumbuhan nih..mesti xde kat m'sia kn?
ye ke??sori la sbb aku xpenah tau psl tumbuhan nih
cerita ni saya petik dari buku yg di atas tu ler...
Mahkota dewa merupakan satu benda yang ajaib. Asalnya adalah sejenis tumbuhan yang sangat beracun, tetapi dengan cara termudah, iaitu tindakbalas haba, ia dapat diguna untuk manafaat kesihatan yang amat luarbiasa. Inilah satu-satunya benda yang bersifat ALL IN ONE dalam penjagaan kesihatan manusia.
Mahkota dewa bermanafaat jika anda:
1. Selalu makan lain2 ubat untuk menjaga kesihatan, tetapi mendapat tindakbalas sentiasa mengalami rasa sakit berpanjangan - alasan yang selalu didengar, "biasalah sakit dulu, nanti akan hilang". Trend begini susah ketinggalan.
2. Selalu ada berasa sakit dada pada sebelah kiri - jika dibuat pemeriksaan doktor, silap2 doktor akan kata RM18ribu kena ada untuk masuk tiub plastik supaya salur ke jantung terbuka.
3. Malas teramat sangat untuk bersenam.
4. Persekitaran kerja terdedah kepada bahaya toksin seperti loji petro kimia, racun makhluk perosak. Ini kerana setiap toksin yang masuk melalui ruang rongga atau resapan kulit, akan tersimpan di dalam lemak dan ia perlu dineutral dan dinyah keluar. Jika dibiarkan, boleh memberi efek yang serius kepada otak. Kalo berlaku dalam tempoh perkidmatan, bleh la claim, tetapi gejala dia mari bila dah exp. kerja, sendiri tanggung la...
5. Bekerja dalam persekitaran suhu agak sejuk.
6.Sentiasa risau asyik kena demam dan selsema yang kerap berulang.
7. Memakan saban hari sayur konvensional yang kaya dengan racun makhluk perosak (serangga, kulat & rumpai) serta logam berat akibat penggunaan baja kemikal terutama yang berbentuk semburan.
8. Bekerja dengan banyak menggunakan kederat.
9. Lelaki yang sangat aktif di atas katil dan berbini ramai.
8. Perempuan/wanita yang sentiasa beringat untuk mengelak daripada terkena penyakit barah.
10. Warga emas yang perlu distabilkan kesihatan mereka terutama dari segi kelancaran sendi pergerakan, keupayaan tenaga dan selera makan.
11. Mempunyai berat badan yang patut dikurangkan.
12. Merupakan kaki kuat makan serta tak mau kontrol makan terutama pengidap penyakit resdung.
13. Menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit. Sumber makanan secara GM Product boleh melemahkan ketahanan badan untuk melawan penyakit.
50 gram buah mahkota dewa kering mengandungi secara purata 280 keping. Jika diguna, 10 keping bagi satu rebusan 1.5 gelas air, sebanyak 28 kali boleh diguna.
Kos Pengubatan Dengan Mahkota Dewa:
Kos Buah Mahkota Dewa Kering (50gram) - RM 15
Kandungan Hirisan Buah (purata) - 280 Keping
Kuantiti Setiap Satu Kali Guna - 10 Keping
Jumlah Bancuhan Keseluruhan - 28 Kali
Kos Untuk Satu Bancuhan: RM 15 ÷ 28 = RM0.54
Jika Satu Bancuhan di bahagi 3, kos untuk satu kali minum adalah - RM0.54 ÷ 3 = RM0.18 sahaja.
Cukup murah dan berbaloi dalam menjaga kesihatan badan supaya kekal cergas dan ceria seiring hari tua.
penggunaan baja organik 100% untuk mahkota dewa
a. baja untuk akar
b. baja untuk daun
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)