Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Anjung Seri & Dekorasi _ Penyejuk mata

Posted by: kakaroct Sep 17 2008, 08:33 AM

SUASANA laman lebih kelihatan hijau dengan kehadiran hamparan indah rumput hiasan yang menyejukkan lagi persekitaran.

Latar laman tetap mempamerkan nilai visual tersendiri biarpun kemasan lantai berasaskan pilihan jubin, marmar atau simen mahal kerana apabila tiba cuaca panas atau bahang, kehadiran rumput hijau lebih menyejukkan pandangan mata.

Menanam rumput hiasan bukan sekadar mampu mengubah suasana menjadi lebih semula jadi, malah pelbagai faedah boleh dimanfaatkan.

Bertindak sebagai penapis air, rumput yang tumbuh segar dapat mengawal aliran air ke dalam tanah, tasik atau sungai.

Langkah menanam rumput pada laman rumah juga dapat mengatasi masalah larian permukaan tanah.

Aliran air hujan yang terlalu banyak pada permukaan tanah yang tidak ditanam rumput menyumbang kepada pembawaan tanah, debu atau sampah bersamanya.

Pada masa sama, ia boleh menghalang hakisan tanah berbanding kawasan tanah kosong tidak ditanam rumput.

Kawasan yang ditanam rumput juga membantu pengaliran udara segar selain menyejukkan kawasan berhampiran berbanding laman yang dilitupi simen konkrit.

Secara tidak langsung laman yang ditanam rumput dapat mengelakkan habuk atau debu terutama ketika cuaca panas dan kering.

Seterusnya pencemaran udara juga dapat dielakkan kerana permukaan daun rumput memerangkap sebahagian pencemaran yang berlaku di sekitarnya.

Posted by: mat.g Nov 2 2008, 05:42 PM





kombinasi pkok menghijau dgn perabot dan aksesori kayu mmg menyejukkan mata memandang.. menenangkan hati 105.gif

Posted by: e_sentinel Nov 7 2008, 11:17 PM

Aku masih tinggal di kampung .. masih ada permandangan sebegini .. tapi makin kurang
la .. banyak pokok ditebang , sawah padi ditebus guna (buat perumahan) .. cuaca pun berubah .. dah makin panas , mungkin sebab pokok2 semakin berkurangan .. kadangkala aku imbau kembali kenangan waktu aku budak2 dulu .. indah sungguh panorama .. segar suasana .. hmmm.. wub.gif

Posted by: bakteria Nov 22 2008, 01:32 AM

ha btl ckp e_sentinel tu...dlu wktu kecik mmg best...pokok bnyk...bgn pagi pn hirup udara mmg segar..tp skrg...mmmm...

aku cadangkan setiap penghuni rumah mesti mempunyai laman yg ditanam dengan pokok2...tk kisah la pokok apa pn...tp jgn tanam pokok durian lak...ngamuk jiran kang...

apa kata kalau buat rak bertingkat (kalau boleh buat guna aluminium - tak karat) pstu letak la pasu ctu...boleh gak tanam cili, kucai, serai atau pn tumbuhan2 bunga...lagi bagus buat dua2 jenis tanaman ni...

bgn pagi tgk pokok sejuk ja mata memandang...siram pokok...eksesais tu...

RAMAI2 KAN LAH MENGHIJAUKAN BUMI INI SEMULA

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)