IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti
ganazz
kiriman Apr 25 2009, 11:52 AM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,229
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti
Apr 24, 09 4:35pm
Keputusan kabinet semalam - anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.

"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.

Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (cool.gif Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

*** Bagus punya Orang Kabinet Baru ***


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 25 2009, 11:57 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



saya bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkaitan agama ANAK.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Apr 25 2009, 02:59 PM
Kiriman #3


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,229
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



melayu yg dok dlm jwtnkuasa yg dipengerusi oleh KONGSI KONG memang sah B--GG--G 100% mengeluarkan keputusan berkaitan agama ISLAM.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Apr 25 2009, 04:17 PM
Kiriman #4


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Dlm jwtnkuasa tu 2 kapir tu mmg lah, shahrizat pulak anak mami sekular, yg kawe heran si jamil tu kan ustaz, dia tak boleh pk ke yg dok kuar peraturan langgar hukum Allah SWT ni.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Apr 25 2009, 05:31 PM
Kiriman #5


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,229
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



kenapa najib tubuh jawatankuasa nie? Memberi kuasa secara KOBOI kepada muka2 rejek!!!! Atau kerajaan NAJIB sengaja membuter kuasa raja2 dalam hal berkaitan ISLAM?, kut saja hanya nak bagi muka konon2 supaya tak lari undi???? Atau 'Depa' sumer lebih sonang dok ELEK!!!! Sumer BOley!.... Orang kapir lak boleh masuk campur untuk wat undang2 berkait hal Islam!!!! HaHaHa..... melayu JANTAN hanyun BAT_ !!!!!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 27 2009, 06:54 PM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Memang wajib ditentang
Perkara ni seolah2 memperlekehkan agama Islam
Kabinet seharusnya merujuk kepada Mufti yang sememangnya lebih layak untuk membuat keputusan


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 9th May 2024 - 10:38 AM