IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Tiada kenaikan tol, UtusanOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 14 2009, 07:34 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
fairol.ismael@utusan.com.my

PULAU PINANG 13 Ogos – Tiada sebarang kenaikan bayaran tol akan dikuatkuasakan di Jambatan Pulau Pinang selagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri belum menyiapkan kajian mengenainya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, walaupun kerja-kerja penaiktarafan termasuk pelebaran jambatan itu telah siap sepenuhnya, para pengguna hanya perlu membayar tol pada kadar lama.

“Sehingga ke hari ini, EPU masih lagi membuat kajian (mengenai kenaikan harga tol) yang dijangka selesai tidak lama lagi. Tidak akan berlaku sebarang kenaikan pada kadar tol selagi tidak selesai kajian berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Lorong Ketiga Jambatan Pulau Pinang serta bangunan baru Pejabat Wilayah Utara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim; Pengerusi LLM, Datuk Syed Jamal Syed Jaafar; Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh; Pengarah Eksekutif Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB), Datuk Ridza Abdoh Salleh serta Pengerusi PBSB, Datuk Dr. Norraesah Mohamad.

Projek pelebaran Jambatan Pulau Pinang yang menelan belanja RM585.6 juta bermula pada Disember 2005 dan siap sepenuhnya baru-baru ini sebelum dibuka kepada laluan trafik hari ini.

Pelebaran Jambatan Pulau Pinang mampu menyelesaikan masalah kesesakan kerana ia boleh menampung kira-kira 155,000 kenderaan sehari berbanding 120,000 kenderaan sebelum ini.

Ia juga mampu mengurangkan tempoh perjalanan daripada 20 hingga 30 minit sebelum ini kepada hanya purata 11 minit untuk perjalanan di atas jambatan ketika waktu puncak.

Jambatan tersebut turut dilengkapi bahu jalan untuk laluan pengguna motosikal yang menyumbang 23 peratus daripada kapasiti pengguna Jambatan Pulau Pinang setiap hari.

Mengenai cadangan membuka laluan terus antara Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di sini untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, Shaziman berkata, kerajaan sudah pun menerima cadangan itu dan ia sedang diteliti.

Menurutnya, setakat ini, laluan sebegitu telah pun dilaksana di Plaza Tol Jelapang yang mana pengguna dari utara atau selatan tidak perlu lagi membuat bayaran di plaza tol di situ sebaliknya hanya berbuat sedemikian mengikut destinasi mereka sahaja.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 7th May 2024 - 03:17 AM