IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Masih ingat mona fendi
Pernilaian 5 V
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY



AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal
1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa
itu.
Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi
boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku
sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar.
Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi.
Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan
ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang
pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.
Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita
ini. Nama asalnya Maznah Ismail.
Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana
dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka
hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka.
Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu.
Nanti aku sambung cerita lagi..................


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 22 2009, 10:07 PM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 15


AKU nak sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994.
Cerita ini ada aku ceritakan dalam posting yang lalu. Tetapi yang ini lebih terperinci. Aku kena buat transkrip percakapan mereka dalam mahkamah.
Bayangkan berapa panjang mereka cakap. Kalau terlaju cakap terkial-kial aku nak 'figure out' apa benda dia cakap. Kalau salah catat, pembaca pun dapat maklumat salah.
Tapi aku ada cara sendiri, minta rujukan catatan peguambela atau pendakwa raya. Kadang kala mereka pun kelabu asap. Pinjam nota aku.
Cara terakhir minta rujukan nota hakim. Part ni selalunya berat sikit - kena tahan telinga dan tebalkan muka - dengar 'syrahan' hakim dulu. Dah kerja nak buat macam mana.

Bukan itu aja perbuatan dan riak wajah mereka pun kita kena perhatikan. Dia senyum ke, menangis ke, ketawa ke, marah ke - semua kena 'dirakamkan'. Nampak macam real sebab pembaca tak tahu apa yang berlaku dalam mahkamah.

Berikut adalah petikan keterangan dalam kes pembelaan diri tertuduh ketiks disoal peguambelanya, Karam Singh Bahl (dia ni tak ada kena mengena dengan Karam Singh Wariar - betul ke eja nama dia. Juraimi dalam keterangan di mahkamah menceritakan dari mula dia mengenali pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hingga kepada pembunuhan Mazlan.














KARAM: Pada Hari Raya Puasa tahun lalu (25 Mac 1993),
bolehkah Juraimi beritahu apa yang berlaku?

JURAIMI: Raya ke berapa?

KARAM: Raya keempat.

JURAIMI: Kami (termasuk Affandi, Mona dan anak mereka,
Mazdiana Affandey) berpindah ke (Kampung Peruas), Ulu Dong,
Raub.

KARAM: Dari Tanjung Lumpur, Kuantan ke Ulu Dong?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Siapa yang rancang perpindahan itu?

JURAIMI: Rancangan Affandi.

KARAM: Ada Affandi bincang mengenai rancangan itu dengan
Juraimi?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi kata hendak pindah dari Tanjung Lumpur
ke Ulu Dong.

KARAM: Affandi beritahu atau berbincang dengan Juraimi?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa sebab hendak pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Untuk beramal.

KARAM: Beramal untuk siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang cadang pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Affandi yang cadang untuk berpindah ke Ulu Dong.
Dia hendak cari tempat sesuai untuk beramal kepada Datuk
(Mazlan).

KARAM: Siapa yang pilih Ulu Dong? Mengapa tidak pilih tempat
lain?

JURAIMI: Tempat itu sesuai.

KARAM: Untuk siapa?

JURAIMI: Untuk Affandi (pada jawapan ini Mona yang diam
sejak Juraimi memberi keterangan mulai jam 9.54 pagi
tersenyum).

KARAM: Tahukah Juraimi, tanah di Ulu Dong tanah siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Bagaimana tahu?

JURAIMI: Datuk Mazlan yang beritahu sendiri.

KARAM: Kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi.

KARAM: Adakah Datuk rancang apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya ikut saja.

KARAM: Juraimi ikut siapa?

JURAIMI: Saya ikut Affandi, dia kata pindah, saya pindahlah.

KARAM: Ketika berpindah ke Ulu Dong, ada rumah di situ?

JURAIMI: Langsung tiada rumah.

KARAM: Pada mulanya, tiada rumah, hidup mana-mana?

JURAIMI: Kami tinggal dalam khemah.

KARAM: Semua keempat-empat orang tinggal dalam khemah?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Berapa lama tinggal dalam
khemah?

JURAIMI: Sebulan lebih.

KARAM: Selepas sebulan apa berlaku?

JURAIMI: Saya buat sebiji (sebuah)
rumah.

KARAM: Bahan binaan untuk
mendirikan rumah, siapa yang beli?

JURAIMI: Affandi dan Mona.

KARAM: Siapa yang keluarkan duit
untuk membeli bahan-bahan
itu?

JURAIMI: Di antara dua, kalau tak
Affandi, Monalah.

KARAM: Ketika rumah itu dibina, ada Datuk Mazlan datang
tengok?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan tengok Juraimi mendirikan rumah,
ada dia bercakap apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia hanya cakap dengan Affandi dan Mona.

KARAM: Setiap kali Datuk Mazlan datang ke situ, dia cakap
dengan siapa?

JURAIMI: Cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Setiap kali Datuk datang ke situ, ada cakap dengan
Juraimi?

JURAIMI: Ada juga (ketika ini kedengaran Mona terbatuk).

KARAM: Sila beritahu mahkamah, apa yang Datuk Mazlan
cakapkan kepada Juraimi?

JURAIMI: Datuk bertanya bila rumah nak siap.

KARAM: Selain itu ada Datuk Mazlan merancang dan berbincang
apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia bincang dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Ada Juraimi terbabit dalam perbincangan itu?

JURAIMI: Tiada, saya sibuk dengan kerja saya.

KARAM: Ada Datuk Mazlan tolong Juraimi mendirikan rumah itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Mona dan Affandi ada tolong?

JURAIMI: Tolong naikkan siling rumah.

KARAM: Berapa lama bahagian dinding, lantai dan bumbung
siap?

JURAIMI: Satu bulan lebih.

KARAM: Apabila rumah siap, ada Datuk Mazlan datang. Apabila
datang dia cakap dengan siapa?

JURAIMI: Ada, Datuk cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Biasanya berapa kali Datuk
Mazlan datang ke rumah itu?

JURAIMI: Setiap minggu datang
ke rumah itu.

KARAM: Hari apa Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Kadang-kadang pada hari
minggu (Ahad) atau Sabtu.

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang,
dia cakap dengan Mona dan Affandi.

Adakah pada bila-bila masa, Juraimi
mendengar perbualan mereka?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu tujuan Datuk
Mazlan ke rumah itu?

JURAIMI: Tujuan Datuk ke rumah itu, saya tak tahu.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan meminta ubat daripada mereka?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ubat apa, terangkan kepada mahkamah.

JURAIMI: Ubat dia macam serbuk.

KARAM: Mengapa Datuk meminta ubat itu, ada Juraimi tahu?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Berkenaan dengan pendawaian, nama dalam bil
cagaran untuk mendapatkan bekalan elektrik atas nama siapa?

JURAIMI: Atas nama saya.

KARAM: Siapa yang bagi wang untuk membayar cagaran itu?

JURAIMI: Mona bagi.

KARAM: Dari mana Mona mendapat duit itu?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ketika di rumah di Ulu Dong, ada Juraimi dengar
sesiapa minta

wang daripada Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Siapa?

JURAIMI: Mona meminta wang
daripada Datuk.

KARAM: Ada dengar berapa banyak?

JURAIMI: RM5,000.

(Peguambela Mona dan Affandi,
Ghulam Mustaffa Nadar Ali
Khan, bangun untuk membuat
teguran).

GHULAM: Jika boleh saya berharap
Encik Karam tidak
membimbing saksi untuk menjawab
soalan.

HAKIM: Saya tidak nampak begitu.
Ada soalan yang tidak
difahami saksi dan perlu diterangkan
oleh peguambela.

KARAM: Ada Juraimi nampak
sesiapa memberi wang kepada
Mona?

JURAIMI: Ada, arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Ada Juraimi tahu, berapa
banyak?

JURAIMI: Tahu, RM5,000.

(Juraimi kemudian ditunjukkan bil cagaran mendapatkan
bekalan elektrik).

KARAM: Bil ini adalah bil Tenaga Nasional Berhad untuk
bayaran cagaran mendapatkan bekalan elektrik. Nampak berapa
jumlah yang dicatatkan di situ?

JURAIMI: RM200.

KARAM: Duit RM200 itu, adakah Juraimi minta daripada Datuk
Mazlan?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Siapa yang bagi duit itu kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona.

KARAM: Selepas Mona terima RM5,000, lebih kurang dua
minggu selepas itu, apa yang berlaku?

JURAIMI: (Juraimi terdiam seketika seolah-olah berfikir sesuatu
dan menjawab)...selepas terima wang, Datuk ada datang
pada 1 hari bulan malam (1 Julai 1993).

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan ke rumah itu, ada apa-apa
berlaku di rumah itu. (Juraimi hanya berdiam dan tidak menjawab
soalan itu, dan Karam kemudian menyoal lagi).

KARAM: Lebih kurang seminggu sebelum Datuk Mazlan datang
ke rumah itu, ada apa-apa persiapan dibuat di rumah itu?

JURAIMI: Ada.

(Ghulam bangun sekali lagi membantah cara Karam menyoal
Juraimi kerana menyifatkan peguambela itu membimbing tertuduh
pertama untuk memberi jawapan).

HAKIM: Saya faham maksud Encik Ghulam, tapi saksi tak faham
soalan itu.

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan untuk kejadian itu (pembunuhan Datuk
Mazlan).

(Juraimi kemudian memberitahu mahkamah bahawa Datuk
Mazlan datang ke rumah pada 2 Julai 1993 bukan 1 Julai 1993
seperti yang diberitahunya sebelum ini).

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan seperti lubang,
stor...

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Kapak, parang, kayu, tayar.

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Cukup.

KARAM: Persiapan itu dibuat atas
arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Persiapan itu atas cadangan
siapa?

JURAIMI: Cadangan Affandi dan Mona.

KARAM: Ada kamu mengambil
bahagian dalam perbincangan mengenai persiapan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada mereka berbincang dengan Juraimi untuk
menjayakan rancangan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada Juraimi tahu apa yang akan berlaku?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ada Juraimi korek lubang?

JURAIMI: Ada, atas arahan Mona.

KARAM: Ikat batu pada dinding, arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Ada arahan lain daripada Affandi?

JURAIMI: Affandi suruh saya asah kapak.

KARAM: Tahu siapa asah parang?

JURAIMI: Ada dua parang, satu Mona asah dan satu lagi Affandi
asah.

KARAM: Selepas kapak dan parang diasah, ada rancangan dibuat
bersama Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya mengikut arahan Affandi.

KARAM: Apa arahannya?

JURAIMI: Seperti semua tadi, korek lubang, sediakan kayu,
kapak, tayar.

KARAM: Berkenaan Datuk Mazlan, ada arahan untuk dia?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi suruh saya tunggu Datuk datang.

KARAM: Ada Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Ada pada 2 hari bulan tujuh (2 Julai 1993).

KARAM: Apa jadi pada Datuk Mazlan pada malam itu?

JURAIMI: Pada lebih kurang jam 10 malam lebih, Datuk tiba
di rumah itu dengan Affandi.

KARAM: Mereka datang dengan apa?

JURAIMI: Dengan kereta Datuk.

KARAM: Pada masa itu, di rumah ada berapa orang?

JURAIMI: Ada tiga orang.

HAKIM: Siapa?

JURAIMI: Saya, Mona dan Mazdiana.

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan datang, ada sesiapa memberi
arahan kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona arahkan saya supaya standby (siap sedia)
sebelum Datuk datang.

KARAM: Standby untuk apa?

JURAIMI: Untuk kejadian.

KARAM: Kejadian apa?

JURAIMI: Satu pembunuhan
(ketika Juraimi memberikan jawapan
ini jam di dinding mahkamah
menunjukkan jam 12.08 tengah hari).

KARAM: Ketika Datuk Mazlan
datang ke rumah itu dengan Affandi,
siapa yang masuk dahulu ke dalam
rumah?

JURAIMI: Apabila mereka tiba,
saya buka pintu pagar.

KARAM: Siapa yang memandu
kereta itu?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang masuk dahulu
dalam rumah?

JURAIMI: Affandi.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

KARAM: Apa Datuk Mazlan buat?

JURAIMI: Apabila Datuk masuk,
Mona kata kepadanya: "Abang
(Affandi) ada menunggu dalam
bilik itu"

KARAM: Ada Datuk Mazlan bawa
apa-apa?

JURAIMI: Satu briefcase.

KARAM: Ada nampak dia beri
briefcase itu kepada siapa?

JURAIMI: Tidak nampak.

KARAM: Ada Datuk Mazlan beri
briefcase itu kepada Juraimi atau
Juraimi memintanya daripada
Datuk Mazlan.

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu apa Affandi
buat dalam bilik itu?

JURAIMI: Sebab dia nak buat ibu
duit, ilmu duit (Affandi yang
duduk di kandang tertuduh dan tekun
mendengar keterangan
Juraimi tersenyum).

KARAM: Ketika Mona berkata: "Abang ada menunggu dalam
bilik,"
Juraimi ada dengar?

JURAIMI: Dengar.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

JURAIMI: Datuk masuk dalam bilik Affandi.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan pernah masuk bilik itu?

JURAIMI: Tak pernah.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan masuk bilik itu, Juraimi ada
di mana?

JURAIMI: Di bahagian dapur.

KARAM: Berapa jauh dapur dengan bilik air?

JURAIMI: Tidak jauh.

KARAM: Boleh Juraimi dengar perbualan dalam bilik itu (Affandi
dan Mazlan berada)?

JURAIMI: Tak boleh dengar.

KARAM: Dari tempat Juraimi berdiri, boleh nampak mereka?

JURAIMI: Tak nampak sebab ada pintu.

KARAM: Ada nampak mereka berdua keluar?

JURAIMI: Affandi keluar dahulu, kemudian Datuk.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Mona ada bertanya kepada Datuk sama ada dia ada
membawa kain atau tidak. Datuk jawab, ada bawa kain, ada
dalam kereta.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar selepas itu?

JURAIMI: Datuk Mazlan kemudian keluar untuk mengambil kain.

KARAM: Apa jadi kemudian?

JURAIMI: Selepas itu Affandi membuka baju dan terus pakai
kain.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Affandi terus mengambil satu blanket (selimut) terus
masuk bilik air dan membawa dua biji bantal (Affandi sekali lagi
kelihatan tersenyum mendengar keterangan ini).

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang ke rumah, apa dia buat?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk, dia memetik bunga orkid
di luar rumah.

KARAM: Datuk Mazlan bagi pada siapa?

JURAIMI: Datuk pegang dan kemudian beri pada Mona.

KARAM: Apa berlaku seterusnya?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk bilik air, Mona suruh buka baju
dan seluar dan pakai kain saja...kecuali seluar dalam. (Mereka
yang berada dalam mahkamah ketawa berderai).

KARAM: Ada sesiapa yang suruh Datuk Mazlan masuk bilik air?

JURAIMI: Mona suruh.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Saya bangun ke dapur.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar dari bilik air?

JURAIMI: Tidak.

HAKIM: Bilik air mana?

JURAIMI: Bilik air yang Datuk masuk.

HAKIM: Ketika itu Affandi di mana?

JURAIMI: Dalam bilik air.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Selepas itu, Mona, Affandi dan Datuk ada dalam bilik
air.

KARAM: Ada dengar apa-apa?

JURAIMI: Saya mendengar Affandi berkata kepada Datuk...
(terdiam).

KARAM: Cerita depan Yang Arif.

JURAIMI: (Affandi kata) Datuk baring, nanti ada suara ghaib
berkata, duit sebanyak ini jatuh. (Mona tersenyum mendengar
cerita Juraimi).

KARAM: Apa jadi.

JURAIMI: Sebelum baring, Datuk ada cakap: "Saya tidak boleh
tahan dongak lama-lama."

KARAM: Datuk cakap kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi dan Affandi menjawab: "Sekejap aje."

KARAM: Jadi Datuk Mazlan terus baring?

JURAIMI: Datuk terus baring.

KARAM: Ada lampu pada masa itu?

JURAIMI: Lampu elektrik dipasang di bilik air. Ada lilin.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Datuk sudah baring, Mona ada meletakkan bunga
pada dahi Datuk. Affandi duduk sebelah Mona dan ketika duduk
Affandi menutup mata Datuk dengan tangannya. Selepas ditutup,
Affandi nampak lampu cerah dan tutup.

Kemudian nyalakan lilin. Setelah lampu padam dan lilin
dinyalakan, Affandi duduk balik di sebelah Mona. Setelah itu,
Affandi menutup semula mata Datuk dengan tangan dan
memanggil saya dengan isyarat tangan. Ketika saya masuk,
anaknya, Mazdiana terjaga dari tidur.

Selepas itu, saya keluar balik. Affandi terus bangun
mendapatkan anaknya dan selepas anaknya tidur, Affandi
berjumpa saya.

Ketika berjumpa saya, Affandi berkata: "Rong (singkatan
panggilan Gondrong), kalau tetak biar kena tepat, jangan salah
tempat. Kalau tidak habis kita."

KARAM: Ketika Affandi keluar untuk menjaga anaknya, Mona
di mana?

JURAIMI: Ada di situ bersama Datuk.

KARAM: Apabila Affandi balik ke bilik air itu apa dia buat?

JURAIMI: Affandi terus duduk di tempat asal dan menutup
semula mata Datuk. Affandi panggil saya dengan isyarat tangan
dan saya terus masuk ke bilik itu dan tetak bahagian leher.

KARAM: Dengan apa (menetak kepala Datuk Mazlan)?

JURAIMI: Kapak.


(Pada masa ini, jurubahasa mahkamah mengeluarkan kapak
yang dikemukakan di mahkamah selepas mendapat arahan
Karam. Ghulam kemudian bangun).

HAKIM: Saya tahu Encik Ghulam. Tak perlu keluarkan (kapak)
dahulu, tunggu arahan peguambela. Jangan tunjukkan dulu
pada saksi. Takut juga Encik Ghulam, juri pun takut juga.
(Bilik mahkamah sekali lagi berderai dengan ketawa).

KARAM: Ini kapak yang digunakan? (menunjukkan kapak itu
yang diletakkan di atas meja peguambela dan pendakwaraya).

JURAIMI: Ya, ini kapak yang digunakan.

KARAM: Siapa yang memiliki kapak ini?
JURAIMI: Ini kira, Affandi yang beli.

KARAM: Selepas tetak bahagian leher, apa jadi kepada Affandi
dan Mona?

JURAIMI: Saya tetak tiga kali, selepas itu baru kepala putus.

HAKIM: Kepala siapa?

JURAIMI: Kepala Datuk (jawapan itu membuatkan mereka yang
berada dalam mahkamah sekali lagi ketawa kerana jawapan itu
mungkin juga merujuk kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.
Menyedari itu Juraimi terus menjawab Datuk Mazlan).

JURAIMI: Affandi dan Mona pun bangun. Affandi terus
mengarahkan saya potong bahagian sendi-sendi. Affandi suruh
lapah sekali dan selepas lapah, Affandi terus keluar ke bilik air
lain.

KARAM: Ada sesiapa masuk bilik air itu?

JURAIMI: Selepas itu tiada. Selepas itu Affandi terus masuk
bilik amal dia. Affandi kemudian keluar dan membawa keluar
satu sampul surat. Dia kepit sampul surat itu.

KARAM: Apa ada dalam sampul surat itu?

JURAIMI: Saya tidak nampak.

KARAM: Ada Juraimi terima apa-apa arahan selepas itu?

JURAIMI: Saya ada bertanya kepada Affandi: "Macam mana
dengan mayat itu?" Affandi jawab: "Tanya ibu (Mona) dulu."
Affandi kemudian bertemu Mona dan datang balik serta
berkata: "Ibu (Mona) kata suruh tanam saja."

KARAM: Ada beri apa-apa?

JURAIMI: Affandi beri duit sebanyak RM180 dan berkata: "Bapak
(Affandi) hendak ke KL (Kuala Lumpur). Seminggu lagi bapak
akan balik."

KARAM: Dia pergi dengan siapa?

JURAIMI: Affandi pergi dengan Mona dan anak mereka. Apabila
mereka keluar dari rumah, saya keluar dari bilik itu dan kunci
pintu depan.

KARAM: Mereka pergi dengan apa?

JURAIMI: Kereta Datuk, nombornya CAA 5115.

KARAM: Juraimi terus tinggal di rumah itu?

JURAIMI: Ya, seorang diri.

KARAM: Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?
Nak tahu kena tunggu lagi..


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- WebZone-_-Attack   Masih ingat mona fendi   Apr 17 2009, 03:50 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FENDI- EPISOD 2 NI LAA WAJAR ARWAH MO...   Apr 17 2009, 03:51 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY- EPISOD 3 yg pompuan 2 laa ...   Apr 17 2009, 03:51 AM
- - bizonedrop   huhuhu..sensasi masa tu...   Apr 17 2009, 11:28 AM
- - WebZone-_-Attack   Dulu,Cerita ni memang panas gila , aku selalu meng...   Apr 17 2009, 12:11 PM
- - mat.g™   aku pon masih tertanya2 kenapakah dia(Mona Fendi) ...   Apr 17 2009, 12:17 PM
- - WebZone-_-Attack   QUOTE Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peri...   Apr 17 2009, 03:55 PM
- - B@zSh™   Huhu....aku pun ingat kes ni memang sangat hangat ...   Apr 17 2009, 03:57 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 17 2009, 03:57 PM) Hu...   Apr 21 2009, 12:47 AM
- - B@zSh™   Ada link x WA? Hehe...wife aku minat cite2 seram n...   Apr 21 2009, 07:10 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 21 2009, 07:10 PM) Ad...   Apr 22 2009, 10:57 PM
|- - Rneez   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 22 20...   May 15 2012, 06:19 AM
- - B@zSh™   Ouh....dia wat episod ke? Aku ingat dia jadi cam f...   Apr 22 2009, 11:22 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 22 2009, 11:22 PM) Ou...   Apr 22 2009, 11:28 PM
|- - si tujuh   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 22 20...   Aug 24 2010, 12:17 PM
|- - orkid   QUOTE (si tujuh @ Aug 24 2010, 12:17 PM) ...   Dec 14 2010, 04:55 PM
|- - lanskap   QUOTE (orkid @ Dec 14 2010, 04:55 PM) Say...   May 26 2011, 01:59 PM
- - WebZone-_-Attack   -------------------UPDATE--------------------- ...   Apr 23 2009, 04:21 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 5 CANTIK ke si Mona Fand...   Apr 23 2009, 04:25 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 6 CERITA Mona Fandey cantik,...   Apr 23 2009, 04:29 PM
- - WebZone-_-Attack   Ok............... Dalam artikel atau kisah mona fe...   May 19 2009, 02:25 AM
- - cargas   episod 7 please...hehe...minat nak dengar balik ni...   May 19 2009, 05:56 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 7 GAMBAR RAJAH di atas me...   Jun 25 2009, 08:51 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 8 KETIKA perbicaraan kes pemb...   Jun 25 2009, 08:55 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 9 KISAH buah zakar Datuk Maz...   Jun 25 2009, 08:57 PM
- - WebZone-_-Attack   CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Misteri ...   Jun 27 2009, 01:07 AM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Jun 27 20...   Aug 16 2009, 02:04 AM
- - WebZone-_-Attack   ~UPDATE LAGI~ MONA FANDEY EPISOD 10 Kem...   Aug 22 2009, 09:52 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 11 RAMAI yang ingin tahu lagi...   Aug 22 2009, 09:58 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 12 KETERANGAN Dr Abdul Rahman...   Aug 22 2009, 10:02 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 13 AKU sambung lagi cerit...   Aug 22 2009, 10:04 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 14 ADA orang tanya cerita ap...   Aug 22 2009, 10:05 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 15 AKU nak sambung lagi keter...   Aug 22 2009, 10:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 16 AKU sambung lagi keterang...   Aug 22 2009, 10:08 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 17 AKU sambung lagi kete...   Aug 22 2009, 10:12 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 18 AKU sambung lagi keteranga...   Aug 22 2009, 10:13 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 19 NAMPAKNYA cerita aku ni t...   Aug 22 2009, 10:14 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 20 CERITA pasal Mona Fandey s...   Aug 22 2009, 10:15 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 21 CERITA perbicaraan kes bun...   Aug 22 2009, 10:17 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 22 RAMAI yang ingin menetap w...   Aug 22 2009, 10:19 PM
- - ctz   huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan ...   Aug 25 2009, 12:23 PM
- - ctz   huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan ...   Aug 25 2009, 12:24 PM
- - seliparas   dah xde ke sambungan die...huhu   Oct 11 2009, 11:19 AM
- - WebZone-_-Attack   ^^^^^ ada2, aku saje je, buat lambat2 kan, saje n...   Oct 12 2009, 09:28 PM
- - fizi   masih ngat lgi....kenapa?   Nov 22 2009, 09:16 AM
- - WebZone-_-Attack   ~UPDATE LAGI~ 25januar 2010 AJAL dan maut ...   Jan 25 2010, 04:43 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 24 TENTU ada yang bertanya m...   Jan 25 2010, 04:47 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 25 KITA telah mendengar kete...   Jan 25 2010, 04:52 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 26 MAZNAH Ismail atau Mona F...   Jan 25 2010, 04:56 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 27 AKU dah bawakan keteranga...   Jan 25 2010, 05:03 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 28 PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idr...   Jan 25 2010, 05:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 29 PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idr...   Jan 25 2010, 05:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 30 HANYA orang tidak siuman a...   Jan 25 2010, 05:11 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 31 TIMBALAN Pendakwaraya, Zak...   Jan 25 2010, 05:17 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 32 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 T...   Jan 30 2010, 12:24 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 33 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 T...   Jan 30 2010, 12:26 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 34 CERITAKU mengenai Mona Fa...   Jan 30 2010, 12:33 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD (SIRI AKHIR) TANGGAL 10 Febr...   Jan 30 2010, 12:41 AM
- - WebZone-_-Attack   RE: Masih ingat mona fendi   Jan 30 2010, 12:45 AM
|- - affandi jr   saya anak arwah affandi dengan isterinya sebelom m...   Apr 30 2010, 04:43 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (affandi jr @ Apr 30 2010, 04:43 PM...   May 15 2010, 04:15 AM
- - cahaya   terima kasih bebanyak kpd WebZone-_-Attack kerana ...   Feb 23 2010, 11:40 AM
- - ayutiut   aku pun memula baca sian kat jurami.. tapi bila ba...   Apr 6 2010, 05:21 PM
- - Grace   abis apew jd ngan anak mereka?? mazdiana 2??   May 16 2010, 03:14 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (Grace @ May 16 2010, 03:14 PM) abi...   May 18 2010, 01:04 PM
- - Grace   dr situ la sy amik nme 2... abis mne mazdiana 2??   May 21 2010, 05:17 PM
- - WebZone-_-Attack   QUOTE (Grace @ May 21 2010, 05:17 PM) dr ...   May 25 2010, 05:07 PM
- - affandi jr   mazdiana sihat jer skarang.....dia dah kerja....di...   May 25 2010, 06:32 PM
- - Grace   QUOTE (affandi jr @ May 25 2010, 06:32 PM...   May 27 2010, 06:57 PM
- - merah0391   QUOTE (affandi jr @ May 25 2010, 06:32 PM...   Aug 10 2010, 01:57 AM
- - affandi jr   QUOTE (merah0391 @ Aug 10 2010, 01:57 AM)...   Aug 19 2010, 09:10 AM


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 03:13 PM