IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Masih ingat mona fendi
Pernilaian 5 V
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY



AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal
1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa
itu.
Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi
boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku
sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar.
Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi.
Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan
ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang
pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.
Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita
ini. Nama asalnya Maznah Ismail.
Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana
dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka
hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka.
Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu.
Nanti aku sambung cerita lagi..................


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
WebZone-_-Attack
kiriman Jan 25 2010, 05:17 PM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 31


TIMBALAN Pendakwaraya, Zakaria Sam menggulung hujahnya di Mahkamah
Tinggi Temerloh pada 1995.




Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:

"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan

kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."

Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:

1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampir

RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.

2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh

Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.

3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh

pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.

4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.

5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum

kejadian.

6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yang

digunakan dalam pembunuhan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab

dalam pembunuhan itu.


- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahan

Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuat

rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama.

Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.

- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadian

ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi

dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif

Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.

Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan

bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.

Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh,

pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan

Seksyen 30 Akta Keterangan.

Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:

"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang

bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada

mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-

olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."

Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa

maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka

bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.

Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama oleh

ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya

dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.

Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:

- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari

sebelum kejadian,

- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah

sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,

- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat

ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,

- Juraimi akan menetak leher Mazlan,

- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam

lubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.

Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:

"Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan

yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat
oleh seorang daripada mereka

yang menjejaskan dirinya dan beberapa orang
lain itu terbukti, mahkamah

boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi
menentang orang yang lain itu

dan juga bagi menentang orang yang membuat
pengakuan salah itu."

Ini membawa maksud apabila Juraimi
mengaku menetak leher Mazlan di atas

arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi
mengesahkan pembabitannya

dalam rancangan pembunuhan itu boleh
digunakan terhadap Affandi dan Mona

untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.

Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan

beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang

oleh mereka bertiga.

Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancangan

mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadap

Juraimi dan Affandi.

Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untuk

membunuh Mazlan.

Percakapan beramaran Juraimi dan keterangannya di mahkamah jelas

menunjukkan pembabitan Juraimi dalam pembunuhan itu.

Juraimi tahu akan niat Affandi dan Mona untuk membunuh Mazlan bagi

mendapatkan wangnya, tanah dan harta lain yang berharga.

Beliau bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada Affandi dan Mona

dalam melaksanakan rancangan itu.

Menurutnya, perancangan telah dibuat sebulan sebelum kejadian.

Peranannya telah ditetapkan seperti mengasah kapak, menggali lubang,

mendirikan stor, mencari kayu dan tayar buruk.

Dia ditugaskan untuk menetak leher Mazlan hingga putus, mengerat-ngerat

jasad Mazlan, melapah dan seterusanya menanamnya.

Juraimi dengan jelas mengatakan dia telah menetak leher Mazlan tiga kali

untuk memutuskannya. Ini untuk memastikan Mazlan mati seperti dirancangkan

bersama.

Percakapan beramaran Juraimi jelas menunjukkan dia akan menerima habuan

sebanyak RM15,000.

Walaupun Juraimi dalam keterangannya mengatakan dia tidak mempunyai niat

dan sebab serta tidak memperolehi sebarang kepentingan dari segi kewangan

dalam pembunuhan itu, itu tidak relevan.

Dia menyertai rancangan itu dari awal lagi dengan penuh kesedaran.

Katanya, dia diminta bekerjasama dan mengikut saja dan dia mengaku

menetak leher Mazlan. Kapak yang diasahnya dengan tajam itulah yang

digunakan untuk menetak leher Mazlan.

Niat dan motif tidak penting kerana ada keterangan nyata bahawa Juraimi

di atas pengakuannya menetak leher Mazlan.


Dia tahu perbuatannya salah. Apabila sepupu Mazlan datang bertemunya

seminggu selepas kejadian bertanyakan
mengenai Mazlan dia mengaku menjadi

takut dan terus menanam semua
senjata yang digunakan dalam
pembunuhan itu.

Hujah saya, apabila sepupu Mazlan datang
sekali lagi pada 12 Julai 1994

mencari Mazlan dan mengugut untuk
laporkan kepada polis, Juraimi jadi

takut dan ke Kuala Lumpur mencari
Affandi dan Mona, kerana takut rahsia

pembunuhan terbongkar.

Keterangan Juraimi ini dan percakapan beramarannya boleh digunakan

terhadap Affandi dan Mona untuk menunjukkan niat bersama mereka bertiga

untuk membunuh Mazlan. Ini diperuntukkan mengikut Seksyen 30 Akta

Keterangan.

Juraimi dalam keterangan dan percakapan beramaran jelas mengatakan

bahawa rancangan pembunhan Mazlan datang dari Affandi dan Mona.

Mona telah arahkan korek lubang dan Affandi arahkan ikat batu.

Affandi dan Mona asah parang untuk pembunuhan, Affandi menyuruh Juraimi

menunggu Mazlan datang.

Pada 2 Julai 1993 sebelum Mazlan datang pada sebelah malam, Mona telah

memberitahu Juraimi bahawa Mazlan akan bawa banyak duit malam itu dan

telah suruh Juraimi standby untuk pembunuhan.

Keterangan Juraimi, sebulan sebelum kejadian Affandi dan Mona telah

memberitahu rancangan mereka kepada saya.

Apa yang jelas di sini, rancangan membunuh Mazlan telah dibuat oleh

Affandi dan Mona sebulan sebelum Mazlan dibunuh.

Ini memberikan masa yang cukup untuk Affandi dan Mona merencanakan

rancangan mereka dengan rapi.

Mereka menunggu masa yang sesuai iaitu apabila Mazlan membawa duit yang

banyak.

Saya berhujah, Mazlan mengeluarkan wang yang banyak ini bukan untuk

diagihkan kepada penyokongnya, tetapi dibuat ibu duit kerana dia

memerlukan wang yang banyak bagi pemilihan Ketua Bahagian Umno

Ini berasaskan dalam kenyataan saksi pendakwa ketiga, Ramlan Majid yang

tidak menyebut Mazlan mengagih-agih duit pada
malam itu. Encik Gulam ketika menyoal balas Ramlan '
tidak mengemukakan soalan mengenai pengagihan

wang.

Juraimi pula mengatakan dia ada mendengar
Affandi memberitahu Mazlan,

nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

Adalah jelas pada 1 Julai 1993 lagi, Affandi sudah
tahu bahawa pada keesokan harinya Mazlan akan
keluarkan banyak wang.

Dengan itu dia memberitahu Mona pada 2 Julai
1993 sebelum ke Kuala Lumpur supaya beritahu Juraimi untuk bersedia untuk
pembunuhan pada malam

itu.

Mona menyampaikan arahan itu kepada Juraimi sekembalinya dari menghantar

Madiana ke sekolah.

Peranan Mona dalam pembunuhan ini jelas dilihat dari percakapan

beramarannya.

Para 41 mengatakan rancangan pembunuhan itu adalah rancangan pembunuhan

mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada Juraimi

untuk menetak leher Mazlan.

Kemudian dia dan Affandi telah mencuci darah di luar bilik air di

bahagian lantai.

Jadi adalah jelas ada niat bersama dan perancangan di antara mereka

untuk membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993.

Pembelaan Juraimi ialah ketika kejadian dia tidak sedar apa yang

berlaku.

Dia tidak sedar dari tarikh kejadian dan hanya sedar pada 22 Julai 1993

apabila Affandi memegang bahunya.

Hujah saya, cerita Juraimi bahawa dia tidak sedar ketika kejadian

hanyalah rekaannya semata-mata bagi melepaskan diri dari pertuduhan. Ini

berdasarkan alasan berikut:

Perkara dia tidak sedar, tidak ada perasaan, saya khayal semacam sesuatu

masuk ke badan, langsung tidak disebut dalam percakapan beramarannya.

Encik Gulam juga ada bertanya sebanyak dua kali kenapa tak beritahu

polis dalam percakapan beramaran bahawa dia khayal, Juraimi tidak beri

jawapannya.

Kalau inilah pembelaannya adalah mustahil bagi dia tidak menyebutnya

dalam percakapan beramarannya kerana perkara ini amat penting.

Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh mencari Affandi di Tin Mines,

beli cincin dan rantai emas di Kuala Lumpur, bermalam di rumah kawan di

Klang dan ceritakan dengan terperinci kejadian pembunuhan dari awal hingga

akhir.

Juraimi juga mengaku membohongi Penolong Penguasa Mahpop Jaafar ketika

ditanya di mana Affandi dan Mona berada pada 19 Julai 1993. Pembohongan

itu untuk menutup fakta bahawa ketika itu Mazlan telah mati dan

menunjukkan Juraimi sedar apa yang berlaku.

Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh sedar Affandi beri RM180 pada

malam kejadian, Mona beri RM1,000 dan Affandi suruh tambah RM500 pada 8

Julai 1993.

Juraimi juga ingat pesanan Mona RM1,000 untuk makan itik dan RM500 untuk

makannya.

Cerita Juraimi bahawa dia hanya sedar apa yang berlaku setelah Affandi

menyentuhnya di Balai Polis Raub pada 22 Julai 1993 dan memintanya

menceritakan apa yang berlaku adalah rekaan Juraimi kerana:

- Kalau dia tidak sedar, dia tidak akan tahu Affandi menyentuh bahunya.

- Juraimi memutuskan untuk menceritakan pada peringkat ini apa yang

sebenarnya berlaku kerana Affandi telah beritahu polis rahsia pembunuhan

itu.

Jadi, tiada sebab untuknya menyimpan rahsia itu.

- Sebelum Juraimi sedar dia boleh mengingati dengan terperinci di mana

Affandi dan Takbir berdiri dalam bilik di Balai Polis Raub, siapa berada

dalam bilik itu termasuk jarak Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd

daripadanya.

Juraimi juga boleh mengingati dengan jelas telah menetak leher Mazlan

tiga kali kerana dua tetakan pertama leher Mazlan tidak putus.

Juraimi juga melukis kedudukannya, Affandi dan Mona dalam rajah kasar.

Kalau tidak sedar masakan dia boleh ingat dan melukiskan kedudukan itu.

Apakah yang dimaksudkan oleh Juraimi bahawa dia tidak sedar? Adakah dia

tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman? Beban membuktikan bahawa dia

tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman terletak di bahunya.

Pembelaan Affandi dan Mona pada malam itu ketika mereka sedang

memandikan bunga ke atas Mazlan, tiba-tiba Juraimi datang dan tetak leher

Mazlan.

Menurut Juraimi, tidak ada mandi bunga, itu hanya alasan Affandi dan

Mona.

Upacara yang dijalankan pada malam itu ialah upacara membuat ibu duit

untuk menggandakan duit Mazlan kerana:

1. Juraimi ada mendengar Affandi memberitahu Mazlan dalam bilik air,

nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

2. Untuk mandi bunga Mazlan tidak perlu berbaring.

3. Dalam upacara mandi bunga tidak perlu mengeraskan semangat.

4. Tidak perlu Juraimi mengangkut bekas air mandi bunga untuk buang

keluar kerana di bilik air itu ada laluan air.

5. Hanya sekuntum bunga orkid digunakan. Untuk mandi bunga beberapa

jenis bunga digunakan.

Adalah saya berhujah upacara membuat ibu duit malam itu sebenarnya

hanyalah alasan untuk Mazlan disuruh berbaring supaya senang lehernya

1. Besen diletakkan di bawah kepala Mazlan untuk menakung darah yang

keluar dari lehernya supaya tidak keluar melalui laluan air keluar rumah

yang mana akan dilihat orang.

2. Juraimi ada mendengar Mazlan berkata kepada Affandi bahawa dia tidak

tahan mendongak lama-lama. Untuk mandi bunga tidak perlu kepala Mazlan

didongakkan lama-lama kerana air mandian akan masuk ke teling dan hidung.

Ketika berbaring kepala Mazlan diletakkan di atas bendul batu yang agak

tinggi.

Ini akan menyebabkan lehernya terlindung.

Dengan mendongakkan kepala Mazlan di atas bendul yang tinggi leher

Mazlan akan terdedah luas bagi memudahkan Juraimi menetaknya dengan tepat

seperti dirancangkan.

3. Selimut yang diletakkan di bawah badan Mazlan untuk menyerap darah

yang mengalir bagi kurangkan kesan darah.

4. Bilik air itu sempit untuk empat orang. Tanpa perancangan rapi, bukan

mudah untuk Juraimi menetak leher Mazlan.





Jadi keterangan Affandi dan Mona bahawa Juraimi masuk dengan tiba-tiba

menetak leher Mazlan adalah rekaan mereka untuk mengenakan Juraimi

seorang, kerana:

1. Jika benar Juraimi masuk meluru dan menetak leher Mazlan, tangan

Affandi dan Mona akan tertetak sama kerana masa itu Affandi kononnya

sedang mengusap muka Mazlan dan Mona sedang menjirus muka Mazlan.

2. Apabila kepala Mazlan didongakkan dan Affandi menutup mata Mazlan

pada ketika itu Affandi memberi isyarat tangan kepada Juraimi supaya masuk

dan tetak leher Mazlan.

Sementara itu Affandi dan Mona beralih ke belakang untuk memudahkan

Juraimi menetak.

4. Kalau Juraimi meluru masuk dalam keadaan hilang pedoman dia tidak

akan dapat menetak dengan tepat leher Mazlan. Ini menunjukkan ada

perancangan rapi.

5. Keterangan Affandi dan Mona yang mengatakan Juraimi masuk secara

tiba-tiba dan menetak leher Mazlan juga bercanggah dengan percakapan

beramaran Affandi:

"Gondrong bangun dan telah mencapai kapak besar yang berada di tepi

pintu dekat kami mandikan Mazlan dan terus menetak pada halkum Mazlan."

Cerita Affandi yang tidak konsisten ini jelas menunjukkan dia berbohong

mengenai kejadian sebenarnya.

5. Cerita Affandi dan Mona bahawa Juraimi meluru masuk dan seperti orang

hilang pedoman menetak leher Mazlan adalah cerita rekaan mereka berdua

untuk meletakkan beban keseluruhan ke atas bahu Juraimi.

6. Sebelum menetak Mazlan, Affandi ada berpesan kepada Juraimi: "Rong

tetak biar tepat jangan salah tempat, kalau tidak habislah kita." Inilah

perancangan mereka bertiga.

7. Menurut Juraimi, perancangan awal adalah mereka bertiga akan bersama-

sama mengerat badan Mazlan kerana itulah Affandi dan Mona masing-masing

mengasah satu parang. Tapi pada malam kejadian Juraimi seorang yang

mengerat dan melapah daging Mazlan. Mona dan Affndi ke Kuala Lumpur,

tinggalkan Juraimi melakukan kerja itu sendirian.

8. Adalah hujah saya bahawa mayat Mazlan dikerat-kerat dan dilapah

supaya cepat busuk dan senang dihapuskan.

9. Juraimi juga ada bertanya kepada Affandi bagaimana dengan mayat ini.

Affandi jawab, tanya ibu dulu. Affandi keluar dan jumpa Mona, masuk semula

dan berkata, ibu suruh tanam saja. Ini jelas menunjukkan adanya rancangan

niat bersama.

10. Selepas kejadian sebelum ke Kuala Lumpur, Affandi telah memberikan

Juraimi RM180 dan pada 8 Julai 1993 mereka beri Juraimi RM1,500.

Keterangan ini tidak dicabar dan ini menunjukkan ada perancangan

bersama. Kalau Juraimi melakukan pembunuhan itu atas sebab-sebab sendiri,

tidak ada sebab Affandi dan Mona berinya wang itu.

11. Juraimi menafikan dia ada memberitahu Affandi selepas kejadian. Bapa

dan ibu keluar, orang macam ini lebih baik mampus. Ibu bawa adik lari

mana-mana, biar Gondrong tanggung. Ini adalah rekaan Affandi untuk

melepaskan dirinya dan Mona.

Kalau benar Juraimi ada berkata begini, kenapa pula Juraimi hendak

membabitkan mereka berdua?

Jika benar Juraimi ada berkata demikian kenapa Juraimi tidak disoal

dalam soal balas mengenai perkara ini.

Hujah saya bahawa apa yang tercatat dalam percakapan beramaran Juraimi

dan keterangan di mahkamah serta percakapan beramaran Mona mengenai

perancangan dan kejadian pembunuhan adalah perkara sebenarnya berlaku.

Jika pembunuhan itu tidak dirancangkan oleh Affandi dan Mona, tidak ada

sebab untuk Juraimi mengait atau membabitkaan Affandi dan Mona dengan

kejadian itu.

Affandi dan Mona tidak ada mengemukakan sebarang keterangan kepada

mahkamah bahawa Juraimi ada berselisih faham, dendam, sakit hati dengn

mereka untuk menganiayai mereka.

12. Menurut Affandi dan Mona, Juraimi menetak leher Mazlan malam itu

kerana Juriami cemburu dengan Mazlan yang mempunyai hubungan sulit dengan

Noraini.

Ini dinafikan oleh Juraimi dan Noraini.


Dengan ini jelas Affandi dan Mona gagal menimbulkan keraguan munasabah

ke atas kes pendakwaan mengenai pembelaan mereka dalam pembunuhan Mazlan.

Pembelaan Mona. Pihak pendakwa telah membuktikan kepada mahkamah bahawa

Mona telah memberi percakapan beramaran kepada Takbir pada 14 Ogos 1993

dan mahkamah memutuskan percakapan itu diberi secara sukarela dan diterima

sebagai barang kes.

Dalam percakapan itu, Mona menjelaskan akan rancangan pembunuhan Mazlan

oleh mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada

Juraimi untuk menetak leher Mazlan dan dia kemudian telah mencuci darah di

luar bilik air.

Menurutnya, tujuannya dan Affandi kembali ke Ulu Dong pada 8 Julai 1993

untuk memeriksa ke atas rumah dan Gondrong tentang kematian Mazlan.

Mona telah memilih memberi penyataan dari kandang tertuduh.

Apa pembelaannya? Hanyalah penafian semata-mata.

Mona telah menafikan memberi percakapan kepada Takbir. Dalam

kenyataannya Mona tidak langsung memberi penjelasan jika dia tidak

terbabit dalam rancangan pembunuhan kenapa tidak laporkan kejadian itu

atau menasihatkan Affandi laporkan kepada polis.

Mona juga tidak menjelaskan kepada mahkamah selepas menyaksikan satu

pembunuhan ngeri dan dalam keadaan terkejut dan tergamam, Mona boleh

membeli kereta mewah tujuh atau 8 jam selepas pembunuhan, membeli-belah

barang kemas dan perabot, menyanyi di music lounge Hotel Park Royal dan

menjalani pembedahan plastik.

Tindak tanduk atau kelakuannya bukanlah kelakuan orang yang munasabah.
Selanjutnya keputusan juri dan penghakiman.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- WebZone-_-Attack   Masih ingat mona fendi   Apr 17 2009, 03:50 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FENDI- EPISOD 2 NI LAA WAJAR ARWAH MO...   Apr 17 2009, 03:51 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY- EPISOD 3 yg pompuan 2 laa ...   Apr 17 2009, 03:51 AM
- - bizonedrop   huhuhu..sensasi masa tu...   Apr 17 2009, 11:28 AM
- - WebZone-_-Attack   Dulu,Cerita ni memang panas gila , aku selalu meng...   Apr 17 2009, 12:11 PM
- - mat.g™   aku pon masih tertanya2 kenapakah dia(Mona Fendi) ...   Apr 17 2009, 12:17 PM
- - WebZone-_-Attack   QUOTE Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peri...   Apr 17 2009, 03:55 PM
- - B@zSh™   Huhu....aku pun ingat kes ni memang sangat hangat ...   Apr 17 2009, 03:57 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 17 2009, 03:57 PM) Hu...   Apr 21 2009, 12:47 AM
- - B@zSh™   Ada link x WA? Hehe...wife aku minat cite2 seram n...   Apr 21 2009, 07:10 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 21 2009, 07:10 PM) Ad...   Apr 22 2009, 10:57 PM
|- - Rneez   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 22 20...   May 15 2012, 06:19 AM
- - B@zSh™   Ouh....dia wat episod ke? Aku ingat dia jadi cam f...   Apr 22 2009, 11:22 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (B@zSh™ @ Apr 22 2009, 11:22 PM) Ou...   Apr 22 2009, 11:28 PM
|- - si tujuh   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 22 20...   Aug 24 2010, 12:17 PM
|- - orkid   QUOTE (si tujuh @ Aug 24 2010, 12:17 PM) ...   Dec 14 2010, 04:55 PM
|- - lanskap   QUOTE (orkid @ Dec 14 2010, 04:55 PM) Say...   May 26 2011, 01:59 PM
- - WebZone-_-Attack   -------------------UPDATE--------------------- ...   Apr 23 2009, 04:21 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 5 CANTIK ke si Mona Fand...   Apr 23 2009, 04:25 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 6 CERITA Mona Fandey cantik,...   Apr 23 2009, 04:29 PM
- - WebZone-_-Attack   Ok............... Dalam artikel atau kisah mona fe...   May 19 2009, 02:25 AM
- - cargas   episod 7 please...hehe...minat nak dengar balik ni...   May 19 2009, 05:56 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 7 GAMBAR RAJAH di atas me...   Jun 25 2009, 08:51 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 8 KETIKA perbicaraan kes pemb...   Jun 25 2009, 08:55 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 9 KISAH buah zakar Datuk Maz...   Jun 25 2009, 08:57 PM
- - WebZone-_-Attack   CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Misteri ...   Jun 27 2009, 01:07 AM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (WebZone-_-Attack @ Jun 27 20...   Aug 16 2009, 02:04 AM
- - WebZone-_-Attack   ~UPDATE LAGI~ MONA FANDEY EPISOD 10 Kem...   Aug 22 2009, 09:52 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 11 RAMAI yang ingin tahu lagi...   Aug 22 2009, 09:58 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 12 KETERANGAN Dr Abdul Rahman...   Aug 22 2009, 10:02 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 13 AKU sambung lagi cerit...   Aug 22 2009, 10:04 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 14 ADA orang tanya cerita ap...   Aug 22 2009, 10:05 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 15 AKU nak sambung lagi keter...   Aug 22 2009, 10:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 16 AKU sambung lagi keterang...   Aug 22 2009, 10:08 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 17 AKU sambung lagi kete...   Aug 22 2009, 10:12 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 18 AKU sambung lagi keteranga...   Aug 22 2009, 10:13 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 19 NAMPAKNYA cerita aku ni t...   Aug 22 2009, 10:14 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 20 CERITA pasal Mona Fandey s...   Aug 22 2009, 10:15 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 21 CERITA perbicaraan kes bun...   Aug 22 2009, 10:17 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 22 RAMAI yang ingin menetap w...   Aug 22 2009, 10:19 PM
- - ctz   huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan ...   Aug 25 2009, 12:23 PM
- - ctz   huu...citer ni semakin dibaca semakin menyeramkan ...   Aug 25 2009, 12:24 PM
- - seliparas   dah xde ke sambungan die...huhu   Oct 11 2009, 11:19 AM
- - WebZone-_-Attack   ^^^^^ ada2, aku saje je, buat lambat2 kan, saje n...   Oct 12 2009, 09:28 PM
- - fizi   masih ngat lgi....kenapa?   Nov 22 2009, 09:16 AM
- - WebZone-_-Attack   ~UPDATE LAGI~ 25januar 2010 AJAL dan maut ...   Jan 25 2010, 04:43 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 24 TENTU ada yang bertanya m...   Jan 25 2010, 04:47 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 25 KITA telah mendengar kete...   Jan 25 2010, 04:52 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 26 MAZNAH Ismail atau Mona F...   Jan 25 2010, 04:56 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 27 AKU dah bawakan keteranga...   Jan 25 2010, 05:03 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 28 PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idr...   Jan 25 2010, 05:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 29 PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idr...   Jan 25 2010, 05:07 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 30 HANYA orang tidak siuman a...   Jan 25 2010, 05:11 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 31 TIMBALAN Pendakwaraya, Zak...   Jan 25 2010, 05:17 PM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 32 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 T...   Jan 30 2010, 12:24 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 33 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 T...   Jan 30 2010, 12:26 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD 34 CERITAKU mengenai Mona Fa...   Jan 30 2010, 12:33 AM
- - WebZone-_-Attack   MONA FANDEY EPISOD (SIRI AKHIR) TANGGAL 10 Febr...   Jan 30 2010, 12:41 AM
- - WebZone-_-Attack   RE: Masih ingat mona fendi   Jan 30 2010, 12:45 AM
|- - affandi jr   saya anak arwah affandi dengan isterinya sebelom m...   Apr 30 2010, 04:43 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (affandi jr @ Apr 30 2010, 04:43 PM...   May 15 2010, 04:15 AM
- - cahaya   terima kasih bebanyak kpd WebZone-_-Attack kerana ...   Feb 23 2010, 11:40 AM
- - ayutiut   aku pun memula baca sian kat jurami.. tapi bila ba...   Apr 6 2010, 05:21 PM
- - Grace   abis apew jd ngan anak mereka?? mazdiana 2??   May 16 2010, 03:14 PM
|- - WebZone-_-Attack   QUOTE (Grace @ May 16 2010, 03:14 PM) abi...   May 18 2010, 01:04 PM
- - Grace   dr situ la sy amik nme 2... abis mne mazdiana 2??   May 21 2010, 05:17 PM
- - WebZone-_-Attack   QUOTE (Grace @ May 21 2010, 05:17 PM) dr ...   May 25 2010, 05:07 PM
- - affandi jr   mazdiana sihat jer skarang.....dia dah kerja....di...   May 25 2010, 06:32 PM
- - Grace   QUOTE (affandi jr @ May 25 2010, 06:32 PM...   May 27 2010, 06:57 PM
- - merah0391   QUOTE (affandi jr @ May 25 2010, 06:32 PM...   Aug 10 2010, 01:57 AM
- - affandi jr   QUOTE (merah0391 @ Aug 10 2010, 01:57 AM)...   Aug 19 2010, 09:10 AM


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 01:56 PM