IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Adab-adab, dalam islam
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 10:37 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab-adab menguap dalam islam

1. Kita hendaklah berusaha menahan diri daripada menguap sekadar kemampuan kita terutama ketika solat kerana Syaitan begitu suka kepada orang yang menguap serta menghindari daripada gangguan di dalam solat.

2. Hendaklah meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat supaya terhindar daripada dimasuki oleh syaitan melalui mulut yang terbuka terutama ketika menguap tersebut.

3. Adalah Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. Ini kerana syaitan akan mentertawakan orang yang mengeluarkan bunyi apabila ketika menguap serta perkara itu dibenci oleh Allah S.W.T

4. Disunatkan ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan kepada orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”sebagai mendoakan kebaikan untuknya.. Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada hamba-Nya yang selalu berzikir dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap perbuatannya dan pekerjaannya.

5. Disunatkan juga untuk mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap sebagai tanda untuk menghindarkan diri sendiri daripada syaitan.

CODE
Nabi Muhammad S.A.W bersabda melalui Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.”


CODE
Hadith Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).





Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 10:44 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab bercakap

Rasulullah S.A.W bersabda, "
Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

  1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
  2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  3. Jika seorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.
  7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.
  8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.
  9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
  10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
  11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 10:56 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab Sebelum Tidur


Daripada Aisyah r.a, Nabi saw bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”. ( HR Bukhari & Muslim )

HURAIAN
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya

1. Berwuduk
Sebaik–baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. Insya Allah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.


2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.


3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara–
perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah–surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.


Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al–
Ikhlas, Al–Falaq dan Al–Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua–dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut–turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al–Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.


6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot–otot badan.

Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 11:09 PM
Kiriman #4


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab membaca Al-Quran

Membaca Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala. Selain dari menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani manusia, sebab itu Rasulullah s.a.w. menekankan kepada sahabat-sahabatnya supaya meluangkan masa seberapa yang banyak untuk membaca dan memahami al-
Quran. Secepat-cepat pembacaan Quran dikatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan lebih dari sebulan dan sebaik-baiknya Quran dapat dikatamkan bacaannya dalam masa seminggu.
Selain dari itu ada surah-surah yang tertentu digalakkan ulang membaca setiap hari seperti Yasin, al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk, lebih-lebih lagi pada hari dan malam Jumaat dengan ditambah surah al-Kahf dan Ali Imran.


Membaca Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adabnya antaranya ialah:-


1.Disunatkan berwuduk untuk membaca Quran, memakai pakaian yang bersih dan di tempat yang bersih.

2.Disunatkan membaca auzubillah di permulaan membaca.

3.Disunatkan duduk menghadap kiblat, dengan kusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.

4.Disunatkan bersugi sebagai membesarkan Quran dan membersihkan.

5.Hendaklah diberi perhatian membaca Bismillah di awal tiap-tiap Surah kecuali surah Bara’ah.

6.Disunatkan membaca dengan penuh perhatian dan kefahaman, dengan demikian dapat melapangkan dada dan menyinarkan hati. Kalu bole baca yg ada terjemahan...

7.Disunatkan menangis atau menimbulkan tangisan di waktu membaca Quran atau melahirkan perasaan sedih dan kusyuk.

8.Memerdukan suara bila membaca Quran.

9.Disunatkan membaca dengan Tafkhim.

10.Disunatkan mengangkat suara atau merendahkan suara bila membaca Quran, ini bergantung kepada suasananya. Org kata bacaan berlagu...

11.Membaca dimushaf lebih afdal dari membaca dari hafalan.

12.Apabila pembaca tersilap atau terlupa ayat hendaklah dibaca ayat sebelum itu kepadanya.

13.Makruh menutuskan bacaan dengan percakapan manusia.

14.Tidak harus membaca Quran dengan bacaan Shaaz.

15.Sebaik-baik bacaan ialah mengikut tertib yang disusun dalam mushaf.

16.Disunatkan menepati sebutan setiap huruf dalam Quran mengikut penentuan yang ditentukan oleh setiap wajah bacaan, tidak diubah kepada wajah bacaan lain.

17.Sunat mendengar Quran apabila dibaca. Dpt gak pahala bila dengaq org lain baca.

18.Waktu yang diutamakan membaca Quran ialah di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir malam dan sebaik-
baik siang selepas subuh.

19.Memelihara kehendak-kehendak maksud ayat bila membacanya. Apabila membaca ayat Sajdah hendaklah dilakukan sujud. Doa yang dibaca dalam sujud adalah mengikut konteks ayat yang dibaca.
Dalam Quran terdapat sebanyak 14 tempat ayat Sajdah. Apabila membaca ayat tasbih hendaklah ia bertasbih dengan berkata subhanallah, ayat doa hendaklah berdoa dan beristigfar

20.Disunatkan berpuasa pada hari Khatam Quran.

21.Diakhiri bacaan Quran dengan doa.


Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 11:20 PM
Kiriman #5


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab Masuk dan Keluar Tandas

1. Tandas adalah tempat kotor, tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar untuk keperluan membuang air, disunatkan meletakkan sesuatu untuk menutup kepala ketika masuk tandas. Dimulakan dengan membaca doa pelindung yang bermaksud:-
"wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari syaitan jantan dan betina".

2. Kemudian melangkah masuk dengan kaki kiri.

3. Apabila telah selesai membuang air hendaklah keluar segera dengan melangkah kaki kanan,
kemudian membaca doa kesyukuran kepada Allah yang bermaksud:
"Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan aku".

4. Apabila telah selesai membersihkan najis hendaklah membaca doa bagi membersihkan kotoran zahir dan batin yang bermaksud:-
"wahai Tuhanku, bersihkan hatiku dari nifak dan jagalah kemaluanku daripada zina"
.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 11:34 PM
Kiriman #6


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Adab-Adab ketika berdoa
  1. Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
  2. Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  3. Berdoa dengan menghadap kiblat.
  4. Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
  5. Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
  6. Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
  7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
  8. Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  9. Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
  10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 8 2009, 11:44 PM
Kiriman #7


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi berbagai perbuatan dan tingkahlaku yang memerlukan adab.adab ini perlu untuk kesejahteraan diri dan supaya orang lain menyenangi kita.

1.Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

2.Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap seminggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuartiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.

3.Memotong rambut setiap kali panjang, menjaga kebersihan nya dan menyisir selalu yakni jangan pula sampai berlebihan ( tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya)

4.Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwuduk menghormati, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut,memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian,
makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut, beristinjak dan menyentuh aurat. Daripada aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.

5.Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan kahak, tetapi hendaklah kearah kiri dan pada sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.

6.Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan serta minuman agar percikan hingus tidak mengenai orang laian dan meletakkan sapu tangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.

7.Memuji Allah sesudah bersin.

8.Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah diwajib dengan (Yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (Yahdikumullahu wa yushlihu balakum)

9.Meletakkan tangan dimulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka,
juga untuk menghalang sesuatu dari masuk ke mulut..juga disuruh mengurangkan suara dan jika dapat jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristigfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan. Dari Abu Hurairah berkata Nabi, "
Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucap-kan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya."


10.Berusaha tidak sendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang memperbanyakkannya. Jika tidak dapat dihindari bersendawalah dengan suara yang ringan kemudian bacalah istigfar sesudah bersendawa. Daripada Abu Hurairah katanya, "Aku memakan kepingan roti dan dging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."

11.Meningat Allah dan bersyukur kepada-
Nya ketika berkaca(melihat wajah cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi: "Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."


12.Menghindarkan diri dari buruk sangka kepada orang ,
terimalah nasihat/tazkirah dengan hati terbuka dan ambil iktibar dari tazkirah yang diberikan dan bukan nya menyatakan pada orang yang memberi tazkirah 'macam la dia tu bagus sangat',
'pikirlah diri tu betul ker tak lagi'.

13.Membiasakan diri dengan amal yang salih seperti beribadah bersedekah ,sembahyang sunat,
menghampiri diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya ,amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.


14.Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan sesuatu yang tidak berguna selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya ,
Rasulullah bersabda, "Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudkannya."

15.Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunia.

16.Menerima nasihat orang lain ,mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar bersalah dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.

17.Membiasakan hidup sederhana mensyukuri yang sedikit dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenag-senang di dunia keran sifat tu menjauhkan diri dari takabur dan ujub serta selamat dari sifat sombong memuji-
muji dari dan angkuh. Dari Aisyah katanya, "Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."


18.Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus-menerus mengulang-ulang sebutan,
'Oh Tuhanku,Engkaulah tujuanku dan Redamulah yang kucari."


-tatag-
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 15 2009, 01:26 AM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



smile.gif
bagusnya thread nih!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 12:04 AM