IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Nak SMS, bole ke??? YM lak cmne??
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 30 2009, 08:08 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Salam mahabbah buat sahabat-sahabat tersayang.

Isu yang ana nak bawakan kali ini adalah isu SMS dan YM serta yang seangkatan dengannya.Isu yang berleluasa dikalangan masyrakat, remaja khususnya. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan perkara ini. Sudah terlalu biasa menyebabkan hati kita sudah tidak sensitif lagi dengan senario jahiliyah yang terjadi.

Sedarkah kita yang kadangkala saluran sms dan ym boleh menyuburkan 'nafsu syahwat' antara dua orang yang bukan muhrim. Ia juga amat bahaya bila org yang melayan itu ada agenda jahat terhadap mangsa yg menyangka perbincangan yg dibuka itu jujur dan berkisar urusan pelajaran / kaunseling.

Setiap amalan dilihat pada niat dan caranya.

Jika tiada perasaan cinta, suka etc. Maka dilihat pula apa yang ditulis di dalam sms tersebut. Untuk tujuan pelajaran, meminta pendapat, bertanya tentang hukum, dan perkara yang perlu. Ia tiada masalah.

Jauhi dari memberi sms yang sia-sia, berunsurkan lucah, dan yang boleh mengundang kepada dosa. Elakkan menyusahkan kehidupan. Andai perlu pada sms atau interaksi, maka lakukanlah mengikut adab dan tatacaranya bersesuaian dgn tujuan. Jgn lari dari matlamat yg benar, jgn lalai dlm berhubung..

Hakikatnya terlalu banyak penganiayaan berlaku akibat salah pilih kawan atau terjebak dalam percintaan yang palsu melalui YM dan SMS

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata,zinanya memandang. dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. tangan, zinanya memukul. kaki, zinanya melangkah.hati, zinanya ingin dan rindu. sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

dan Allah pula berfirman: "Jgnlah kamu mndekati zina.."

Dah bercahtting mungkin skali akan mmbawa kpd rindu .Walaupun tidak rindu tapi ia boleh dikategorikan sbgi mendekati zina iaitu zina hati. Perkara ini wajib dijauhkan selagi boleh

Kalau kita rasa bila kita berchating tak akan menimbulkan apa-apa perasaan (zina hati) mungkin boleh, tapi sekebal mana pun lidah berkata kita kuat, hati tetap berbisik yang kita masih lemah...
Syaitan sentiasa mngintai peluang untk memastikan seorg itu melakukan dosa..
Jadi kena sentiasa berhat-hati dan pastikan benda tu betul penting.


Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami.. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati….

"ya ALLAH, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. ya ALLAH, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang2 yang terdahulu daripada kami. ya ALLAH, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yang kafir". (Al-Baqarah : 286)

Sedikit nasihat ini ana kongsikan sebagai peringatan buat diri ana sendiri dan juga sahabat2.
Astaghfirullahal'azim


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 05:30 PM