IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sistem monorel Mekah mula tahun depan, UtusanOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Sep 1 2009, 07:21 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



DUBAI 31 Ogos - Jemaah yang menunaikan fardu haji tahun depan berpeluang menggunakan sistem perkhidmatan monorel bernilai berbilion-bilion ringgit yang menghubungkan Mekah ke Madinah, Arafar dan Muzdalifah, menurut satu laporan hari ini.

Sistem pengangkutan itu akan dapat digunakan pada tahap 35 peratus pada tahun depan dan akan beroperasi sepenuhnya pada musim haji pada 2011, menurut akhbar Arab News yang memetik laporan Jawatankuasa Tertinggi Haji.

Syarikat China Railway menerajui projek itu dengan sekumpulan syarikat dan projek itu dilaksanakan dengan tujuan mengatasi masalah pengangkutan bagi lebih dua juta jemaah haji yang mengerjakan ibadat haji setiap tahun.

Jawatankuasa itu berkata, kira-kira 53,000 bas dan kenderaan lain akan dikeluarkan dari jalan raya sebaik sahaja sistem monorel itu beroperasi sepenuhnya.

Laporan itu menyebut sistem perkhidmatan monorel itu mampu membawa sekurang-kurangnya 500,000 jemaah setiap enam hingga lapan jam. - BERNAMA
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 26th April 2024 - 01:21 AM