IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Perlu ada standard halal seragam - PM, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 24 2010, 03:06 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





KUALA LUMPUR - Komuniti Islam perlu berusaha mencapai satu standard yang seragam yang boleh diterima oleh semua pihak bagi menzahirkan potensi penuh sektor halal bagi manfaat ummah di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia yang telah menerajui pembangunan standard industri halal boleh menawarkan kepakarannya di dalam bidang itu dan kesemua negara dialu-alukan untuk menggunakan standard sedia ada yang dibangunkannya.

"Inisiatif ini (pembangunan standard halal) akan memastikan bahawa komuniti Islam, tidak kira di mana sahaja mereka berada akan merasa selamat dan yakin bahawa makanan serta produk yang digunakan mereka adalah halal," katanya semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2010) ke-7 dan Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia ke-3.

Menurut Najib, Malaysia bersedia untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya dalam membangunkan standard sedemikian.

Sebagai bukti terhadap inisiatif Malaysia untuk membangunkan lagi standard halal, Najib, pada majlis yang sama turut melancarkan dua standard iaitu Standard Kosmetik Halal MS 2200:2008 dan Standard Logistik Halal MS 2400:2010.

Tambah beliau, Standard Halal Kosmetik menyediakan garis panduan praktikal bagi industri kosmetik dan penjagaan peribadi halal.

=> mencari yang halal
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 07:55 AM