Profil
Foto Personal
Bintang
Pilihan
Pernyataan Personal
Geekspro buat masa ini tidak mempunyai sebarang pernyataan personal.
Maklumat Personal
Geekspro
Bukan Eksekutif
38 tahun
Lelaki
Semporna
Lahir Jan-14-1986
Minat
Tiada Info
Statistik
Sertai: 20-September 08
Profil Dilihat: 138,127*
Kemunculan Terakhir: 5th April 2021 - 09:21 PM
Masa: Nov 5 2024, 05:32 PM
56 kiriman (0 per hari)
Maklumat Perhubungan
Tiada Info
Tiada Info
Tiada Info
Tiada Info
Sulit
* Paparan profil terkemaskini setiap jam
|
Topik
Kiriman
Komen
Kawan
setakat ini..
7 Jun 2014
Pada malam ini ingin saya kongsikan beberapa mutiara nasihat yang saya kutip dari sebuah karya "Pak Hamka" yang berjudul "Lembaga Budi".
Orang yang pengetahuannya baru sedikit kerapkali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang luas pandangannya dan mendalam ilmunya tidaklah berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segala-galanya. Bahkan dia lebih suka berkata: "Banyak yang belum saya ketahui" Ilmu pengetahuan sentiasa mencari suatu teori. Teori yang tadinya telah ditetapkan, mungkin berubah kembali setelah datang teori baru. Kepercayaan agama adalah tetap tak berubah. Suatu kepercayaan agama jangan segera dilepaskan kalau teori ilmu pengetahuan belum sesuai dengan kepercayaan agama itu. Jangan dilepaskan dari tangan barang yang telah ada kerana mengharapkan barang yang masih jauh. Seorang mukmin mensyukuri nikmat yang telah ada dalam tangannya dan menerima dengan syukur kalau mendapatkan tambahan lagi. Tuhan memerintahkan supaya ingat kepada-Nya pada waktu senang. Adapun pada waktu susah meskipun tidak diingatkan, engkau akan ingat juga kepada-Nya. Sekian dulu buat waktu ini..
4 Jan 2011
وروي أن الحسن البصري – رحمه الله تعالى – أعطي شربة ماء بارد فلما أخذ القدح وغشي عليه وسقط من يده،فلما أفاق قيل له : ما لك يا أبا سعيد ؟ قال : ذكرت أمنية أهل النار حين يقولون لأهل الحنة Dan adalah diriwayatkan bahawa Imam Hasan al-Basri rahimahullahu taala diberikan kepada beliau segelas air sejuk, lalu beliau memegang gelas tersebut dan terus sahaja beliau pengsan. Apabila beliau telah sedar lalu ada orang bertanya, kenapa tadi engkau jatuh pengsan? Beliau menjawab, tadi aku teringat akan angan-angan ahli Neraka, kelak nanti mereka berkata kepada ahli syurga : Maksudnya : Ahli neraka menyeru ahli syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada Kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". [Al-A;raf : 50] *Diptetik Daripada : Ayyuhal Walad*
3 Dec 2009
Banyak perkara yang menimpa diri kita semasa hidup di dunia ini boleh menghakis sifat sabar yang wujud dalam diri. Hakikatnya manusia itu lemah dan tidak mampu bersabar di atas setiap ujian yang menimpa dirinya tanpa pertolongan dari Allah Taala.
Spiritual Sebagai Pusat Kawalan Emosi Manusia akan dapat bersabar di atas setiap ujian yang menimpanya apabila mereka mempunyai nilai spiritual yang tinggi. Kekuatan rohani ini sangat penting kerana ia bertindak sebagai pusat kawalan kepada emosi setiap individu. Apabila manusia mempunyai kekuatan rohani yang kuat hasil daripada penjagaan hubungannya dengan Allah Taala maka ketika itu manusia akan melihat ujian itu adalah terlalu kecil berbanding dengan pengampunan dosa yang Allah ingin kurniakan di sebalik uian yang ditimpakannya. Di samping itu juga, apabila nilai spiritual seseorang individu itu tinggi ia akan melihat ujian itu sebagai salah satu cara Allah untuk meninggikan darjat para hambaNya. Dengan Mengingati Allah Kita Mampu Bersabar Nabi s.a.w menganjurkan kita untuk membaca sepotong doa setiap kali lepas mengerjakan solat iaitu : Maksudnya : Kata Muadz r.a. Rasulullah SAW memegang tangannya kemudian bersabda yang bermaksud : “Wahai Muadz demi Allah saya kasihkan engkau. Saya berpesan kepadamu jangan kamu tinggal membaca “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik keranaMu” setiap kali selepas solat (Abu Daud (1522) Atas dasar itulah untuk mencetuskan kesabaran dalam diri setiap kali diuji kita mesti sentiasa memohon pertolongan Allah untuk sentiasa menjadi hamba yang sering kali mengingatiNya dan bersyukur setiap kali ditimpa ujian kerana inilah rahsianya kita mampu bersabar setiap kali ditimpa ujian. Apabila Hijab Yang Menutupi Hati Terangkat Punca kita hilang kesabaran adalah disebabkan wujudnya dinding yang menghijab hati dari melihat Allah pada setiap ujian yang menimpa. Apabila kita mampu mengingati Allah pada setiap kali ujian yang menimpa diri ketika itu seberat mana sekalipun ujian yang menimpa kita mampu bersabar dengan mengucapkan kalimah “ Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Rajiun” . Atas dasar itu kita mesti menjaga hati dengan sentiasa membersihkannya dengan zikir dan membaca al-Quran supaya hati kita tidak terhijab dari melihat Allah setiap kali ditimpa ujian kerana apabila hijab yang menutupi hati itu diangkat oleh Allah ketika itu kita akan memperoleh “energy” yang sangat powerful untuk meneruskan hidup dan sentiasa mendapat reda Allah. Mudah-mudahan dengan menjaga hati ini kita akan sentiasa berjalan dalam rahmat Allah, mendapat kasih sayang Allah dan selamat kembali ke Rahmatullah apabila tiba waktunya nanti.
28 Aug 2009
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...” Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak” Sekian * Article ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama. Wallahu ‘Alam
27 Aug 2009
Aku jumpa satu website yang sangat berguna untuk mereka yang minat dengan edit-mengedit gambar menggunakan photoshop ni..
Laman web ni dah 10 tahun wujud rupanya. sila ke sini ==>Sifoo |
Pelawat terakhir
Komen
Kawan
Tiada kawan untuk dipaparkan.
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 5th November 2024 - 05:32 PM |