IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Prosedur Pusaka Kecil
ganazz
kiriman Oct 1 2009, 11:03 AM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Pusaka Kecil

Apakah harta pusaka kecil ?


Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Will Ordinance 1959 );
2. Harta itu terdiri daripada: harta tak alih (tanah) dan lain-lain harta alih seperti Wang Tunai, Saham, KWSP, ASN, ASB, ASJ dan sebagainya;
3. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009).



Ciri-ciri istimewa Pembahagian Pusaka Kecil


Di antara ciri-ciri istimewa dalam Pembahagian Pusaka Kecil ialah:

1. Borang permohonan (Borang A boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Daerah;
2. Pembicaraan boleh diadakan di balai-balai raya / penghulu dewan orang ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
3. Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
4. Penyerahan / penerimaan hak / bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran;
5. Pembicaraan boleh dibuat di daerah di mana wujudnya harta simati;
6. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu;



Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil ( Permohonan Awal )


Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu
Borang A ( Seksyen 8 )

Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Bukti Kematian

* Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
* surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
* perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
* perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.



2.Salinan Hakmilik


Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;


3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:


Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon?


Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:

* Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
* Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
* Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
* Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
* Amanah Raya Berhad.



Dimanakah permohonan boleh dikemukakan

1. Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tidak alih si mati terletak

2. Sekiranya si mati mempunyai harta tak alih di banyak tempat ( mukim/daerah ) sama ada di dalam negeri yang
sama atau negeri yang berlainan, permohonan boleh dikemukakan di satu tempat sahaja iaitu di
Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana salah satu harta tak alih si mati terletak dengan
menyenaraikan kesemua harta tidak alih si mati

Menghadiri pembicaraan

* Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
* Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
* Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.
* Mana-mana waris (kecuali di bawah umur) yang tidak dapat hadir perbicaraan hendaklah mengemukakan Surat Persetujuan yang telah ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Notaris Awam. Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Persetujuan ini boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah dan boleh dimuat turun di ruangan muat turun borang laman web ini



Cara Harta Pusaka Kecil Dibahagikan


Pembahagian adalah mengikut hukum syarak bagi orang Islam.


Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) bagi orang bukan Islam.


Pembahagian secara muafakat boleh dibuat jika semua waris bersetuju.


Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok ) 1960 tidak boleh dibuat kepada dari 2 orang. Jika lebih dari 2 orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada 2 orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.


Jika simati meningggal tanah di daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan Jempul dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian iii Akta.


Perintah jualan secara tender dikeluarkan dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.


Jangkamasa Memproses Sesuatu Tuntutan.


Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 1/2 bulan.

Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis iaitu kematian waris-waris kepada simati dan harta berada di dalam daerah yang berlainan jangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.

Rayuan Terhadap Perintah


Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka hendaklah membuat rayuan melalui Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka ke mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dibuat.

Pendaftaran Perintah Pembahagian.

* Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah / geran ke pejabat tanah berkenaan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
* Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian kepada agensi / institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.
* Permohonan yang kemudian
* Permohonan yang kemudian ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal diselesaikan.



Permohonan Yang Seterusnya ( Seksyen 17 )

Permohonan ini dibuat selepas permohonan awal ( Seksyen 8- Borang A ) telah diselesaikan.

Permohonan yang kemudian boleh dibuat dalam keadaan berikut;

* Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
* Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
* Apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru;
* Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
* Untuk menarik balik sesuatu kaveat pendaftar;



Setiap permohonan yang kemudian boleh dibuat dengan menggunakan Borang P ( Permohonan Yang Seterusnya )

Bayaran-bayaran yang dikenakan;

Bayaran pendaftaran:

1. RM 10.00 bagi permohonan baru (Borang A - Seksyen 8), boleh dimuaturun
2. RM 10.00 bagi permohonan yang seterusnya (Borang P - Seksyen 17), boleh dimuaturun
3. Mulai 1 September 2009, bayaran permohonan (Borang A dan Borang P) adalah percuma.



Bayaran selepas pembicaraan;

1. RM 10.00 bagi bayaran perintah (Seksyen 8 dan 17) untuk permohonan yang dibuat sebelum 1 September 2009. Walaubagimana pun bagi permohonan selepas 1 September 2009, bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati;
2. Bagi permohonan di bawah Seksyen 17 yang tidak melibatkan ketinggalan harta seperti membatalkan amanah,pentadbir,lantikan pemegang amanah atau pentadbir yang baru, bayaran perintah adalah RM30.00. Namun jika melibatkan ketinggalan harta ( sama ada tidak alih atau alih atau kedua-duanya, bayaran perintah adalah mengikut nilaian harta yang terkini diselesaikan di bawah Seksyen 17 sahaja. Bayaran mendaftarkan perintah dalam hakmilik tanah (geran) jumlahnya mengikut peraturan-peraturan tanah negeri;
3. Duti harta pusaka – jika ada akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah akta duti harta pusaka 1941;
4. Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan RM5.00 bagi salinan kedua dan seterusnya;
5. Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/waris dikehendaki membayar RM30.00 bagi salinan pertama dan RM10.00 bagi salinan kedua dan setiap salinan seterusnya.



Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut;

1. RM50.00 bagi bayaran rayuan;
2. RM1,500.00 bagi bayaran rayuan (deposit)
3. Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki, salinan pertama adalah RM30.00. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10.00.
4. Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama nota perbicaraan RM30.00- Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan salinan kedua/seterusnya RM10.00-Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya.

Mengapa permohonan pusaka perlu dibuat segera;

1. Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
2. Memudahkan proses pembahagian pusaka.
3. Membolehkan harta pusaka dimanfaat dengan segera bagi faedah semua waris
4. Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
5. Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada pendaftar wang tak dituntut.


Senarai Dokumen:

a. Borang Persetujuan Pembahgian Harta Pusaka Kecil
b.Panduan Menghadiri PerbicaraanPembahagian Harta Pusaka Kecil
c.Dokumen - Mengemukakan Borang A
d.Dokumen Borang P
e.Dokumen K2: Notis Rayuan (Seksyen 29)
f. Panduan Mengisi Borang P
g.Borang P: Permohonan Seterusnya (seksyen17)
h. Panduan Mengisi Borang A
i. Borang A: Permohonan Awal (seksyen 8)


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 05:12 PM