IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Belajar Pelaburan Emas (SpotGold & Public Gold)
Moderator2
kiriman Nov 7 2014, 04:09 PM
Kiriman #1


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



Belajar Strategi Pelaburan Emas (SpotGold & Jongkong Emas) :


Sesi Beginner: Asas Pelaburan Emas

· Pelaburan Emas Simpanan Tetap di Bank melalui Buku Akaun
· Asas Spot Gold
· Transaksi Jual Beli Emas & Rate emas


Sesi Intermediate: Analisa Teknikal & Fundamental

· Asas Chart MT4 & Automatik Trading
· Analisa Teknikal & Fundamental (mengunakan berita ekonomi)
. Strategy Trading SpotGold


Sesi Advance: Teknik Pelaburan Emas sebagai Aset Jangka Panjang

· Pelaburan emas melalui barang kemas / perhiasan
· Mengenali Gold Bar / Jongkong emas & Syiling emas , karat etc
· Analisa Teknikal Pelaburan Jangka Panjang



ZON A:
1. Kuala Lumpur : Aras 3 Perpustakaan Negara ( Peta )
2. Klang-Shah Alam : Hotel Comfort ( Peta )
3. Negeri Sembilan : Hotel Senawang / Chorus Port Dickson. ( Peta )
4. Puchong-Putrajaya : Alpha Arena Taman Putra Perdana ( Bersebelahan Cyberjaya / Putrajaya ) ( Peta )

Jadual : Setiap Ahad, 12.00 tgh - 5.00 ptg ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm


ZON B:
1. Perak : Hotel Bunga Raya UPSI Tanjung Malim . ( Peta )
2. Melaka : Hotel 906 AirPort. ( Peta )
3. Pahang : Lake Chini Resort (Peta)

Jadual : Setiap Ahad, 3.00 ptg - 8.00 mlm ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm


ZON C:
1. Kedah / Perlis : GHotel Shahab Perdana Alor Star. ( Peta )
2. Terengganu : Scouts Inn Kuala Terengganu Airport. ( Peta )
3. Johor : Rose Cottage Hotel Senai Airport. ( Peta )
4. Sarawak : RH Plaza Hotel, Kuching. ( Peta )
5. Sabah : AirPort View Hotel, Kota Kinabalu. ( Peta )
6. Pahang : Exclusive LA Hotel, Kuantan. ( Peta )
7. Pulau Pinang : Hotel EST Bayan Lepas. ( Peta )
8. Kelantan : Milton Hotel AirPort Kg. Parang Puting. ( Peta )
9. Langkawi / Perlis : One Hotel Helang Airport Langkawi. ( Peta )
10. Sarawak : Miri Trail GuestHouse Airport. ( Peta )
11. Sabah : Hotel Pulau Labuan 2. ( Peta )
12. Terengganu : Kerteh Damansara Inn, Airport. ( Peta )
13. Sarawak : Grand Faber Inn, Bintulu. ( Peta )
14. Sabah : Park View Hotel, Sandakan. ( Peta )

Jadual : Setiap Ahad, 3.00 ptg - 8.00 mlm ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm



*Untuk pelajar Negeri-negeri lain, Brunei, Singapore dan Indonesia boleh mendaftar untuk Kelas Online jika tidak dapat hadir kelas bersemuka.


Pendaftaran boleh dibuat di : http://klgoldshop.2ya.com/
Maklumat lanjut di : http://www.klfx.blogspot.com




.


--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
Moderator2
kiriman May 20 2015, 04:27 PM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



BANGI, April 2013 – Malaysia boleh di anggap sebagai sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah inflasi yang ketara, walaupun pernah dilanda inflasi tinggi ekoran krisis matawang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Prof Dr Mansor Jusoh dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Malaysia secara purata mengalami kadar inflasi 3.75 peratus setahun antara 1973 hingga kini, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi sehingga 23.9 peratus pada Mac 1974 dan terendah 2.4 peratus pada Julai 2009.

Beliau berkata demikian di Perbincangan Meja Bulat mengenai “Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan” di sini hari ini. Perbincangan itu dianjurkan FEP.

Dua anggota panel lagi adalah Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera dari Fakulti Sains Ekonomi and Pengurusan, Jabatan Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Juzaili bin Lup, Penganalisa Penyelidikan Kanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prof Madya Dr Sani Ahmad, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM bertindak sebagai moderator.

Prof Mansor berkata apabila inflasi berlaku jumlah barangan yang boleh dibeli dengan wang yang sama akan berkurangan.

Inflasi adalah suatu fenomena yang biasa dihadapi sesebuah ekonomi yang sedang berkembang. Bagaimana pun inflasi tinggi dianggap sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dielak.

Antara matlamat utama dasar kewangan sesebuah negara adalah untuk mengawal inflasi dan menjamin kestabilan harga. Contohnya, mensasarkan inflasi dalam melaksanakan dasar kewangan. Itulah pendekatan yang diambil oleh negara-negara Eropah.

“Kesan inflasi tidak sama kerana terdapat juga golongan yang mendapat manfaat daripadanya misalnya peniaga tetapi rata-rata lebih banyak pihak yang akan mendapat kesan negatif, terutama apabila kadar inflasi melambung tinggi dan meluap,” kata Prof Mansor.

Beliau menerangkan bahawa inflasi hiper boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada wang dan boleh mencetuskan kembali sistem barter (pertukaran barang).

Kiranya inflasi hiper berterusan matawang asing boleh mengambil alih matawang tempatan sebagaimana berlaku di Argentina dan boleh membawa kepada ekonomi menjadi lumpuh. Inflasi yang tak dijangkakan boleh pula menjejaskan keputusan pelaburan dan mengakibatkan penurunan pengeluaran barang buatan dari kilang.

Beliau menerangkan bahawa semasa inflasi, nilai benar dana akan merosot. Contohnya dana RM1 juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 5% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan adalah 5%.

Tindakan rasional pelabur adalah mewujudkan fortfolio aset pelbagai terdiri daripada wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, saham, bon atau atau aset benar seperti hartanah dan emas. Bagaimanapun aset demikian itu juga boleh dipengaruhi inflasi baik dari segi harga mahupun kadar pulangan.

“Tetapi, oleh kerana setiap aset terdedah kepada risiko yang berbeza ekoran ketidakpastian inflasi, perubahan harga dan kadar pulangan akan berbeda-beda mengikut jenis aset,” kata Dr Masor.

Beliau juga menerangkan bahawa semasa inflasi yang meluap, nilai aset seperti hartanah dan emas cenderung untuk meningkat. Ini adalah disebabkan orang ramai menganggap aset seperti emas adalah pelindung nilai yang baik.

Dr. Mansor berkata kecenderungan untuk memilih aset yang bersifat jangka pendek dan aset lindung nilai seperti emas mungkin baik untuk fortfolio pemegang dana. Bagaimanapun, pilihan itu kurang baik untuk ekonomi secara keseluruhan. Tindakan ini boleh menjejaskan penyaluran dana untuk pelaburan fizikal yang lebih produktif.

Prof Madya Dr Ahamed pula telah membincangkan persoalan “Ekonomi Dunia 2012/13 dan Emas”. Dalam keadaan global semasa dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih belum pulih di tokok krisis hutang Eropah boleh membawa kepada kemungkinan berlakunya inflasi Global hingga membenam harga hartanah dan membawa kepada kesan limpahannya.

Akibatnya ia boleh memberi kesan domino yang akan berterusan dengan kemungkinan berlakunya peperangan di Timur Tengah yang boleh bertukar menjadi peperangan global.

Dr Ahamed berkata ancaman segera adalah hyperinflation global, kemelesetan ekonomi global, pengangguran, pertelingkahan dan peperangan antara negara. Semua itu boleh membawa kepada penurunan nilai dolar, euro dan kemelesetan ekonomi dunia yang mendadak.

Ekonomi dunia kini yang bergantung kepada Fiat Money, wang yang dicetak tanpa sokongan, akan meleset sebagaimana juga nilainya juga berkurangan. Keadaan demikian mungkin memaksa dunia mengambil jalan keluar dengan menggunakan emas dan perak kembali sebagai mata wang.

Bagaimana pun dengan pengeluaran emas yang terhad ditambah pembelian oleh bank-bank pusat dan permintaan semakin meningkat dari India dan China, dua pengguna terbesar emas, ia berpotensi memacu harganya meningkat sehingga AS$5,000 satu oz.

Laporan Standard Chartered sehingga Jun 2011 meramalkan emas dan perak akan menjadi aset pilihan dalam keadan huru-hara, peperangan dan pergolakan. Kedua-dua logam berharga ini sememangnya telah pun digunakan sebagai matawang dalam sejarah dunia.

Beliau menyorot kepada ramalan pemenang Hadiah Nobel untuk Ekonomi tahun 1999, Robert Alexander Mundell bahawa emas akan muncul kembali dalam sistem kewangan antarabangsa pada abad ke-21. Nampaknya ramalan itu tidak salah kerana berkemungkinan emas kembali digunakan sebagai standard wang dalam tahun ini, kata Dr Ahamed.




--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- Moderator2   Belajar Pelaburan Emas (SpotGold & Public Gold)   Nov 7 2014, 04:09 PM
- - Moderator2   Signal Forex: http://www.******.com/forum/fx-gene...   Nov 7 2014, 04:09 PM
- - Moderator2   [Image: hargaemas-trading-eta-emas.jpg] ETA adalah...   Nov 24 2014, 04:43 PM
- - Moderator2   Apabila harga emas mula naik, trade emas fizikal ,...   Dec 4 2014, 05:02 PM
- - Moderator2   Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu Antara kelebihan s...   Dec 11 2014, 05:06 PM
- - Moderator2   Kisah Benar. Anda Boleh Rugi Dengan Gadaian Emas d...   Dec 19 2014, 04:30 PM
- - Moderator2   Dimaklumkan ini adalah Panggilan Terakhir untuk Ke...   Dec 26 2014, 04:40 PM
- - Moderator2   “Risau” Nak Simpan Emas Menggantikan Wang Ringgit?...   Jan 2 2015, 04:23 PM
- - Moderator2   Mana lebih untung? Barang kemas (emas perhiasan) a...   Jan 9 2015, 04:27 PM
- - Moderator2   FastMarkets penganalisis William Adams adalah sedi...   Jan 23 2015, 04:55 PM
- - Moderator2   Cara Mudah Meramal Kenaikan Harga Emas Bila harga...   Feb 6 2015, 04:30 PM
- - Moderator2   Tukarkan Untung ASB Anda Kepada Dinar Emas Seri...   Feb 13 2015, 04:45 PM
- - Moderator2   Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... ...   Feb 27 2015, 04:35 PM
- - Moderator2   Selamat Sejahtera kepada anda semua, artikel kali ...   Mar 13 2015, 04:41 PM
- - Moderator2   Emas berjangka di divisi COMEX New York Mercantile...   Mar 20 2015, 04:23 PM
- - Moderator2   10 cara menggandakan keuntungan Banyak terpapar d...   Apr 1 2015, 04:41 PM
- - Moderator2   Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada...   Apr 8 2015, 04:27 PM
- - Moderator2   Harga emas diramal pulih pada tahun 2015 selepas s...   Apr 15 2015, 04:29 PM
- - Moderator2   PANGGILAN TERAKHIR UNTUK KELAS PELABURAN EMAS : 1...   Apr 22 2015, 04:17 PM
- - Moderator2   Cara Kiraan Zakat Emas Emas dan perak merupakan l...   May 13 2015, 04:27 PM
- - Moderator2   BANGI, April 2013 – Malaysia boleh di anggap seba...   May 20 2015, 04:27 PM
- - Moderator2   Untuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan pera...   Jul 29 2015, 04:40 PM
- - Moderator2   27 Istilah Terkini Dunia Emas Malaysia salam horm...   Sep 10 2015, 04:43 PM
- - Moderator2   Tukarkan Untung ASB Anda Kepada Dinar Emas ...   Sep 16 2015, 04:14 PM
- - Moderator2   TAHAP TAHAP Trader Berjaya... Tahap 1 ( Unconscio...   Sep 30 2015, 03:59 PM


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 18th May 2024 - 04:53 AM