IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

2 Mukasurat V   1 2 >  
Reply to this topicStart new topic
> Kelahiran Google Chrome, Browser Dari Google...
Razif
kiriman Sep 8 2008, 10:42 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Salam, laugh.gif

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome.
Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan.
Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP)

"Kata orang ianya mmg power, berdesup!!!"





Antara berita berkaitan Google Chrome:

Google Lancar Pembaca Sumber Terbuka Yang Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Google Inc hari ini melancarkan pembaca sumber terbukanya yang baru, Google Chrome, yang bertujuan mewujudkan pengalaman web yang lebih baik bagi pengguna.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Google menyatakan Google Chrome itu boleh didapati dalam lebih daripada 40 bahasa.

Naib Presiden bagi Pengurusan Produknya, Sundar Pichai, berkata sama seperti laman utama Google klasik, Google Chrome mempunyai antara muka pengguna mudah dengan teras canggih bagi membolehkan pelayaran web moden.

"Pembaca diolah untuk menyediakan satu pengalaman sesawang yang menyenangkan bagi pengguna. Pada terasnya terdapat platform pelbagai proses yang membantu menyediakan pengguna dengan kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan.

"Ia direka bagi memudahkan pengguna mencari dan mengemudi web untuk mencari kandungan yang mereka perlukan," katanya.

Sundar berkata bagi memudahkan lagi proses melayari keterbukaan web, Google Chrome dikeluarkan sebagai satu projek sumber terbuka.

-- BERNAMA

rolleyes.gif rolleyes.gif rolleyes.gif

Bisnes Dunia: Pelayar web Google saingi IE Microsoft

Syarikat hasilkan Chrome sasar pecah penguasaan enjin carian Internet Explorer

GOOGLE Inc melancarkan pelayar webnya sendiri, langkah yang disasarkan untuk memecah penguasaan Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft Corp serta memastikan akses lebih mudah kepada enjin cariannya.

Syarikat berpangkalan di California itu mengambil langkah luar biasa dengan mengumumkan produk barunya itu pada cuti Hari Buruh selepas ia melancarkan buku komik bagi menandakan kedatangan pelayar baru itu.

Pelayar percuma itu, yang dipanggil ‘Chrome’ sepatutnya boleh dimuat turun semalam di kira-kira 100 negara untuk komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.

Google berkata, ia masih mengusahakan versi yang sesuai dengan komputer Mac keluaran Apple Inc dan sistem operasi Linux.

Pelayar Google itu dijangka menjengah pasaran seminggu selepas Microsoft memperkenalkan versi ujian kemas kini pelayar terkininya, Internet Explorer 8.

Walaupun Google menggunakan pendekatan karikatur untuk mempromosikan Chrome, pelayar baru itu menunjukkan persaingan Google dengan Microsoft dengan Internet Explorer digunakan kira-kira 75 peratus pelayar Web.

Google menerajui pasaran carian internet dengan enjin cariannya memproses hampir dua pertiga daripada permintaan dalam Web.

Sejak beberapa tahun lalu, Google mencuba mengambil kesempatan daripada populariti enjin cariannya untuk melonggarkan kekuatan Microsoft dalam cara pengguna berinteraksi dengan komputer peribadi mereka.

Google sudah mencuba menjadikan alternatifnya lebih menarik dan diterima dengan menjadikannya percuma berbanding cara Microsoft yang memerlukan penggunanya membayar yuran pelesenan untuk memasang perisian itu ke dalam komputer mereka.

Bagaimanapun, Microsoft cuba menghalang Google dengan melabur berbilion dolar untuk membangunkan enjin cariannya sendiri dan membuat cubaan yang tidak berjaya untuk membeli Yahoo Inc bernilai AS$47.5 bilion.

Ketegangan antara Microsoft dan Google kelihatan berpanjangan dengan kemasukan Google ke dalam perniagaan pelayaran Web.

Buat masa ini, ia sedang cuba untuk menjejaskan Internet Explorer dengan menyokong Firefox, pelayar Web yang dibangunkan oleh Mozilla Foundation.

Disokong kerjasama pengiklanan dengan enjin carian Google, Firefox kini menjadi pelayar web kedua paling popular dengan penguasaan pasaran kira-kira 10 peratus.

Baru-baru ini, Google melanjutkan pakatan pengiklanannya dengan Firefox sehingga 2011. - AP
==================

Anda dah cuba??? Cubalah!!!

Dapatkan Disini:

http://www.google.com/chrome






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bluzz
kiriman Sep 9 2008, 10:32 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 31
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 15



Aku dah cuba browse nie.. sekarang tengah pakai biggrin.gif
tetapi masalahnya browse nie tak ada butang Add Favorite


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
PakciQue
kiriman Sep 9 2008, 12:57 PM
Kiriman #3


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 9
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 19



Yup..aku pun dah guna..Tp kadang2 aku switch dengan Firefox gak..tukar2...

Pada aku, ok le...aku suka interface dia yg mcm futuristik..tp ekcelli simple je..dan menjadi tanda tanya aku, kenapa logo dia macam pokeball..?


--------------------
Anda pakar memikat dan mengGODA wanita? | Adakah sidia gadis idaman anda? | Tapi, anda malu mengambil langkah pertama? | Dapatkan tip mengGODA dari Pakar Cinta, M | GODA | via http://kedaimagik.blogspot.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 9 2008, 05:36 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



QUOTE (bluzz @ Sep 9 2008, 10:32 AM) *
Aku dah cuba browse nie.. sekarang tengah pakai biggrin.gif
tetapi masalahnya browse nie tak ada butang Add Favorite


add favorite dalam GC x sama cam firefox.kene klik kat favorite baru boleh add. tapi betul2 power berbanding firefox kerana sistem multi prosesnya sangat berjaya untuk melajukan browser kita dan mengurangkan pengunaan RAM. seperti kajian yang saya dah wat, kalau firefox gunakan hampir 130KB untuk membuka 4 page, GC hanya menggunakan lebih kurang 78KB 4 page web yang sama. So mesti lagi laju komputer anda pkai GC ini..so bertukarlah..hehe..tapi ada jugak kelemahan sebab x semua skrip boleh di baca, terutama skrip yg advance


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Razif
kiriman Sep 9 2008, 05:39 PM
Kiriman #5


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



QUOTE (wanmus @ Sep 9 2008, 05:36 PM) *
add favorite dalam GC x sama cam firefox.kene klik kat favorite baru boleh add. tapi betul2 power berbanding firefox kerana sistem multi prosesnya sangat berjaya untuk melajukan browser kita dan mengurangkan pengunaan RAM. seperti kajian yang saya dah wat, kalau firefox gunakan hampir 130KB untuk membuka 4 page, GC hanya menggunakan lebih kurang 78KB 4 page web yang sama. So mesti lagi laju komputer anda pkai GC ini..so bertukarlah..hehe..tapi ada jugak kelemahan sebab x semua skrip boleh di baca, terutama skrip yg advance


a`a... yang pasal favourite tue aku mg setuju....
tapi kira ok la tue... biasa la benda baru....
tapi kalau tgk CPU USAGE la...
mmg mencanak naik!!! dia tarik habis la tue...
ambik ko... kadang2 apa2 yang nak didownload pun leh stuck tue...
macam torrent dulu la... kalau guna mmg performance PC guna sepenuhnya... tongue.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
surfaddict
kiriman Sep 9 2008, 05:41 PM
Kiriman #6


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 4
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 10



Saya masih belum mencuba browser ni..aduh sudah di gam dengan firefox agak susah nak cuba browser lain. Tp sebenarnya sy yg malas nak cuba bukan tak mau..tunggu kalau-kalau ada leak mana2 nanti biarkan mereka betul kan dulu.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
exinco
kiriman Sep 12 2008, 06:20 PM
Kiriman #7


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 44
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 11



aku dah try pelayar ni. cuma untuk kegunaan utama saya gunakan firefox. senang buat kerja2 online.
mungkin suatu hari nanti chrome ni juga akan tambah fungsi yg advance


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
taukey
kiriman Sep 14 2008, 04:52 PM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 194
Sertai: 14-September 08
No. Ahli: 38



aku rasa aku takkan pakai ni. sebab secara tak lansung apa yang aku nampak google akan lebih tahu apa yang anda buat. Cam contoh seperti cookies dan sebagainya yang berkaitan. Sudah tentu google akan memperolehi maklumat tersebut. Jadi saya rasa sedikit susah untuk saya menggunakan biarpun hanya untuk mencuba sekali pun


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
hexagold
kiriman Sep 22 2008, 12:27 PM
Kiriman #9


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 48
Sertai: 20-September 08
No. Ahli: 65



QUOTE (taukey @ Sep 14 2008, 04:52 PM) *
aku rasa aku takkan pakai ni. sebab secara tak lansung apa yang aku nampak google akan lebih tahu apa yang anda buat. Cam contoh seperti cookies dan sebagainya yang berkaitan. Sudah tentu google akan memperolehi maklumat tersebut. Jadi saya rasa sedikit susah untuk saya menggunakan biarpun hanya untuk mencuba sekali pun


Betul tu, tapi kalau nak browse suka-suka boleh lah sebab laju sikit bila kita surf internet, tapi kalau nak buat marketing mungkin google boleh track dan akan tahu apa yang kita lakukan. Saya still dengan firefox agaknya, kalau nak lajukan firefox, kita boleh tweak sikit kita punya firefox.


--------------------
Blog Rasmi saya-klik sini[/size]
Go to the top of the page
 
+Quote Post
jasmanjunid
kiriman Sep 22 2008, 04:07 PM
Kiriman #10


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 141
Sertai: 19-September 08
Daripada: KL
No. Ahli: 50



Salam hormat,
JJ dah download tapi still belum guna lagi. Tunggu stabil barulee nak guna. Buat masa ni JJ masih setia kat IE. Bukan apa, kat sini jika nak access system kena guna IE. Jika guna browser lain sah tak boleh buat keje.
Me kaceh
Go to the top of the page
 
+Quote Post
taukey
kiriman Sep 24 2008, 12:22 PM
Kiriman #11


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 194
Sertai: 14-September 08
No. Ahli: 38



salah satu yang aku lihat dari tujuan google buat browser ni adalah sebab mereka ingin mengurangkan kos kos mereka. cuba fikirkan berapa juta yang mereka bayarkan kepada mozilla hanya utk jadikan google sebagai homepage. aku rasa mesti kaya pembuat mozilaa tu. sebab tu dia nak buat sendiri dan semasa dalam fungsi beta ni dia dapat tahu berapa ramai yang guna dan sambutannya.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 30 2008, 12:07 PM
Kiriman #12


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



Aku dah try beza guna google chrome dan mozilla firefox 3.0 untuk kelajuan streamyx 1.0MB, memang tak de beza sangat..tapi bila guna celcom broadband ngan kelajuan 115Kbps ni, barulah terasa perbezaannya..maklumlah kat kampung ada gprs pun dah mujur. ni pulak pakai hp sebagai modem..jelas mozilla memenangi perbezaan ni..mula2 ingat pakai google chrome ni lajulah skit, rupanya tak..malah lagi laju gunakan mozilla firefox ni..so mungkin kita boleh tggu yang google chrome yang full release kot.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Oct 6 2008, 11:46 AM
Kiriman #13


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Mmg dok compare guna Firefox vs Chrome ni, nampak Firefox lebih laju.. mgkn kena tunggu full release Chrome nanti..

Chrome ni lebih simple, kemas dan unik.. ada features nya yg tiada dekat browser2 lain.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
lankutu
kiriman Oct 7 2008, 01:03 AM
Kiriman #14


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 10
Sertai: 7-October 08
No. Ahli: 93



kalau chrome ada plugin macam firefox..aku sokong sangat...aku dah suka plugin yg ada dalam firefox..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Oct 7 2008, 07:46 AM
Kiriman #15


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Aku tgh tunggu version final GC
Mana tahu kot2 akan ada perubahan baru dalam GC
Aku guna GC kadang2 masa nak load page2 biasa
Kalo nak download...aku akan gun FF sebab ada add on extension untuk IDM tongue.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Jun 8 2010, 12:42 AM
Kiriman #16


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Aku rasakan Chrome lagi best berbanding Firefox sekarang, extensions pun dah banyak macam addons dalam Firefox. Best, laju... Aku tinggalkan Firefox buat masa ni. Babai Firefox. smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jun 8 2010, 07:26 AM
Kiriman #17


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



>>Google Chrome Speed Tests<<


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 8 2010, 09:54 PM
Kiriman #18


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



mmg GC lebih laju. aku sendiri pon dah guna. lagi ketara tak makan memory byk macam musang berapi..
tapi ade 'sesuatu' yg masih lagi aku ttp ngan musang berapi ni..tak tahu ape benda...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Jun 12 2010, 12:16 PM
Kiriman #19


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Aku guna GC especially kalo nak tgk website jer
Kalo nak download2 file...aku guna Musang Berapi hehe
Tp GC ni mmg laju
Tp kena tunggu FF v4 kot2 akan lg laju pasni


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 13 2010, 03:52 PM
Kiriman #20


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



harap FF lepas ni xde la mkn memory byk sgt..kalau jenis cam aku yg suke biarkan browser lame2...susah la..masalah nanti..
GC aku pakai utk FB dan surf2 aje.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

2 Mukasurat V   1 2 >
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 02:49 AM