IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

Profil
Foto Personal
Bintang
 
Pilihan
Pilihan
Pernyataan Personal
kakaroct buat masa ini tidak mempunyai sebarang pernyataan personal.
Maklumat Personal
kakaroct
Bukan Eksekutif
Umur tidak diketahui
Jantina tidak diset
Lokasi tidak diketahui
Tarikh lahir tidak diketahui
Minat
Tiada Info
Statistik
Sertai: 12-September 08
Profil Dilihat: 3,433*
Kemunculan Terakhir: 22nd December 2008 - 05:24 PM
Masa: Sep 25 2022, 03:40 PM
26 kiriman (0 per hari)
Maklumat Perhubungan
AIM Tiada Info
Yahoo Tiada Info
ICQ Tiada Info
MSN Tiada Info
* Paparan profil terkemaskini setiap jam

kakaroct

Member Rasmi

*


Topik
Kiriman
Komen
Kawan
setakat ini..
18 Nov 2008
Assalamualaikum....Salam sejahtera...Selamat pagi warga cakap.net...

Bersama mekanik anda lagi dalam sudut penjagaan kereta anda...ewahh...

Pernahkah anda mengalami masalah kesukaran menghidupkan kereta pada waktu pagi...
uuhh...sungguh memilukan...Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan battery yg telah weak...
ada juga kes2 tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti
lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya...ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi
pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan
discharge.Byk kemungkinan penyebab masalah "morning2" nih...hehehe...

Pagi ini kita akan bercakap tentang langkah2 keselamatan membuat jump start...

1-Rapatkan kedua2 kereta anda supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua2 bahagian kenderaan...
Jgn terlalu rapat sehingga menyentuh...hehehe...apalaa...



2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start

3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan...benda asas klu nak start kereta...

4-seperti biasa...merah untuk positif...hitam untuk negatif...pastikan anda memasang positif dahulu
di kedua2 kereta barulah memasang bahagian negatif...



5-Hidupkan kenderaan yg weak bateri tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati2
dan perlahan2...pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan
kemudian barulah positif...

6-Biarkan engine kereta anda running sebelum memulakan perjalanan utk tukar bateri atau ke bengkel
dan sebagainya...



Semoga apa yg dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta...
mungkin perkara ini agak mudah tp sapa2 yg x tau tu dptlaa juga sesuatu...Langkah2 keselamatan
perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan...

Sehingga kita berjumpa lagi di masa akan datang...Sayangilah kereta anda kurang sket drpd isteri anda...



17 Nov 2008
Assalamualaikum...salam sejahtera....

sudah agak lama saya tidak post disini...masalah teknikal...hehehe...

hari ini kita akan membincangkan tentang penjagaan alat ganti untuk kenderaan 4x4.
Dibidang kerja saya,sering saya alami masalah ini.Walau berbuih nasihat saya kepada
para pemandu/pelanggan saya,namun hal ini sering terjadi,perkara yg saya maksudkan ialah

" FRONT HUB FREE AND LOCK"....



Apa bende nih???

Menatang nih adalah untuk lock front wheel drive untuk kenderaan 4x4 untuk yg manual...
Sekarang dah maju...byk yg automatic lock...hanya perlu tekan butang sahaja...ewahh...
tp yg manual nih kena pusing daa...

Jaga dia senang jer...just make sure benda ni kita bagi free bila dah lepas lalu off road...tu jer...
jgn bawak laju dlm lock 4x4...kita dpt perasan time nih engine dlm rpm yg tinggi...
pun ada juga pelanggan kita yg buat2 tak tau pki sampai sehari baru nak release...
Penggunaan terlalu lama pada benda ni menyebabkan kerosakan pada front wheel bearing...
Cara untuk memasukkan low gear juga amat penting...rujuk pada manual yg terdapat pada
kenderaan anda atau berhubung terus dengan service advisor anda...caranya mungkin berbeza
dari model2 kenderaan yg lain...

Tanda2 kerosakan selalunya klu bearing mengeluarkan bunyi yg agak bising...seolah-olah bunyi
brake jamned...Kebiasaannya sekiranya sudah rosak,kita akan ganti sekali wheel bearing inner,
outer,front hub oil seal dan yg paling mahal sekali menatang kat atas tuh...anggaran harga untuk
front hub free and lock itu sahaja dalam linkungan RM700-RM1000 untuk satu bahagian bergantung
pada model...Selalunya kita akan gantikan kedua2 bahagian iaitu kanan dan kiri kerana kerosakan
selalu terjadi kedua2 bahagian...bergantung pada kerosakan jugak laa...klu dah free sebelah kanan
tp x free sebelah kiri...musykil jugak...tp seingat saya pernah juga terjadi perkara nih...hehehe...
agak2 klu kos keseluruhan baikpulih makan ribu-riban jugalaa...ish..ish...boleh beli ex5 sekenhen cash...

Sehingga kita berjumpa lagi di ruangan akan datang...
ingatlaa pesanan saya...sayangilaa kereta anda kurang sket drpd isteri anda...hehhee....
17 Sep 2008
BINAAN kolam ikan pada laman memberikan pemandangan visual berbeza untuk keindahan semula jadi dan mendamaikan.

Tidak dinafikan, proses penyelenggaraan kolam antara faktor utama ramai di kalangan pemilik kediaman membatalkan hasrat untuk membina kolam berkenaan.

Perlu difahami keadaan kolam sentiasa kekal bersih dan terjaga rapi jika sistem pengaliran air serta penapisnya berfungsi dengan baik.

Pilihan penapisnya juga perlu tepat supaya dapat berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Tangki penimbang juga perlu disediakan bagi mengawal tahap kedalaman air dan paip limpahan bagi mengawal air kolam ketika hujan lebat.

Air kolam biasanya perlu ditukar sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan sekali, cuma penapisnya saja perlu dibersihkan sebulan sekali selain bergantung kepada saiz kolam dan bilangan ikan yang dibela.

Biasanya pembinaan kolam ikan mempunyai kesinambungan dengan reka bentuk landskap.

Paling tepat jika binaan kolam dibuat ketika rumah sudah hampir siap dan kerja membina landskap sedang giat dilakukan kerana proses menanam paip, sistem pam serta tapisan selalunya dibuat sebelum menanam pokok dan rumput.

Dalam usaha membina kolam ikan terbaik mengikut cita rasa anda dan keluarga, perkara paling utama ialah memastikan terlebih dulu jenis ikan yang bakal dibela dalam kolam itu.

Seterusnya, pilih ruang atau sudut terbaik di laman bagi menempatkan binaan kolam ikan berkenaan supaya tidak mengganggu ruang pergerakan dan keselesaan bersantai.

Kemudian, fikirkan jenis pembentukan air berpancuran atau air terjun yang sesuai untuk kolam ikan. Perkara terakhir yang perlu dilaksanakan ialah mengambil kira bajet kewangan untuk pembentukan kolam ikan.

Apabila kolam ikan siap dibina, jangan terus masukkan ikan mahal sebaliknya cuba dulu ikan kecil yang murah.

Sekiranya dalam jangka masa seminggu tiada apa-apa terjadi kepada ikan berkenaan, barulah sesuai dilepaskan koi atau kap Jepun yang dibeli dengan harga ribuan ringgit.
17 Sep 2008
SUASANA laman lebih kelihatan hijau dengan kehadiran hamparan indah rumput hiasan yang menyejukkan lagi persekitaran.

Latar laman tetap mempamerkan nilai visual tersendiri biarpun kemasan lantai berasaskan pilihan jubin, marmar atau simen mahal kerana apabila tiba cuaca panas atau bahang, kehadiran rumput hijau lebih menyejukkan pandangan mata.

Menanam rumput hiasan bukan sekadar mampu mengubah suasana menjadi lebih semula jadi, malah pelbagai faedah boleh dimanfaatkan.

Bertindak sebagai penapis air, rumput yang tumbuh segar dapat mengawal aliran air ke dalam tanah, tasik atau sungai.

Langkah menanam rumput pada laman rumah juga dapat mengatasi masalah larian permukaan tanah.

Aliran air hujan yang terlalu banyak pada permukaan tanah yang tidak ditanam rumput menyumbang kepada pembawaan tanah, debu atau sampah bersamanya.

Pada masa sama, ia boleh menghalang hakisan tanah berbanding kawasan tanah kosong tidak ditanam rumput.

Kawasan yang ditanam rumput juga membantu pengaliran udara segar selain menyejukkan kawasan berhampiran berbanding laman yang dilitupi simen konkrit.

Secara tidak langsung laman yang ditanam rumput dapat mengelakkan habuk atau debu terutama ketika cuaca panas dan kering.

Seterusnya pencemaran udara juga dapat dielakkan kerana permukaan daun rumput memerangkap sebahagian pencemaran yang berlaku di sekitarnya.
17 Sep 2008
BONSAI antara tanaman popular yang menghiasi ruang laman kediaman dan mempamerkan suasana hijau.

Penggunaan pasu bersaiz kecil antara pilihan terbaik bagi membantu pokok bonsai lebih besar dan menjadi tumpuan di laman.

Pasu yang mempunyai kandungan tanah yang banyak juga dapat menyimpan air untuk tumbesaran akar bonsai.

Bagaimanapun, jika tanah di dalam pasu berkurangan dan berlaku pertumbuhan akar secara serentak, boleh menyebabkan air sukar meresap ke dalam tanah.

Langkah terbaik dengan menukar segera pasu bersaiz lebih besar mengelakkan terbantutnya tumbesaran bonsai.

Seterusnya menyiram bonsai tentunya menjadi rutin penjagaan ketika di laman dan pastikan air siraman mengalir keluar pada bahagian bawah pasu.

Anda juga digalakkan menyiram pokok berkenaan dua kali sehari khususnya cuaca panas atau kering.

Uniknya, pokok bonsai antara tumbuhan perlu terdedah dengan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam dalam sehari terutama ketika daun baru tumbuh.

Biasanya pokok bonsai subur dan cantik mempunyai daun halus, kecil manakala batang utamanya tidak berlubang.

Elak menebuk atau memaku batang pokok berkenaan kerana boleh menyebabkan kesan luka seterusnya menjejaskan kesuburan bonsai.

Bagi bonsai yang sudah matang, tabur baja organik di sekeliling batang pokok berkenaan dua kali sebulan.

Anda harus teliti kerana dikhuatiri terkena batang pokok dan kurangkan kuantiti pemberian baja pada yang baru dipangkas.

Pembajaan baja yang kerap atau sekurang-kurangnya seminggu sekali amat digalakkan.

Pada masa sama, rutin memangkas dan mereka bentuk pokok bonsai sesuai dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Anda digalak menggunakan saiz dawai sesuai membuat lenturan menarik bonsai di laman kediaman anda.

Pembentukan bonsai baik dan sekata pertumbuhan daunnya boleh diwujudkan dengan cara membuang semua daun sedia ada hingga menampakkan rantingnya saja.

Rutin pembentukannya boleh dilakukan empat bulan sekali dan kikis batang bonsai diserang kulat.

Antara penyumbang utama pertumbuhan bonsai ialah saiz dahannya satu pertiga daripada saiz batang bonsai.

Sekiranya didapati daun bonsai lebih besar, ia disebabkan pokok itu kurang mendapat cahaya matahari.
Pelawat terakhir


17 Dec 2008 - 15:11


20 Nov 2008 - 9:05

Komen
Ahli lain tidak buat sebarang komen untuk kakaroct.

Kawan
Tiada kawan untuk dipaparkan.
Versi Ringkas Masa sekarang: 25th September 2022 - 03:40 PM