IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

Reply to this topicStart new topic
> Pastikan jenis ikan
kakaroct
kiriman Sep 17 2008, 08:35 AM
Kiriman #1

Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 26
Sertai: 12-September 08
No. Ahli: 34

BINAAN kolam ikan pada laman memberikan pemandangan visual berbeza untuk keindahan semula jadi dan mendamaikan.

Tidak dinafikan, proses penyelenggaraan kolam antara faktor utama ramai di kalangan pemilik kediaman membatalkan hasrat untuk membina kolam berkenaan.

Perlu difahami keadaan kolam sentiasa kekal bersih dan terjaga rapi jika sistem pengaliran air serta penapisnya berfungsi dengan baik.

Pilihan penapisnya juga perlu tepat supaya dapat berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Tangki penimbang juga perlu disediakan bagi mengawal tahap kedalaman air dan paip limpahan bagi mengawal air kolam ketika hujan lebat.

Air kolam biasanya perlu ditukar sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan sekali, cuma penapisnya saja perlu dibersihkan sebulan sekali selain bergantung kepada saiz kolam dan bilangan ikan yang dibela.

Biasanya pembinaan kolam ikan mempunyai kesinambungan dengan reka bentuk landskap.

Paling tepat jika binaan kolam dibuat ketika rumah sudah hampir siap dan kerja membina landskap sedang giat dilakukan kerana proses menanam paip, sistem pam serta tapisan selalunya dibuat sebelum menanam pokok dan rumput.

Dalam usaha membina kolam ikan terbaik mengikut cita rasa anda dan keluarga, perkara paling utama ialah memastikan terlebih dulu jenis ikan yang bakal dibela dalam kolam itu.

Seterusnya, pilih ruang atau sudut terbaik di laman bagi menempatkan binaan kolam ikan berkenaan supaya tidak mengganggu ruang pergerakan dan keselesaan bersantai.

Kemudian, fikirkan jenis pembentukan air berpancuran atau air terjun yang sesuai untuk kolam ikan. Perkara terakhir yang perlu dilaksanakan ialah mengambil kira bajet kewangan untuk pembentukan kolam ikan.

Apabila kolam ikan siap dibina, jangan terus masukkan ikan mahal sebaliknya cuba dulu ikan kecil yang murah.

Sekiranya dalam jangka masa seminggu tiada apa-apa terjadi kepada ikan berkenaan, barulah sesuai dilepaskan koi atau kap Jepun yang dibeli dengan harga ribuan ringgit.

--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 19 2008, 01:28 AM
Kiriman #2

Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16

QUOTE (kakaroct @ Sep 17 2008, 08:35 AM) *

Aku minat sangat2 depan rumah aku nanti ada kolam..kalau boleh kolam renang satu dan kolam ikan satu..kalau lagi mampu, nak kolam memancing satu..hohoo..best sangat2..sebab air ni konsepnya menenangkan..so kalau letih2 balik keje, boleh terus terjun dalam kolam mandi..petang2 bersama keluarga boleh bagi makan ikan..dan hujung miggu jer boleh bersantai sambil memancing..hehehe

--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
rajakamil
kiriman Sep 23 2008, 04:27 PM
Kiriman #3

Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18

Kakerot, nak tanya boleh smile.gif
Ikan apa ye yang biasa digunakan untuk kolam hiasan di rumah?
Kat rumah saya, ada kolam ikan. Masalahnya, air kolam tu cepat jadi hijau, lantai berlumut.
Selalu gak cuci, tapi letihlah kan kalau tak smpi seminggu dah kotor balik.

Satu lagi, kolam ikan saya tu, masa mula2, ia dibina oleh "so called talented artist". Masalahnye, kami sekeluarga tengok, macam kelakar je. Jadi, kami pun bina baru ikut cita rasa kami sendiri plak. Yang sebelum ni, "artist" tu kata, dia akan reka ikut design die sendiri, sebab ilham datang. Porah ! Itu namanye syok sendiri. Sekarang jadi dilema. Nak buang tak tunggul buruk tu atau biarkan je sad.gif

Mintak nasihat sikit

--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
hexagold
kiriman Sep 23 2008, 11:48 PM
Kiriman #4

Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 48
Sertai: 20-September 08
No. Ahli: 65

QUOTE (rajakamil @ Sep 23 2008, 04:27 PM) *
Kakerot, nak tanya boleh smile.gif
Ikan apa ye yang biasa digunakan untuk kolam hiasan di rumah?
Kat rumah saya, ada kolam ikan. Masalahnya, air kolam tu cepat jadi hijau, lantai berlumut.
Selalu gak cuci, tapi letihlah kan kalau tak smpi seminggu dah kotor balik.

Satu lagi, kolam ikan saya tu, masa mula2, ia dibina oleh "so called talented artist". Masalahnye, kami sekeluarga tengok, macam kelakar je. Jadi, kami pun bina baru ikut cita rasa kami sendiri plak. Yang sebelum ni, "artist" tu kata, dia akan reka ikut design die sendiri, sebab ilham datang. Porah ! Itu namanye syok sendiri. Sekarang jadi dilema. Nak buang tak tunggul buruk tu atau biarkan je sad.gif

Mintak nasihat sikit

Biasanya kalau kolam besar, orang bela ikan kap jepun. Alaa yang calourful tu. Biasa la, nak hidup mesti diaorang gelar diri diaorang tu talanted artist. Tapi yang sebenarnya, kita kena tengok portfolio designer-designer ni dulu. Saya kalau nak beli benda-benda macam ni mesti rekomendasi dari kawan. Kalau kawan yang rekomen, designer ni mesti buat yang terbaik, kalau buat cincai aje, nama dia jugak yang busuk.

--------------------
Blog Rasmi saya-klik sini[/size]
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 10:21 PM