Seksaan lengahkan solat |
Seksaan lengahkan solat |
Jan 21 2009, 10:26 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
MENURUT hadis Nabi Muhammad s.a.w, barangsiapa yang meringan-ringankan
solat fardu, nescaya dia akan diseksa dengan 15 seksaan. Daripada seksaan itu, enam di tentukan di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga seksaan ketika dalam kubur dab tiga lagi ketika keluar dari kubur (Hari Kiamat) Enam seksaan di dunia:- -Ditanggalkan berkat pada umurnya. -Dihilangkan daripada mukanya tanda orang solihin -Segala amal yang dilakukan tidak diberi pahala -Tidak diangkat doanya ke langit (tidak diterima) -Marah dan benci kepadanya oleh segala makhluk di dunia -Tidak mendapat bahagian doa daripada orang salihin Tiga seksaan ketika mati -Mati dalam kehinaan -Mati dalam keadaan yang sangat lapar -Mati dalam keadaan yang sangat dahaga. Jika diberi minum semua air laut dunia ini, nescaya tiada hilang dahaganya. Tiga seksaan dalam kubur -Dinyalakan api ke atasnya siang dan malam -Dipatuk ular besar 'syujak al-akrak. Daripada dua matanya, keluar api dan kukunya sepanjang perjalanan sehari dan suaranya seperti guruh. Setiap kali datangnya waktu solat ia memukul tuan nya itu hingga tenggelam kedalam 70 hasta dan dikeluarkan pula dengan kukunya sambil berkata "Aku lah syujak al-akrak. Tuhanku menyuruhku memukul engkau kerana engkau mensesiakan solat fardu" Begitulah keadaannya hingga Hari Kiamat. -Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya Tiga seksaan pada Hari Kiamat:- -Dikeraskan ke atasnya oleh malaikat azab dibawa ke neraka -Menilik Allah Ta'ala dengan pandangan murka pada waktu hisab hingga jatuh daging mukanya -Akan dihisab dengan hisab yang panjang, kemudian diperintah menuju ke neraka, iaitu sejahat-jahat tempat kesudahan |
|
|
Jan 21 2009, 11:33 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Mekasih Cisqo atas ingatan ini... betapa beratnya balasan keatas mereka yg melengahkan solat... apatah lagi bagi mereka yg langsung tidak solat...
Nauzubillah.. -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Jan 22 2009, 12:05 AM
Kiriman
#3
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
|
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 28th April 2024 - 08:19 AM |