IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> TIPS PENJIMATAN PETROL
emmalisa
kiriman Sep 9 2009, 01:54 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 24
Sertai: 15-April 09
Daripada: putrajaya
No. Ahli: 909



Abstrak

Harga petrol yang sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga ke tahun 2009 ini mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Penjimatan Petrol

    <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Memandu dengan tenang. Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, janganlah tiba-tiba saja menukar gear daripada gear tinggi (misalnya gear 5) kepada gear rendah dan membrek sesuka hati. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Kurangkan berat/bebanan kereta. Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus). <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul. Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar lembik dan kurang tekanan kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan petrol. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Kurangkan kelajuan tinggi. Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Matikan saja enjin kereta jika menunggu sesuatu. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli hatta satu barang kadang-kadang boleh jadi lama. Ini kerana mungkin ada ramai orang di kedai atau tuan kedai mencari-cari duit tukar untuk memulangkan duit pelanggannya. Jadi, buka tingkap kereta dan tutup saja enjin untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Bijak dalam penggunaan gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod 'ekonomi' jika kereta anda memilikinya. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Membrek secara beransur-ansur. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Rancang perjalanan. Jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk kita ikut menuju ke destinasi. Ini termasuklah rancangan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pilihan jalan yang tidak banyak lampu traffic, banyak bonggol (menyebabkan anda perlu kerap menukar gear yang akhirnya tidak membantu usaha penjimatan petrol kereta anda) <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Elakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Jalan yang sesak juga menyebabkan anda mendapat kurang kilometer. Untuk penjimatan minyak, cari jalan yang kurang sesak. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih lancar. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Enjin dalam keadaan panas (panas yang normal) juga boleh membantu meningkatkan perbatuan (lebih kilometer) dan prestasi kereta anda. Terutamanya pada waktu pagi, jika boleh, biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan. <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; tab-stops: list 36.0pt">Minimumkan perjalanan jarak dekat. Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan petrol, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
  • Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai. Saiz port rim perlu disesuaikan dengan keupayaan kereta. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 Inci, kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya dan yang paling penting, minyak petrol akan lebih sedikit. Jika saiz rim dan keupayaan tidak seimbang, ini tidak membantu langkah penjimatan petrol anda.


Barang Yang Perlu Dibawa.

    <LI class=MsoNormal style="MARGIN: 0cm 0cm 10pt; LINE-HEIGHT: normal; mso-margin-top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l1 level1 lfo2; tab-stops: list 36.0pt">Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar 5 peratus.
  • Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Kesimpulannya

Jika anda mendapati penggunaan petrol kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol di pasaran seperti eco-power compressor. eloklah anda mengamalkan tips-tips yang dinyatakan di atas.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
navy
kiriman Nov 28 2009, 11:07 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 29
Sertai: 23-November 09
No. Ahli: 1,896



adoi...pening2 nak baca..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Steven
kiriman Mar 21 2013, 11:14 AM
Kiriman #3


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 3
Sertai: 21-March 13
No. Ahli: 2,439



QUOTE (navy @ Nov 28 2009, 11:07 AM) *
adoi...pening2 nak baca..

betul pening untuk baca la...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
David
kiriman May 8 2013, 12:33 AM
Kiriman #4


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 3
Sertai: 8-May 13
No. Ahli: 2,456



QUOTE (Steven @ Mar 21 2013, 11:14 AM) *
betul pening untuk baca la...

betul pening untuk baca la..Visit My Website
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 06:41 AM