IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Lelaki Islam Kahwin Perempuan Kristian
ganazz
kiriman Jun 21 2009, 10:01 PM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Soalan:

Adakah seorang lelaki Islam dibenar oleh syarak berkahwin dengan gadis yang beragama Roman Katholik seperti yang ada di negeri kita hari ini? Jika dibenarkan berkahwin seperti itu adakah walinya terpulang kepada wali hakim syar’ie (kadi). Di sini ada juga yang berfikir tidak harus lelaki Islam berkahwin dengan gadis Roman Katholik kerana mereka tidak termasuk dalam golongan kitabi yang tersebut dalam Quran?

Jawapan:

Tiap-tiap perempuan Nasrani (Kristian) yang datuk moyangnya telah masuk agama Nasrani (Kristian) sebelum bangkit Nabi Muhammad S.A.W harus bagi lelaki Islam berkahwuin dengannya, walinya itu bapa perempuan atau saudaranya lelaki dan jika tidak ada maka boleh dikahwinkan oleh kadi negeri Islam jika ada kadi di negeri itu. Berkahwin dengan perempuan seperti itu hukumnya makruh dan setengah ulamak mengharamkan kerana orang-orang Nasrani itu telah menggantikan dan mengubah agama mereka yang asal. Dan lagi jika perempuan itu iktikadnya seperti iktikad orang-orang Madiyyin atau tabiin dan seumpamanya iktikad wujudiah dan lain-lain kepercayaan daripada agama baru di Barat bukanlah agama Nasrani. Tetapi mudah-mudahan bagi orang-orang Islam membuat syarat dengan perempuan Nasrani yang dikahwini itu di hadapan peguam iaitu jika mereka dapat anak adalah anak itu orang Islam isterinya tidak berhak memelihara dan mendidik anak-anaknya itu menurut didikan dan jagaan Nasrani kerana jika lelaki Islam yang berkahwin dengan perempuan Nasrani itu redha anaknya menjadi Nasrani nescaya jadilah ia murtad kafir.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe Tahir Al-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961
Hantar artikel ini kepada rakan

p/s - sebagai panduan untuk tidak terkeliru!

sumber asal


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th April 2024 - 01:39 AM