IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

4 Mukasurat V   1 2 3 > »   
Reply to this topicStart new topic
> Masih ingat mona fendi
Pernilaian 5 V
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY



AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal
1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa
itu.
Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi
boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku
sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar.
Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi.
Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan
ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang
pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.
Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita
ini. Nama asalnya Maznah Ismail.
Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana
dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka
hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka.
Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu.
Nanti aku sambung cerita lagi..................


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:51 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FENDI- EPISOD 2


NI LAA WAJAR ARWAH MONA FADEY...

NAMA sebenarnya Maznah binti Ismail. Asalnya dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.
Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik.
Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala
serius, menangis dan ketawa.
Aku masih ingat bagaimana Mona Fandey menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis.
Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh Jamal
Abdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak...
Tapi aku hanya mampu tersenyum dan tiada siapa yang
berani ketawa. Bukan kerana takut ditegur hakim, tetapi bimbang Mona melenting.
Aku masih ingat ketika diberi tugasan membuat liputan kes Mona. Perasaan bercampur baur. Suka pun ada, takut pun ada.
Apa tidaknya, pasangan bomoh suami isteri ini dikatakan handal. Boleh 'buat' orang dengan merenung saja.
Sebab tu, masa buat liputan kes ini, aku banyak berzikir dan membca ayat suci al-Quran sebagai pendinding. Kata orang berjaga-jaga, akukan bakal menghadap mereka setiap hari.
Satu lagi pesanan jangan tenung muka mereka. Kalau mereka tenung, jangan pandang balik.
Tapi kadang kala kena tengok juga mereka sebab kandang orang kena tuduh dan tempat duduk media bertentangan. Bukan jauh pun, Adalah dalam lima kaki.
Aku kena tengok juga apa dia buat dalam kandang. Kena tulis tu sebab dalam mahkamah tak dibenarkan rakam gambar.
Lama kelamaan sudah biasa. Aku dan rakan lain tak 'takut' dengan Mona.
Alhamdullillah, tiada perkara buruk berlaku. Malah, kami 'berkawan' baik pula dengan mereka.
Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlaku
ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media.
Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.
Berbalik pasal Mona Fandey, aku pun tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Kalau ada kebenaran masa tu, hendak juga aku temu ramah dia.
Aku ingat Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey.
Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Aku sendiri pun tak pernah tengok album tu.
Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.
Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000. Aku rasa artis sekarang masih boleh pakai strategi ini. Tapi kalau tawar duit pun, kalau lagu tak menyengat orang tak akan beli. Buktinya album Mona ni.
Nak tahu soalan kuiz tu. Berapakah usia Mona ketika itu. Jawapan pilihan 27, 29 dan 31.
Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapat gelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. Di negeri manakah Mona dilahirkan - A. Kelantan, B. Perak dan C. Perlis.
Soalan lain - Berapa hari bulankah album pertama Mona dikeluarkan. A. 15.6.1987, B. 13.6.1987 dan C. 20.6.1987.
Soalan paling lawak. Siapakah nama suami Mona. A. Mohd Affandi Ab Rahman, B. Afandi Rahman dan C. Afendi Rahman. Kalau zaman ini aku rasa sesuai untuk kuiz album Anita Sarawak. Soalannya siapakah nama suami Kak Nita.
Album ini hanya meletup selepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa - orang nak dengar juga macam mana suara Mona ni.
Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian.
Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia.
Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.
Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990.
Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.
Aku berhenti kat sini dulu. Nanti aku sambung. Bukan senang nak ingat kes hampir 12 tahun lalu. Nak kena korek balik nota. Paling susah nak cari gambar. Dalam internet ada dua tiga keping aje....


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:51 AM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY- EPISOD 3





yg pompuan 2 laa mona fadey.. yg pakai cermin mata 2 laa pembantu die.. yg rambut cam pacak2 tuee suami mona fandey... hihih..

TARIKH 12 September 1994 - tidak mungkin dapat aku dilupakan
dalam hidup ini. Bukan apa, aku membuat liputan kes paling
sensasi pada abad ke-20
Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.
Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.
Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.
Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi
perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. .
Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.
Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.
Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.
Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.
Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam.
Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993.
Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.
Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.
Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi aku nak kongsi dengan anda semua.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 17 2009, 11:28 AM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



huhuhu..sensasi masa tu...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 12:11 PM
Kiriman #5


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Dulu,Cerita ni memang panas gila , aku selalu mengikuti pekembangan kes mona fendi, dulu la, Boleh dikatakan memang gempar gila ar kes mona fendi ni. Aku pun lupa masa tu aku umur bape.

Macam mana aku boleh teringat balik mona fendi ni kan ?

Aku teringat balik, lepas tengok cerita DUKUN, tu pun kawan aku suruh tengok, sebab aku suka cerita seram.

bila tengok cerita tu, fikiran aku melayang kembali kemasa lalu, terlintas nama MONA FENDI.

Kah kah, apa lagi, aku trylah seacrh kat google, dan hasilnya seperti yg aku post atas tu la.

Peristiwa pembunuhan yg dilakukan mona fendi keatas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros ........


Ini bukan cerita hantu, ini cerita betul2.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Apr 17 2009, 12:17 PM
Kiriman #6


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 738
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



aku pon masih tertanya2 kenapakah dia(Mona Fendi) ni suka potong memotong org sampai bebelas2 kerat dan tanam sana sini... kira ritual ceremony lah.. tp dia dulu w/pun dikurung dalam jail dan menanti hukuman gantung sampai mati, tapi depan camera dia tetap senyum dan boleh lambai2.


--------------------
www.matg.org
Just About Something 1.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 17 2009, 03:55 PM
Kiriman #7


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE
Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlaku
ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media.
Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital
.





--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 17 2009, 03:57 PM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Huhu....aku pun ingat kes ni memang sangat hangat
Ye la...bomoh bunuh orang..kerat 18 bahagian tu
Aku tengok muka Mona Fandey pun naik seram tongue.gif



P/S : Ada sape2 ada link untuk filem DUKUN ni? FINAS x lulus untuk tayangan kan?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 21 2009, 12:47 AM
Kiriman #9


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (B@zSh™ @ Apr 17 2009, 03:57 PM) *
Huhu....aku pun ingat kes ni memang sangat hangat
Ye la...bomoh bunuh orang..kerat 18 bahagian tu
Aku tengok muka Mona Fandey pun naik seram tongue.gif



P/S : Ada sape2 ada link untuk filem DUKUN ni? FINAS x lulus untuk tayangan kan?


Yes bro,

Cerita DUKUN lakonan umie aida tu mmg telah dibanned oleh pihak FINAS,mungkin yea, mungkin tidak.......

mNGKIN DIsebabkan utk menjaga pihak2 terntentu,

filem Dukun tidak akan masuk pawagam langsung berikutan rayuan keluarga Mona Fandey

Filem ini juga dijangka hanya akan dipasarkan dalam bentuk VCD sahaja. <--- mungkin..

Cerita DUKUN yg W.A tgk tu TAJUK dia = Kisah Nyata Dukun AS (Misteri Kebun Tebu)

Cerita tu sama dgn kisah mona fendi, memang seram, cerita tu mmg diambik dari kisah yg real...


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 21 2009, 07:10 PM
Kiriman #10


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Ada link x WA?
Hehe...wife aku minat cite2 seram ni


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 22 2009, 10:57 PM
Kiriman #11


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (B@zSh™ @ Apr 21 2009, 07:10 PM) *
Ada link x WA?
Hehe...wife aku minat cite2 seram ni



DUKUN

EPISOD 1 - 8


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 22 2009, 11:22 PM
Kiriman #12


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Ouh....dia wat episod ke?
Aku ingat dia jadi cam filem tongue.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 22 2009, 11:28 PM
Kiriman #13


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (B@zSh™ @ Apr 22 2009, 11:22 PM) *
Ouh....dia wat episod ke?
Aku ingat dia jadi cam filem tongue.gif


Bukan2,

Bukan cerita ber episod,


Kalau cerita ber EPISOD mmg aku tak cadangkan utk tgk, sbb aku pun tak suka nak tgk, Sebabnya panjang jalan cerita......

Ini memang FILEM pun..

Cerita tu kan UPLOAD kat YOUTUBE, Dia cuma cut VIDEO tu jadi setiap episod dlm 8minit...

8minit x 8 = 64 minit, = Lebih kurang satu jam lebih kan ?


Cerita ni mmg aku dah simpan dlm HD aku pun, utk menonton di hari tua nanti, mungkin .... Kah kah...

Ok................ SELAMAT MENONTON


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 23 2009, 04:21 PM
Kiriman #14


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



-------------------UPDATE---------------------



MONA FANDEY EPISOD 4






Hari pertama (12.9.1994) Mona Fandey dibawa ke mahkamah

PASANGAN bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan

suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu
mereka, Juraimi Husin tenang ketika tuduhan terhadap mereka
dibacakan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada hari pertama
perbicaraan - 12 September 1994.
Aku dapat melihat riak wajah mereka dengan jelas dari tempat
duduk media. Pada waktu tuduhan dibacakan aku mesti tengok
reaksi mereka untuk dilaporkan dalam akhbar.
Mereka memang 'cool' ketika itu. Lagipun, itu baru tuduhan
sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah atau tidak.
Mereka yang menghadapi tuduhan pindaan membunuh bekas Ahli

Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,
Datuk Idros @ Mazlan Idris, Julai tahun lalu, faham dengan
tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, M Muthualagu dan
mahu dibicarakan.

(Pindaan dibuat ke atas tarikh pembunuhan iaitu dari di antara
jam 11 malam 2 Julai 1993 hingga 13 Julai 1993 kepada
di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam
8 Julai 1993).





Juraimi adalah tertuduh
pertama perbicaraan itu,
Affendy (tertuduh kedua) dan
Mona (tertuduh ketiga).

Mona dan Affendy yang berdiri
bersebelahan ketika tuduhan
itu dibaca bercakap sesama
sendiri selepas tuduhan dibaca.
Juraimi pula hanya berdiam dan
memandang ke arah
peguambelanya.

Dalam perbicaraan itu, Mona
dan Affendy diwakili oleh Gulam
Mustaffa Nadar Ali Khan,
sementara Juraimi pula oleh
Karam Singh Bahl dengan
dibantu Ikmal Hisam Idris.

Affendi masuk ke mahkamah

Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam dengan dibantu Timbalan
Pendakwaraya AC Fernandis dan Saiful Edris Zainuddin pula
bertindak sebagai pendakwaraya dalam perbicaraan yang
didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk
Mokhtar Sidin.

Mokhtar juga menetapkan perbicaraan dijalankan terus menerus
dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta memperuntukkan waktu
rehat tidak lebih 15 minit.




Peraturan itu bagi memastikan
kelancaran perjalanan
perbicaraan.
Memang mencabar membuat
liputan kes ini. Aku dan seorang
lagi wartawan kena buat transkrip
percakapan dalam mahkamah.
Kadang-kadang ada juga perkataan
yang 'miss' kerana
percakapan mereka kurang jelas.
Dalam hal ini, kalau tak minta
bantuan rakan media lain, aku
merujuk pada hakim, pendakwa
raya atau peguam bela. Tapi
ada kalanya kena 'marah' juga
dengan hakim.
Ada kalanya pendakwa raya dan
peguam bela pinjam nota aku. Jurami keluar dari trak polis
Tapi, apapun aku cukup seronok membuat liputan kes ini. Aku
tumpang bangga menjadi - part of the history.
Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku
merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi
ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim.
Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku.
Macam aku kata tadi perbicaraan ini cukup mencabar pada
semua pihak. Semua orang mahukan perbicaraan berjalan
lancar.
Hakim Datuk Mokhtar Sidin beberapa kali menegur pihak
pendakwaraya dan peguambela supaya tidak membazir
masa dan memastikan perbicaraan berjalan lancar.
Berbalik pasal Mona Fandey ada 'member' (Multiply) bertanya
cantik ke si Mona tu. Entahlah. Nanti aku ceritakan...


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 23 2009, 04:25 PM
Kiriman #15


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 5







CANTIK ke si Mona Fandey? Persoalan itu sukar untuk
dijawab. Pada aku cantik atau tidak terpulang kepada mata
orang yang memandangnya.
Tapi apapun, Maznah Ismail atau Mona Fandey yang muncul kali
pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12
September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya
sebelum itu. Pada mata aku, dia pada masa itu kelihatan

semakin cantik dan seksi.

Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir
40 tahun pada waktu itu. Ada yang kata Mona bukan 38 tahun,
tetapi sebenarnya lebih 50 tahun.
Tertuduh ketiga kes itu memang mendapat perhatian ramai
ketika tiba di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang - tempat
perbicaraan kesnya.




Malah, ketika dia keluar
mahkamah untuk menaiki trak,
orang ramai yang berdiri
di luar pagar mahkamah
berteriak: "Mona makin lawa!
Mona makin lawa!"

Mona hanya membalas
dengan senyuman berikutan
pujian orang ramai itu.

Beberapa anggota polis,
saksi dan wakil media massa
juga berpendapat Mona
semakin anggun dan
berseri-seri.
Mona pada hari itu mengikat
rambutnya dengan riben biru
muda, menampakkan lehernya
yang jinjang.

Dia yang memakai blaus
merah berbintik hitam tanpa
lengan serta seluar ketat
berwarna hitam tersenyum
lebar melihat reaksi orang
ramai menjerit-jeritkan
namanya.

Dia yang memakai rantai
manik berwarna ungu gelap dan gelang
tangan merah berjalur hitam kelihatan sihat dan riang
berbanding tertuduh kedua, Mohd Affendy Abdul Rahman, dan
Juraimi Husin (tertuduh pertama).

Aku juga masih ingat pada hari kedua perbicaraan Affendy turut
memuji-muji kecantikan isterinya. Aku tengok Mona cukup
gembira dengan pujian suaminya.
Pada aku Mona ada aura tersendiri. Kata orang dia pakai
'pemanis'. Almaklumalah seorang bomoh. Tapi itu aku tak pasti.
Itukan cakap-cakap orang. Mana boleh pakai.
Tapi yang pasti dalam keterangan di mahkamah dia mengaku
membuat pembedahan plastik. Yang ini bukan cakap-cakap
kosong, tetapi fakta dalam mahkamah.
Cerita pasal Mona bergaya pun menjadi perhatian ramai. Ada
yang suka dan tidak kurang menyampah. Adatlah di dunia ini -
tak semua orang suka pada apa yang kita buat walaupun tak
ada kena mengena dengan mereka.

Dalam hal ini Mona berhak memakai pakaian yang disukainya pada perbicaraan.
Bagaimanapun, Hakim Makhamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin, yang mendengarperbicaraan itu boleh meminta Mona berpakaian lebih sopan, jika berpendapat pakaian tertuduh itu tidak sesuai


dengan suasana mahkamah.
Alasannya Mona hanyalah tertuduh kes itu dan dan belum dibuktikan bersalah.
Mona mempunyai kebebasan untuk memakai pakaian yang disukainya di samping berhias. Mona hanya tahanan polis yang dipercayai terbabit dengan kes bunuh dan bukannya banduan yang perlu memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penjara.
Selagi tiada teguran daripada Mokhtar, selagi itu Mona boleh memakai pakaian yang diminatinya.
Apapun pada aku si Mona ni pandai menjaga imejnya. Pakaiannya walaupun tidak begitu banyak dia pandai
memadankannya. Tetapi kadang kala'over' pula aku tengok.
Ada ketikanya tidak kena tempat. Ada beberapa kali pakaiannya
nampak seksi dan terpaksa ditutup dengan selendang dan
jaket. Memang si Mona ni suka glamour kot.
Aku masih ingat apabila persoalan itu dikemukakan kepadanya
sewaktu dia dibawa keluar dari lokap Balai Polis Temerloh ke Penjara Kajang selepas sehari didapati bersalah.
Aku dapat bercakap dengannya - tak sampai seminit minit pun.
Itu pun dah kira bagus kerana mengikut peraturan tidak boleh
cakap pun dengan dia. Tapi berlaku secara spotan ketika aku
mengikutinya dari belakang ketika dibawa ke trak.
Tak silap aku menegurnya wah glamourlah Mona.
Tak sangka pula dia membalas dengan berkata : "Saya tak mahu glamour (melaram). Dari dulu pun saya tak glamour."

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian
antik, Mona berkata: "Yalah, takkan hendak telanjang pulak."
Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan
sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.
"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi
orang tengok," katanya.
Tapi yang aku tahu ketika dibawa ke Penjara Kajang dia
membawa lima beg plastik yang berisi pakaian dan aksesorinya.
Ada lagi cerita pasal Mona cantik ni.
Tunggu cerita Mona buat pembedahan plastik.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 23 2009, 04:29 PM
Kiriman #16


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 6



CERITA Mona Fandey cantik, lawa, menawan, anggun dan seksi
rupa-rupanya menjadi perhatian bukan saja dalam mahkamah,
malah di luar sana.
Aku sebenarnya pernah tengok gambar Mona ketika dia menjadi
penyanyi. Aku tak mahulah komen buruk pasal orang lain.
Lagipun siapalah aku nak komen orang tu cantik atau tidak.
Aku bukannya pakar kecantikan, tapi sekadar wartawan cabuk.
Nanti bebudak sekarang cakap cantik ke dia nak mengata orang.
Tapi, hakikatnya Mona tidaklah semenawan ketika perbicaraan
kesnya. Lain benar Mona yang aku tengok dalam akhbar,
majalah dan tv dengan Mona ketika 1994.
Tak tahulah aku - dia tu kan bomoh 'handal'. Tak mahu aku
buruk sangka. Dapat dosa aje.





Tapi, sewaktu
perbicaraan
mahkamah
diberitahu
bahawa Mona
pernah
menjalani
pembedahan
plastik
di bahagian
muka, dahi

dan hidung
di sebuah
hospital swasta
di Kuala Lumpur.
Motifnya
tentulah
supaya kelihatan
lebih muda dan
cantik.


Pembedahan oleh pakar bedah plastik, Dr Wong Kang Shen
di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu itu dijalankan pada
15 Julai 1993.

Dr Wong memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa kos
rawatan untuk pembedahan itu lebih RM13,000.

Menurutnya, pelanggannya itu, Maznah Ismail, menemuinya
di pejabatnya di Plaza KL pada 5 Julai 1993 untuk mendapatkan
penerangan mengenai pembedahan berkenaan.

"Dalam pertemuan itu, dia (Mona) meminta saya
menjadikannya lebih muda dan cantik," katanya. Dr Wong
berkata, pembedahan untuk menegangkan kulit muka dan
dahi serta hidung itu berjalan hampir lima jam.

Pembedahan itu adalah dari belakang teling kanan, merentasi
atas kepala dan ke bawah bahagian belakang teling kirinya.

Dr Chua menyifatkan pembedahan itu sebagai biasa, walaupun
agak intensif.

Doktor pakar itu juga memberitahu mahkamah, Mona keluar
dari hospital itu dua hari kemudian.
Cerita aku ni belum habis lagi. Kalau kau orang nak baca
tunggulah.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman May 19 2009, 02:25 AM
Kiriman #17


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Ok............... Dalam artikel atau kisah mona fendi ada mengatakan beliau penah menjadi penyayi kan... Ni dia salah satu lagu beliau





Amacam ? Merdu tak ?



--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
cargas
kiriman May 19 2009, 05:56 AM
Kiriman #18


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 93
Sertai: 24-October 08
Daripada: balakong,SELANGOR
No. Ahli: 136



episod 7 please...hehe...minat nak dengar balik ni...

unsure.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Jun 25 2009, 08:51 PM
Kiriman #19


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 7






GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Nak tahu apa yang tersirat dalam gambar rajah ini. Nanti aku ceritakan...
Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.
Memang mengerikan. Aku yang diberi pelung melihat foto-foto cebisan tulang keratan itu tidak tergamak hendak melihatnya kali kedua.
Malam tu aku tak boleh tidur terbayang-bayang apa yang dilihat siangnya.
Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga
kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan
daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit
serta daging Mazlan setelah
mendapat arahan lanjut daripada
Affandi.
Bagaimanapun, tertuduh pertama
itu tidak dapat ingat berapa
bahagian dia memotong tulang
dan daging mayat Mazlan.
(Perunding Kanan Perubatan
Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr
Abdul Rahman Yusof dalam
keterangannya memberitahu
mahkamah mayat Mazlan dipotong
18 bahagian).
"Tulang dan daging itu kemudian
saya masukkan ke dalam basin dan
mencurahkannya ke dalam lubang
stor rumah yang sudah digali sejak
seminggu
lalu dan menimbusnya.




"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan
harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya,
Karam Sigh Bahl.
Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan
arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan
Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,
Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.
Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah
jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.
Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam
dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115
bersama Affandi.
"Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain
saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air.
"Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan
selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya
menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia
berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan
Mazlan.
Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan
Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga
pada dahi mangsa.
Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk
(Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak
ini akan jatuh."
Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutup
mata Mazlan dengan tangannya.
"Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan
menyalakan lilin. Affandi kemudian menutup mata Mazlan
dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong),
tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidak
habislah.
"Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetak
leher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan
Juraimi.
Ada lagi cerita aku. Kalau nak tahu kena tunggu.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Jun 25 2009, 08:55 PM
Kiriman #20


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



MONA FANDEY EPISOD 8


KETIKA perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 - keterangan saksi pendakwa Dr Abdul Rahman Yusof - aku kira paling menarik.
Dr Abdul Rahman yang pada waktu itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan selama tiga jam 18 minit di mahkamah. Tugas dia memang mencabar membuat bedah siasat jadad Datuk Mazlan. Ia bukan pertama kali dia menjalankan bedah siasat mayat, tetapi kali ini berlainan sekali.
Beberapa tahun selepas kes itu, aku bertemua semula Dr Abdul Rahman secara kebetulan ketika menyaksikan satu perembahan di Istana Budaya. Pada waktu itu, dia masih mengenali aku. Aku pula ingat-ingat lupa wajahnya.
Selepas memperkenalkan dirinya, aku bertanya khabarnya. Kami hanya sempat berbual ringkas. Tapi dia ada memberitahu selepas kes Mona Fandey, keadaannya tidak 'stabil'. Dia kemudian dihantar ke luar negara sebelum kembali bekerja di HKL.
Dr Abdul Rahman dalam keterangan di mahkamah turut ditunjukkan tiga senjata tajam iaitu sebilah kapak dan dua
bilah parang untuk mendapatkan pengesahan sama ada senjata itu boleh menyebabkan kecederaan hingga membawa kematian.



Senjata yang mungkin menyebabkan kematian Datuk Mazlan

Dr Abdul Rahman memberitahu kapak yang matanya berukur
17 sentimeter itu boleh menyebabkan kecederaan sehingga
membawa maut.

Sebelum itu, beliau meminta izin mahkamah untuk mengukur
kapak berkenaan apabila Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam,
bertanya sama ada senjata boleh digunakan bagi memancung.

Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah, senjata yang berat

seperti parang panjang, kapak dan pedang boleh digunakan bagi
memancung, sebagaimana kecederaan yang dialami oleh Mazlan.

ZAKARIA: Parang kecil ini boleh menyebabkan kecederaan
sehingga membawa kepada kematian mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Senjata ini (sambil mengukur) mempunyai
blade (mata) sepanjang 35 sentimeter daripada handle (hulu).
Lebarnya adalah lebih kurang 4.5 sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah senjata itu membawa maut kepada
mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Saya rasa agak sukar walaupun boleh
untuk hasilkan luka pada bahagian leher.

ZAKARIA: Adakah senjata ini boleh menyebabkan kecederaan
sehingga membawa maut? (sambil menunjukkan parang panjang).

DR ABDUL RAHMAN: Parang ini blade (mata) berukuran
30.3 sentimeter panjang. Lebarnya lima sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah ia menyebabkan kecederaan yang
membawa maut?

DR ABDUL RAHMAN: Tidak sesuai kerana ia ringan.

ZAKARIA: Pada kecederaan lain, daripada tiga senjata yang
mana mungkin menyebabkan kecederaan lain?

DR ABDUL RAHMAN: Ketiga-tiga boleh menyebabkan
kecederaan lain iaitu seperti luka hiris pada abdomen.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

4 Mukasurat V   1 2 3 > » 
Reply to this topicStart new topic
3 pengguna membaca topik ini (3 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 31st July 2014 - 05:23 PM