Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Pramugari beraksi berani dalam iklan
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


WELLINGTON - Seorang pramugari penerbangan Air New Zealand tanpa segan silu melucutkan pakaiannya dalam satu iklan terbaru bertujuan mempromosikan syarikat mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Iklan yang melibatkan beberapa petugas syarikat itu beraksi dalam keadaan berbogel dan tubuh mereka hanya diselaputi cat badan.

Kempen promosi itu menjadi popular di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia apabila lebih 330,000 orang menonton iklan tersebut di laman perkongsian video YouTube.

Iklan melibatkan petugas bagasi, juruterbang dan pramugari itu direka khusus bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa syarikat itu tidak mempunyai kos tersembunyi seperti yang biasa dilakukan oleh penerbangan tambang murah.

Ia menyatakan bahawa harga tiket Penerbangan New Zealand meliputi bayaran makan minum, bagasi, elaun dan beberapa perkhidmatan lain tanpa caj tambahan.

Bagaimanapun, iklan yang menggunakan runut bunyi Under My Skin yang dinyanyikan penyanyi terkenal New Zealand, Gin Wigmore itu tidak akan disiarkan di Britain. - Agensi

sumber
dawos
dunia nie ader jer.. macam2 lar itu lar ini la.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026