Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: 'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam. - Bernama.
ganazz
apa makna sijil siap tu? Design dia kategori maut, enjiner tak reti menilai ke atau main kenyit mata?
B@zSh™
Dalam mana2 projek kerajaan pihak yang akan mengeluarkan sijil adalah pihak Consultant & JKR
Pihak Consultant/JKR akan menilai sama ada sesebuah bangunan itu layak diduduki/diguna @ sebaliknya
Akan ada 2 sijil kalo ikut prosedur
Satu CPC (Certificate of Practical Completion) & satu lg Certificate of Completion
CPC diberikan sekiranya sesuatu bangunan tu secara praktikalnya boleh digunakan
Certificate of Completion akan menyusul kemudian selepas bangunan siap sepenuhnya

Dalam kes ni...aku yakin stadium tu dah dapat CPC sejak guna untuk SUKMA lagi
Kalo x dapat CPC mana boleh guna..tu secara logiknya la
Dan dalam tempoh CPC ni..kontraktor memang bertanggungjawab ke atas kerosakan @ bencana yang berlaku
Cuma mcmn penilaian yang dilakukan oleh Consultant masa bg CPC tu
Sama ada penilaian di buat tu x cermat
Tp ni sume qada' & qadar Allah smile.gif
Manusia hanya merancang tp Allah jua yang menentukan

Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026