Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Sultan Johor tidak setuju
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
OHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian timur Johor.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Nusajaya di sini semalam.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," titah Tunku Ibrahim Ismail.

Terdahulu, Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.
mat.g™
sebenarnya sultan johor nak jambatan bengkok dulu yg dibatalkan oleh pak lah.. sbb ia mengantikan tambak johor yg dah lusuh dan menyebabkan pencemaran... krjn kita ni nak jaga hati singapore sesangat.. ikut je telunjuk depa, sedangkan singapore tak pernah nak jaga hati malaysia pon selama ini.
♦محمد أفيق♦
ade sebab sultan tak suke..berlembut sgt....tu la..
semak
jgn bagi muka
B@zSh™
Singapore dah dah lama pijak kepala Malaysia
Kita je yang lembut sangat
Lgpun Singapore tu sekutu kuat US
ganazz
singapoh sebenarnya menyesal kluar dari persekutuan tanah melayu.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026