Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: 257,411 bayi luar nikah
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
padaiyappa©
QUOTE
KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.


agak mengejutkan ... banyak anak luar nikah sekarang ini ... atas dasar apakah terjadi masalah masalah seperti ini ... mari kita bincangkan ...
aina_sara
untuk membendung gejala anak luar nikah ni tidak lain dan tidak bukan ialah melalui menerapkan pendidikan agama dan moral sepenuhnya sejak kecil lagi dan dari bangku sekolah taska dan tadika lagi.. itulah terasnya.

selain itu pihak berwajib kenalah betul2 menguatkuasakan peraturan seperti membuat rondaan dan tangkapan bagi kes khalwat.

kawal budaya hiburan melampau, pergaulan bebas spt mlm merdeka, tahun baru, konsert2 dsb.

perempuan2 diwajibkan menutup aurat secara betul dan ikhlas.. jangan dok tonjol susuk2 tubuh yg memberahikan.

membendung penularan sumber2 lucah/seks di internet, rancangan2 TV, handphone, media cetak dan elektronik yg lain.

dasar kerajaan kita kena kurangkan budaya secular.. kena kembali kearah negara islam yg sejati.
ganazz
Kuantiti semasa bayi luar nikah ni membuktikan betapa ramai juga rakyat negara ni kaki zina dan kaki buat anak haram.
sHäm
Dunia akhir zaman dan tanda2 kiamat kecil .. Wallahua'lam .. shakehead.gif
aina_sara
QUOTE (ganazz @ Nov 14 2008, 12:03 PM) *
Kuantiti semasa bayi luar nikah ni membuktikan betapa ramai juga rakyat negara ni kaki zina dan kaki buat anak haram.


tambah satu lagi, kaki rogol.
muz
ok aku setuju la dgn pendapat hampa 2. tp dalam kes serius macam ni agak2 hampa sapa patut di salahkan LELAKI @ PERMPUAN??????
ganazz
Sapa salah?

Salah jantan, pasal tak pakai SARONG.

Salah betina, pasal tak chek KALENDAR.

Salah jantan betina, pasal tak takut sama ALLAH S.W.T.
aina_sara
sape betoi, sape salah, tgk pd situasi.

kalu pempuan seksi kena rogol - salah pempuan, sbb sape suh pakai seksi.
kalu pempuan bertudung kena rogol - salah lelaki sbb bernafsu kuda.
kalu dok beromen dedua dlm kete - salah dedua sbb suka sama suka.
muz
QUOTE (aina_sara @ Nov 14 2008, 02:15 PM) *
sape betoi, sape salah, tgk pd situasi.

kalu pempuan seksi kena rogol - salah pempuan, sbb sape suh pakai seksi.
kalu pempuan bertudung kena rogol - salah lelaki sbb bernafsu kuda.
kalu dok beromen dedua dlm kete - salah dedua sbb suka sama suka.




aku setuju dgn pendapat hang...... klu kita kuat iman dan takut kat ALLAH tentu pekara macam ni takkan berlaku.....
bakteria
kalau nak cakap pasal salah sapa...sume salah...dari individu tersebut sampai la kepada pemerintah semua bersalah...pemantauan dari semua pihak kurang tu yg masalah cmni terjadi...pemantauan...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026