Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Petrol, diesel turun lagi 15 sen seliter
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
mat.g™

Setelah tertunggu tunggu.. Alhamdulillah, harga petrol/diesel turun lagi buat kali ke-5 utk tahun ni slps naik besar-besaran sbyk 78 sen jun lepas. Ini berikutan harga minyak mentah dunia yg merundum jatuh sakng dah hampir cecah USD55 setong. Pelarasan harga terkini adalah seperti berikut,

Jenis.........Harga lama.......Penurunan.........Harga baru
----------------------------------------------------------------
RON97......RM2.15.............RM0.15..............RM2.00
RON92......RM2.05.............RM0.15..............RM1.90
Diesel.......RM2.05.............RM0.15..............RM1.90

p/s:Rugi pulak saya dah terisi minyak penuh tank pagi tadi RM90.. huhu doh.gif
sHäm
Baguslah .. tapi yang tak bagusnya barang keperluan dapur belum juga turun2 , bagi penoreh getah pulak , harga getah jatuh merudum 50% .. iskhhh , nak makan apa la diaorang , kesian betul .. yang ada ladang getah tak kisahlah tapi kalau yang kebun getah sekangkang kera cammana ? .. fuhh.gif
B@zSh™
Hmm...harga barang2 keperluan ni...masa nak naik tu nak cepat jer
Masa dah turun....lembab cam cipan jer
mat.g™
Kita ambik contoh scenario kedai mamak..

Jun 2008
Pelanggan: Apa ni mamak.. roti canai kosong sekeping RM0.90, teh tarik RM1.40.. pasal banyak mahal sakng??

Mamak: Aiyo tambi stendet la ini kalu... minyak manyak mahal.. itu naik 78 sen senderi mau hengatt lar.. mau beli tepong,minyak masak,telur.. lori juga mau angkat.. minyak petrol juga mau guna.. lu ingat itu lori jalan guna air suam ka??

Pelanggan: @$#@%&..

Nov 2008
Pelanggan: Apa ni mamak.. harga petrol sudah 5 kali turun harga.. lu punya roti canai, teh tarik masih maintain harga?? tak pernah nak turun harga ka??

Mamak: Ayoyo... yer na dey.. hey tambi, sini restoren jual food la.. jual roti canai kalu.. itu yg turun harga minyak petrol.. kita buat roti canai guna tepong bukan petrol.. takde kaitan langsung, mana bule turun harga??

Pelanggan: @$#@%& ???

Siapa yg bersalah dlm soal ini? 106.gif
padaiyappa©
dulu kita pernah dengar ,,, menteri menteri bijak pandai daripada barisan nasional pernah berkata,,, minyak kita lebih murah daripada negera negara sekitar asia ... sekarang tak lagi kedengaran kata kata ini ,,, kerana indonesia minyaknya sekarang lebih murah daripada Malaysia
WaKenaBeb
harga minyak sepatutnya bole dapat dlm rm1.50 ke bwh dgn harga minyak dunia masakini. aku masih ingat lagi, dulu 40dollar setong minyak rm0.90-rm1.20 je.
padaiyappa©
lol
munger
ok la..trn la jugak..sng sket aku nk bajet duit time isi minyak tongue.gif
eskep
Alhamdulillah, turun lagi, boleh gunakan duit 'lebih' tu ke arah lain.

Kena budget bebetul pasni, sebab sebelum ni aku isi RM20, tangki moto tak penuh (harga=RM2.70), pastu bila harga minyakt turun ke RM2.15, ngam2 penuh. pasni takleh isi RM20 lagilah... ehheh.. lega... biggrin.gif
bakteria
untuk pengetahuan semua kerajaan tk dapat nak turunkan harga petrol di bwh kadar rm1.80 seliter sebab bagi aku kena ada harga lantai untuk petrol untuk mengawal hrga pasaran dunia... tapi tu la jgn lak bila naikkan sampai tk ingat untuk tetapkan harga siling...

dan buat masa ni dengan keadaan harga minyak mentah di bwh paras USD60 setong, kita rakyat malaysia memberi subsidi kepada kerajaan ...yela minyak dunia dh murah tapi kita bayar mahal...untung woo kerajaan...mmg dah patut harga petrol ni bwh rm1.50...

tapi keuntungan petronas berkurang ni dengan harga minyak dunia yg murah ni...cian petronas...nasib ada income lain selain petroleum...
padaiyappa©

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad revealed today the government has stopped subsidising petrol since Nov 1 and has been effectively collecting taxes instead on petrol consumption.

Speaking to reporters in Parliament, he explained that even after the 15-sen drop today, which saw RON97 petrol dropping to RM2 per litre, and RON92 and diesel down to RM1.90, the government was no longer subsidising petrol at the pumps.

"Even if prices return to RM1.92, we will still have a bit of surplus," he said, adding that subsidies had disappeared once the global price of oil had dipped under US$65 per barrel.

Current prices are hovering at US$55 per barrel.

As oil companies take a 19-sen cut and fuel station operators take 12 sen, it can be inferred that the cost price of RON97 petrol is currently below RM1.61 if the government can still generate income at RM1.92.

Shahrir explained that the difference between petrol pump prices and the cost plus commission for the companies and operators was being returned to the government effectively as a form of tax.

This gels with the 2009 Budget winding-up speech by Finance Minister Datuk Seri Najib Razak where he claimed a projected RM7 billion savings in fuel subsidies will be utilised to stimulate the troubled economy
bakteria
QUOTE

dia nak wt mcm mana? heheheehe
padaiyappa©
QUOTE
Harga minyak RM1.85?

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

"Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

"Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.

nampaknya .. minyak akan turun lagi ... alhamdulilah ... bila agaknya TOLL kat selangor nak turun ... smile.gif
bakteria
QUOTE
minyak akan turun lagi ... alhamdulilah

mmg tk salah bersyukur dengan penurunan harga minyak ni...tapi cmne ngan harga brg2 keperluan? bersyukur kah anda dengan penurunan harga minyak mentah dunia? keuntungan petronas merosot...anda perlu phm situasi ni...makin kurang la income negara...
mat.g™
QUOTE (bakteria @ Nov 21 2008, 02:55 PM) *
mmg tk salah bersyukur dengan penurunan harga minyak ni...tapi cmne ngan harga brg2 keperluan? bersyukur kah anda dengan penurunan harga minyak mentah dunia? keuntungan petronas merosot...anda perlu phm situasi ni...makin kurang la income negara...

Petronas tak boleh hanya bergantung kpd petroleum semata2, kena explore alternative sumber spt biodeisel dan sebagainya..

harga brg2 naik disebabkan krjn terburu2 menaikkan harga petrol terlalu tinggi Jun lepas.. dan skang tiadanya pemantauan keras drp pihak berwajib keatas harga brg2 keperluan yg tak mahu turun w/pun harga petrol dah turun.
munger
QUOTE (mat.g @ Nov 21 2008, 03:06 PM) *
dan skang tiadanya pemantauan keras drp pihak berwajib keatas harga brg2 keperluan yg tak mahu turun w/pun harga petrol dah turun.

itulah..stkt duk ckp je suh peniaga2 trnkn harga tp tiada tindakan tegas dijalankn..mmg dorg wat xtau je la..klu ade peniaga yg nk trn kn harga tp pembekal masih jual harga tinggi camna peniaga nk trnkn harga..

ps:dari pengalaman sbb penah tlg makcik aku kat kedai runcit
bakteria
QUOTE
Petronas tak boleh hanya bergantung kpd petroleum semata2, kena explore alternative sumber spt biodeisel dan sebagainya..

sbb tu aku penah ckp kat post sblm ni..yg petronas bernasib baik sbb ada income lain...

QUOTE
itulah..stkt duk ckp je suh peniaga2 trnkn harga tp tiada tindakan tegas dijalankn..mmg dorg wat xtau je la..klu ade peniaga yg nk trn kn harga tp pembekal masih jual harga tinggi camna peniaga nk trnkn harga..

ha tau pn...pembekal tu dlu...baru peniaga
mat.g™
Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen. Kerajaan seperti untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan. Dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter. Berkira sungguh kerajaan kita dengan rakyat sendiri. thumbdown.gif
WaKenaBeb
QUOTE (mat.g @ Nov 26 2008, 10:03 AM) *

hahaha... tahu x pe.
mat.g™
terkini, mula berkuatkuasa 03.12.2008

Fuel+++++Old Price+++Reduction+++New Price
---------------------------------------------------------
RON97+++RM2.00++++RM0.10+++++RM1.90
RON92+++RM1.90++++RM0.10+++++RM1.80
Diesel +++RM1.90++++RM0.10+++++RM1.80
♦محمد أفيق♦
QUOTE (mat.g @ Dec 2 2008, 06:01 PM) *
terkini, mula berkuatkuasa 03.12.2008

Fuel+++++Old Price+++Reduction+++New Price
---------------------------------------------------------
RON97+++RM2.00++++RM0.10+++++RM1.90
RON92+++RM1.90++++RM0.10+++++RM1.80
Diesel +++RM1.90++++RM0.10+++++RM1.80

bagus..turun lagi...turun...turun...turun...
tapi...harga barang bile plak ade penurunan??
B@zSh™
Alhamdulillah
At least kurang la sikit beban untuk kos petrol
Harga barang still di takuk lama
Bila diaorang nak tetapkan harga lantai untuk petrol?
Supposedly this month kan?
padaiyappa©
aku nak tunggu diaorang turunkan TOLL kat selangor nie .... TOLL jugak membebankan ....... aku satu bulan toll kos RM 250 dulu masam RM 1 dalam 100
ganazz
minyak gerenti turun lagi... nanti sat la berasap kat KT!!!
♦محمد أفيق♦
QUOTE (ganazz @ Dec 3 2008, 09:26 AM) *
minyak gerenti turun lagi... nanti sat la berasap kat KT!!!

nak turun sampai berapa??rm 1 per liter..pon ade baik gak...
selalu la blk kampung....minyak dah murah...
padaiyappa©
MInyak turun,,, tetapi ...

1. harga ikan
2. harga barang
3. tambang bas
4. kadar lektrik
5. barang pembinaan

masih tak turun-turun
♦محمد أفيق♦
QUOTE (Padaiyappa @ Dec 3 2008, 02:07 PM) *
MInyak turun,,, tetapi ...

1. harga ikan
2. harga barang
3. tambang bas
4. kadar lektrik
5. barang pembinaan

masih tak turun-turun

no komen...bile minyak naik..barang naik..alasan..nak bawak barang makanan guna lori.lori pakai minyak..sebab tu la naik..
bile minyak turun...barang xleh turun..alasan????????????
mat.g™
Alhamdullilah turun 10sen lagik mulai 16/12/2008... bolehla nak pakai kereta CC besar sikit ni, 2.0 ka.. hface.gif

RON97 RM1.80
RON92 RM1.70
Diesel RM1.70

skang harga minyak mentah dunia US$47
ganazz
minyak punya rega dah rak meroket usd37 doler..... lagu mana citer..... menteri $ asyik sibuk melabur ngan kerajaan haram perok... lepas tu sibuk melabur ngan p/r lak lagi.... projek ngabis pitih....
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026