Sebelum ini pihak berkuasa mahu menutup pantai itu di Corton, timur England kerana hakisan menyebabkan hanya terdapat ruang kecil bagi golongan tersebut.
Menurut satu laporan majlis perbandaran tempatan, pantai itu perlu ‘dibentuk semula.’
Bagaimanapun, jurucakap Kumpulan Alamiah Britain, Maclcom Boura berkata, pantai itu menjadi tumpuan untuk individu berbogel sejak 1979.
“Apabila kami mengadakan perbincangan dengan pihak majlis perbandaran itu, saya pasti kita akan mencapai satu penyelesaian yang baik,” katanya.
“Pantai itu digunakan oleh ratusan orang yang berbogel pada musim panas,” jelasnya.

apa dah nak jadilah agaknya ... elok tutup pantai bogelnya ... banyak maksiat .....
