Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Bencana : Antara Orang Kaya Vs Orang Miskin
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
padaiyappa©
Apabila dilihat, perkataan "bala" bagi yang beriman kepada Allah swt dan "bencana alam" menurut orang kebanyakkan yang tidak bersandarkan kepada kekuassan Allah swt, kebanyakan berlaku di bulan Disember. Kenapa ???

Ribut Greg berlaku pada 26hb Disember, Tsunami berlaku pada 26hb Disember juga dan bala-bala lain seperti gempa bumi rata-rata berlaku di bulan Disember. Mengapa ?? Suatu soalan yang perlu kita semua fikirkan. Mungkin tuan ada sebabnya mengapa Allah memilih bulan Disember ini?

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah,apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru-baru ini di bukit Antarabangsa yang merupakan penempatan orang yang kaya atau dalam istilah lain golongan yang berada. Kita dapat lihat bagaimana layanan pihak kerajaan terhadap golongan berada ini apabila ditimpa malapetaka jika dibandingkan dengan mereka yang miskin.

Untuk golongan yang berada, cukup istimewa, Helikopter disediakan untuk mengangkut mereka ini ke hospital walaupun bukannya kritikal mana pun. Makanan seperti sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam dalam kategori mewah. Siap sponsor oleh Restoran yang agak terkenal. Liputan berita siang dan malam. Suratkhabar sampai 5 ke 6 pages. Sampai ada dikalangan mangsa banglo runtuh ini sibuk bertanya kepada petugas..." Sarapan Apa Pagi ini? " Dah kena bala pun boleh sibuk bertanya sarapan apa yang dihidangkan. Ada nafsu lagi tuu.... Biasanya orang seperti ini dah tak lalu makan dah....sekadar renungan.

Tapi bagaimana dengan nasib yang menimpa keluarga tanah runtuh di Hulu Yam Selangor selang seminggu sebelum kejadian bukit antarabangsa ini hingga mengorbankan 2 orang anaknya. Begitu juga dengan nasib kemalangan maut bas ekspress di Tangkak Johor, banjir di Johor, Trengganu dan lain-lain lagi sebelum ini.

Saya bukan hendak mebanding-bandingkan layanan ini....Semuanya rakyat Malaysia dan mesti dibantu. tetapi janganlah "double standard". Sampai ada satu badan kerajaan yang bertindak mengutip derma bagi penduduk bukit antarabangsa ini yang rata-ratanya mempunyai 3-4 buah rumah mewah selain rumahnya sekarang ini di Bukit Antarabangsa.

Untuk komen selanjutnya Klik blog dari ISA

Geleng-Geleng,
Angguk-angguk,
ikut telunjuk...

Sumber - Panglima tengku7
mat.g™
Stendet ahh org kaya banyak kabel.. org miskin tarak kabel... masing2 yg pegi tulun nak buat kabel... "no kabel no talk no deal" cv.gif
MeRaH
salam,

ini cerita dari aku.

bekas bos aku duduk kat bukit antarabangsa. raya haji aritu aku tipon dia tanya kabar.
kalo2 dia pun jadi mangsa.alhamdulillah, nasib baik dia tak kena. dia cakap lebih kurang 400m
lagi kena rumah dia.

nak dijadikan cerita masa aku tipon tu dia on the way nak ke KLIA. Pegi bercuti ke BALI.
dia cakap nak release tension. sebab area rumah dia crowded dgn orang (polis,JPA3,Bomba dan
mcm2 manusia lagi yg pegi ke kawasan kejadian)

hmm..besh tak besh la kalo banyak duit ni.

dan..

memang tak patut la ada double standard dalam bantuan bencana ni. aku rasa saluran patut nya
lebih kepada mangsa banjir. sebab most of them org susah. ini nak pegi tolong org2 kaya. huh!

kalo korang perasan...

maybank awal2 dah keluar statement, kata tak perlu bayar loan rumah untuk the next 5 month n
no interest will be charge. cuba lah kalo orang susah yg kena...haram bank nak buat mcm tu!!!

siapa duduk kat bukit antarabangsa terutama taman mewah??? aku rasa ramai tau.
situ tempat orang kaya2..well sedikit info betapa kaya nye diorang ni.....

bekas boss aku...

gaji sebulan RM 20,000. itu basic je. every quarter dia akan terima bonus which is around RM50k.
so korang boleh imagine sendiri la jenis2 orang yg duk kat situ.

aku??

mudah2an x bos aku tu selamat la..sebab masa aku keje dgn dia dulu, dia baik sangat dengan aku.
sanggup turun dari KL pegi N9 tengok aku kawin. bos terbaik yg penah aku ada hehe
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026