♦محمد أفيق♦
Feb 24 2009, 09:26 PM
DAP hina Islam?
Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
♦محمد أفيق♦
Feb 24 2009, 10:47 PM
QUOTE (WaKenaBeb @ Feb 24 2009, 10:10 PM)

sekarang ni siapa salah...
mane akhbar ni dpt berita...
sekun
Feb 25 2009, 09:50 AM
salam..xpe kite tngk je sape y salah nnt..samada org y wt fitnah atau pon dfitnah..allah sentiasa bersama org2 yang benar..
♦محمد أفيق♦
Feb 25 2009, 10:57 AM
QUOTE (sekun @ Feb 25 2009, 09:50 AM)

salam..xpe kite tngk je sape y salah nnt..samada org y wt fitnah atau pon dfitnah..allah sentiasa bersama org2 yang benar..

benda ni yang selalu akan membuat pembaca bercelaru..sesiapa yang baca keratan akhbar utusan tu
mesti akan rase tersinggung dan marah..tapi yang pasal saman tu plak..ade kuar suratkhabar tak??
cerita tak habis..pembaca akan membuat andaian sendiri
mat.g™
Feb 25 2009, 11:24 AM
QUOTE (qifa_87 @ Feb 25 2009, 10:57 AM)

benda ni yang selalu akan membuat pembaca bercelaru..sesiapa yang baca keratan akhbar utusan tu
mesti akan rase tersinggung dan marah..tapi yang pasal saman tu plak..ade kuar suratkhabar tak??
cerita tak habis..pembaca akan membuat andaian sendiri
kalau pasal politik tak boleh bergantung kpd media arus perdana spt utusan terutamanya, sbb mmg beritanya penuh putar belit berat sebelah.. biasalah depa ni cari makan jaga periuk nasik semata2 hingga sanggup berbohong kpd masyarakat... baik lagi tgk bernama yg lebih adil dan telus.
♦محمد أفيق♦
Feb 25 2009, 11:47 AM
QUOTE (mat.g @ Feb 25 2009, 11:24 AM)

kalau pasal politik tak boleh bergantung kpd media arus perdana spt utusan terutamanya, sbb mmg beritanya penuh putar belit berat sebelah.. biasalah depa ni cari makan jaga periuk nasik semata2 hingga sanggup berbohong kpd masyarakat... baik lagi tgk bernama yg lebih adil dan telus.
sanggup berbohong kepada masyarat tu yang ngeri tu..
boleh bawak kepada perbalahan...
B@zSh™
Feb 25 2009, 07:32 PM
Lim Guan Eng buat kenyataan media akan saman Utusan & YDP tu
Apa2 pun untuk mendapat kepastian...kita tunggu keputusan mahkamah
Harap2 mahkamah tidak digunakan oleh pihak2 tertentu
sHäm
Feb 27 2009, 11:22 PM
Haa .. yang ni patut kutuk .. jangan dok kutuk sesama agama tapi berlainan parti politik, itu salah ..... bersyukur pada Ilahi, kita dok kat negara yang aman damai dan bebas beragama, .... itu naik sikit, ini naik sikit, dah menggelabah, kutuk sana sini ..... mungkin tak pernah rasa susah kot ..... semua nak senang, mewah ........ Wallahua'lam