RINTIHAN, SUNGUTAN, PENDERITAAN MEREKA YANG KERJA DI SEKTOR SWASTA TIDAK DAPAT KITA DENGARI. SEBAGAI CONTOH; PADA PERINGKAT AWAL IAITU SEAWAL PERMOHONAN KERJA LAGI SUDAH DAPAT KITA KESAN SIKAP DISKRIMINASI SESETENGAH PIHAK ITU. PERHATIKAN SYARAT IKLAN PEKERJAAN MEREKA DI DADA AKHBAR KHUSUSNYA YANG BERBAHASA INGGERIS TERTERA ANTARA SYARAT MEMOHON PERKERJAAN ADALAH `CAN SPEAK MANDARIN’ ATAU `FLUENT IN MANDARIN’.
BUKAN KAH INI SATU DISKRIMINASI?
Isu ini wujud di awal permohonan pekerjaan. Apa halnya pula pada mereka yang telah bekerja di dalam sektor swasta? Jadi, pada mereka atau orang 2 terdekat yang bekerja di sector swasta , kongsi2 lah bersama kita di CAKAP.NET ni sekurang-kurangnya tekanan perasaan anda dapat dikurangkan. Atau mungkin anda bernasib baik kerana pengunjung 2 CAKAP.NET ni bukan sahaja terdiri rakyat marhaen tetapi ada diantara mereka2 juga individu-individu yang bertanggungjawab menjalankan amanahnya terhadap kebajikan dan kesusahan rakyat.